Islam dan Hak Asasi Manusia
SUBJEK
IDE 4533 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
TUGASAN 2
ISLAM DAN SALAH FAHAM BERKAITAN
HAK ASASI MANUSIA
NAMA PENSYARAH
DR. AZYYATI BT MOHD LAZIM
NAMA PELAJAR
MOHAMAD SOLEHULHAFIZ BIN MOHAMAD SUHAIMI
1.0 Pengenalan
Rentetan kemelut pergolakan dunia pada hari ini menyaksikan bahawa manusia semakin percaya
pada suatu hari nanti pereng dunia ke-tiga pasti akan berlaku. Ini adalah kerana peristiwa dan
krisis pergaduhan antara Negara dunia semakin mencapai kemuncaknya. Perseteruan ekonomi
antara blok kapitalis yang ditunjangi oleh Amerika Syarikat dan blok komunis dibawah pakatan
Russia dan China hampir tiada penamatnya, isu Palestin-Israel yang bermula tahun 1948 masih
lagi berlarutan hingga ke hari ini bagai tiada pengakhiran. Tidak hanya diperingkat itu, dalam
kalangan masyarakat awam juga dapat disaksikan perlawanan dalam gelanggang agama,
penindasan terhadap kaum minoriti dan perebutan untuk menaiki takhta berlaku di mana-mana
sahaja.
Ketiga-tiga permasalah yang dinyatakan sebentar tadi amatlah berkait rapat dengan isu
hak asasi. Istilah dan penggunaan terma “hak asasi manusia” dijadikan alasan yang paling kukuh
bagi menghalalkan setiap perkara untuk melakukan peperangan, penindasan dan kekejaman.
Lebih menyedihkan lagi apabila setiap konflik yang berlaku ini akan dipalitkan dengan agama
Islam. Dunia Barat dewasa ini melakukan propaganda dengan melancarkan fahaman
“Islamophobia” bagi menakutkan masyarakat dengan agama tersebut. Dalam satu sudut dapat
dilihat betapa agenda yang dilancarkan oleh pihak Barat ini merupakan satu mekanisme untuk
menunjukkan seolah-olah Islam ialah suatu fahaman kuno yang tidak menerima pembaharuan
kerana ingin melaksanakan syariah Islam dimuka bumi.
Kemunculan IS (Islamic State) di Iraq dan Syria mengerohkan lagi keadaan kerana
kumpulan yang membawa fahaman salafi jihadi ini dikaitkan dengan isu Islamophobia. Dari satu
sisi pula, Barat cuba mengetengahkan dan membentuk pemikiran masyarakat dunia terhadap
Islam dengan pandangan yang salah. Antara contoh yang sering didengari ialah berkenaan
dengan Hak Asasi Manusia. Mereka merangkumkan setiap perkara yang dilarang Islam adalah
bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Perlambangan bahawa Islam adalah agama yang
menyekat kebebasan manusia, menindas wanita dan memperhambakan kanak-kanak adalah satu
doktrin yang salah dan perlu segera diperbetulkan.
Justeru, penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan
salah faham yang berlaku dalam kalangan penduduk dunia tentang agama Islam dan
menghubungkaitkan agama ini dengan hak asasi manusia. Usaha ini seiring dengan gerak kerja
sarjana Muslim dewasa ini yang gigih tanpa rasa putus asa menepis sebarang salah faham yang
berkaitan dengan Islam.
2.0 Salah Faham terhadap Islam mengenai Hak Asasi Manusia
Sejak berakhirnya Perang Dunia ke-2, kesedaran tentang kepentingan hak kemanusiaan mula
mendapat perhatian di segenap negara terutamanya di benua Eropah. Pelbagai demonstrasi,
rusuhan dan usaha memperkasakan hak-hak kemanusiaan direcana supaya kebebasan mutlak
setiap individu yang bernyawa dapat dikembalikan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
sedia maklum dengan tindakan tersebut dan menjemput masyarakat dunia untuk membincangkan
perkara itu dengan serius. Akhirnya pada 10 Disember 1948, 48 negara yang menyertai
perhimpunan agung PBB telah bersetuju untuk menerima pakai deklarasi Hak Asasi Sejagat
1948 (DHAMS).
Menurut Haji Mahamad Naser Bin Disa (2012), dalam konteks manusia sejagat, hak asasi
bermaksud semua manusia adalah bebas dan mempunyai hak yang sama tanpa mengira bangsa,
warna kulit agama, keturunan, bahasa dan lain-lain dimata undang-undang. Berdasarkan maksud
tersebut maka hak asasi menjadi satu tuntutan agar setiap manusia diberikan haknya secara sama
rata dan adil. Namun begitu, negara Barat yang menekankan kebebasan individu dalam DHAMS
seringkali menafikan kebebasan tersebut apabila ianya bertembung dengan dasar dan polisi
negara. Bukan itu sahaja, jika terdapat apa-apa sahaja agama di dunia ini yang menyekat
kebebasan seseorang individu, sudah pasti ia akan dikatakan berlawanan dengan DHAMS
sedangkan saranan agama tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membawa kebaikan kepada
manusia.
