BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
MANUAL PEREKODAN
INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Manual ini mengandungi panduan untuk merekod Instrumen Pentaksiran Prasekolah
Kebangsaan (IPPK) untuk murid.
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran prasekolah ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat
tentang perkembangan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiran
perkembangan murid untuk melihat sejauh mana murid prasekolah dapat mencapai
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran perkembangan murid prasekolah juga
dapat membantu guru merancang tindakan susulan yang dapat diambil terhadap murid
sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Proses dalam pentaksiran melibatkan
aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran dilaksanakan dengan berdasarkan Standard Prestasi (SPr) yang
disediakan. SPr ialah satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan
murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. SPr dibina
berdasarkan kelompok SK dan SP dalam KSPK.
Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran
1.


Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.

Pemerhatian ialah pengamatan terhadap perlakuan murid yang dilakukan secara
bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia sedang diperhatikan.

3.

Pemerhatian boleh dilakukan terhadap tingkah laku dan interaksi (lisan) murid.

4.

Pemerhatian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula pada awal
tahun.

5.

Kaedah dan masa pemerhatian bergantung kepada kebijaksanaan guru dan

kesediaan murid.

6.

Pemerhatian yang dilaksanakan tidak semestinya mengikut urutan SPr.

7.

Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan. Maklumat yang direkod ialah tahap
penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai yang murid
1

pamerkan. Guru boleh merekod maklumat pemerhatian menggunakan senarai
semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan dokumen lain yang sesuai.
8.

Maklumat yang direkod (termasuk hasil kerja murid) perlu ditafsir dan dianalisis
untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai perkembangan murid.

9.


IPPK merupakan senarai semak yang menyeluruh berdasarkan SPr (konstruk)
yang dibina berasaskan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

10. Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan dalam IPPK. Perekodan dalam
instrumen ini dilaksanakan sebanyak dua ( 2 ) kali. Perekodan kali ketiga dibuat
jika ada keperluan (contoh: tahap perkembangan dan penguasaan murid perlahan
atau tidak konsisten).
Panduan Umum Merekod dalam IPPK
1.

Guru boleh mengisi instrumen ini dengan:
i. Mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan.
ii. Mengenal pasti SPr yang ingin difokuskan.
iii. Menilai hasil kerja murid semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran.

2.

Tiga tahap penguasaan bagi SPr yang digunakan iaitu:
Jadual1 : Tahap Penguasaan bagi Standard Prestasi Prasekolah

Tahap Penguasaan (TP)

Kod

Kriteria

Belum Menguasai (BM)

1

Tahu beberapa perkara asas (yang minimum)
berkaitan SPr yang ditetapkan tetapi tidak boleh
buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

Sedang Maju (SM)

2

Tahu dan boleh buat dengan bimbingan


Telah Menguasai (TM)

3

Tahu dan boleh buat sendiri dengan baik dan
secara bertatasusila

Bahagian: Maklumat Murid
1.

Lengkapkan ruangan nama NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
(PPD)/PARLIMEN/DAERAH,
SEKOLAH/TABIKA/TADIKA,
ALAMAT,
KOD
SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, KELAS, TAHUN dan NAMA GURU.

2.

Masukkan nama murid (nama murid akan tertera secara automatik dalam ruangan

NAMA MURID pada semua Tunjang), NO. MYKID dengan tanda (-) dan TAHUN
MULA MASUK KE PRASEKOLAH/TABIKA/TADIKA terdahulu jika ada. Ruangan
JANTINA iaitu L untuk lelaki dan P untuk perempuan dan UMUR iaitu 4+ dan 5+
akan tertera secara automatik.
2

3.

Masukkan nama GURU BESAR/PENYELIA.

4.

Ruangan JUMLAH murid lelaki dan perempuan serta JUMLAH murid 4+ dan 5+
akan tertera secara automatik.

Bahagian: Tahap Penguasaan Murid Mengikut Tunjang
1.

Ruangan NAMA MURID, UMUR dan JANTINA akan tertera secara automatik
(sebagaimana Bahagian Maklumat Murid).


2.

Komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang akan tertera
dalam ruangan paling atas. Contoh: Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca
dan Menulis bagi Tunjang Komunikasi dan sebagainya mengikut Tunjang.

3.

Ruangan SPr bagi setiap Tunjang dinyatakan di bawah Komponen
Pengetahuan/Kemahiran/Nilai. Contoh: BM5 ialah SPr bagi Kemahiran membaca
dan memahami ayat mudah. (3.6, 3.7 dan 3.9) ialah SP yang terkandung dalam
KSPK.

4.

Ruangan P1, P2 dan P3 adalah berkaitan penilaian pertama, kedua dan ketiga.
Lengkapkan ruangan di bawah P1 dan P3 sahaja bagi perekodan yang dibuat
sebanyak dua kali (abaikan ruangan P2). Jika perekodan kali ketiga dibuat (jika
berkaitan), lengkapkan ruangan di bawah P1, P2 dan P3. (Ruangan P3 akan

menjana maklumat graf bar pada ruangan Pelaporan Keseluruhan).

5.

Lengkapkan ruangan TP iaitu tahap penguasaan murid dengan memasukkan kod
sama ada 1 (Belum Menguasai), 2 (Sedang Maju) dan 3 (Telah Menguasai)
mengikut tahap murid yang dinilai.

6.

Lengkapkan ruangan Tarikh semasa penilaian dibuat.

7.

Lengkapkan ruangan Evidens iaitu bukti yang boleh dipamerkan dalam bentuk:
i.

Tingkah laku (contoh: mengurus diri, membuat kolaj dalam kumpulan,
bermain dengan rakan, menyusun blok dengan rakan atau bersendirian);


ii.

Interaksi (contoh: membaca, menyanyi, bersoal jawab, interaksi dengan
bahan, haiwan, tumbuhan dan persekitaran);

iii.

Hasil kerja (contoh: lukisan, buku skrap, kraftangan, lembaran kerja dan
model); dan

iv.

Lain-lain (contoh: maklumat daripada ibu bapa, Pembantu Pengurusan
Murid, guru lain dan sumber lain).

Dicadangkan singkatan berikut digunakan:
Tingkah laku – TL

Interaksi – IK


Hasil kerja – HK

Lain-lain – LL
3

8.

Ruangan KESELURUHAN mengandungi rumusan pencapaian murid berdasarkan
TP mengikut semua SPr yang telah dinilai bagi setiap murid. Rumusan ini
merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang.
Rumusan ini akan tertera secara automatik mengikut perekodan TP pada P1 dan
P3 (dan P2 jika diisi).

9.

Keseluruhan TP ialah rumusan pencapaian murid bagi setiap Tunjang akan
tertera secara automatik.

10. Bilangan dan peratusan murid yang telah ditaksir dan tidak ditaksir akan tertera
secara automatik dalam ruangan Jumlah mengikut TP.

Bahagian : Laporan Murid Akhir Tahun
1.

Ruangan maklumat sekolah dan guru akan tertera secara automatik.

2.

Sila klik ruangan Nama Murid untuk memilih murid yang diingini. Maklumat murid
akan tertera secara automatik iaitu butiran Nama, Nombor Mykid, Jantina, Kelas
dan TP serta deskripsi bagi setiapTunjang.

3.

Ruangan Komen Guru diisi jika ada maklumat tambahan berkaitan tahap
perkembangan murid yang ingin difokuskan. Jika perlu, lembaran tambahan boleh
dikepilkan.

4.

Laporan
ini
boleh
dicetak
dan
ditandatangani
oleh
Prasekolah/Tabika/Tadika, Guru Besar/Penyelia dan Ibu Bapa/Penjaga.

5.

Bahagian ini adalah untuk pelaporan akhir tahun sahaja.

Guru

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid Mengikut Komponen
1.

Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam
ruangan P3 mengikut Tunjang.

2.

Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Komponen dalam
Tunjang yang dinilai.

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid
1.

Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam
ruangan P3 mengikut Tunjang (Graf bar hanya akan tertera jika ruangan P3
dilengkapkan).

2.

Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Tunjang yang dinilai.

4