Dokumen Sebutharga SH 84-2017 - Cloud Storage

SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017

PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN
BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI.
PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANAMANA FASAL DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA, IANYA TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JADUAL KANDUNGAN
PERKARA

NO. DOKUMEN

MUKA
SURAT


NOTIS SEBUT HARGA

1

3

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2

4

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

3

7

JADUAL HARGA


4*

12

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

5*

13

SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

6*

14

JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

7


15

JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA
YANG DIBEKALKAN

8**

17

JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN

9**

27

KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

10


28

SURAT AKUAN PEMBEKAL

Lampiran A1**

29

SURAT AKUAN PEMBEKAL BERJAYA

Lampiran A2

30

*
Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” bersama
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
**

Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”


Sila rujuk “SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA” untuk keterangan lanjut

2

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NOTIS SEBUT HARGA

DOKUMEN 1

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN

STORAGE
BAGI
JABATAN
PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi
berkuatkuasa di bawah Kod Bidang Kod 210102 dan 210103 untuk Perolehan
Penambahan Lesen Cloud Storage dan Perolehan SAN Storage bagi Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia.

2.

Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan
Kerajaan Malaysia (untuk pembekal / Penyebutharga yang berdaftar dengan sistem eP
sahaja).

3.


Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui dua
(2) cara iaitu melalui Sistem ePerolehan dan dimasukkan ke peti Sebut Harga di
Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

4.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana
sebut harga.

5.

Tawaran ini ditutup pada 4 September 2017, Jam 12.00 tengahari

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017


3

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 2

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN CLOUD STORAGE DAN PENINGKATAN
PERISIAN SISTEM OPERASI SERVER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

Penyebutharga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran
sebahagian (partial) adalah tidak diterima.


2.

Jika sebut harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga hendaklah mengatur dan
memastikan supaya sebut harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim melalui pos
sampai pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.

3.

Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas
tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4.

Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung
oleh mana-mana Penyebutharga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran sebut
harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebut harga ini berjaya atau
sebaliknya.

5.


Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan
penyediaan sebut harga ini ke dalam harga sebut harga yang ditawarkan.

6.

Tiap-tiap Penyebutharga adalah bertanggungjawab meneliti setiap dokumen sebut
harga yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama
seperti Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam
dokumen sebut harga yang dibekalkan kepada Penyebutharga, adalah menjadi
kewajipan dan tanggungjawab Penyebutharga memohon kepada pegawai yang
mengeluarkan dokumen sebut harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum
tarikh tamat penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

7.

Sebut harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan sebut
harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebutharga tidak boleh
menarik balik sebut harganya dalam tempoh tersebut.


8.

Penyebutharga mestilah membuat tawaran terhadap kesemua spesifikasi
perkhidmatan yang terdapat di dalam Sebut Harga mengikut kepakaran
Penyebutharga.

9.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga

4

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberikan apa-apa sebab di atas
penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
10.

Penyebutharga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebutharga
mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembekal berjaya.

11.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak untuk meminda atau
membatalkan mana-mana syarat yang terkandung dalam pelawaan sebut harga ini
pada bila-bila masa selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis
terlebih dahulu.

12.

Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan sebut harga ditolak.

13.

Pertanyaan berkaitan dengan butiran sebut harga ini bolehlah dimajukan kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
( U.P. : Encik Mohd Farid B. Mahfar, Tel : 03-26164435)

14.

Menandakan dan mengirimkan sebut harga.
14.1

Tiap-tiap sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang
berlakri (sealed) dan ditandakan pada bahagian atas sampul surat itu dengan
SEBUT HARGA
NO. CADANGAN

: JH (SH) 84/2017
: Y03511101011601XXXX*

SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD
STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN
PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
(*Lengkapkan No. Cadangan berdasarkan nombor yang dijana daripada
sistem ePerolehan)
14.2

Semua sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur

14.3

Semua sebut harga hendaklah sampai ke Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

5

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

14.4

Semua Sebut Harga hendaklah juga dilengkapkan dan dihantar melalui sistem
ePerolehan.

14.5

Kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke peti sebut harga mestilah sama
dengan kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke dalam sistem
ePerolehan. Jika terdapat butiran atau dokumen yang tidak sama antara
keduanya, maka sebut harga akan ditolak

15.

Sebut harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan
dipertimbangkan.

16.

Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.
16.1

Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

16.2

Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekalkan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan manamana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017

6

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

DOKUMEN 3

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
1.

