7 Tajuk 1 Psikologi dan Psikologi Pendid

Tajuk 1

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi
pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi
kepentingan psikologi dan psikologi pendidikan, terutama sekali yang berkaitan
dengan profesion perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan
juga mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan memahami dengan lebih
baik profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

Mendefinisikan

psikologi


pendidikan

dan

menerangkan

kepentingannya kepada manusia sejagat.
2.

Menganalisis kepentingan psikologi pendidikan kepada guru-guru.

3.

Menggunakan psikologi pendidikan dalam pengurusan kelakuan murid-murid.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Psikologi dan
Psikologi Pendidikan


Konsep Asas Psikologi

Konsep Pendidikan

Definisi

Kepentingan

Definisi

Kepentingan

Psikologi

Psikologi

Pendidikan

Pendidikan


1

Konsep Psikologi
Pendidikan

Definisi
Psikologi
Pendidikan

Implikasi
Psikologi
Pendidikan
Kepada Guru

1. 1

Konsep Asas Psikologi
Apakah yang anda faham tentang ilmu psikologi?
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari
perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian

mengenai sesuatu’. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai
sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.
Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai:
“Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan
perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
sesuatu kumpulan tertentu;dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”
Dari definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang
dimaksud oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat
mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi
ini.
Antaranya ialah:
“The scientific study of the way the human mind works and how it influences
behaviour, or the influence of a particular person’s characteron their
behaviour”.(Cambridge International Dictionary of English, p.383).
Henry L. Roediger dan rakan (1984) memberi definisi psikologi seperti berikut:
“Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental life”.
Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah
Laku manusia dan pengalaman. Williams (1960) pula telah mendefinisikan psikologi
sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

Wittaker (1970) mengatakan psikologi merupakan sains tingkah laku. Oleh itu dapat
2

dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia
secara saintifik.
Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.
1.1.1 Kepentingan Psikologi.
Mengapa pula kita belajar
psikologi?
Nampak macam penting
sangat!
Kepentingan psikologi tidak dapat dinafikan. Tidakkah anda fikirkan, dengan memahami
psikologi anda akan menjadi seorang individu yang lebih baik? Ini sangat menarik kerana
anda akan dapat memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi tidak sahaja mengajar
kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam
berkelakuan. Bahkan psikologi sebagai kajian sains melibatkan aplikasi prosedur dan
pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia.
Sebagai individu kita lebih memahami sikap dan hubungan manusia dalam konteks
masyarakat. Perasaan dan kepercayaan mempengaruhi tindakan seseorang terutama sekali

hubungan manusia di tempat kerja dan dalam kehidupan sosialnya.

TUGASAN TERARAH
1.

Berdasarkan pengalaman anda berada di sekolah, bagaimanakah pengetahuan
tentang psikologi boleh membantu guru memahami tingkah laku muridnya.

2.

Huraikan kenyataan “Psikologi merupakan satu kajian saintifik”

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk ‘soft’ atau ‘hard’ copy.

3

1.2


Konsep Pendidikan

Menurut Dictionary of Education, konsep pendidikan adalah ”himpunan semua
proses seseorang individu melalui untuk membina kemahiran, sikap dan lain-lain
bentuk kelakuan yang mempunyai nilai-nilai positif kepada masyarakat di mana dia
bermastautin. Ia adalah proses sosial di mana manusia berada di bawah pengaruh
persekitaran yang dipilih dan dikawal supaya mereka mencapai kecekapan sosial
dan perkembangan individu yang optimum”.


Pendidikan digunakan untuk membentuk keperibadian manusia melalui
petunjuk-petunjuk atau prinsip-prinsip untuk aktiviti manusia. (Emmanuel
Kant).



Pendidikan ialah proses mempertingkat keadaan manusia. Sekolah dianggap
sebagai persekitaran khusus yang kebetulan sama dengan persekitaran
sosial. (John Dewey).




Pendidikan satu aktiviti bermatlamat praktikal dan berbeza daripada matlamat
teoritikal. (Langford).



Pendidikan merupakan satu pengalaman organisme berinterkasi dengan
alam sekitar (Lodge).

Berdasarkan kepada pandangan ilmuan, maka dapatlah dirumuskan bahawa
(1)

pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal di mana kanakkanak pergi ke sekolah untuk memperolehi pengetahuan. Ia menjadi formal
kerana pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan
untuk mencapai matlamat dan objektif.

(2)

pendidikan merupakan suatu proses perkembangan di mana kanak-kanak

berkembang secara fizikal, mental, sosial dan emosi sepanjang hayat.

(3)

pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Ia merupakan satu proses
sepanjang hidup di mana setiap individu diberi peluang untuk belajar
sepanjang hayat. Dengan pendidikan sebegini, setiap individu berharap dapat
menambahbaik diri, dapat mengemuka dan mempersoal isu-isu serta peka
terhadap alam sekitarnya.

