Kayak Arus Deras Antara Konflik dan Kese

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan
konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali
Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kayak Arus Deras : Antara Konflik Dan Kesejahteraan Alam Sekitar

JAFFRY ZAKARIA
jaffry@upsi.edu.my
MD AMIN MD TAFF
amin@upsi.edu.my
BENDERI DASRIL
benderi@upsi.edu.my
Pengenalan
Masalah kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia samada untuk
tujuan pembangunan, pembalakan dan sebagainya bukanlah perkara yang baru bagi
kita. Kemusnahan ini kerap dikaitkan dengan perubahan sikap manusia yang tidak lagi
menghiraukan keharmonian alam sekitar. Menurut Fishbein & Ajzen (1980) dan Knapp
(1999), sikap terhadap alam sekitar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
dan mendorong tingkahlaku manusia terhadap alam sekitar. Mereka sependapat
menyatakan bahawa individu yang bersikap positif terhadap alam sekitar akan
mengaplikasikan sikap tersebut dengan kehidupan seharian. Pada suatu ketika, isu

kemusnahan alam sekitar menjadi bualan masyarakat tetapi pada masa yang lain isu ini
senyap seolah-olah alam sekitar hanya ‘dibela’ apabila ia boleh mendatangkan dan
dijadikan bahan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Aktiviti Rekreasi Di Malaysia
Menurut Wright (1991) rekreasi ialah aktiviti pengisian waktu lapang yang diambil
oleh individu untuk tujuan menikmati keseronokan dan termasuklah semua aktiviti yang
melibatkan mereka di luar waktu kerja. Jika kita berbincang tentang aktiviti rekreasi
ianya tidak dapat lari daripada aktiviti-aktiviti seperti orienteering, abseiling, berkayak
dan lain-lain lagi. Menurut Whittaker (1983) aktiviti rekreasi melibatkan aktiviti-aktiviti
yang bersifat mencari ilmu secara tidak langsung seperti belayar, abseiling, berkayak,
orienteering dan rock climbing dimana kesemuanya melibatkan alam semulajadi seperti
air, angin, batu, hutan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini secara tidak langsung
dapat membina kesedaran yang kekal kepada mereka yang dapat menyesuaikan diri
dengannya.
Riley & Dunlap (1975), telah mencadangkan bahawa aktiviti rekreasi luar boleh
membina kesedaran alam sekitar dikalangan penggiat-penggiatnya dan seterusnya
1

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan

konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali
Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

membawa kepada perubahan tingkah laku yang lebih berpanjangan. Di Malaysia,
aktiviti-aktiviti seumpama ini kerap kali dilakukan pada hujung minggu. Terdapat banyak
sungai yang menarik antaranya Sungai Padas (Sabah), Sungai Sungkai (Perak),Sungai
Kuala Kubu (Selangor), Sungai Jeram Besu (Pahang), Sungai Singor (Perak), Sungai
Sedim (Kedah) dan sebagainya. Lokasi ini menjadi tumpuan utama penggiat-penggiat
kayak arus deras untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Menurut Shivers (1989)
pula, aktiviti-aktiviti rekreasi telah banyak menimbulkan kesedaran alam sekitar dan
ianya telah berlaku sejak zaman kuno lagi yang mana banyak melibatkan alam
semulajadi.
Secara keseluruhannya, aktiviti rekreasi luar yang dijalankan di Malaysia
merangkumi :
i.

pengetahuan tentang alam dan persekitaran

ii.


membina sikap yang positif terhadap persekitaran dan alam sekitar

iii.

membina kualiti kepimpinan individu dan masyarakat

iv.

kesan kesederhanaan tentang kehormatan diri kendiri dan keindividuan

v.

menggunakan kemahiran psikomotor dalam berinteraksi dengan alam
semulajadi

Apa itu Kayak Arus Deras?
Kayak arus deras merupakan aktiviti kayak ‘extreme’ yang lazimnya dilakukan
oleh mereka yang benar-benar mahir dalam mengendalikannya. Aktiviti ini selalunya
dijalankan di kawasan sungai-sungai yang mempunyai jeram. Untuk melakukan aktiviti
ini, beberapa peralatan yang lengkap perlu digunakan seperti kayak (menggunakan

kayak plastik yang direka khas untuk aktiviti arus deras sahaja), pendayung, ‘helmet’,
‘knee pad’, ‘spary deck’ dan beberapa peralatan yang bersesuai dengan aktiviti ini. Di
Malaysia terdapat beberapa sungai yang sememangnya menjadi syurga bagi penggiatpenggiat aktiviti kayak arus deras ini antaranya Sungai Padas, Sungai Jeram Besu,
Sungai Kuala Kubu, Sungai Sungkai dan Sungai Singor.