2.

AM
1.1

Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di dalam Kod
Bidang 210102 dan 210103 serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa
untuk memberi perkhidmatan Penambahan Lesen Cloud Storage Dan Perolehan
SAN Storage bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

1.2

Penyebutharga juga mestilah telah berdaftar dengan e-Perolehan.

1.3

Penyebutharga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan
memiliki pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.

1.4

Sebut harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan
tidak akan dipertimbangkan.

1.5

Kesemua dokumen sebut harga yang disertakan hendaklah di taip dengan jelas.
Dokumen tulisan tangan, dokumen yang tidak terang dan tidak boleh dibaca
atau yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.

1.6

Penyebutharga perlu mendapatkan (download) dokumen sebut harga secara
atas talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia.

1.7

Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat sebut harga boleh
menyebabkan sebut harganya ditolak.

Tarikh Tutup
2.1

3.

Sebut harga ini ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 4 September 2017.

Penyerahan Sebut Harga
3.1

Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang dinyatakan di Jadual
Penentuan Teknikal ( Lampiran Dokumen 7 )

7

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

3.2

JH (SH) 84/2017

Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri
(sealed) iaitu:
i)

Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

ii)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kem. Kewangan;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada);
Salinan Surat Pendaftaran GST (untuk yang berdaftar);
Jadual Harga (Dokumen 4) ;
Keterangan Mengenai Penyebutharga (Dokumen 5);
Surat Jaminan Penyebutharga (Dokumen 6);
Surat Akuan Pembekal (Lampiran A1);
Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170)

Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi:
a. Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan (Dokumen
8);
b. Jadual Penghantaran / Pelaksanaan (Dokumen 9) ;
c. Senarai Pengalaman Yang Berkaitan;
d. Brochures / Risalah Perkakasan Yang Dicadangkan;

Penyebutharga tidak dibenarkan menulis nama syarikat di dalam mana-mana
dokumen di dalam sampul kedua. Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan
ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang
dinyatakan di dalam Arahan kepada Penyebutharga.
Semua dokumen di Sampul Surat Pertama dan Sampul Surat Kedua mestilah
dimuatnaik ke dalam sistem ePerolehan. Kegagalan memuatnaik kesemua
dokumen tersebut akan menyebabkan sebut harga ditolak dan tidak akan
dipertimbangkan.
3.3

Sebut harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di :
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Sebut harga yang dikirimkan melalui pos hendaklah didaftarkan dan dialamatkan
kepada:
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017

8

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

Jabatan tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau secara tidak
langsung jika berlaku kelewatan kehilangan atau lain-lain semasa sebut harga
dihantar. Sebut harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan.
4.

5.

Harga
4.1

Semua harga sebut harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.

4.2

Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh
tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.

4.3

Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira pengenaan fi perkhidmatan
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8 Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 iaitu pengenaan fi sebanyak kosong
perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap invois yang dikemukakan
kepada Kerajaan.

4.4

Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga hendaklah dikemukakan tanpa
kenaan GST.

4.5

Setiap Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama
ada telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran
GST (bagi yang berdaftar) kepada Jabatan. Maklumat ini perlu dinyatakan di
Dokumen 5.

4.6

Bagi Penyebutharga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta
GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada
Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah
membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga
kenaan GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

4.7

Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan JKDM, akan menerima surat
setuju terima perolehan daripada Jabatan dengan harga tawaran termasuk
kenaan GST (terpakai untuk perolehan Perkhidmatan sahaja).

4.8

Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual
Harga mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 4.

Tempoh Sah Tawaran
5.1

Tawaran Penyebutharga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90
hari dari tarikh sebut harga ditutup.

9

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

6.

7.

8.

JH (SH) 84/2017

Spesifikasi Sebut Harga
6.1

Penentuan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di Jadual
Penentuan Teknikal ( Dokumen 7 ) yang dikembarkan.

6.2

Penyebutharga hanya boleh mencadangkan SATU (1) pilihan sahaja spesifikasi
teknikal yang tidak kurang daripada spesifikasi minima seperti di Jadual
Penentuan Teknikal kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Penyebutharga yang mencadangkan lebih dari satu pilihan spesifikasi
teknikal akan DITOLAK.

6.3

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi
bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga
dengan tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.

Pembayaran
7.1

Pembayaran bagi pembekalan peralatan ini akan dibuat dalam RINGGIT
MALAYSIA.

