Dokumen Sebutharga SPA SSL ver 1.0

(1)

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

NO. SEBUTHARGA : JH (S) 80/2017

PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN

BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI.

PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI

MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA, IANYA TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN.

(2)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA

NO. DOKUMEN

MUKA SURAT

NOTIS SEBUT HARGA

1

2

3

4*

5*

3

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

4

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

7

JADUAL HARGA

12

KETERANGAN MENGENAI

PENYEBUTHARGA

14

SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

6

15

7

8**

9**

10*

JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

17

Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut harga Yang

DiBEKALKAN

24

JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN

32

KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

34

* Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” bersama Salinan

Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.

** Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”

(3)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

NOTIS SEBUT HARGA

DOKUMEN 1

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah Kod Bidang 210104, 210105 dan 210107 untuk perkhidmatan

Security Posture Assessment (SPA bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2. Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan

Kerajaan Malaysia (untuk pembekal / Penyebutharga yang berdaftar dengan sistem eP sahaja).

3. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui dua (2) cara iaitu melalui Sistem ePerolehan dan dimasukkan ke peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

4. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.

5. Tawaran ini ditutup pada 29 Ogos 2017, Jam 12.00 tengahari.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur. Tarikh : 22 Ogos 2017

(4)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 2

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. Penyebutharga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran sebahagian (partial) adalah tidak diterima.

2. Jika Sebut Harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga hendaklah mengatur dan memastikan supaya sebut harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim melalui pos sampai pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.

3. Walau apapun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana Penyebutharga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran Sebut Harga ini tanpa mengambilkira samada hasil proses Sebut Harga ini berjaya atau sebaliknya.

5. Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan Sebut Harga ini ke dalam harga Sebut Harga yang ditawarkan.

6. Tiap-tiap Penyebutharga adalah bertanggungjawab meneliti setiap Dokumen Sebut Harga yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama seperti Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam Dokumen Sebut Harga yang dibekalkan kepada Penyebutharga, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab Penyebutharga memohon kepada pegawai yang mengeluarkan dokumen sebut harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum tarikh tamat penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut harga. 7. Sebut Harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan Sebut Harga

seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebutharga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya dalam tempoh tersebut.

8. Penyebutharga mestilah membuat tawaran terhadap kesemua spesifikasi perolehan ini yang terdapat di dalam Sebut Harga mengikut kepakaran Penyebutharga.

(5)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

9. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

10. Penyebutharga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebutharga yang berjaya mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembida berjaya.

11. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung dalam pelawaan sebut harga ini pada bila-bila masa selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

12. Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan Sebut Harga ditolak. 13. Pertanyaan berkaitan dengan butiran sebut harga ini bolehlah dimajukan kepada :

Ketua Pengarah Perhutanan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur

( U.P. : En Mohd Farid Bin Mahfar, Tel : 03-26164435) 14. Menandakan dan mengirimkan Sebutharga.

14.1 Tiap-tiap Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri (sealed) dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY

POSTURE

ASSESSMENT

(SPA) BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG

MALAYSIA

14.2 Semua Sebutharga hendaklah dialamatkan kepada :- Ketua Pengarah Perhutanan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur

(6)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

15. Sebut Harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan dipertimbangkan.

16. Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.

16.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2013 (Akta 694).

16.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2013 (Akta 694).

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur. Tarikh : 22 Ogos 2017

(7)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

DOKUMEN 3

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. AM

1.1 Sebut Harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) dengan Kod Bidang 210104, 210105 dan 210107 serta pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa

1.2 Penyebutharga juga mestilah telah berdaftar dengan e-Perolehan.

1.3 Penyebutharga mestilah memiliki kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.

1.4 Sebut Harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

1.5 Kesemua dokumen Sebut Harga yang disertakan hendaklah ditaip dengan jelas. Dokumen yang tidak terang dan tidak boleh dibaca atau yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.

1.6 Hanya Penyebutharga yang mendapatkan dokumen Sebut Harga secara sah daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia layak Sebut Harga ini. 1.7 Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat Sebut Harga boleh

menyebabkan Sebut Harganya ditolak. 2. Tarikh Tutup

2.1 Sebut harga ini ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 29 Ogos 2017.

3. Penyerahan Sebut harga

3.1 Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang dinyatakan di Jadual Penentuan Teknikal (Lampiran Dokumen 6).

