BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN

BAB 1: PENGENALAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PENGERTIAN SOSIOLOGI
Mengikut Ottoway(1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1985 ),
Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan .Sosiologi
pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang
pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat
kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

1.1 PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial
manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas
masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk
mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga
tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak
perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya.

Sosiologi ialah sains kemasyarakatan yang termuda. Sosiologi asal perkataan Latin sosio
bermaksud berkongsi. Sosiologi digunakan oleh Auguste Comte di Perancis di dalam karya
bertajuk Positive Philosophy (Falsafah Positif) 1842. Auguste Comte berpendapat bahawa

sains kemasyarakatan harus berdasarkan autotiti serta spekulasi. Pada tahun 1876, Herbert
Spencer di England menerbitkan karya Principles of Sociology ( Prinsip-Prinsip Sosiologi).
Karya Herbert Spencer menggunakan teori evolusi kemasyarakatan yang kini sudah tidak

diterima lagi. Namun begitu, Herbert Spencer telah mengerakkan sosiologi sebagai suatu
bidang pengkajian. Ahli sosiologi abad ke 20 merupakan pembaharuan sosial.
Kebanyakannya bekas paderi atau anak-anak paderi dan hampir semuanya berasal dari luar
bandar. Perbandaran dan perindustrian menyebabkan pelbagai masalah sosial dan mereka
cuba mencari jalan penyelesaian saintifik. Karya-karya mereka diterbitkan di dalam The
American Journal Of Sosiology 1895. Jilid ini mengandungi syor-syor penyelesaian masalah
sosial tetapi sedikit sekali tentang penyelidikan yang menguji sama ada syor-syor tersebut
dapat dilaksanakan.

Di Amerika Syarikat, Lester F.ward menerbit karya Dynamic Sociology (Sosiologi
Dinamik 1895) yang menyeru agar kemajuan sosial dibuat secara perbuatan sosial yang
cerdik dan pakar-pakar sosiologi harus memberi panduan . Pelapor sosiologi terdiri daripada
ahli-ahli falsafah sosial. Mereka membentuk sistem-sistem pemikiran yang begitu luas, tetapi
tidak begitu membuat penyelidikan dan tidak menguji bukti serta mengukur sistem-sistem
tersebut. Mereka tidak mengumpul dan mengelaskan fakta dan kemudian membentuk teoriteori mereka daripada fakta itu. Sebaliknya, pelapor-pelapor ini memikirkan teori-teori dan
kemudian mencari fakta untuk menyokong teori mereka. Mereka menyeru agar penyelidikan

dibuat, tetapi tidak begitu membuat penyelidikan sendiri. Mereka memulakan langkah
pertama kerana suatu sains sosiologi perlu wujud terlebih dahulu sebelum sains sosiologi
dapat dibina seterusnya.

Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan di antara sosiologi dan pendidikan. Bidang
sosiologi pendidikan berkembang secara berasingan oleh para pendidikan dan ahli sosiologi.
Disiplin sosiologi pendidikan telah menempuhi beberapa masalah di dalam usaha
menetapkan satu identiti. Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologi
seperti Auguste Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley,

Albion small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik seperti
Horace Mann , John Dewey dan Franklin Bobbit. Pada mulanya bidang ini telah dikaji
sebagai Educational Sociology dan merupakan suatu bahagian kajian pendidikan. Pada awal
abad iaitu di antara 1914-1926, kajian Educational Sociologi telah berkembang dengan
begitu pesat sekali.

Pada tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan. Sejak
itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang
berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa
penyelidikan. Namun begitu kira-kira pada tahun lima puluhan , sosiologi pendidikan tidak

begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hakikat ini disebabkan oleh kurang minat
dan perbalahan di antara para pendidik dan para sosiologi.

Kini, beberapa isu telah membawa kesan pendidikan sosial bersama. Hal ini telah
membangkitkan minat dan kepentingan sosial pendidikan menjadi lebih hangat semula jika
dibandingan dengan awal abad dahulu. Isu-isu penting ini membuka jalan untuk para
sosiologi dan para pendidik membincangkan semula. Perkara yang sering dikaji ialah isu
tentang kebangkitan birokrasi dan teknologi, peranan kerajaan di dalam pendidikan, jenayah,
dadah dan delinkuensi, pertumbuhan metropolis, kelas sosial, bangsa, etnik,kemajmukan
kebudayaan pencapaian murid, kecerdasan akal , ketidaksamaan sosial dan sebagainya.
Perhubungan di antara sosiologi dan pendidikan diakui dan dikukuhkan lagi. Begitu juga
dengan minat

di kalangan para sosiologi tentang bidang sosiologi pendidikan sebagai

pengetahuan yang bersatu telah dibangkitkan juga.