Lantaran itu, muncul banyak gerakan yang memperjuangkan HAM dengan nama
kebebasan mutlak. Contoh yang terdekat ialah seperti yang berlaku di Malaysia sebagaimana
yang dicatatkan oleh Mafis bin Mohd Samuri ( Panel Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan) dalam kertas kerja yang bertajuk “Penghakisan Nilai Agama Melalui
Doktrin Hak Asasi Manusia”. Beliau menulis bahawa :
“Sudah banyak perkara batil, kejahatan dan kerosakan dilancarkan ke atas negara kita oleh
musuh yang berlindung di balik tabir HAM. Antara yang paling hangat ialah kes murtad Lina
Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain (2007), isu permohonan
penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian dan kisah serbuan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) ke atas dewan DUMC kerana wujudnya usaha kristianisasi. Malah di Gombak,
golongan Syiah yang diketuai oleh saudara Kamil Zuhairi telah cuba menggunakan saluran hak
asasi manusia untuk menidakkan usaha pihak berkuasa membanteras penyelewengan akidah.
Selain itu, kesetaraan gender atau feminisme, perlakuan songsang homoseksual, lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) turut diperjuangkan oleh pihak pro HAM melalui program
Seksualiti Merdeka. Atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi juga, pengamal homoseksual
Irsyad Manji dibawa ke Malaysia pada Mei 2012 oleh kelompok tertentu yang mendukung serta
menerbitkan bukunya”.
Setelah meneliti tentang kes yang dinyatakan di atas, seharusnya umat Islam tidak boleh
lagi bersahaja dan bersenang lenang serta perlu bangun untuk bersama-sama mengembeling
tenaga untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini adalah kerana tindakan yang dilakukan
oleh golongan ini bukan sahaja mampu untuk meruntuhkan institusi agama Islam di negara
Malaysia, malah cubaan mereka juga bersifat serampang dua mata kerana hasil tindakan
menghalang usaha yang dibuat oleh kelompok ini akan menampakkan seolah-olah Islam adalah
agama yang tidak mengizinkan kebebasan dan telah melakukan penganiayaan kepada umat
manusia.
Perkara ini dapat dibuktikan jika dirujuk kepada kes yang berlaku pada tahun 2013,
gerakan COMANGO (Kolektif 58 pertubuhan yang memperjuangkan HAM) telah membawa
laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva kerana
beberapa perkara yang dikemukakan kumpulan itu bertentangan dengan perlembagaan negara.
Hasil tindakan tersebut telah menyebabkan masyarakat dunia memandang negara Islam seperti
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan yang tidak demokratik dan menindas hak
kemanusiaan.
3.0 Memperbetulkan Salah Faham
Mengikut sarjana ulung Islam kelahiran India, Maulana al-Maududi sebenarnya dunia Barat
tidak mengenali konsep “human and civil rights” hinggalah ke kurun ke-17 malah di akhir kurun
ke-18 barulah konsep ini mendapat tempat di dalam perlembagaan Amerika dan Perancis. C.C
Weeramantry, seorang bekas hakim Mahkamah Agung Sri Lanka dan Professor Undang-Undang
di Universiti Monash, Australia serta pernah menjadi Timbalan Presiden Mahkamah Keadilan
Antarabangsa di The Hague, dalam bukunya ”Islamic Jurisprudence : An International
Perspective” telah mengakui bahawa Islam telah mengiktiraf hak asasi manusia 1,000 tahun
lebih awal daripada Barat. Langkah-langkah awal untuk menginstitusikan hak kemanusiaan
insan boleh dilihat daripada Perlembagaan (Piagam) Madinah yang dibentuk oleh Nabi
Muhammad S.A.W. pada awal abad ke-7 bagi umat Islam dan bukan Islam setelah tertubuhnya
negara Islam yang pertama itu di Madinah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 Fasal yang
antaranya mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Hak untuk bebas beragama misalnya diberi dan diamalkan oleh penduduk Madinah
ketika itu khususnya melalui Fasal 25. Walaupun Rasulullah S.A.W. menerbitkan konsep
“ummah” namun konsep itu tidak mengetepikan identiti dan agama kaum lain. Khutbah wada’
atau khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. pada penghujung hayat Baginda, iaitu
pada tahun 10H. dirakam oleh sejarah sebagai deklarasi ulung perlindungan hak insan. Pada
masa yang sama, khutbah berkenaan membentuk garis panduan penting dalam pengurusan
aspek-aspek utama dalam kehidupan seperti perundangan, ekonomi, siasah, kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Antara ciri penting yang membezakan kandungan Khutbah Wada’ dengan
instrumen hak asasi manusia barat ialah khutbah Nabi S.A.W yang berasaskan wahyu dan
bertujuan mentaati serta menunaikan hak Allah S.W.T yang menjamin kemaslahatan umum
(maslahah `ammah).
