Dokumen Sebutharga 87-2017 Toner

SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN
PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017

PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN
BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI.
PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANAMANA FASAL DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA, IANYA TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JADUAL KANDUNGAN
NO. DOKUMEN

MUKA
SURAT

NOTIS SEBUT HARGA


1

3

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2

4

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

3

7

JADUAL HARGA

4*


12

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

5*

14

SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

6*

15

JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

7

17


JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA
YANG DIBEKALKAN

8**

19

JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN

9**

21

KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

10

22

SURAT AKUAN PEMBIDA


Lampiran A1**

23

SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA

Lampiran A2

24

PERKARA

*
Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” bersama Salinan
Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
**

Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”


Sila rujuk “SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA” untuk keterangan lanjut

2

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NOTIS SEBUT HARGA

DOKUMEN 1

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan

Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi
berkuatkuasa di bawah bidang Kod 210101 untuk Perolehan Toner Bagi Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia.

2.

Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan
Kerajaan Malaysia (untuk pembekal / Penyebutharga yang berdaftar dengan sistem eP
sahaja).

3.

Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui dua (2)
cara iaitu melalui Sistem ePerolehan dan dimasukkan ke peti Sebut Harga di Bahagian
Khidmat Pengurusan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan
Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.

4.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut

harga.

5.

Tawaran ini ditutup pada 5 September 2017, Jam 12.00 tengahari.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017

3

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA


DOKUMEN 2

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

Penyebutharga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran
sebahagian (partial) adalah tidak diterima

2.

Jika sebut harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga hendaklah mengatur dan
memastikan supaya sebut harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim melalui pos sampai
pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.

3.

Walau apapun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh

yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4.

Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh
mana-mana Penyebutharga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran sebut harga ini
tanpa mengambilkira samada hasil proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya.

5.

Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan
penyediaan sebut harga ini ke dalam harga sebut harga yang ditawarkan.

6.

Tiap-tiap Penyebutharga adalah bertanggungjawab meneliti setiap dokumen sebut harga
yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama seperti
Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam dokumen sebut
harga yang dibekalkan kepada Penyebutharga, adalah menjadi kewajipan dan
tanggungjawab Penyebutharga memohon kepada pegawai yang mengeluarkan dokumen

sebut harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum tarikh tamat penyerahan sebut
harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.

7.

Sebut harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan sebut harga
seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebutharga tidak boleh menarik
balik sebut harganya dalam tempoh tersebut.

8.

Penyebutharga mestilah membuat tawaran terhadap kesemua spesifikasi toner yang
terdapat di dalam Sebut Harga mengikut kepakaran Penyebutharga.

9.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga yang
terendah atau mana-mana sebut harga atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan
sesuatu tawaran sebut harga.


4

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

10.

Penyebutharga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebutharga
mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembida berjaya.

11.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak untuk meminda atau
membatalkan mana-mana syarat yang terkandung dalam pelawaan sebut harga ini pada
bila-bila masa selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih
dahulu.

12.

Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan sebut harga ditolak.

13.

Pertanyaan berkaitan dengan butiran sebut harga ini bolehlah dimajukan kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
( U.P. : En. Mohd Farid bin Mahfar, No. Tel : 03-26164435)

14.

Menandakan dan mengirimkan sebut harga.
14.1

Tiap-tiap sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri
(sealed) dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan
SEBUT HARGA
NO. CADANGAN

: JH (SH) 87/2017
: Y03511101011601XXXX*

SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
(*Lengkapkan No. Cadangan berdasarkan nombor yang dijana daripada sistem
ePerolehan)
14.2

Semua sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur

14.3

Semua sebut harga hendaklah sampai ke Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia tidak lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

14.4

Semua Sebut Harga hendaklah juga dilengkapkan dan dihantar melalui sistem
ePerolehan.

5

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

14.5

JH (SH) 87/2017

Kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke peti sebut harga mestilah sama
dengan kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke dalam sistem ePerolehan.
Jika terdapat butiran atau dokumen yang tidak sama antara keduanya, maka sebut
harga akan ditolak

15.

Sebut harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan
dipertimbangkan.

16.

Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.
16.1

Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta
atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada mana-mana
orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

16.2

Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota
perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan
kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694).

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017

6

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

DOKUMEN 3

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

2.

AM
1.1

Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di dalam Kod
Bidang 210101 serta pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk membekal dan
menghantar toner bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

1.2

Penyebutharga juga mestilah telah berdaftar dengan e-Perolehan.

1.3

Penyebutharga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki
pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.

1.4

Sebut harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan tidak
akan dipertimbangkan.