Pada masa ini,kajian sosiologi pendidikan sangat aktif. Bidang sosiologi pendidikan tidak
mungkin diambil alih sepenuhnya oleh pendidik seperti masa dahulu. Isu-isu pendidikan kini
dapat dianalisa dan diterangkan dengan lebih baik dan lebih bermakna dengan menggunakan

pengetahuan sosiologi dan pengetahuan pendidikan .Hal ini akan menyebabkan sosiologi
pendidikan terus mantap dan berkembang pada masa akan datang .

1.2 PENDEKATAN KAJIAN DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Pendekatan kajian dalam sosiologi pendidikan terbahagi kepada dua aspek iaitu pendekatan
mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam
sosiologi pendidikan iaitu teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro
pula berkait rapat dengan teori interaksionisme.

PENDEKATAN MAKRO
Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dengan mengkaji secara
makro iaitu bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakatnya. Sebagai
contoh kajian ini meninjau tentang pandangan pengguna perpustakaan di Negara Malaysia.
Kajian jenis ini memerlukan responden yang mewakili keseluruhan pengguna perpustakaan.
Maka pengumpulan data perlu dijalankan secara makro untuk melihat sejauh mana
perpustakaan menolong pengguna dan adakah perpustakaan menyediakan keperluan
pengguna dan apakah halangan penggunaannya. Ia melibatkan soalan kaji selidik
(questionnaire).


Teori Fungsionalisme
Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagianbahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi penjelasan
mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.
Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.
Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti
merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat
dapat

dikekalkan.

Harmoni

masyarakat bekerjasama

untuk

menunjukkan
mencapai

bagaimana


tujuannya.

semua

Evolusi

pula

bahagian

dalam

menggambarkan

perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan
daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu
bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini untuk
memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini biasanya

digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan kaji selidik
(questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik
Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik.
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan
kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat
masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey)
yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan.
Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai
contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka
perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan

tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan
guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia
kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflik
ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para
pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

PENDEKATAN MIKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat dengan
berasaskan sudut pandangan individu tersebut. Pendekatan ini digunakan dalam teori
interaksionisme. Kajian yang menggunakan pendekatan mikro selalunya menggunakan
kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temu bual secara individu. Sampel
kajian selalunya kecil dan terdiri dari sebuah darjah dan sebuah sekolah sahaja.

Teori Interaksionisme
Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden
sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro merupakan sistem
yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam
menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana – mana kumpulan bebas
menyuarakan pendapat masing – masing. Teori ini menekankan pendapat responden dan
bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan
lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini
jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana
setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang
boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan

bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu
dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di

analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui
hari – hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi
mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui
interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah
atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka
mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada
situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu
dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan
dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai
dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk
menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan
teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa
pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik
terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu
klasik dan kitab – kitab lama. Simbol – simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam
sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar
dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh
diramal.

1.3 TEORI-TEORI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN


Perspektif teori digunakan oleh saintis untuk menyediakan penghuraian yang logik
mengapa kejadian-kejadian berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku (Ballantine
1989).Teori menjadi pemandu untuk meneliti bagaimana dunia sosial beroperasi.Interpretasi
teori mungkin berlainan dalam membincangkan data-data yang sama.Teori-teori umum
sosiologi pendidikan masih terbahagi kepada makro dan mikro dan terdapat tiga aliran yang
utama iaitu:
*Teori struktul fungsionalisme
*Teori konflik
*Teori interaksionisme

1)TEORI FUNGSIONALISME
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu saling
bergantung antara satu sama lain.Contoh yang kita dapat lihat ialah, pelajar akan bergantung
pada guru untuk mendapatkan ilmu,guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka
gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan
Kurikulum.Ia berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak.Tujuan ia adalah untuk
mencapai

keharmonian


dalam

masyarakat

untuk

kestabilan

negara.Pendekatan

fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan
masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi.

Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),adalah orang yang pertama mula
mengaplikasikan teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan.Beliau
mementingkan

tentang

bahagian-bahagian

dalam

masyarakat

yang

masing-masing

mempunyai struktur dan fungsi tertentu untuk perpaduan dan kepaduan di antara mereka dan
ia akan menggerakkan masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.