(8)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

3.2 Sebut Harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed) iaitu:

i) Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi:

a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kem. Kewangan; b. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada); c. Salinan Surat Pendaftaran GST (untuk yang berdaftar);

d. Jadual Harga (Dokumen 4) ;

e. Keterangan Mengenai Penyebutharga (Dokumen 5); f. Surat Akuan Pembida (Lampiran A1);

g. Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170) ii) Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi:

a. Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Dan Perkhidmatan Yang Dibekalkan (Dokumen 7);

b. Jadual Penghantaran / Pelaksanaan (Dokumen 8) ; c. Carta dan Struktur Organisasi Pasukan Projek; d. Resume/Profil Ahli Pasukan Projek;

e. Senarai dan Lampiran Sijil/Surat Pengiktirafan Berkaitan Keselamatan ICT;

f. Senarai Pengalaman Yang Berkaitan;

g. Maklumat Kaedah Yang Akan Digunakan Di Dalam Pelaksanaan Perkhidmatan;

h. Gantt Chart Pelaksanaan Perkhidmatan.

Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Arahan kepada Penyebutharga. Penyebutharga juga dikehendaki memuatnaik kesemua dokumen yang lengkap di dalam sistem Sistem ePerolehan.

3.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di : Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur

Sebut Harga yang dikirimkan melalui pos hendaklah didaftarkan dan dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perhutanan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur.

(9)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Jabatan tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau secara tidak langsung jika berlaku kelewatan kehilangan atau lain-lain semasa Sebut Harga dihantar. Sebut harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Harga

4.1 Semua harga sebut harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.

4.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga.

4.3 Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira pengenaan fi perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 iaitu pengenaan fi sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap invois yang dikemukakan kepada Kerajaan.

4.4 Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.

4.5 Setiap Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama ada telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran GST (bagi yang berdaftar) kepada Jabatan. Maklumat ini perlu dinyatakan di Dokumen 5.

4.6 Bagi Penyebutharga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

4.7 Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan JKDM, akan menerima surat setuju terima perolehan daripada Jabatan dengan harga tawaran termasuk kenaan GST

4.8 Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 4.

5. Tempoh Sah Tawaran

5.1 Tawaran Penyebutharga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup.

(10)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

6. Spesifikasi Sebut harga

6.1 Penentuan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di Jadual Penentuan Teknikal (Dokumen 6) yang dikembarkan.

6.2 Penyebutharga hanya boleh mencadangkan SATU (1) pilihan sahaja spesifikasi teknikal yang tidak kurang daripada spesifikasi minima seperti di Jadual Penentuan Teknikal kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Penyebutharga yang mencadangkan lebih dari satu pilihan spesifikasi teknikal akan DITOLAK.

6.3 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga dengan tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.

7. Pembayaran

7.1 Pembayaran bagi perolehan ini akan dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA.

7.2 Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam peratusan yang tertentu mengikut peringkat penyelesaian kepada kerja-kerja yang dilaksanakan seperti di dalam dokumen kontrak.

8. Penentuan Perkhidmatan

8.1 Perakuan penerimaan perkhidmatan hanya akan dibuat setelah diperiksa dan diperakui oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diberi kuasa.

8.2 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap perkhidmatan yang rosak, rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebutharga Yang Dibekalkan. Penyebutharga yang tidak mengikuti Jadual Cadangan Spesifikasi Sebutharga Yang Dibekalkan hendaklah membuat pembetulan perkhidmatan tersebut. Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga.

8.3 Setiap butir mengenai perkhidmatan yang dicadangkan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Sebutharga Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal mestilah dinyatakan dengan jelas, jika tidak Sebutharga tidak akan dipertimbangkan. 9. Tempoh dan Jadual Penghantaran

9.1 Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan perkhidmatan (Dokumen 6) di dalam tempoh 45 hari daripada tarikh menandatangani surat setuju terima dan melengkapkan jadual pelaksanaan seperti di dalam Dokumen 8.

(11)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

9.2 Penyebutharga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko perkhidmatan, tenaga kerja, pengangkutan dan segala yang perlu bagi Sebut Harga ini.

10. Prestasi Perkhidmatan

10.1 Sebarang item yang pada asalnya tidak dicadangkan oleh Penyebutharga yang berjaya dalam tawaran Sebutharganya, tetapi diperlukan untuk menjayakannya di dalam penggunaan, hendaklah dibekalkan dan ditanggung oleh Penyebutharga. 11. Penerima Sebut Harga

11.1 Jabatan akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila sebut harganya dipersetujui.

11.2 Notis itu bolehlah mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian sebut harga itu tidaklah boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau diubahsuai itu adalah diterima.