1.5

Kesemua dokumen sebut harga yang disertakan hendaklah ditaip dengan jelas
menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya kecuali bagi terma-terma tertentu
dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris mengikut format sebut harga yang
disediakan oleh Jabatan. Dokumen yang tidak terang dan tidak boleh dibaca atau
yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.

1.6

Penyebutharga perlu mendapatkan (download) dokumen sebut harga secara atas
talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia.

1.7

Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat sebut harga
menyebabkan sebut harganya ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup
2.1

3.

boleh

Sebut harga ini ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 5 September 2017

Penyerahan Sebut Harga
3.1

Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang dinyatakan di Jadual
Penentuan Teknikal (Lampiran Dokumen 7)

7

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

3.2

JH (SH) 87/2017

Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed)
iaitu:
i)

Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

ii)

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kem. Kewangan;
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada);
Salinan Surat Pendaftaran GST (untuk yang berdaftar);
Jadual Harga (Dokumen 4) ;
Keterangan Mengenai Penyebutharga (Dokumen 5);
Surat Jaminan Penyebutharga (Dokumen 6);
Surat Akuan Pembida (Lampiran A1);
Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170)

Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi:
a. Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan (Dokumen 8)
b. Jadual Penghantaran / Pelaksanaan (Dokumen 9) ;

Penyebutharga tidak dibenarkan menulis nama syarikat didalam mana-mana
dokumen didalam sampul kedua. Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke
dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan
di dalam Arahan kepada Penyebutharga.
3.3

Sebut harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di :
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Sebut harga yang dikirimkan melalui pos hendaklah didaftarkan dan dialamatkan
kepada:
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
Jabatan tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau secara tidak langsung
jika berlaku kelewatan kehilangan atau lain-lain semasa sebut harga dihantar. Sebut
harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

8

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

4.

5.

Harga
4.1

Semua harga sebut harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.

4.2

Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak
kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.

4.3

Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira pengenaan fi perkhidmatan
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 8 Tahun 2005 iaitu pengenaan fi sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus
(0.8%) mengikut setiap invois yang dikemukakan kepada Kerajaan.

4.4

Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan
GST.

4.5

Setiap Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama ada
telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran GST (bagi
yang berdaftar) kepada Jabatan. Maklumat ini perlu dinyatakan di Dokumen 5.

4.6

Bagi Penyebutharga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta
GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada
Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah
membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan
GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

4.7

Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan JKDM, akan menerima surat setuju
terima perolehan daripada Jabatan dengan harga tawaran termasuk kenaan GST

4.8

Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga
mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 4.

Tempoh Sah Tawaran
5.1

6.

JH (SH) 87/2017

Tawaran Penyebutharga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari
dari tarikh sebut harga ditutup.

Spesifikasi Sebut Harga
6.1

Penentuan perkakasan dan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di
Jadual Penentuan Teknikal (Dokumen 7) yang dikembarkan.

6.2

Penyebutharga hanya boleh mencadangkan SATU (1) pilihan sahaja spesifikasi
teknikal yang tidak kurang daripada spesifikasi minima seperti di Jadual Penentuan
Teknikal kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Penyebutharga
yang mencadangkan lebih dari satu pilihan spesifikasi teknikal akan DITOLAK.

9

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

6.3

7.

8.

9.

JH (SH) 87/2017

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi
bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga dengan
tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.

Pembayaran
7.1

Pembayaran bagi pembekalan ini akan dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA.

7.2

Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah perkakasan, perkhidmatan dan
kelengkapan diakuterima oleh Kerajaan.

Perakuan Penerimaan Perkakasan
8.1

Perakuan penerimaan toner hanya akan dibuat setelah toner yang dibekalkan
diperiksa oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diberi
kuasa.

8.2

Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan toner yang rosak,
rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga
Yang Dibekalkan. Penyebutharga yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi
Sebut Harga Yang Dibekalkan hendaklah menggantikan toner yang ditolak tersebut.
Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga.

8.3

Toner yang dibekalkan hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh seperti
yang dicatatkan di dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan
dan dalam tempoh itu Penyebutharga hendaklah memberi perkhidmatan
penggantian dengan percuma.

8.4

Setiap butir mengenai toner yang dicadangkan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi
Teknikal Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal mestilah dinyatakan
dengan jelas, jika tidak sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

Tempoh dan Jadual Penghantaran / Pelaksanaan
9.1

Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan dan
penghantaran di dalam tempoh 45 hari daripada tarikh setuju terima dan
melengkapkan jadual penghantaran / pelaksanaan seperti di dalam Dokumen 9.

9.2

Penyebutharga boleh mengemukakan jadual pelaksananaan yang lebih terperinci
bagi setiap item yang dimaksudkan.

