Haji Ismail Pontianak Sayid Habib Husein

Haji Ismail Pontianak, Sayid Habib Husein al-Kadri dan Syeikh Uthman al-Funtiani:
Sumbangan Pemikiran dan Perjuangan Dalam Kegiatan Keagamaan di Borneo, Suatu
Sorotan Sejarah.
Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Ph.D. (Malaya)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
muzammil@usm.my
Abstrak

Pulau Borneo merupakan salah sebuah pulau yang besar di dunia dan mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Selain mempunyai etnik bangsa dan bahasa yang pelbagai
seperti Melayu, Iban, Kedayan, Melanau, Kadazan, Dusun dan beberapa lagi suku kaum di
wilayah Kalimantan, telah terbukti pulau ini mempunyai sejarah kesultanannya yang
panjang seperti Kesultanan Melayu Brunei, pemerintahan rakyat tempatan dan penjajahan
kuasa Barat bermula dengan British hinggalah Belanda. Namun begitu, penyebaran Islam ke
sini juga begitu giat seiring dengan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Beberapa tempat di
Pulau Borneo ini seperti di Brunei dan Pontianak telah menjadi pusat kegiatan penyebaran
dan pengembangan agama Islam serta perdagangan berlandaskan Islam. Proses
pengembangan Islam ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pertumbuhan
pusat-pusat kegiatan dan pendidikan Islam seperti pengajian pondok dan madrasah yang
diusahakan oleh para pedagang dan guru agama daripada luar terutama dari Timur Tengah

dan Semenanjung Tanah Melayu. Salah satu kesan besarnya ialah kelahiran beberapa orang
tokoh tempatan dan kemunculan tokoh-tokoh Islam daripada luar. Penulisan ini akan
memperlihatkan tiga tokoh yang dipilih iaitu Haji Ismail Pontianak, Sayid Habib Husein alKadri dan Syeikh Uthman al-Funtiani. Mereka merupakan guru-guru agama yang giat
memperjuangkan penyebaran Islam dan rela memperhambakan diri demi menegakkan
ajaran agama dan pendidikan Islam di Pulau Borneo. Misalnya, Haji Ismail sanggup berhijrah
daripada tempat asalnya, Kelantan demi memperkukuhkan agama Islam dan juga
menjalankan kegiatan perniagaannya di Pulau Borneo. Penulisan ini juga akan menyentuh
tentang pemikiran, kegiatan dan perjuangan agama mereka yang meliputi penulisan,
peranan dan sumbangan di samping turut menghuraikan sejauh mana keberhasilan usaha
mereka dan kemanfaatan yang dapat diperolehi masyarakat tempatan.

Haji Ismail Pontianak, Husein al-Sayed Habib and Shaykh Uthman al KadriFuntiani: Contributions to Thoughts and Struggle in Religious Activities in Borneo
Island, the Highlight of History.
Muzammil Mohamad Mohamad Noor, Ph.D. (Malaya)
School of Distance Education
Universiti Sains Malaysia
muzammil@usm.my

Abstract


Borneo Island is one of the huge island in the world and has its own uniqueness. Apart from
having various ethnic races and languages such as Malay, Iban, Kedayan, Melanau, Kadazan,
Dusun and a few more tribes in the province of Kalimantan, it has been proved that this
island has its long sultanate history such as the Sultanate of Bruneian Malay, the local ruler
and the West colonial era which began with the British and then the Dutch. However, the
propagation of Islam to this island was as active as the arrival of Islam to South-East Asia.
Several places in this Borneo Island, for instance Brunei and Pontianak, has become the hub
of propagation of Islam as well as the Islamic trade activities. The process of the propagation
of Islam, indirectly, has also give effect to the growth of Islamic activities and the inception
of learning centres such as the hut education centres which applied traditional religious
teaching systems and religious schools with the efforts put up by foreign traders and
religious teachers especially from the Middle East and Malay Peninsula. One of the enormity
effect was the emergence of a few local figures and Islamic figures from foreign countries.
This writing will assert three chosen figures namely Haji Ismail Pontianak, Sayid Habib
Husein al-Kadri and Syeikh Uthman al-Funtiani. They are religious teachers who champion
the activities of the propagation of Islam and always being servile in the name of religion
and Islamic education in Borneo Island. For example, Haji Ismail was willing to move from his
home, Kelantan to strengthen Islamic religion and also runs his own business activities in
Borneo Island. This writing will also discuss on their religious thoughts, activities and
struggle which comprised writings, roles and contributions and analyse the extent of the

efficacy of their effort and the benefits that can be obtained by the local communities.