Isu pakaian pj dan sukan

Abstrak
Isu pelajar tidak memakai pakaian sukan dengan lengkap semasa kelas
Pendidikan
Jasmani dijalankan masih berlarutan sehingga kini. Sekalipun terdapat garis
panduan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah mengenai isu ini, namun pemakaian pakaian
sukan dalam
kalangan pelajar semasa kelas Pendidikan Jasmani masih tidak berlaku
seperti yang
disarankan. Dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi pelajar
dan guru terhadap
isu pakaian sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani serta mengkaji punca
dan kaedah
mengatasi masalah tersebut. Kajian ini dijalankan secara soal selidik
terhadap 374 orang
pelajar dan 270 orang guru sekolah menengah di sekitar kawasan Johor
Bahru Tengah, Johor.
Berdasarkan dapatan kajian, respon pelajar dan guru menunjukkan bahawa
faktor minat pelajar
dalam melibatkan diri semasa Pendidikan Jasmani bukan penyumbang
kepada punca

kebanyakan pelajar tidak berpakaian sukan semasa kelas dijalankan. Namun,
kira-kira 77.4%
guru berpendapat sikap malas pelajar merupakan punca utama situasi ini
berlaku. Sebaliknya,
78.3% pelajar berpendapat bahawa sikap malas bukan punca pelajar tidak
berpakaian sukan
seperti yang ditetapkan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa di antara
punca-punca lain
yang menyumbang kepada pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika
Pendidikan Jasmani
ialah kekangan masa, ketetapan dua waktu pengajaran bagi bagi
Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan yang berasingan serta ketiadaan kemudahan bilik persalinan
pakaian sukan. Bagi
mengatasi masalah ini, majoriti pelajar dan guru berpendapat bahawa
pihak sekolah perlu
menyediakan bilik persalinan yang dilengkapi dengan rak
persendirian bagi memudahkan
pelajar menukar pakaian dan menyimpan barangan peribadi dengan

selamat. Selain itu, kesan
faktor kekangan masa Pendidikan Jasmani terhadap isu pemakaian pakaian
sukan juga dapat
dikurangkan jika pihak sekolah dibenarkan untuk menetapkan pelaksanaan
kelas Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan secara dua waktu berturut-turut.
DAPATAN KAJIAN
Persepsi Pelajar Terhadap Isu Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Pendidikan
Jasmani
Berdasarkan sikap pelajar, dapatan kajian mendapati bahawa 78.3%
responden
berpendapat bahawa sikap malas bukan punca pelajar tidak menukar
pakaian seragam sekolah
kepada pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani. Malah, 49.0% responden
menyatakan ia
bukan disebabkan pengaruh rakan kelas. Selain itu, hanya 27.8% pelajar
menyatakan bahawa
mereka tidak mahu membawa pakaian ke sekolah untuk kelas Pendidikan
Jasmani. Bagi
persepsi sama ada membawa pakaian sukan ke sekolah adalah suatu

bebanan, 47.3%
responden menyatakan tidak bersetuju, manakala 25.7% dan 27%
menyatakan kurang setuju
dan setuju. Tambahan lagi, majoriti responden (64.7%) juga bersetuju
bahawa memakai

pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani adalah satu kewajipan.
Berkenaan dengan tanggungjawab guru dalam memastikan pelajar memakai
pakaian
sukan ketika Pendidikan Jasmani, 66.8% responden tidak bersetuju bahawa
guru tidak
menggalakkan pelajar untuk memakai pakaian sukan. Kira-kira 65.2%
responden turut tidak
bersetuju bahawa guru tidak menegur pelajar sekiranya tidak memakai
pakaian sukan. Bagi
item yang berkaitan dendaan terhadap pelajar yang tidak membawa pakaian
sukan, 39.5%
responden bersetuju pelajar patut didenda manakala 19.3% kurang setuju
dan 41.2% tidak
bersetuju.