2

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan
konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali
Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mengapa Kayak Arus Deras Boleh Membina Kesedaran Alam Sekitar?
i. Sukan ‘Extreme’
Kayak arus deras merupakan sukan extreme kerana ianya memerlukan
kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya. Sukan extreme
merupakan trend masyarakat masa kini kerana rakyat Malaysia pada alaf baru ini
sukakan aktiviti-aktiviti yang mencabar ketahanan, keyakinan dan kekuatan diri.

ii. ‘Escapism’ dari kesibukan hidup seharian
Kebanyakan masyarakat di bandar-bandar besar pada masa kini begitu sibuk

dengan tugas dan kerja masing-masing. Kesibukan kerja kadangkala menyebabkan
mereka mengalami tekanan yang berpanjangan ditambah pula denagn masalah
keluarga akan mengundang sesuatu yang tidak diingini. Rentetan daripada itu, mereka
sesekali akan menjalankan aktiviti seperti berkayak di sunagi-sungai ataupun tasik
bersama keluarga atau pun sahabat handai untuk mencari ketenangan bagi
mengurangkan bebanan dan tekanan yang dialami.

iii. Kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat
Secara tidak sedar masyarakat di Malaysia kini mengamalkan pelbagai aktiviti
kehidupan untuk memenuhi keperluan kesihatan mereka. Ini adalah kerana masyarakat
mula sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan untuk jangka hayat yang lebih
panjang. Kecergasan penting bagi memastikan tahap kesihatan fizikal dan mental
masyarakat. Ramai dikalangan masyarakat memilih aktiviti kayak sebagai sukan untuk
kesihatan mereka. Ini kerana semua tempat rekreasi meyediakan kemudahan aktiviti
rekreasi seumpama ini. Penglibatan sebegini sudah mencukupi dan memenuhi syarat
asas seseorang untuk mencapai tahap kesihatan optimum

dan berterusan untuk

mereka.


iv. Aktiviti rekreasi yang tidak merosakkan alam
Kayak arus deras merupakan platform terbaik untuk menjalankan aktiviti rekreasi
kerana ianya tidak akan menjejaskan alam sekitar. Sungai atau pun tasik untuk
menjalankan aktiviti ini perlulah bersih dan bebas daripada pencemaran. Kesan
daripada ini penggemar-penggemar sukan seperti ini sememangnya seorang yang

3

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan
konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali
Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

mementingkan alam sekitar dan sentiasa menjaganya walau dimana sahaja mereka
berada.

v. Menarik dan menyeronokkan
Sememangnya aktiviti kayak arus deras menarik dan menyeronokan kerana
pendayung-pendayung dapat melakukan aksi-aksi yang menarik dan mencabar
dikawasan jeram-jeram yang dilalui ketika berkayak. Ini kerana semua jeram yang dilalui

adalah tidak sama tahapnya dan ini akan membuatkan mereka lebih

‘teruja’ untuk

melakukan berbagai aksi yang menyeronokan untuk kepuasan diri sendiri

Bagaimana Kayak Arus Deras Menimbulkan Kesedaran Alam sekitar?
Kayak arus deras dapat membina kesedaran dan hala tuju yang jelas terhadap
masyarakat bagi menimbulkan kesedaran alam sekitar. Melalui aktiviti kayak arus deras,
penglibatan manusia dengan alam semulajadi sememangnya tidak dapat dielakkan.
Dalam aktiviti ini, laluan-laluan kayak adalah melalui sungai-sungai dan jeram-jeram
yang belum pernah dilalui sebelum ini yang mana secara tidak langsung akan
mempelajari tentang alam semulajadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi
mendapatkan kebaikan melalui pengalaman.
Sewaktu meyusuri sungai secara bersendirian, penggiat akan banyak berfikir ini
kerana laluan yang dilalui kadangkala mengambil masa selama lima hingga enam jam
untuk sampai ke satu-satu ‘check point’. Secara tidak langsung penggiat dapat
menyelami dan mengabdikan rasa cinta terhadap alam melalui penemuan pokok-pokok
atau tumbuhan yang menghijau di sepanjang sungai tersebut.
Kesedaran dan juga rasa marah juga timbul melalui penemuan kegiatankegiatan pembukaan dan penebangan hutan yang tidak terkawal dan berleluasa.

