CIRI CIRI KELUARGA SEBAGAI INSTITUSI SOS

CIRI-CIRI KELUARGA SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL ASAS
1. Di kalangan ahli, ada pertalian melalui perkahwinan atau keturunan.
Salasilah boleh digalur melalui pertalian ini.
2. Ada yang berperanan sebagai ketua yang dianggap lebih berkuasa atau
lebih dihormati dari yang lain. (Lihat struktur peranan dalam masyarakat
patrilineal dan matrilineal).
3. Wujud ikatan yang sukar dipisahkan: konsep saudara sekandung atau
sedarah sedaging.
4. Keluarga sebagai kepompong didikan awal manusia, membentuk proses
asas sosialisasi – dari mula belajar bertatih sehinggalah boleh berdikari,
berfikir dan bertindak untuk menghadapi cabaran dunia luar.
5. Keluarga diharapkan menyalurkan adat/kebudayaan yang dianuti –
sebagai saluran untuk mengekalkan identiti/maruah. Walaupun ciri
budaya yang perlu dianuti kompleks dan pelbagai, ahli keluarga
diharapkan mengamal dan mengekalkannya.

6. Ahli-ahli dalam keluarga diharapkan menjalankan tugas yang telah
ditetapkan oleh keluarga sendiri atau masyarakat di mana keluarga itu
berada. Keadaan akan menjadi janggal atau konflik akan timbul jika
individu yang sepatutnya menjalankan sesuatu tugas atau peranan, tidak
menjalankannya dengan betul dan bertanggungjawab. Ini boleh

mengakibatkan unsur ”tidak menerima” oleh masyarakat terhadap individu
yang tidak menjalankan peranan tersebut.
7. Ada pembahagian tugas sosial dan ekonomi :
Sosial: (Rujuk fakta no. 4 dan 5 di atas) Ahli yang lebih tua (datuk, nenek,
ibu atau bapa, bapa saudara, ibu saudara) diharapkan mendidik dalam
segala hal proses sosialisasi. Ini sebagai persediaan untuk meneruskan adat
dan kebudayaan keluarga, masyarakat di mana keluarga itu menjadi ahli.
Peranan ini amat ditekankan, dan dalam sebahagian keluarga di dunia,
peranan ini menjadi utama dan meruncing untuk mengekalkan kestabilan.
Ekonomi: Aspek ini penting untuk memenuhi kehendak mencari sumber dan
mengagihkannya. Elemen ekonomi berkaitan dengan survival ahli keluarga
dalam jangka masa yang panjang (keluarga juga sebahagian dari faktor
pengeluaran). Sebahagian dari mereka dilatih dari kecil supaya dapat
membiasakan diri dengan teknologi (walaupun teknologi mudah) mencari
nafkah yang membantu ahli keluarga itu wujud sejak sekian lama. Ahli
keluarga juga menyumbang faktor tenaga dan modal dalam pengeluaran
Nota Ringkas Keluarga/ Juriah

ekonomi. Apabila penduduk bertambah ramai dan saingan lebih sengit, lebih
ramai dari ahli keluarga melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi tambahan

untuk menampung kehidupan . Tambahan pula, keperluan material yang
mendesak dan arus pembangunan yang lebih pesat membuatkan lebih ramai
ahli keluarga melibatkan diri dalam aktiviti tambahan untuk menyara hidup.
Melalui keluarga juga beberapa kemahiran hidup (living skills) untuk
mendapat sumber ekonomi dipelajari dan diasah.
8. Keluarga sebagai tempat berlindung dan tempat mengadu – menjadi satu
pelengkap emosi. Bila ada gangguan emosi yang ekstrim, rasa ingin
dikongsi bersama akan timbul. Hubungan keluarga menjadi satu pengikat
(bond) yang sukar dipisahkan. Mereka boleh bersedih bersama dan
bergembira bersama.
9. Unsur sokong-menyokong antara satu sama lain amat tinggi lebih-lebih
lagi bila ada perkara genting yang perlu pemuafakatan. Tiada lain yang
yang boleh membantu melainkan keluarga sendiri. Kalau ada yang buruk
atau memalukan perlu ditanggung bersama. Begitu juga kalau ada berita
gembira diraikan bersama. Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ikatan
sesama ahli-ahlinya.
10. Keluarga dianggap sebagai satu entiti sosial yang padu dan utuh. Akan
menampakkan ciri keutuhan ini apabila ada ancaman yang meruncing dari
sumber luar. Contohnya, masyarakat elit/bangsawan di negara Eropah
pada Zaman Pertengahan mempunyai lambang atau jata keluarga yang

melambangkan keutuhan keluarga itu. Ini sebagai simbol kekuatan,
simbol kekayaan, permuafakatan dan kuasa. Banyak contoh lain yg boleh
ditunjukkan.
Sebagai contoh: senario di mana ramai ahli keluarga hadir apabila
seseorang dihadapkan ke mahkamah. Hal begini selalu kita lihat di dada
akhbar di mana ahli keluarga memberi sokongan moral kepada orang
yang dibicarakan di mahkamah.

Juriah Abdul Hamid

Nota Ringkas Keluarga/ Juriah

Dokumen yang terkait

ANALISIS KARAKTERISTIK MARSHALL CAMPURAN AC-BC MENGGUNAKAN BUTON GRANULAR ASPHALT (BGA) 15/20 SEBAGAI BAHAN KOMPOSISI CAMPURAN AGREGAT HALUS

14 283 23

TEPUNG LIDAH BUAYA (Aloe vera) SEBAGAI IMMUNOSTIMULANT DALAM PAKAN TERHADAP LEVEL HEMATOKRIT DAN LEUKOKRIT IKAN MAS (Cyprinus carpio)

27 208 2

PENGARUH KONSENTRASI TETES TEBU SEBAGAI PENYUSUN BOKASHI TERHADAP KEBERHASILAN PERTUMBUHAN SEMAI JATI (Tectona grandis Linn f) BERASAL DARI APB DAN JPP

6 162 1

PENGALAMAN KELUARGA DALAM MERAWAT ANGGOTA KELUARGA DENGAN GANGGUAN JIWA (SKIZOFRENIA) Di Wilayah Puskesmas Kedung Kandang Malang Tahun 2015

28 256 11

OPTIMASI SEDIAAN KRIM SERBUK DAUN KELOR (Moringa oleifera Lam.) SEBAGAI ANTIOKSIDAN DENGAN BASIS VANISHING CREAM

57 260 22

PENGARUH PEMBERIAN EKSTRAK TEMULAWAK (Curcuma xanthorrhiza Roxb.) SEBAGAI ADJUVAN TERAPI CAPTOPRIL TERHADAP KADAR RENIN PADA MENCIT JANTAN (Mus musculus) YANG DIINDUKSI HIPERTENSI

37 251 30

ANALISIS PROSPEKTIF SEBAGAI ALAT PERENCANAAN LABA PADA PT MUSTIKA RATU Tbk

273 1263 22

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN KURANG ENERGI PROTEIN (KEP) PADA BALITA NON KELUARGA MISKIN (NON GAKIN) DI KECAMATAN SUKORAMBI KABUPATEN JEMBER

4 92 1

INTENSIFIKASI PEMUNGUTAN PAJAK HOTEL SEBAGAI UPAYA PENINGKATAN PENDAPATAN ASLI DAERAH ( DI KABUPATEN BANYUWANGI

16 118 18