Pendahuluan Agensi Yang Layak Memohon Cara Memohon

Akses Maklumat Pembekal Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 13 Jun 2012 2

1. PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Panduan ini menerangkan tatacara permohonan akses maklumat syarikat secara online. Panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Arahan Perbendaharaan SAP Penggunaan Sijil Virtual Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Bagi Bekalan Dan Perkhidmatan bertarikh 30 Disember 2009 dan SAP Permohonan Katalaluan Password Bagi Capaian Maklumat SyarikatFirma Perunding Melalui Sistem ePerolehan eP bertarikh 29 Jun 2012. Permohonan yang diluluskan akan diberi ID dan KATA LALUAN untuk membolehkan akses maklumat pembekal.

1.2 Agensi Yang Layak Memohon

Permohonan akses maklumat syarikat hanya dibenarkan bagi agensi-agensi berikut sahaja, iaitu :- i. KementerianJabatan; ii. Kerajaan Negeri; iii. Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC; iv. Badan Berkanun; dan v. Pihak Berkuasa Tempatan PBT . Pemohon daripada agensi seperti yang disenaraikan di para 1.2 mestilah terlibat dengan aktiviti perolehan bekalanperkhidmatan atau tugas rasmi yang memerlukan semakan maklumat syarikatfirma perunding. SyarikatPerniagaanPembekalOrang Awam tidak layak untuk memohon akses maklumat syarikat. Pengguna-pengguna sistem eP tidak dibenarkan membuat permohonan akses maklumat syarikat kerana mereka telah diberikan kata laluan secara automatik. Akses Maklumat Pembekal Hakcipta Terpelihara © 2011 Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Dikemaskini pada 13 Jun 2012 3

1.3 Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui Laman Web: www.eperolehan.gov.my ii. Permohonan perlu dilakukan secara individu. iii. Pemohon hendaklah mempunyai alamat e-mel rasmi KementerianJabatan, Kerajaan Negeri, GLC, Badan Berkanun atau PBT masing-masing. Pemohon tidak dibenarkan menggunakan alamat e-mel peribadi, seperti e-mel Yahoo, Hotmail, Gmail dan sebagainya. JabatanAgensi perlu menyelesaikan masalah ketiadaan e-mel rasmi masing-masing. Sekiranya tiada pilihan, JabatanAgensi dibenarkan menggunakan akaun e-mel yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet Internet Service Provider, ISP seperti Streamyx, Celcom, Jaring, Maxis dan TIME. iv. Sekiranya nama agensi tidak tersenarai dalam drop down yang disediakan di skrin Permohonan, pemohon dikehendaki memaklumkan kepada Unit Pendaftaran SyarikatKontraktor mengikut zon masing-masing sama ada Zon Semenanjung, Zon Sabah atau Zon Sarawak melalui e-mel.

1.4 Bayaran