Bagaimana dengan program RIMUP di sekolah anda kini

Bagaimana dengan program RIMUP di sekolah anda kini? KPM telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
Banyak program yang boleh dibuat melalui RIMUP ini jika dirujuk kepada kertas
konsep/kertas kerjanya. Baru-baru ni timbul satu cetusan idea dari seorang Guru Besar yang
begitu pemikir orangnya. Katanya RIMUP ni bukan setakat intergrasi kaum, penyatuan
bangsa-bangsa di malaysia ini atau melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, sambutan
perayaan, karnival permainan dan sukan, kebudayaan tapi boleh juga dijadikan satu medan
untuk menyatukan atau merapatkan hubungan murid senang dan murid susah atau erti kata
lain, murid kaya dan murid miskin. Apakah pengisian untuk penyatuan ini. Bagaimana ?
Tentu ada kaedah yang menarik yang boleh difikirkan supaya aktiviti di bawah RIMUP ini
tidak menjadi stereotype, rutin tahunan yg biasa-biasa. Biarlah ia menjadi luar biasa tetapi
berbisa dalam meninggalkan kesan muhibah perpaduan antara kaum di negara Malaysia yang
bermasyarakat majmuk ini. Memupuk semangat perpaduan dan cinta kepada Malaysia dan
sejarahnya perlu di semai dari peringkat awal lagi ( sek rendah) supaya akan akan datang
tidak timbul isu-isu perkauman yang sensitif contohnya ketuanan melayu, DEB, isu SK, SJK

dan sebagainya.. Matapelajaran sejarah memang sewajarnya di ajar di peringkat rendah
sebagai salah satu pemangkin kepada keberkesanan pelaksanaan RIMUP ini.
Harapan saya agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu
daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan
dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri
dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta
disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur. Bagaimana pelaksanaan,
penglibatan dan kesan RIMUP di sekolah anda? Entahlah...perancangan, pelaksanaan jika
tidak disusuli dengan pemantauan maka akan m