Pengawalan Kelajuan Kipas Secara Automatik.

VII

ABSTRAK

Sehingga kini, ra.mai diantara kita masih lagi menghidupkan perkakasan elektrik
seperti kipas secara manual. Projek ini adalah untuk membina sebuah model kipas yang
dapat mengubah kelajuan secara automatik. Model ini akan melibatkan penggunaan IC
pembilang masa dan IC pemasa. Penggunaan IC pembilang ini adalah untuk
memghidupkan geganti yang bertindak sebagai suis bagi mengubah tahap kelajuan
kipas. IC pemasa pula digunakan untuk menetapkan masa yang bersesuaian dengan
waktu tidur manusia. Model ini dibina menggunakan 4 geganti yang bertindak sebagai
suis automatik bagi menghidupkan kipas mengikut perbezaan kelajuan kipas. Kipas
dalam projek ini akan berpusing mengikut 3 tahap kelajuan kipas secara automatik dan
perubahan kelajuan kipas akan dikawal oleh litar projek yang disetkan mengikut masa
yang ditentukan. Penggunaan bekalan kuasa untuk litar projek adalah di dalam bentuk
kuasa arus terus (DC) iaitu sebanyak 9V. Selain itu, projek juga direka bagi bertujuan
memberi keselesaan manusia tidur di waktu malam.