Bagi mengatasi dan/atau meningkatkan bilangan pelajar yang memakai
pakaian sukan
semasa Pendidikan Jasmani, 76.2% responden berpendapat pelajar patut
dibenarkan hadir ke
sekolah dengan berpakaian sukan pada pembelajaran yang melibatkan
Pendidikan Jasmani.
Majoriti responden (64.1%) juga berpendapat mereka tidak perlu menukar
pakaian sukan kepada pakaian seragam sekolah selepas sesi Pendidikan
Jasmani tamat. Di samping itu,
89.5% responden bersetuju bahawa pihak sekolah perlu menyediakan bilik
persalinan untuk
memudahkan pelajar menukar pakaian sukan. Tambahan lagi, majoriti
responden (87.4%)
menyatakan bahawa bilik persalinan tersebut perlu dilengkapi dengan rak
penyimpanan
barangan peribadi. Selain itu, 88.0% responden turut bersetuju bahawa
penyediaan bilik
persalinan dan rak penyimpanan barangan peribadi ini meyakinkan pelajar
bahawa pakaian dan


barangan peribadi mereka tersimpan secara teratur dan selamat.
Persepsi Guru Terhadap Isu Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Pendidikan
Jasmani
Dapatan kajian mendapati bahawa 67.0% guru berpendapat bahawa majoriti
pelajar
tidak mahu memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan maklumbalas
daripada guru, sikap malas dipercayai merupakan salah satu punca mengapa
pelajar tidak
memakai pakaian sukan (77.4%). Selain itu, 60.7% responden menyatakan
bahawa pelajar
tidak membawa pakaian sukan kerana dipengaruhi oleh rakan kelas. Kira-kira
72.2% responden
turut bersetuju bahawa pelajar mengikut rakan lain sekiranya tidak mahu
memakai pakaian
sukan. Selain itu, 32.9% responden bersetuju bahawa pakaian sukan yang
perlu dibawa oleh
pelajar adalah membebankan, manakala 46.0% kurang setuju dan 21.1%
tidak bersetuju.
Tambahan lagi, 80.4% responden menyatakan bahawa pelajar sering

memberi alasan tidak
munasabah jika tidak membawa pakaian sukan.
Dari aspek tangungjawab guru dalam memastikan pelajar memakai pakaian
sukan
semasa Pendidikan Jasmani, 94.5% responden menyatakan bahawa pelajar
sering digalakkan
untuk memakai pakaian sukan manakala 88.9% responden menyatakan
pelajar diwajibkan
untuk memakai pakaian sukan. Kira-kira 42.0% responden tidak bersetuju
bahawa guru tidak
mementingkan pemakaian pakaian sukan, 37.0% kurang bersetuju dan
21.0% bersetuju. Selain

itu, majoriti responden (66.6%) juga menyatakan bahawa guru mengambil
tindakan tatatertib
atau mendenda pelajar yang tidak memakai pakaian sukan.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa 75.6% responden bersetuju bahawa
pertukaran
pakaian sebelum dan selepas sesi Pendidikan Jasmani banyak merugikan
masa pembelajaran.

Sehubungan itu, 67.1% responden bersetuju bahawa pelajar patut
dibenarkan hadir ke sekolah
dengan pakaian sukan pada hari pembelajaran yang melibatkan Pendidikan
Jasmani. Namun,
majoriti responden (69.7%) juga bersetuju pelajar perlu menukar pakaian
sukan kepada
pakaian seragam sekolah selepas kelas Pendidikan Jasmani.
Bagi mengatasi masalah pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa
Pendidikan
Jasmani, 99.4% responden berpendapat pihak sekolah perlu menyediakan
kemudahan bilik
persalinan bagi memudahkan pelajar menukar pakaian. Responden turut
bersetuju bahawa bilik
persalinan tersebut perlu dilengkapi dengan kemudahan rak bagi menyimpan
barangan
persendirian pelajar. Kira-kira 97.4% responden bersetuju bahawa
penyediaan bilik persalinan
dan kemudahan rak simpanan barangan persendirian dapat mengurangkan
risiko kehilangan
barangan peribadi pelajar.