Berdasarkan pengalaman, semasa menyusuri jalan untuk ke hulu sungai, kerap kali
akan menemui kegiatan-kegiatan pembalakan yang berleluasa mungkin pembalakan
haram. Disepanjang laluan juga kegiatan pembukaan hutan yang tidak terkawal yang
mana ianya menjurus kepada pembukaan tanah untuk penanaman sayur-sayuran dan
juga aktiviti yang lain dapat dilihat. Mungkin hutan yang kita lihat dari luarannya atau dari
pandangan mata yang jauh amat menarik dan mempesona tetapi apabila kita berada
sendiri didalamnya akan dapat melihat kemusnahan alam sekitar yang amat
menyedihkan akibat kerakusan manusia mengaut keuntungan.

4

Jaffry Zakaria, Md Amin Md Taff, & Benderi Dasril. (2005). Kayak arus deras: Antara kesejahteraan dan
konflik alam sekitar. Paper presented at the Persidangan Pengajian Persekitaran Kebangsaan Kali
Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Disepanjang laluan berkayak juga, dapat melihat kesan hakisan-hakisan yang
teruk pada tebing-tebing sungai. Ini adalah ekoran daripada kegiatan-kegiatan
dariapada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dengan mengorek, menyedut
dan mencuri pasir. Perkara-perkara seumpama ini memang tidak dapat dielakkan jika
tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh daripada pihak

yang bertanggungjawab. Sebagai pecinta alam semulajadi marilah kita melihat isu ini
dengan lebih mendalam. Isu-isu yang berulang-ulang sebegini nyata memberi
kesimpulan bahawa dalam setiap isu yang dibangkitkan, tiada tindakan susulan yang
berterusan dilakukan sehingga perkara yang sama berulang.

Penutup
Sesungguhnya, aktiviti rekreasi kayak arus deras ini sememangnya memberi
kesan kepada tentang kesejahteraan alam sekitar terhadap manusia. Alam sekitar akan
terus menjadi korban secara total oleh manusia jika manusia tidak mempunyai kecintaan
dan kesedaran untuk memeliharanya. Keseimbangan antara pembangunan dan
pemeliharaan alam sekitar harus dititikberatkan oleh semua pihak bermula dari manusia
itu lahir lagi. Bunyinya akan ideal, tetapi itulah hakikatnya yang harus kita pegang dan
amalkan sebelum segalanya terlambat. Tidak keterlaluan jika dikatakan segala ini
berpunca daripada sikap manusia sendiri yang kurang malah langsung tidak
menyintai alam sekitar. Jika sampah sarap dibuang merata-rata, penebangan hutan dan
penarahan bukit-bukau bukan lagi satu kesalahan yang besar kerana kesedaran untuk
memelihara alam sekitar sudah tiada disanubari kita. Benar atau tidak kenyataan (kita
tidak menyintai alam sekitar) terpulanglah kepada individu. Tepuk dada tanya selera.

Rujukan

Fishbein, M., & Ajzen, I. (1980). Understanding Attitudes and predicting social behaviour
: Introduction to theory and research. Reading. New Jersey : Prentice Hall.
Jeff Bennet (1999). The Essential Whitewater Kayaker. United States : Ragged
Mountain Press.
Knapp, C.E. (1999). In accord with nature: Helping students form an environmental ethic
using outdoor experience and reflection. West Virginia: ERIC Clearinghouse on
Rural Education and Small Schools.
Wright, Jonathan. (1991). Recreation and Leisure : City and Guilds Course 481 (Parts 1
and Parts 2). London : Croner Publication Ltd.

5