7.2

Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah perkhidmatan diakuterima oleh
Kerajaan.

Perakuan Penerimaan Perkhidmatan
8.1

Perakuan penerimaan perkakasan hanya akan dibuat setelah perkakasan dan
perisian yang dibekalkan diperiksa oleh pegawai Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia yang diberi kuasa.

8.2

Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan perkakasan dan
perisian yang rosak, rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan
Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan. Penyebutharga yang tidak mengikut
Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan hendaklah
menggantikan perkakasan yang ditolak tersebut. Kos perbelanjaan yang
berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga.

8.3

Perkakasan dan perisian yang dibekalkan hendaklah dijamin dari kecacatannya
untuk tempoh seperti yang dicatatkan di dalam Jadual Cadangan Spesifikasi
Teknikal Yang Dibekalkan dan dalam tempoh itu Penyebutharga hendaklah
memberi perkhidmatan penyelenggaraan dan alat-alat ganti dengan percuma.

8.4

Setiap butir mengenai perkakasan yang dicadangkan dalam Jadual Cadangan
Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal mestilah
dinyatakan dengan jelas, jika tidak sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

10

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

9.

10.

JH (SH) 84/2017

Tempoh dan Jadual Penghantaran / Pelaksanaan
9.1

Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan perkhidmatan tersebut
di dalam tempoh 80 hari daripada tarikh setuju terima dan melengkapkan jadual
penghantaran / pelaksanaan seperti di dalam Dokumen 9.

9.2

Penyebutharga boleh mengemukakan jadual pelaksanaan yang lebih terperinci
bagi setiap item yang dimaksudkan.

9.3

Penyebutharga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko
perisian tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi menghantar
dan memasang peralatan tersebut ke tempat yang dinyatakan dalam pesanan
rasmi.

Prestasi Perkhidmatan
10.1

Sebarang item yang pada asalnya tidak dicadangkan oleh Penyebutharga yang
berjaya dalam tawaran sebut harganya, tetapi diperlukan untuk menjayakan
dalam penggunaan, hendaklah dibekalkan dan ditanggung oleh Penyebutharga.

10.2

Penyebutharga adalah bertanggungjawab memastikan perkakasan dan aplikasi
dapat berfungsi dan beroperasi di tahap yang baik dan memuaskan sebelum
ianya diserah dan diterima dengan rasmi oleh Jabatan.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017

11

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL HARGA

DOKUMEN 4

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Bil

Perihal

Kuantiti

1.0

Perkakasan

1.1

IBM v3700 Dual Controller SAN Storage
Upgrade

1

2.0

Perisian

2.1

File Sharing
Software

3.0

Perkhidmatan

3.1

Pengurusan Projek

1

3.2

Penyediaan Tapak Pemasangan

1

3.3

Pemasangan
Perisian

3.4

Pengujian dan Pentauliahan

1

3.5

Dokumentasi dan Manual

1

3.6

Khidmat Sokongan

1

&

Data

Synchronization

Perkakasan

dan

Lesen

Jumlah

12

50

1

Harga Seunit
(RM)

Jumlah Harga
(RM)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 5

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
1.

NAMA PENYEBUTHARGA

:

________________________________

2.

ALAMAT PEJABAT

:

________________________________

3.

NO. TELEFON

:

________________________________

4.

NO. PENDAFTARAN SYARIKAT

:

__________________________

5.

NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN
KEWANGAN

:

__________________________

:

(BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR)

(SERTAKAN SALINAN SIJIL)

6.

STATUS PENDAFTARAN GST
(GARISKAN YANG BERKENAAN)

7.

NO. PENDAFTARAN GST

:

__________________________

(UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)

8.

MODAL BERBAYAR

:

RM _______________________

9.

MODAL DIBENAR

:

RM _______________________

10.

JUMLAH TAWARAN

:

RM _______________________

11.

PEMBEKALAN : Tempoh perkhidmatan tersebut: ______ hari

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebutharga :

_________________________________

Nama

:

_________________________________

No. Kad. Pengenalan

:

_________________________________

Jawatan

:

_________________________________

Tarikh

:

_________________________________

Cop Syarikat

:

13

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 6

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA

Surat ini hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan di dalam sampul surat pertama.

SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

Kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.
Tuan,

SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Saya / kami tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga ini, menawar untuk
Penambahan Lesen Cloud Storage dan Perolehan SAN Storage bagi Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia seperti yang terdapat dalam Jadual Harga berkembar dengan harga
sebanyak
:
RM________________________
(Ringgit
Malaysia
:
________________________________
___________________________________________________________________________).
1.
Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kualiti perkhidmatan yang akan
dibekalkan adalah setanding dengan Kualiti yang telah diberikan dalam Jadual Cadangan
Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal.
2.
Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa saya / kami akan menyempurnakan
perkhidmatan dalam tempoh masa seperti yang terdapat di dalam Keterangan Mengenai
Penyebut harga.

14

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

3.
Jika sebut harga ini diterima saya / kami bersetuju untuk menandatangani surat setuju
terima di dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh surat tawaran sebut harga dihantar.
4.
Saya / kami bersetuju bahawa tempoh sah laku sebut harga ini adalah selama 90 hari
daripada tarikh sebut harga ditutup dan dalam tempoh tersebut saya / kami tidak boleh menarik
balik tawaran sebut harga tersebut.

( Tandatangan Penyebutharga )

( Tandatangan Saksi )

Nama : _____________________

Nama : ______________________

No. K.P : ____________________

No. K.P : _____________________

Jawatan : ____________________

Jawatan : ____________________

Alamat Penyebutharga :

Alamat Saksi :

Tarikh : _____________________

Tarikh : ______________________

Cop Syarikat :

Cop Syarikat :

15

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

DOKUMEN 7

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA

Bil

Perihal

Kuantiti

1.0

Perkakasan

1.1

IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade

2.0

Perisian

2.1

File Sharing & Data Synchronization Software

3.0

Perkhidmatan

3.1

Pengurusan Projek

1

3.2

Penyediaan Tapak Pemasangan

1

3.3

Pemasangan Perkakasan dan Lesen Perisian

1

3.4

Pengujian dan Pentauliahan

1

3.5

Dokumentasi dan Manual

1

3.6

Khidmat Sokongan

1

16

1

50

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA YANG
DIBEKALKAN

DOKUMEN 8

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN
PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

1.0

Perkakasan

1.1

IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade

1.1.1

Hardware Minimum Specifications

Pematuhan
(Ya/Tidak)

a. Model: 2U rackmount storage expansion
(MTM:6099), Dual expansion canisters
b. 24 x 1.2 TB 10,000 rpm 6 Gb SAS 2.5 Inch HDD.
The storage shall be configured to 21.8 TB
Useable RAID5 with Hot Spare.
c. The storage expansion must support RAID 0, 1, 5,
6, 10, and distributed RAID 5 and 6 (Distributed
RAID with software version 7.6 onwards)

17

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

d. Support the following drives:SFF 2.5-inch disk drives: 426 GB, 300 GB at 15k
rpm, 600 GB, 900 GB and 1.2 TB at 10k rpm, 1
TB at 7.2k rpm SAS nearline LFF 3.5-inch disk
drives: 2 TB, 3 TB and 4 TB at 7.2k rpm, 900 GB
and 1.2 TB at 10k rpm, 300 GB at 15k rpm SSD
drives: 200 GB, 400 GB and 800 GB
e. The Storage expansion must be in 2U form factor
for each enclosure.
f.

The storage expansion must come with 2
expansion canisters

g. Four 6Gb SAS ports for attachment to a Storwize
V3700 control enclosure or to another Storwize
V3700 expansion enclosure (two ports per
canister)
h.

2 x 1.5m SAS Cable (mSAS HD to mSAS HD)

i.

Redundant Hot-Swappable Fans and Power
Supplies with line cords

j.

Rack Mounted Kit Included

k.

3 Years Base On-Site Warranty, Parts & Labour
back to back with principal, 24 x 7, 4 Hrs response

18

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

2.0

Perisian

2.1

File Sharing & Data Synchronization Software

Pematuhan
(Ya/Tidak)

a. Tenderer shall proposed and continue using the
current brand of the File Sharing & Data
Synchronization software. JPSM currently using
PocketData software.
b. Proposed solution shall be located on-premise
including data files.
c. The proposed solution must have the flexibility to
customize according to JPSM requirement.
d. All of the product source code must be given and
delivered to JPSM for security audit purpose.
e. The
purpose
solution
must
not
a
Freeware/Shareware or open source product
under the GNU or GPL licence.
f.

Proposed solution must be able to do bidirectional
synchronization from client to server and vice
versa.

g. The proposed solution must be able to control the
level of file permission such as create, delete or
update on every file that the user want to share
with other user.