*Andaian teori fungsionalisme
-Segala

yang

dilakukan

oleh

sekolah

dipersetujui

oleh

semua

pihak

dalam

masyarakat.Melalui persetujuan inilah wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem
persekolahan,hubungan baik di antara murid dan guru, dan ibu bapa dan sekolah.
-Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk mencapai kestabilan
dan keharmonian masyarakat.

*TEORI FUNGSIONALISME DALAM PENDIDIKAN
- Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang
dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.
-

Mengikut teori ini,tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak

dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.Sebagai

contoh Durkheim dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan fungsi sekolah dan
hubungannya dengan masyarakat.
-Menurut beliau nilai moral merupakan asas peraturan sosial dan masyarakat yang disemai
dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikannya.
-Setiap pihak dalam masyarakat perlu berganding bahu menolong dan menyokong antara satu
sama lain untuk memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan dengan lancar supaya
matlamat yang ditetapkan boleh tercapai bersama.
-Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.Mengikut
teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang kepada
perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling tinggi
dalam hierarki masyarakatnya.
-Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai contoh,dalam
sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana
setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat
yang telah ditetapkan.

2) TEORI KONFLIK
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan
kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan
masing-masing.Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam
masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan
di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan
berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk
mendapatkan bahagian mereka.

*ANDAIAN TEORI KONFLIK
-Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan
sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik.
-Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh
persaingan-persainagan ekonomi.
-Aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah kritikan

*TEORI KONFLIK DALAM PENDIDIKAN

-Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan
pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar
tentang status budaya.Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik
di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat
tersebut.
-Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status
budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar” berdepan
dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah.
-Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual dan
sosialisasi.
-Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akan
dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala
jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga yang
tahap ekonominya rendah.

-Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya pelajar adalah untuk mengisi susun lapis
masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.
-Randal Collins ( Collins, 1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan
“credential” iaitu satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalam
masyarakat.Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan menikmati
keistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat.
-Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah
melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas
mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di
arah.Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka
masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari
ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan
sebagai pemalas dan lembap.

3) TEORI INTERAKSIONISME
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro.Perspektif teori ini mengkritik
teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa
manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia
tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.Teori ini telah
diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (18631931).Manakala ahli yang menerapakn teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves
dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.

Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh
masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid.Mereka juga melihat kepada aspek
organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah.Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan
tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.
Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu digunakan
oleh perspektif mikro. iaitu:
Aktiviti harian: Kita mesti melihat aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia
melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktivit-aktiviti
yang

dilakukan

setiap

hari

oleh

guru-guru,murid-murid,pentadbiran

dan

seumpamanya.Perubahan dalam pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian.
Kebebasan : Aktiviti harian bukan merupakan sesuatu yang dipaksakan oleh masyarakat
tetapi aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai autonomi dan kebebasan yang
tersendiri.
Makna: Setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada si
pelakunya.Makna bukan diberi oleh budaya tetapi dibentuk daripda budaya oleh si
pelakunya.
Interaksi : Aktiviti harian jarang merupakan aksi persendirian semata-mata tetapi ianya
melibatkan interaksi dengan orang lain.Misalnya apabila guru menyoal,murid mungkin
mengangkat tangan untuk menjawab.Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan
tersebut,sama ada murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan,tidak faham,ingin
mengelak diri atau tidak mahu dianggap bodoh.

Rundingan: Makna dan interpretasi bukanlah sesuatu yang statik dan tidak berubah.Manusia
selalu mengubahsuai pandangan mereka.Mereke selalu berkongsi pemahaman.Perkongsian
ini diperolehi melalui proses rundingan.
Pendekatan subjektif: Kita perlu menginterpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut
kaca mata si pelaku itu sendiri.

Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teoriteori.Sebagai perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli
fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan
bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik
lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan
sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.

RUJUKAN:


Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tajung



Malim : Quantum Books
Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum



Books,Tanjong Malim
Ballantine, J.H. (2001). The Sociology of Education: A Systematic Analysis. New




Jersey: Practice Hall
Banks, O. (1968) . The sociology of Education . New York. Schocken Books.
Brookover, W.B. (1949). Sociology of Education: A definition. American sociological



Review
Sharifah Alwiah Alsagoff. ( 1985 ). Sosiologi Pendidikan Petaling Jaya , Selangor :
Heinemann Educational Malaysia.