9.3

Penyebutharga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko perkakasan
tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi menghantar dan
memasang perkakasan tersebut ke tempat yang dinyatakan dalam pesanan rasmi.

10

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

10.

JH (SH) 87/2017

Prestasi Perkakasan
10.1

Penyebutharga mestilah menjamin bahawa semua toner yang dicadangkan adalah
baru dan belum digunakan. Kesemua toner MESTILAH TULEN (original) dan pihak
Jabatan berhak memanggil dan mendapatkan pengesahan daripada wakil HP untuk
membuat semakan ketulenan toner berkenaan. Pihak Jabatan berhak untuk tidak
menerima sebarang toner yang disahkan tidak tulen.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Tarikh : 25 Ogos 2017.

11

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL HARGA

DOKUMEN 4

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil

Perihalan

Kuantiti

1

CB540A - Black

5

2

CB541A - Cyan

5

3

CB542A - Yellow

6

4

CB543A - Magenta

6

5

CE400A - Black

6

6

CE401A - Cyan

5

7

CE402A - Yellow

5

8

CE403A - Magenta

3

9

CF280X/XC

42

10

CB436A

12

11

CE410A - Black

7

12

CE411A - Cyan

3

13

CC530A – Black

2

14

CC531A - Cyan

2

15

CC532A - Yellow

1

16

CC533A - Magenta

1

17

CE505A

3

18

C4096A

5

19

CE320A - Black

1

20

CE323A - Magenta

1

21

Q5949A

1

12

Harga Seunit
(RM)

Jumlah Harga
(RM)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Perihalan

Kuantiti

22

CE740A - Black

9

23

CF226X

10
JUMLAH

13

Harga Seunit
(RM)

JH (SH) 87/2017

Jumlah Harga
(RM)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 5

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1.

NAMA PENYEBUTHARGA

:

________________________________

2.

ALAMAT PEJABAT

:

________________________________

3.

NO. TELEFON

:

________________________________

4.

NO. PENDAFTARAN SYARIKAT

:

__________________________

5.

NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN
KEWANGAN

:

__________________________

:

(BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR)

:

__________________________

(SERTAKAN SALINAN SIJIL)

6.

STATUS PENDAFTARAN GST
(GARISKAN YANG BERKENAAN)

7.

NO. PENDAFTARAN GST

(UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)

8.

MODAL BERBAYAR

:

RM _______________________

9.

MODAL DIBENAR

:

RM _______________________

10.

JUMLAH TAWARAN

:

RM _______________________

11.

PEMBEKALAN : Tempoh pembekalan tersebut : ______ hari

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebutharga :

_________________________________

Nama

:

_________________________________

No. Kad. Pengenalan

:

_________________________________

Jawatan

:

_________________________________

Tarikh

:

_________________________________

Cop Syarikat

:

14

JH (SH) 87/2017

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

DOKUMEN 6

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Surat ini hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan di dalam sampul surat pertama.

SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA

Kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.
Tuan,

SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA, JH (SH) 87/2017.
Saya / kami tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga ini, menawar untuk membekal dan
menghantar pelbagai jenis toner jenama HP seperti yang terdapat dalam Jadual Harga berkembar
dengan harga sebanyak : RM _________________________
(Ringgit Malaysia :
_____________________________________________________________________________).
1.
Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kualiti toner yang akan dibekalkan adalah
setanding dengan :
i.

Contoh toner yang menjadi asas kepada penawaran seburharga ini.

ii.

Kualiti yang telah diberikan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang
Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal.

2.
Saya / kami bersetuju untuk mengganti dengan tiada apa-apa bayaran tambahan, manamana toner yang saya / kami bekalkan yang didapati rosak akibat pembekalan atau pembungkusan
yang tidak sempurna, atau apa-apa kerosakan yang didapati di dalam tempoh jaminan disebabkan
ketidaksempurnaan buatan, atau mana-mana toner yang telah saya / kami bekalkan yang didapati
tidak menepati senarai butir-butir yang telah ditetapkan.

15

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

3.
Mana-mana toner yang rosak atau yang tidak menepati senarai butir-butir yang telah
ditetapkan akan menjadi hak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau dipulangkan kepada
penyebutharga jika terdapat bukti semua cukai Kerajaan telah dibayar.
4.
Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kesemua toner yang dicadangkan ini adalah
toner yang tulen daripada pihak prinsipal dan saya / kami akan menggantikan sebarang toner yang
didapati tidak tulen oleh pihak prinsipal kepada toner yang tulen tanpa apa-apa bayaran tambahan.
5.
Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa saya / kami akan menyempurnakan bekalan
/ perkhidmatan dalam tempoh masa seperti yang terdapat di dalam Keterangan Mengenai
Penyebutharga.
6.
Jika sebut harga ini diterima saya / kami bersetuju untuk menandatangani surat setuju terima
didalam masa tujuh (7) hari dari tarikh surat tawaran sebut harga dihantar.
7.
Saya / kami bersetuju bahawa tempoh sah laku sebut harga ini akan dibuka selama 90 hari
daripada tarikh sebut harga ditutup dan dalam tempoh tersebut saya / kami tidak boleh menarik balik
tawaran sebut harga tersebut.