11.3 Apabila dipersetujui, maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan Penyebutharga mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang apa-apa perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

11.4 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak mempersetujui sebut harga yang menawarkan harga terendah atau mana-mana sebut harga jua pun. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak berkewajipan memberi apa-apa alasan di atas penolakan sebarang sebut harga dan keputusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengenainya adalah muktamad.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin

50660 Kuala Lumpur. Tarikh : 22 Ogos 2017

(12)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

JADUAL HARGA

DOKUMEN 4

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Bil Perihal Kuantiti

Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM) 1.0

PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN RANGKAIAN & SISTEM ICT (SECURITY POSTURE ASSESSMENT)

1.1 Ujian Penembusan Secara Luaran

(External Penetration Testing) 1 Lot

1.2 Ujian Penembusan Secara Dalaman

(Internal Penetration Testing) 1 Lot

1.3 Ujian Penilaian Rekabentuk Rangkaian

(Network Architecture Review) 1 Lot

1.4

Penilaian Keselamatan Aplikasi Portal JPSM dan Sistem Aplikasi JPSM

(Application Assessment)

17 Aplikasi

1.5 Melaksanakan Penilaian Polisi

(Policy Review) 1 Lot

1.6 Ujian Penembusan Tanpa Wayar (Wireless Penetration Testing)

11 Wireless Peripherals

1.7 Ujian Penilaian Keselamatan Fizikal

(Physical Assessment) 1 Lot

2.0 Sijil Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL) 2.1 Perolehan Digital SSL Server Certificate (Wildcard

SSL) 1 Lot

2.2 Pemasangan Digital SSL Server Certificate (Wildcard

SSL) 1 Lot

3.0 DOKUMENTASI 1 Lot

(13)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 5

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. NAMA PENYEBUTHARGA : ________________________________

2. ALAMAT PEJABAT : ________________________________

3. NO. TELEFON : ________________________________

4. NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : __________________________ 5. NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN

KEWANGAN : __________________________

(SERTAKAN SALINAN SIJIL)

6. STATUS PENDAFTARAN GST : (BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR) (GARISKAN YANG BERKENAAN)

7. NO. PENDAFTARAN GST : __________________________

(UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)

8. MODAL BERBAYAR : RM _______________________

9. MODAL DIBENAR : RM _______________________

10. JUMLAH TAWARAN : RM _______________________

11. PEMBEKALAN : Tempoh penyempurnaan keseluruhan perkhidmatan : ______ hari Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebutharga : _________________________________

Nama : _________________________________

No. Kad. Pengenalan : _________________________________

Jawatan : _________________________________

Tarikh : _________________________________

(14)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

DOKUMEN 6

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

(Maklumat terperinci penentuan teknikal adalah seperti di Dokumen 7)

Bil Perihal Kuantiti

1.0 PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN RANGKAIAN & SISTEM ICT

(SECURITY POSTURE ASSESSMENT)

1.1 Ujian Penembusan Secara Luaran

(External Penetration Testing) 1 Lot

1.2 Ujian Penembusan Secara Dalaman

(Internal Penetration Testing) 1 Lot

1.3 Ujian Penilaian Rekabentuk Rangkaian

(Network Architecture Review) 1 Lot

1.4

Penilaian Keselamatan Aplikasi Portal JPSM dan Sistem Aplikasi JPSM

(Application Assessment)

14 Aplikasi

1.5 Melaksanakan Penilaian Polisi

(Policy Review) 1 Lot

1.6 Ujian Penembusan Tanpa Wayar (Wireless Penetration Testing)

11 Wireless Peripherals

1.7 Ujian Penilaian Keselamatan Fizikal

(Physical Assessment) 1 Lot

2.0 Sijil Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL)

2.1 Perolehan Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL) 1 Lot 2.2 Pemasangan Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL) 1 Lot

(15)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA YANG

DIBEKALKAN

DOKUMEN 7

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA) BAGI JABATAN PERHUTANAN

SEMENANJUNG MALAYSIA

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

1.0

PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN

RANGKAIAN & SISTEM ICT (SECURITY

POSTURE ASSESSMENT)