1.2.1

Kepentingan Pendidikan

Pendidikan

dapat

meningkatkan


kualiti

kehidupan

manusia,

dalam

aspek

pembentukan personaliti dan minda manusia dengan menggunakan prinsip-prinsip,
4

nilai-nilai dan sikap yang betul. Melatih minda untuk berkembang dan membantu
manusia dalam mengaplikasikan sebab musabab dan logik kepada situasi dan isu
yang dihadapi serta menyelesaikan masalah mereka.
Pendidikan dapat mencungkil potensi dalaman manusia daripada minda yang
terbuka kepada idea baru yang dapat menyerlahkan bakat terpendam dalam diri
seseorang individu. Selain itu manusia dapat menerima maklumat dan pengetahuan
tentang tentang dunia melalui pendidikan, memahami masa lepas dan sekarang,

serta meramal maa depan.
Rehat dan renungkan apa yang telah anda baca, semoga pemahaman
anda
terhadap psikologi dan pendidikan dapat membantu anda dalam P & P
yang
dihadapi.

Berhenti

sejenak

dan

buat

refleksi.

Berdasarkan

pengalaman anda bagaimanakah kita dapat ketahui
bahawa kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu?

1.2.2.

Konsep Psikologi Pendidikan

Kajian menunjukkan bahawa psikologi dan psikologi pendidikan amat berkait rapat.
Psikologi pendidikan adalah gabungan antara psikologi dan pendidikan. Sepertimana
yang anda ketahui, psikologi ialah kajian saintifik tentang cara minda manusia
berfungsi dan ia mempengaruhi tingkah laku sedangkan pendidikan merupakan
proses perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam bidang-bidang tertentu.
Justeru psikologi pendidikan menggunakan pengetahuan dalam disiplin psikologi
yang relevan kepada pendidikan, kemudian mengaplikasikan pengetahuan ini untuk
meningkatkan kualiti dan hasilan daripada proses-proses pendidikan.
Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi merupakan ilmu untuk mengkaji
tingkah laku manusia, sedangkan pendidikan merupakan bidang tugas yang
mengkaji

dan memperkembangkan

kaedah dalam

pembelajaran.

5

bidang

pengajaran

dan

Psikologi Pendidikan merupakan kajian terhadap murid-murid, pembelajaran dan
pengajaran. Fokusnya ialah kepada prinsip terhadap proses-proses di mana
informasi, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan sikap disalurkan daripada guru-guru
kepada murid-murid dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi terhadap prinsip
psikologi seperti yang diarahkan (Slavin 1991).
Kajian

tentang

psikologi

pendidikan

termasuk

perkembangan

manusia,

perkembangan peringkat kanak-kanak dan remaja, teori-teori pembelajaran,
motivasi, personaliti dan petatksiran bilik darjah.
Teori
Perkembangan

Teori Pembelajaran

PSIKOLOGI
PENDIDIKAN

Personaliti

Motivasi

Pentaksiran
bilik darjah
Rajah 1.1.2: Bidang-bidang kajian psikologi pendidikan.
1.3

Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

Terdapat banyak sebab kenapa guru-guru perlu ada ilmu dan mengaplikasikan
psikologi pendidikan dalam bilik darjah. Sebagai guru, anda sepatutnya memberi
sebab-sebab yang konkrit kenapa psikologi pendidikan perlu digunakan dalam bilik
darjah.
Tujuan utama psikologi pendidikan ialah untuk memahami tingkah laku murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian
guru terhadap tingkah laku murid. Dengan cara ini, guru dapat mengembangkan
tingkah laku altenatif yang diperlukan untuk mengubah tingkah laku murid yang tidak
diingini.

6

Pengetahuan psikologi pendidikan melengkapkan guru dalam empat bidang iaitu
menerang, menghurai, mengawal dan meramal tingkah laku murid-muridnya (Rahil
Mahyuddin & Habibah Elias, 2007).
Psikologi pendidikan bermula daripada disiplin psikologi umum dapat meningkatkan
kualiti serta hasilan proses-proses pendidikan. Sebagai salah satu bidang sains,
prinsip-prinsip dan teori-teori dalam psikologi pendidikan lebih mengutamakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Aspek-aspek lain yang penting dalam psikologi pendidikan adalah untuk:


Melengkapkan guru-guru dengan ilmu tentang teori-teori dan prinsip-prinsip psikologi supaya dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.



Menyedari guru-guru tentang aspek perbezaan individu berdasarkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini akan membolehkan guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan potensi dan kebolehan murid.



Melengkapkan guru-guru dengan ilmu berhubung dengan naluri dan keperluan
murid-murid. Ini akan membolehkan guru-guru menggunakan motivasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga

kini

anda

seharusnya

sudah

dapat

menyenaraikan

kepentingan

mempelajari psikologi dan psikologi pendidikan. Selaku guru, psikologi pendidikan
akan menyumbangkan ilmu anda untuk membolehkan anda menangani tingkah laku
murid yang berbeza-beza dalam bilik darjah. Anda akan lebih berupaya mengatasi
masalah tingkah laku sekiranya anda mempunyai ilmu tentang psikologi pendidikan.

Cuba fikirkan sejenak mengapa guru-guru harus
mempunyai pengetahuan tentang psikologi pendidikan

7

RUJUKAN
Clifford, M.M. (1980). Practicing Educational Psychology. Houghton Mifflin Company.
Flemming, L.E. (1994). Becoming a Succesful Student. Evanston IL : Harper Collins.
Chang, R.Y. & Kelly, P.K. (1993). Step-by Step Problem Solving. London : Kogan Page.
Lawton, D. (1982). An Introduction to Teaching and Learning. London : Hodder and
Stoughton.
Rahil Mahyuddin &Habibah Elias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. (Edisi
Ke 2). Shah Alam:Karisma Pub. Sdn. Bhd,

Tamat Tajuk 1; semoga berjaya

8