Berdasarkan maklumbalas soalan terbuka, sebilangan guru menyatakan
bahawa pelajar
tidak menukar pakaian sukan kerana kekangan masa pengajaran Pendidikan
Jasmani.

Terdapat sebilangan guru juga menyatakan bahawa pelajar kurang berminat
menyertai kelas
Pendidikan Jasmani kerana matapelajaran ini bukan merupakan
matapelajaran yang perlu
diduduki pada peperiksaan utama.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, sikap malas pelajar dan pengaruh rakan kelas
bukan
antara faktor utama mengapa pelajar tidak memakai pakaian sukan semasa
Pendidikan
Jasmani kerana perseprsi pelajar dan guru berkenaan kedua-dua perkara
tersebut adalah
saling bertentangan. Kajian juga mendapati bahawa keperluan pelajar
membawa pakaian
sukan ke sekolah adalah tidak membebankan memandangkan majoriti

pelajar berpendapat
sedemikian dan pelajar menyedari bahawa pemakaian pakaian sukan
merupakan satu
kewajipan ketika Pendidikan Jasmani.
Selain itu, kajian mendapati majoriti guru sentiasa berusaha memastikan
pelajar
memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani dijalankan. Langkahlangkah seperti
teguran serta tindakan tatatertib turut diambil terhadap pelajar yang tidak
membawa pakaian
sukan.
Bagi mengatasi dan/atau menggalakkan pelajar memakai pakaian sukan
semasa
Pendidikan Jasmani, pelajar dan guru bersependapat bahawa pelajar patut
dibenarkan hadir
ke sekolah dengan pakaian sukan pada hari pembelajaran yang melibatkan
Pendidikan

Jasmani. Namun, majoriti responden guru tidak bersetuju jika pelajar tidak
perlu menukar
pakaian sukan kepada pakaian seragam sekolah selepas sesi Pendidikan

Jasmani tamat
sekalipun kira-kira 75% guru bersetuju bahawa pertukaran pakaian sebelum
dan selepas sesi
Pendidikan Jasmani banyak merugikan masa pembelajaran.
Di samping itu, majoriti responden dari pelajar dan guru menyatakan bahawa
pihak
sekolah perlu menyediakan bilik persalinan yang dilengkapi dengan rak untuk
menyimpan
barangan persendirian. Penyediaan kemudahan ini sekaligus boleh
memanfaatkan pelajar
khususnya menjamin keselamatan barangan peribadi pelajar termasuk
pakaian seragam
sekolah ketika kelas Pendidikan Jasmani dijalankan.
Kekangan masa juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
masalah
pemakaian pakaian sukan. Dalam seminggu, waktu pembelajaran yang
diperuntukkan bagi
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah 2 masa. Bagi
sekolah yang
menetapkan jadual pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan secara
berasingan masa, ketetapan ini secara tidak langsung menyebabkan
pelajar hanya dapat
terlibat dalam aktiviti fizikal untuk satu masa sahaja seminggu. Umumnya,
satu masa
pembelajaran biasanya adalah di antara 35 minit hingga 40 minit. Sekalipun
pada pengetahuan
penyelidik tiada kajian tentang jumlah masa pergerakan pelajar dari kelas ke
padang untuk

Pendidikan Jasmani dan sebaliknya dijalankan, secara realitinya, pergerakan
pelajar dari kelas
ke padang termasuk dengan penukaran pakaian sukan adalah kira-kira 10
minit. Jika kelas
Pendidikan Jasmani perlu ditamatkan 10 minit lebih awal bagi memberi masa
kepada pelajar
untuk menukar pakaian dan kembali ke kelas, maka jangkamasa pelaksanaan
Pendidikan
Jasmani adalah di antara 15 minit hingga 20 minit sahaja. Maka, penyelidik
berpendapat adalah
wajar pihak sekolah menetapkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dijalankan
secara dua masa berturut-turut bagi memberi masa yang memadai bagi
pergerakan pelajar dan
penukaran pakaian sukan.

http://www.acpe.askit.my/Fullpaper/FULL%20PAPER_Syahrul.pdf