1.1

Ujian Penembusan Secara Luaran (External Penetration Testing

a. Penyebut harga hendaklah mengenal pasti

kelemahan komponen rangkaian dan mengeksploitasi kelemahan untuk

(16)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

b. Penyebut harga hendaklah mengenal pasti

sebarang kelemahan aplikasi atau konfigurasi dan mengekploitasi kelemahan untuk mendapat akses ke dalam aplikasi dalam pelayan JPSM

c. Penyebut harga hendaklah membuat ujian

penembusan secara luaran dari Internet terhadap semua infrastruktur JPSM. Penyebut harga juga hendaklah melakukan simulasi serangan secara capaian remote.

d. Melibatkan enam belas (16) Public IP

Address seperti di LAMPIRAN 1.

e. Mengenalpasti vulnerable ports dan

services.

f. Menjalankan simulasi serangan dengan

meniru proses yang digunakan oleh penggodam dan 'crackers' untuk

(17)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

mendapatkan akses kepada maklumat dan sistem / laman web JPSM.

1.2

Ujian Penembusan Secara Dalaman (Internal Penetration Testing

a. Penyebut harga hendaklah melakukan

ujian ke atas tahap keselamatan rangkaian dalaman

b. Penyebut harga hendaklah membuat ujian

penembusan dalaman ke atas pelayan JPSM yang terletak di Pusat Data JPSM.

c. Penyebut harga hendaklah melakukan

penilaian kelemahan (vulnerability Assessment) ke atas semua pelayan dan aplikasi JPSM.

d. Penyebut harga hendaklah menamatkan

(18)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

mengelakkan sebarang perubahan ke atas maklumat atau data sedia ada.

e. Kelemahan (Vulnerabilities) yang mesti

diuji dan tidak terhad kepada: i. Backdoors

ii. Browsers iii. CGI-bin iv. Daemons

v. DNS vi. Brute force vii. SMTP viii. FTP

ix. Proxy

x. SQL Injections.

f. Penyebut harga hendaklah

(19)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

penembusan dalaman dan luaran yang merangkumi:

i. Dokumentasi mengenai proses pencerobohan, tarikh, masa, nama pelayan, keterangan aktiviti dan juga keputusan.

ii. Cadangan langkah-langkah tindakan dan pembetulan yang boleh menghalang dari pencerobohan berlaku.

1.3

Ujian Penilaian Rekabentuk Rangkaian (Network Architecture Review)

a. Penyebutharga hendaklah mengkaji,

mengesyorkan reka bentuk Rangkaian yang selamat (Secured Network) yang menggariskan pertahanan perimeter, pengasingan LAN, WAN, Remote Access

(20)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

b. Penyebutharga hendaklah mencadangkan

sistem keselamatan seperti firewall, intrusion detection system, Intrusion Prevention system, antivirus dan lain lain

1.4

Penilaian Keselamatan Aplikasi Portal JPSM dan Sistem Aplikasi JPSM (Application Assessment)

a. Penyebut harga hendaklah membuat

penilaian dan audit ke atas setup aplikasi web yang merangkumi port/services, protokol yang digunakan, connection setting, session dan lain-lain untuk semua pelayan Portal JPSM dan 17 Aplikasi JPSM seperti dalam LAMPIRAN 2.

b. Penyebut harga hendaklah membuat

penilaian dan membuat capaian ke atas mod capaian semasa bagi menentukan keselamatan kata laluan dan juga ID

(21)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

pengguna. Ia termasuklah kajian semula kawalan capaian untuk pengguna, pentadbiran sistem dan log masuk, kaedah pengesahan dan pengurusan kata laluan.

c. Penyebut harga hendaklah membuat

kajian semula ke atas pengurusan session yang meliputi tetapi tidak terhad kepada

session variables, session expiration dan user profile yang dikaitkan (mapping) dengan setiap permintaan aplikasi (application request).

d. Penyebut harga hendaklah mengendalikan

analisa kod pada kod aplikasi web yang telah diketahui kelemahan dan vulnerabilities yang termasuk dan tidak terhad kepada URL leakage, kod sumber HTML dan cookies.

(22)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

secara terperinci mengenai penemuan kekuatan dan kelemahan serta cadangan dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi sebarang kelemahan keselamatan.

