komitmen guru
“HUBUNGAN ANTARA AMALAN EMPOWERMEN GURU BESAR DENGAN
KOMITMEN ORGANISASI GURU DI DAERAH KOTA TINGGI”
Kebebasan untuk membuat keputusan dan mendapat kepercay aan dari pihak pentadbiran
dalam melaksanakan tugas menggambarkan keyakinan pihak pengurusan terhadap kecekapan
dan kebolehan seseorang guru. Apabila pengupayaan (empowermen) diberikan kepada guru,
guru merasakan pihak pentadbir
maka secara tidak langsung mengiktiraf tahap profesional guru tersebut. Hal ini mungkin akan mempengaruhi komitmen organisasi guru-guru tersebut.
Wala upun begitu, konsep kuasa melal ui amalan pengupayaan ini sering disalah tanggap. Oleh itu, menurut Azizi etal.(2004) ramai guru besar yang beranggapan bahawa melalui pengupayaan ini akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa untuk mengawal . Mereka tidak sedar bahawa melalui konsep pengupayaan ini, guru itu diberi kuasa tetapi mereka masih tertakluk dengan garis panduan, peraturan dan standard prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, Azman (2011) pula menyatakan bahawa kajian tentang sekolah efektif telah menunjukkan bahawa seseorang guru besar yang berkesan perlu mengamalkan dasar
"pintu terbuka" iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar mudah berjumpa serta mendekati beliau
setiap masa. Beliau juga bersedia menurunkan kuasa (empowermen) kepada guru-guru untuk mendapatkan kerjasama penuh bagi mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, ia dapat dilihat dan dinilai komitmen organisasi seseorang guru supaya menjadi positif jika diberi empowermen oleh guru besar kepada guru-gurunya.
Selain itu, menurut Abang Hut (2005), pengupayaan tidak jelas kelihatan di sekolah- sekolah. Guru-guru tidak mempunyai pengaruh dan kuasa dalam pengurusan sekolah. Guru hanyalah pelaksana kepada semua keputusan yang telah dibuat oleh pihak pentadbir sekolah terutamanya guru besar.
Menurut Portal rasmi PPD Maran (2013), empowermen memang diamalkan oleh guru besar bahkan pentadbir sekolah yang Iain seperti penolong kanan, penyelia petang dan ketua bidang. Malangnya, proses ini berlangsung tanpa disedari oleh guru besar malahan guru atau kakitangan itu sendiri. Ini bermakna pendekatan ini dilaksanakan tanpa perancangan yang rapi oleh pihak sekolah. Justeru, sudah pastilah tindakan itu tidak mempunyai objektif yang jelas. Maka timbullah pula persoalan sejauh manakah empowermen di sekolah mendatangkan
Menurunkan kuasa (empowermen) bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan di sekolah. Melalui empowermen, guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dan pihak pengurusan sekolah hanyalah bertindak sebagai seorang pemantau. Ini bermakna seseorang guru itu diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh pihak atasan.
Objektif kajian
Persoalannnya ialah apabila guru diberi kuasa, adakah komitmen organisasi terhadap profesion mereka akan bertambah baik? Oleh itu, berdasarkan pernyataan yang telah dihuraikan ini, maka objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : 1.4.1 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi afektif guru.
1.4.2 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi normatif guru. 1.4.3 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi penerusan guru. 1.4.4 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi afektif guru.
1.4.5 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi normatif guru.
1.4.6 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi penerusan guru.
1.4.7 melihat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan jantina guru.
1.4.8 melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan jawatan guru.
1.4.9 melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan pengalaman guru.
1.4.10 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan pengalaman guru?