19

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

h. The proposed solution must be able to store files,
folders, contacts, photo galleries, calendars.
Access from mobile device, desktop, or a web
browser.
i.

The proposed solution must be able to share data
with
others
(with/without
password,
publicly/privately), and give them access to latest
photo galleries, calendar, file, document and
music file.

j.

The proposed solution must also able to Share
calendar with other users or groups on server.
Store contacts and share them among devices.

k. Backup filters must also cater for Microsoft
Outlook Archive (PST) Files regardless of where
they are stored.
l.

System able to do files sync without interrupting
users operation.

m. Cloud management software must have built-in
LDAP and AD integration. A user logs into cloud
with their Active Directory or LDAP credentials
and granted access based on an authentication
request handled by the Active Directory or LDAP
server.
n. System shall able to do file versioning which to
identify updated sync files.

20

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

o. The centralized storage capable to encrypt the
data using standard encryption format (AES,
Blowfish, etc).
p. Proposed solution must be capable to be
executed on mobile environment and accessible
via all mobile peripherals (iOS, android, etc).
q. System shall able to Support NAS, FTP drive or
Samba and have the ability.
r.

Administrator of the system shall have the ability
to send notifications to users and set limits on file
retention in the trash.

s. Users can drag a file into the upload-only
interface and drop it, and the file will be uploaded
to cloud server.
t.

System shall able to log account level activities
such as logins, file sharing activity, file updates
and more – giving admins the information they
need for compliance reporting and auditing.

21

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

u. Proposed solution must have File Firewall to
inspect connection and file action requests made
on a cloud server, and prevents cloud from
providing access if the firewall rules are not met.
The admin can sets rules for allowing or denying
access by IP address range, device type, file size,
subnet, geography, time, group membership and
more. On every connection, if those rules are not
met, the connect request is denied. If the rules are
met, the connection and – ultimately file transfer
or action – is allowed.
v. Proposed solution must support virtualization
server like VMware VSphere.
w. Proposed solution can bring back data that was
deleted accidentally. Find previous versions of
files you modified and bring them back.
x. Admin shall have the following user management
feature on the propose solution:
 View
users in a single window, sort and
search users by user display name, last login,
group, or even storage location.
 New users can be added with a click of a
button, sending out an email, while user
avatars make it clear who is sharing files and
with whom.
 User management must quick and efficient for
admins to add new groups and edit attributes
such as group memberships, quota limits,
display names and group admin rights.

22

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

3.0

Perkhidmatan

3.1

Pengurusan Projek

Pematuhan
(Ya/Tidak)

Melaksanakan kerja-kerja pengurusan projek dan
memastikan setiap keperluan dan implementasi dapat
dilaksanakan
dengan
mematuhi
standard
implementasi sedia ada dan dibuat dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.
3.2

Penyediaan Tapak Pemasangan
a. Mencadangkan rekabentuk terhadap infrastruktur.
b. Melaksanakan proses site preparation terhadap
server, storage dan keperluan Rangkaian
sepertimana yang diperlukan oleh JPSM.

23

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

c. Melaksanakan kerja-kerja penyediaan tapak
pemasangan di bilik server IPJPSM. Pembekal
perlu memastikan keperluan pemasangan seperti
keperluan cable, power point dan keperluankeperluan lain adalah dipenuhi terlebih dahulu
sebelum pemasangan peralatan-peralatan yang
dibekalkan. Sebarang kos yang terlibat didalam
penyediaan tapak pemasangan hendaklah diambil
kira dan tiada sebarang kos tambahan yang akan
ditanggung oleh pihak kerajaan untuk tujuan
tersebut.
3.3

Pemasangan Peralatan dan Lesen Perisian
a. Pemasangan bagi peralatan-peralatan serta
perisian-perisian yang dibekalkan hendaklah
dilakukan oleh jurutera yang telah ditauliahkan
oleh pihak pembekal.
b. Memasang dan mengkonfigurasi SAN storage
dengan Hypervisor VMware vSphere dan
Falconstor. Pihak pembekal perlu membuat
konfigurasi mengikut keperluan JPSM (Server VM
sedia ada dan storage yang dibekalkan boleh
diakses di segmen yang berlainan).