( Tandatangan Penyebutharga )

( Tandatangan Saksi )

Nama : _____________________

Nama : ______________________

No. K.P : ____________________

No. K.P : _____________________

Jawatan : ____________________

Jawatan : ____________________

Alamat Penyebutharga :

Alamat Saksi :

Tarikh : _____________________

Tarikh : ______________________

Cop Syarikat :

Cop Syarikat :

16

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL

DOKUMEN 7

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil

Perihalan / Kod Toner Jenama HP

Kuantiti

1

CB540A - Black

5

2

CB541A - Cyan

5

3

CB542A - Yellow

6

4

CB543A - Magenta

6

5

CE400A - Black

6

6

CE401A - Cyan

5

7

CE402A - Yellow

5

8

CE403A - Magenta

3

9

CF280X/XC

42

10

CB436A

12

11

CE410A - Black

7

12

CE411A - Cyan

3

13

CC530A – Black

2

14

CC531A - Cyan

2

15

CC532A - Yellow

1

16

CC533A - Magenta

1

17

CE505A

3

18

C4096A

5

19

CE320A - Black

1

20

CE323A - Magenta

1

21

Q5949A

1

22

CE740A - Black

9

17

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil
23

Perihalan / Kod Toner Jenama HP

JH (SH) 87/2017

Kuantiti
10

CF226X

Kesemua toner MESTILAH TULEN (original) dan pihak Jabatan berhak memanggil dan
mendapatkan pengesahan daripada pihak HP untuk membuat semakan ketulenan toner berkenaan.
Jabatan berhak untuk tidak menerima sebarang toner yang disahkan tidak tulen.

18

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL
CADANGAN
SPESIFIKASI
SEBUT HARGA YANG DIBEKALKAN

DOKUMEN 8

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil

Perihalan / Kod Toner

1

CB540A - Black

2

CB541A - Cyan

3

CB542A - Yellow

4

CB543A - Magenta

5

CE400A - Black

6

CE401A - Cyan

7

CE402A - Yellow

8

CE403A - Magenta

9

CF280X/XC

10

CB436A

11

CE410A - Black

12

CE411A - Cyan

13

CC530A – Black

14

CC531A - Cyan

15

CC532A - Yellow

16

CC533A - Magenta

17

CE505A

18

C4096A

19

CE320A - Black

20

CE323A - Magenta

21

Q5949A

Spesifikasi Dicadangkan

19

Kuantiti

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bil

Perihalan / Kod Toner

22

CE740A - Black

23

CF226X

Spesifikasi Dicadangkan

20

JH (SH) 87/2017

Kuantiti

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN

DOKUMEN 9

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
Sila nyatakan tempoh penghantaran / pelaksanaan

Bil
1

Perihalan

Kuantiti

Pelbagai Jenis Toner jenama HP

137

Lokasi penghantaran adalah di :
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3, Bangunan Chengal,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.

21

Tempoh penghantaran
(Hari)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

DOKUMEN 10

SEBUT HARGA : JH (SH) 87/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA

1.

Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh penender / penyebut
harga
Kesemua penender / penyebut harga yang menghantar dokumen tender / Sebut Harga
hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawarkan atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang
menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di
Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan sebagai
dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penender / penyebut harga.

2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh penender /
penyebut harga Berjaya
Penender / penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan
Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana
mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembina Berjaya
hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.
Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran A2 (Tidak perlu diisi).
Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai
dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima. (Akan disertakan
bersama-sama dengan Surat Setuju Terima).

22

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

LAMPIRAN A1
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
JH (SH) 87/2017
Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________ yang
mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran
____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau manamana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada manamana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain,
sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat
Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan
ini.
2.
Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1
2.2
2.3

penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3.
Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau manamana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,
---------------------------------------Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :

23

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JH (SH) 87/2017

Tidak perlu diisi

LAMPIRAN A2
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN TONER BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
JH (SH) 87/2017
Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________ yang
mewakili ______________________________________________________ nombor Pendaftaran
____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau manamana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada manamana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain,
sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat
Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan
ini.
2.
Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut
Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1
2.2
2.3

penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan

3.
Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau manamana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,
---------------------------------------Nama :
No. KP:
Cop Syarikat :

24