1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS  TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3  4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan c.
Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan. e.
Atau  di   tempat   lain   dalam   Malaysia   sebagaimana   yang ditentukan   oleh   Jawatankuasa   KRSTKRS   dari   semasa   ke
semasa.
2.0 Tujuan
Tujuan KRS  TKRS ini ditubuhkan ialah: 2.1
Membentuk   generasi   pelajar   yang   menjiwai   semangat perpaduan,   memiliki   ketrampilan   diri,   berdaya,   saing,   kreatif
serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
10
2.2 Membantu   mengembangkan   semua   aspek   potensi   manusia
yang   berteraskan   ilmu   dan   amal   ke   arah   pembinaan   dan pengukuhan   sahsiah   pelajar   yang   mengamalkan   nilai-nilai
murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
2.3 Menangani   masalah   salah   laku   di   kalangan   pelajar   remaja
seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan   pelajar-pelajar   memperolehi   pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina   generasi   pelajar   patriotik   yang   menjiwai   semangat
cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan   generasi   pelajar   yang   mengetahui,   memahami,
menghayati   dan   mengamalkan   nilai   murni   serta   mampu memberikan   sumbangan   demi   kesejahteraan   hidup
bermasyarakat dan bernegara.
2.7
Membina   dan   mengembangkan   kefahaman,   kesedaran   dan kepekaan mengenai isu-isu semasa  di kalangan pelajar serta
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
11
3.0  Pengertian logo
3.1  Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3  Dua   tangkai   padi   bersilang   melambangkan   resmi   padi   iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam
semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal  melambangkan   peranan   institusi
pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
keturunan dan kaum, agama dan latar belakang
budaya   ke   arah   melahirkan   bangsa   Malaysia   selaras   dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna   kuning   melambangkan   warna   diraja   yang   menjadi
tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan  keikhlasan serta kesucian.
4.0  Bendera