1.5 Melaksanakan Penilaian Polisi (Policy Review)

a. Mengkaji dokumen DKICT supaya

mematuhi semua dokumen polisi, prosedur dan standard operating procedure JPSM dan pekeliling kerajaan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Pembangunan Aplikasi, Keselamatan IT.

b. Pengumpulan maklumat dengan menemu

bual kakitangan JPSM dan menyemak dokumentasi sekuriti berkaitan dan prosedur-prosedur operasi.

(23)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

1.6

Ujian Penembusan Tanpa Wayar (Wireless Penetration Testing)

Penyebut harga hendaklah melakukan Ujian Penembusan terhadap wirelessAccess Point (AP) di Ibu Pejabat JPSM. Jumlah AP yang dikenalpasti adalah, tetapi TIDAK TERHAD, sebanyak 11 unit. Penyebutharga juga perlu mengesan AP yang tidak sah semasa tempoh pengujian

1.7

Ujian Penilaian Keselamatan Fizikal (Physical Assessment)

a. Membuat penilaian sistem kawalan

keselamatan fizikal sedia ada di Pusat Data JPSM

b. Membuat penilaian ancaman keselamatan

fizikal yang merangkumi:

(24)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

ii. Persekitaran bagi mengelakkan kecurian atau pencerobohan;

iii. Semua peralatan disimpan dalam bilik yang berkunci; dan

iv. Lain-lain skop yang terlibat (nyatakan sekiranya ada)

c. Memeriksa dan membuat penilaian Buku

Daftar Masuk/Keluar ke Pusat Data

d. Lain-lain aktiviti dalam skop kerja Audit

Keselamatan Fizikal yang perlu dilaksanakan bagi memastikan aktiviti ini berjaya.

(25)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

2.0

Sijil Digital SSL SERVER CERTIFICATE (WILDCARD SSL)

2.1

Perolehan Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL)

a. Sijil Wildcard SSL (1 Tahun, sambungan

dari Sijil Sedia ada)

b. Wildcard certificate for unlimited

subdomains

c. Entrust CA

d. 128 up to 256 bits encryption e. 2048 bit keys

(26)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

2.2

Pemasangan Digital SSL Server Certificate (Wildcard SSL)

a. Pemasangan Sijil Digital SSL SERVER

CERTIFICATE (WILDCARD SSL) di pelayan yang akan ditentukan oleh JPSM

b. Penyebutharga perlu memasang Sijil

Digital SSL di pelayan yang ditentukan JPSM dengan betul.

c. Ujian sebelum pemasangan juga perlu

dilaksanakan untuk memastikan aplikasi dan server berfungsi dengan betul

d. Penyebutharga perlu memastikan isu-isu

vulnerability seperti berikut diselesaikan di Pelayan tersebut:-

i. OpenSSL AES-NI Padding Oracle MitM Information Disclosure

ii. SSL 64-bit Block Size Cipher Suites Supported (SWEET32)

(27)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

iii. SSL Certificate Cannot Be Trusted iv. SSL Certificate Signed Using Weak

Hashing Algorithm

v. SSL Medium Strength Cipher Suites Supported

vi. SSL RC4 Cipher Suites Supported (Bar Mitzvah)

vii. SSL Self-Signed Certificate

viii. SSL Version 2 and 3 Protocol Detection

ix. SSL Weak Cipher Suites Supported

x. SSLv3 Padding Oracle On Downgraded Legacy Encryption Vulnerability (POODLE)

e. Sila kemukakan contoh senarai semak

(28)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

3.0 DOKUMENTASI

3.1 Penyebut harga mestilah menyediakan laporan yang komprehensif bagi semua penemuan penilaian dan cadangan langkah-langkah pengukuhan keselamatan ICT berdasarkan amalan-amalan terbaik untuk meminimumkan tahap risiko. Ianya merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

i. Cadangan langkah-langkah pengukuhan sistem pengoperasian dan sistem aplikasi; ii. Cadangan pengukuhan keselamatan sistem pengoperasian, sistem aplikasi dan konfigurasi peralatan rangkaian ICT ; iii. Cadangan langkah-langkah penyelesaian

jangka masa pendek dan jangka masa panjang;

iv. Analisa dan perbandingan data untuk mengenalpasti persamaan dan konflik dalam data yang dikumpulkan; dan

v. Ancaman, risiko dan vulnerabilities yang dikenalpasti.

(29)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

3.2 Penyebut harga mestilah menyediakan 2 jenis laporan dan taklimat iaitu:

i. Laporan Pengurusan bagi Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT JPSM.

ii. Laporan Teknikal bagi semua aktiviti Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT JPSM

3.3 Penyebutharga hendaklah memastikan laporan penemuan-penemuan adalah jelas dan senang untuk difahami bagi melaksanakan aktiviti

mitigation.

