Bandingkan sumbangan Legalisme dan Confu

Bandingkan sumbangan Legalisme dan Confusianisme dalam pembentukan sistem politik tamadun
China.
Pengenalan :
Latar Belakang kelahiran aliran Confusianisme dan Legalisme :
1. Kedua-dua falsafah ini lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M). Kemunculan
aliran falsafah ini disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial yang memuncak ekoran
percubaaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri daripada kerajaan Chou. Kegawatan ini
menyebabkan munculnya ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan
berdasarkan prinsip moral atau politik yang telah melahirkan lebih seratus aliran falsafah
antaranya aliran Confusianisme dan Legalisme
2. Falsafah Confusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan bangsawan.
Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang atau klasik. Lima klasik utama
yang dihasilkan oleh Confusius ialah Books of Odes, Books of History, Books of Changes, Books
of Rites, dan Spring and Autumn Annals.
3. Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang
menghasilkan karya berjudul ”Book Of Lord Shang ” dan Han Fei dengan karyanya Han Fei
Tzu.
Isi :
Ciri-ciri utama aliran legalisme dan aliran Confusianisme :
Doktrin :
1. Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai

cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Menurut
Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat perlu untuk
mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat.
2. Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan
etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah
ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Oleh itu fafsafah ini
mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia
menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral
3. Kedua-duanya menyumbang kepada proses penyatuan politik China
Konsep Pemusatan Kuasa :
1. Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorakpemusatan kuasa ditangan seorang raja
yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika
petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung
Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah
pentadbirannya.

2. Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal
yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat
penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan
beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran

ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorakpaternalistik . Menurut Confucius
pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala
institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.
3. Kedua-dua pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China.
Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :
1. Dalam aliran Confusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam
segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.
2. Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara
dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan pemerintah dan
negara.
3. Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi
mempunyai matlamat yang sama.
Kegemilangan Sejarah Lampau :
1. Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat. Menurut
mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza berdasarkan keadaan dan
situasi semasa.
2. Manakala dalam aliran Confusianisme pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam,
dijadikan sebagai panduanberguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka
dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.
Kestabilan ini akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan kedudukan masingmasing.

3. Perbezaan pandangan antara kedua ideologi di atas, perbezan doktrin tersebut telah
menyumbang kepada sistem politik China.
Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :
1. Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi
ketaatan kepada raja.
2. Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan
ketaatan kepada raja.
3. Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan kesetiaan
kepada raja
Mengekalkan Displin Rakyat :
1. Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin.

2. Confucianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana seperti yang
dilakukan oleh Dinasti Han.
3. Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi mengekalkan
disiplin rakyat.
Kesimpulan :
Kedua-dua aliran ini berbeza kerana fokus yang berlainan. Aliran Confusianisme menekankan etika dan
nilai murni kemanusiaan manakala dalam aliran legalisme kejayaan matlamat negara mesti berteraskan
hukuman yang keras dan berat.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam Tamadun Awal
manusia
Dicatat oleh Khairul Azmi on Ahad, 25 Disember 2011

Pengenalan :

Pendidikan formal boleh ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh
sesuatu kerajaan untuk membentuk suatu masyarakat atau negara mengikut dasar perancangan yang
berkaitan rapat dengan matlamat-matlamat kerajaan, sistem pemerintahan sama ada monarki, republik
atau demokrasi, pengaruh agama dan pentadbiran negara. Dalam tamadun awal manusia, matlamatmatlamat adalah berlainan dan berubah-ubah dari zaman ke zaman. Pada keseluruhannya, sesuatu
negara selalunya, mendakwa kerajaan berhak mengawal takdir rakyat negara itu melalui organisasi
institusi pendidikan, kaedah pengajaran dan bentuk kurikulum untuk mencapai tujuan dan keperluan
negara. Pendidikan formal dianggap sebagai alat untuk membentuk disiplin, organisasi dan susunan
sosial dan arah kesetiaan rakyat terhadap negara. Pendidikan formal juga dijadikan teras perdebatan di
kalangan ahli falsafah dan pendidik. Antaranya termasuklah Plato yang memberatkan pendidikan formal
untuk menghasilkan segulungan pemerintah yang bijak (philosopher-kings), Quintilian yang menegaskan
aspek utilitarian dalam pendidikan Rom dan Ignatius Loyola yang mengatakan bahawa pendidikan formal
adalah semata-mata memupuk semangat kecintaan kepada tuhan.

Isi penting


Agama

Agama merupakan faktor dominan dalam tamadun awal Mesopatamia dan India. Agama menguasai
kesemua kegiatan sosial manusia, sistem pemerintahan, ekonomi, seni dan kesusasteraan. Dalam
tamadun Mesopotamia, institusi pendidikan formal adalah diwujudkan oleh golongan paderi yang
biasanya menjadi para pendidik. Mereka juga menetapkan kurikulum yang membayangkan kepentingan
upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal
adalah dikendalikan oleh golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan
doktrin-doktrin agama Brahmanisme.

Pemerintah

Tamadun China dan Dinasti Han juga menyaksikan Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia
dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah Confucius. Di bawah
naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi ideologi rasmi negara China. Sehingga kurun
ke-20 TM.

Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan


Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan. Matlamatnya kerajaan
ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh dikatakan bahawa pendidikan
formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk membina pemikiran rakyat, khususnya, para
pegawai birokrat supaya mereka memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal
biasanya dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda adalah jelas
dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran Confucius dianggap sesuai bagi tujuan
memupuk kesetiaan rakyat dan para pegawai oleh sebab Confucianisme memberatkan keharmonian
sosial dan ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara. Dengan objektif itu, pemerintahpemerintah China sejak Dinasti Han telah menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan
formal di peringkat daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya
kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan menghasilkan segolongan
cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh
dikatakan bahawa fahaman Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China.

Pemupukan Kewarganegaraan dan Tanggungjawab Sivik

Konsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas dibuktikan di negara
kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens
lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan
pentadbiran, perkhidmatan sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk
mempertahankan negara kota mereka. Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa


pemerintahan Pericles pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan
hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan perkembangan keperibadian
seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada negara serta bersedia meningkatkan
kecemerlangan Athens dalam alam Yunani. Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar
Rom yang akibat penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan formal
adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni sepertivirtus (kelakuan baik) dan pictus
(obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan meningkatkan semangat patriotisme.

Keselamatan dan Ketahanan

Dalam alam Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal pertahanan. Mengikut
Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM, manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri,
bukan untuk kepentingan diri sendiri. Di Sparta, tujuan pemerintahan adalah menguatkan kerajaannya
untuk mengawal rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya jika
dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa Helots mengancam mereka
dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan Sparta adalah bercorak ketenteraan yang setiap
kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta dikenakan disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang
bertujuan melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka daripada
serangan Helots. Adalah jelas dalam sistem ini, unsur pemikiran bebas terbendung dan sifat

keperibadian individu terpendam.

Kelahiran tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti protagoras, dah ahli falsafah yang
seperti Socrates, Plato dan Aristotale.

Kelahiran tokoh-tokoh yang menolak agama sebagai asas pemikiran. Bahawa ilmuan di Rom dan Yunani
mula mengubah pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan humanisme.

Kesimpulan

Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam tamadun dapat
berkembang, bukan sahaja kerana faktor-faktor yang bertujuan pendidikan, tetapi juga kerana faktor
kepentingan politik pemerintah
- See more at: http://lineclearbah.blogspot.com/2011/12/huraikan-faktor-faktoryang.html#sthash.t4mzoMnc.dpuf
AJARAN CONFUCIANISME DAN TAOISME

Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus,
agama bermaksud "segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipankewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan ajaran.
Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama

mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan
serta kebaikan.

Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan agama
kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya seperti
Confucianisme dan Taoisme yang kami akan bincangkan nanti.

Agama dan ajaran penting kepada manusia kerana ia mengatur tatacara kehidupan di dunia. Ia
mengaturkan kewajipan kita sesama manusia dalam kehidupan masyarakat.

Confucianisme
Kehidupan Confucius
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga
kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah
keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Ketika berusia 3 tahun, ayahnya
telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau
telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam
kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa

berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah
dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat
puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi,
pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan
berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk
mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas
kematian ibunya.

Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau
menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum
kembali ke Lu pada tahun 484 SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan
ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau
kembali ke Lu pada tahun 484 SM.

Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan
falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal
dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

Ajaran Confucius
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan

prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam
konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila
Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan
lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau
Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius
merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau
juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri
daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes
(I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).

Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan
Buddha. Ia Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius
ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius,
terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu
pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan
dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak
lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan
harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga
harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa
kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak.
Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat
disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja
adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan
yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat

harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan
mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya
dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran
Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran
supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan
penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim
boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun
Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk
menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada
pesalah.

Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan
kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali
hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran
Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh
Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana
keturunannya.

Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai
yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan
jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai
nabi bagi ajaran Taoisme.

Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam
buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada
peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian
alam semesta. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam
semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar
fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi
pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze

menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau
tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya
lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke
alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang
paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan
keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan
penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan
pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru
penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara
hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao
Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang
bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman
dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu
disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze
"tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah
negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan.
Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang
perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli.

Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Bukubuku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan
yang terkenal.

Kesimpulan
Agama muncul daripada kepercayaan primitif iaitu kepercayaan dalam bentuk animisme. Dengan
perkembangan dalam tahap intelektualisme, manusia mula menggantikan perasaan ketakutan kepada
kebaikan. Tuhan mula disembah kerana takutannya tetapi untuk menunjukkan kepatuhan, kasih dan
ketaatan.

Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah
agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya. Kedua-dua
agama ini berasaskan ajaran. Tetapi, terdapat perbezaan di antara mereka. Confucianisme adalah
berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying, kepatuhan kepada
peraturan sosial dan sebagainya. Dalam ajaran Tao pula mementingkan alam semesta. Confucisnisme
adalah yang disanjung oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, manakala Taoisme

hanya mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil. Akhir kata, sifat ajaran
Confucianisme adalah bertentangan dengan sifat ajaran Taoisme.

[Main]