24

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)

Pematuhan
(Ya/Tidak)

c. Pihak
pembekal
juga
perlu
memasang,
mengkonfigurasi dan menguji pemasangan File
Sharing & Data Synchronization Software.
Konfigurasi yang dibuat perlu mengikut keperluan
JPSM.
3.4

Pengujian dan Pentauliahan
a. Melaksanakan pengujian (User Acceptance Test
dan Final Acceptance Test) bagi:



Mengesahkan bahawa kerja-kerja pembekalan
dan perkhidmatan yang diberikan adalah
menurut dokumen tender dan berfungsi
seperimana yang dikehendaki JPSM.
Meliputi Ujian Fungsional semua fungsi
perkakasan dan perisian serta Hardware and
Software Acceptance Test Plan.

b. Menyediakan test script (User Acceptance Test
dan Final Acceptance Test) dan borang-borang
yang bersesuaian untuk pengesahan pihak JPSM.
3.5

Dokumentasi dan Manual
a. Menyediakan dokumentasi lengkap semua
peralatan dan operasi manual yang terdiri
daripada:


Dokumentasi untuk arkitektur bagi semua
perkakasan dan perisian yang telah dipasang.

25

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)




Pematuhan
(Ya/Tidak)

JH (SH) 84/2017

Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat
perlu
menyatakan
spesifikasi
tawaran satu per satu terhadap spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia)*

Waranti , Sijil dan Lesen dalam folder eksklusif
Dokumen lain yang berkaitan

b. Menyediakan 2 salinan hardcopy dan salinan
softcopy (dalam bentuk CD) manual dan
dokumentasi yang berkaitan.
3.6

Khidmat Sokongan
a. Menyediakan khidmat sokongan selepas jualan
dan penyenggaraan semasa tempoh kontrak iaitu
tiga (3) tahun bagi perkakasan dan perisian
bermula daripada tarikh Surat Penyerahan oleh
Syarikat.
b. Memberikan Corrective Maintenance tanpa had
sepanjang tempoh kontrak.
 Masa tindak balas : 30 minit
 Tempoh Pemulihan: tidak lebih daripada 24
jam selepas aduan diterima oleh helpdesk
c. Hendaklah menyediakan meja bantuan pusat
perkhidmatan sokongan ( 24 X 7) untuk JPSM
untuk menyelaras dan menyelesaikan aduan yang
dilaporkan oleh JPSM.

Nota
*Penyebutharga dibenarkan menyediakan lampiran tambahan / berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi atau
untuk tambahan maklumat.

26

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN

DOKUMEN 9

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Sila nyatakan tempoh penghantaran

Bil

Perihal

Kuantiti

1.0

Perkakasan

1.1

IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade

1

2.0

Perisian

2.1

File Sharing & Data Synchronization Software

3.0

Perkhidmatan

3.1

Pengurusan Projek

1

3.2

Penyediaan Tapak Pemasangan

1

3.3

Pemasangan Perkakasan dan Lesen Perisian

1

3.4

Pengujian dan Pentauliahan

1

3.5

Dokumentasi dan Manual

1

3.6

Khidmat Sokongan

1

Jumlah
Lokasi penghantaran, pemasangan dan pengujian adalah di :
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.

27

1

Tempoh
penghantaran
(Hari)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

DOKUMEN 10

SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA

1.

Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh Syarikat /
penyebut harga
Kesemua Syarikat / penyebut harga yang menghantar dokumen tender / Sebut Harga
hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembekal bahawa ia tidak akan menawarkan
atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang
menandatangani Surat Akuan Pembekal hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembekal adalah
seperti di Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembekal juga
dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran
Syarikat / penyebut harga.

2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh Syarikat /
penyebut harga Berjaya
Syarikat / penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan
Pembekal Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana
mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembina
Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi
pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembekal Berjaya adalah seperti di Lampiran A2
(Tidak perlu diisi). Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembekal Berjaya juga
dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima.
(Akan disertakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima).

28

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

LAMPIRAN A1
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBEKAL
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE
BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
JH (SH) 84/2017
Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________
yang mewakili _____________________________________________________ nombor
Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa
saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau
mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2.
Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1
2.2
2.3

penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3.
Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.
Yang Benar,
---------------------------------------Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :

29

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 84/2017

Tidak perlu diisi

LAMPIRAN A2
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBEKAL BERJAYA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN
PEROLEHAN SAN STORAGE
BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
JH (SH) 84/2017
Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________
yang mewakili ______________________________________________________ nombor
Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa
saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau
mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2.
Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1
2.2
2.3

penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3.
Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.
Yang Benar,
---------------------------------------Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :

30