M

3.4 Semua dokumentasi yang dikemukakan perlu dikemukakan dalam sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

M 3.5 Menyediakan set lengkap laporan dokumentasi

penilaian dalam tiga (3) salinan dalam bentuk

hardcopy dan media CD untuk perkhidmatan di atas. Senarai dokumen hendaklah diberi kawalan

(30)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

4.0 LAIN LAIN

4.1 Penyebutharga dikehendaki menyediakan cadangan projek/ pelan pelaksanaan (write up) dan pasukan projek yang komprehensif bagi melaksanakan projek ini

4.2 Penyebutharga dikehendaki menyenaraikan staf-staf yang terlibat dengan projek ini seperti di LAMPIRAN 3. Staf-staf Penyebut harga yang terlibat dengan projek ini bersama hendaklah tertakluk kepada Akta Keselamatan Negara, polisi dan prosedur keselamatan JPSM. Pembekal perlu menandatangani Non-disclosure Agreement

(NDA).

4.3 Penyebut harga MESTI mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan keselamatan ICT sekurang-kurangnya tiga (3) tahun ke belakang (Tahun 2015 – 2017).

4.4 Penyebut harga mestilah menyenaraikan pengalaman kerja yang berkaitan dengan projek ini atau seumpamanya iaitu pengalaman syarikat dalam mengendalikan projek-projek Penilaian Tahap Keselamatan dan pengauditan ICT

(31)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Bil Spesifikasi Keperluan Mandatori

(M)

Pematuhan (Ya/Tidak)

Tawaran oleh Syarikat

(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu dengan jelas terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*

belakang projek, nama syarikat atau agensi yang terlibat untuk tiga (3) tahun ke belakang (tahun 2015 -2017) seperti di LAMPIRAN 4.

4.5 Penyebut harga mempunyai konsultan keselamatan ICT dalaman yang professional dan bertauliah. Sertakan salinan sijil seperti Certified Information Security Services Professional (CISSP), SANS GIAC GPEN (Network Penetration Testing), SANS GIAC GMOB (Mobile Device Security Analyst), SANS GIAC GCIH (Certified Incident Handler), Certified Ethical Hacker (CEH), ISO27001 Lead Auditor, ITIL Certification dan sebagainya.

4.6 Pasukan kerja mestilah mematuhi prosedur dan peraturan dalaman JPSM yang merangkumi dan berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kerahsiaan.

(32)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUTHARGA

JADUAL PELAKSANAAN

DOKUMEN 8

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Sila nyatakan tempoh pelaksanaan

Bil Perihalan Tempoh Pelaksanaan (Hari)

1.0

PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN

RANGKAIAN & SISTEM ICT (SECURITY POSTURE ASSESSMENT)

2.0 SIJIL DIGITAL SSL SERVER CERTIFICATE (WILDCARD SSL)

3.0 DOKUMENTASI

JUMLAH

Lokasi pelaksanaan perkhidmatan adalah di : Bahagian Pengurusan Maklumat

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin,

(33)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

KAEDAH PELAKSANAAN

INTEGRITY PACT

DOKUMEN 9

SEBUT HARGA : JH (S) 80/2017

SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN

SECURITY POSTURE ASSESSMENT

(SPA)

BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

1. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penender / penyebut harga

Kesemua penender / penyebut harga yang menghantar dokumen tender / Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawarkan atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penender / penyebut harga.

2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh penender / penyebut harga Berjaya

Penender / penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembina Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran A2 (Tidak perlu diisi). Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima. (Akan disertakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima).

(34)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN A1

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA)

BAGI

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH(S) 80/2017

Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________ yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3. Sekiranya terdapat mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar,

--- Nama :

No. KP: Cop Syarikat :

(35)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Tidak perlu diisi

LAMPIRAN A2

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

Bagi

SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA)

BAGI

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH(S) 80/2017

Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________ yang mewakili ______________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3. Sekiranya terdapat mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar,

--- Nama :

(36)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 1

SENARAI

URL

YANG

PERLU

DILAKSANAKAN

EXTERNAL

NETWORK

PENETRATION TEST

BIL URL

1 esra.forestry.gov.my 2 eforgris.forestry.gov.my 3 sml.forestry.gov.my 4 epck.forestry.gov.my 5 eforlog.forestry.gov.my 6 smlp.forestry.gov.my 7 www.forestry.gov.my 8 geoformatik.forestry.gov.my 9 ngs.forestry.gov.my

10 eperhutanan.forestry.gov.my 11 mail.forestry.gov.my

12 myasset.forestry.gov.my 13 bakau.forestry.gov.my 14 sip.forestry.gov.my 15 ilmu.forestry.gov.my 16 johor.forestry.gov.my

(37)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 2

SENARAI

APLIKASI

YANG PERLU DILAKSANAKAN

WEB

APPLICATION

ASSESSMENT

BIL NAMA APLIKASI

1 Economic Shuttle Report Analysis (ESRA)

2 Electronic Forest Genetic Resources Information System (eFORGRIS)

3 Sistem Maklumat Lesen (SML)

4 Sistem Maklumat Petak Contoh Kekal (e-PCK)

5 Sistem Electronic For Logging (E-Forlog)

6 Sistem Maklumat Latihan Perhutanan (SMLP)

7 Laman Web JPSM

8 Sistem Pangkalan Data Geospatial Perhutanan (PDGP)

9 Sistem NFI, G&Y dan eSmash (NGS)

10 Sistem e-Perhutanan

11 Email Server

12 Sistem Pemantauan Pengurusan Aset

13 Laman Web Bakau

14 Sistem Info-Perhutanan (SiP)

15 Sistem ILMU

16 Laman Web JPN Johor

(38)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 3

SENARAI AHLI PASUKAN PROJEK

Bil.

Nama

Personel

Jawatan

Dalam

Projek Ini

Pengalaman

Bekerja

Dalam Projek

Yang Serupa

Bidang

Kepakaran

Teknikal

Peranan &

Tanggung

Jawab Dalam

Projek Ini

Kakitangan

Syarikat

(Ya/Tidak)

(39)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 4

PENGALAMAN SYARIKAT

No.

Nama Projek

Tempoh / Tahun

Pelaksanaan (2015

2017)

Organisasi /

Agensi

terlibat

Nilai / Kos

Projek

(1)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN A1

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi

SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA) BAGI

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH(S) 80/2017

Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________ yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau

mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3. Sekiranya terdapat mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar,

--- Nama :

No. KP: Cop Syarikat :

(2)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

Tidak perlu diisi

LAMPIRAN A2

(SAP bertarikh 1 April 2010)

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA Bagi

SEBUT HARGA BAGI

PERKHIDMATAN SECURITY POSTURE ASSESSMENT (SPA) BAGI

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH(S) 80/2017

Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________ yang mewakili ______________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi

rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau

mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

(3)

mana-Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 1

SENARAI

URL

YANG

PERLU

DILAKSANAKAN

EXTERNAL

NETWORK

PENETRATION TEST

BIL URL

1 esra.forestry.gov.my

2 eforgris.forestry.gov.my

3 sml.forestry.gov.my

4 epck.forestry.gov.my

5 eforlog.forestry.gov.my

6 smlp.forestry.gov.my

7 www.forestry.gov.my

8 geoformatik.forestry.gov.my

9 ngs.forestry.gov.my

10 eperhutanan.forestry.gov.my

11 mail.forestry.gov.my

12 myasset.forestry.gov.my

13 bakau.forestry.gov.my

14 sip.forestry.gov.my

15 ilmu.forestry.gov.my

(4)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JH (S) 80/2017

LAMPIRAN 2

SENARAI

APLIKASI

YANG PERLU DILAKSANAKAN

WEB

APPLICATION

ASSESSMENT

BIL NAMA APLIKASI

1 Economic Shuttle Report Analysis (ESRA)

2 Electronic Forest Genetic Resources Information System (eFORGRIS) 3 Sistem Maklumat Lesen (SML)

4 Sistem Maklumat Petak Contoh Kekal (e-PCK) 5 Sistem Electronic For Logging (E-Forlog) 6 Sistem Maklumat Latihan Perhutanan (SMLP) 7 Laman Web JPSM

8 Sistem Pangkalan Data Geospatial Perhutanan (PDGP) 9 Sistem NFI, G&Y dan eSmash (NGS)

10 Sistem e-Perhutanan 11 Email Server

12 Sistem Pemantauan Pengurusan Aset 13 Laman Web Bakau

14 Sistem Info-Perhutanan (SiP) 15 Sistem ILMU