Sebaliknya ada antara bentuk perjuangan hak asasi manusia yang dilaung-laungkan dan
dipertahankan pihak barat bertentangan sama sekali dengan hak Allah S.W.T. dan kemaslahatan
masyarakat umum. Persoalan keadilan yang ditekankan dalam gagasan hak asasi manusia moden
tidak bertentangan dengan al-Quran sebagai rujukan umat Islam. Malahan seluruh aspek hak
asasi manusia moden dapat digali dan ditemukan dalam kitab suci al-Quran yang menjadi
panduan penganut Islam (Abu Bakar Hamzah 1960). Malahan al-Quran di banyak tempat telah
menegaskan persoalan keadilan, salah satunya adalah firman Allah pada surah An-Nisaa’ ayat
135 (Tafsir Pimpinan ar-Rahman 1). Menurut Saari Sungib, sumber hak asasi manusia di dalam
Islam adalah Piagam Madinah, kedua ; Khutbah al-Wada’ atau khutbah terakhir Rasulullah SAW
dan seterusnya Maqasid asy-Syariah yang bersumber daripada al-Quran dan as Sunah (Saari
Sungib 2011).
Menurut cara pandang Islam, gagasan hak asasi manusia terserlah pada doktrin ‘aldhoruriyat alkhomsah’ atau boleh dirujuk juga sebagai ‘al-huquq al-insaniyah fi al-Islam’ (hakhak asasi manusia dalam Islam). Konsep ini mengandung lima pokok yang harus dijaga oleh
setiap individu iaitu pertama : Hifdzu al-nafs wa al-ird atau Hak Untuk Hidup (surah al-An’am
ayat 151), kedua, Hifdzu al-‘aql atau Hak Persamaan Darjat (surah al-Hujurat ayat 13), ketiga,
Hifdzu al-nasl atau Hak Memperoleh keadilan (surah al-Maidah ayat 2), keempat, Hifdzu al mal
atau Hak Perlindungan harta atau pemilikan (surah al-Baqarah ayat 188); dan kelima, Hifdzu aldin atau Hak Kebebasan Beragama (surah al- Baqarah ayat 256, dan surah Yunus ayat 99).
Justeru, Islam yang disarankan bersumber maqashid as-syari’ah itu hendaklah menjadi
‘kenderaan masyarakat’ dan bukan wewenang negara. Pendek kata, tujuan syariah atau
maqashid as-syari’ah ikut melindungi hak manusia, ‘the rights one has because one is human’
serta menjamin taraf dan keadaan hidup manusia, ‘the idea of human rights ultimately is about
improving the lives of real, ordinary human beings’. Kesejajaran matlamat antara hak asasi
manusia moden dan maqashid as-syari’ah ini membolehkan satu kesepaduan digerakkan untuk
membolehkan kedua-duanya saling beroperasi. Penekanan kepada tujuan syariah, atau maqashid
as-syari’ah ini penting memandangkan syariah itu sendiri sebagai satu set undang-undang boleh
ketinggalan zaman kerana syariah yang tersedia dalam sejarah perkembangan undang-undang
Islam adalah berasaskan kefahaman dan amalan setiap generasi khususnya generasi sebelum.
Jelas sekali berdasarkan perbincangan di atas hak asasi manusia adalah hak yang asas dan
dasar, serta dimiliki oleh setiap individu sejak ia dilahirkan. Hak ini merupakan pemberian
Tuhan Yang Maha Esa. Oleh kerana sifatnya yang demikian ia tidak boleh dinafikan atau direbut
oleh sesiapa pun. Pemahaman norma-norma sosial semasa menerusi diskusi kritis di atas
membolehkan norma sosial yang baharu dicipta dan boleh pula dikongsi oleh individu dengan
cara yang sejagat. Hal ini hanya dapat berlaku dengan penggunaan kerangka teori kesatuan
dalam kerencaman yang ditawarkan oleh Marek Hrubec. Menurut Abed al-Jabiri, istilah al
‘Alamiyyyah atau sejagat menunjukkan hak manusia yang ditegaskan Islam itu terpakai kepada
setiap manusia tanpa perbezaan gender, bangsa, kepercayaan atau status. Hak asasi manusia
dengan itu tidak dapat dikurangi kerana alasan kebudayaan atau tamadun (la yuatstsir fiha
ikhtilaf al-Tsaqafat wa al-Hadharat), serta melampaui ruang dan waktu (ta’lu ‘ala al-zaman wa
al-tarikh). Kesimpulannya, hak asasi manusia adalah hak setiap manusia kerana ia datang secara
pakej dengan diri manusia itu sendiri (‘ala al-Insan ayyan kana wa anna kana) (Mohammad
Abed al-Jabiri 1997). Oleh kerana itu kemunculan prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu
kebebasan, kehormatan, kesetaraan dan persaudaraan seperti terungkap dalam hak asasi manusia
moden pada tahun 1948 tidaklah wajar dimusuhi atau dimomokkan sebagai sesuatu yang
bertentangan dan bersalahan dengan Islam.
4.0 Kesimpulan
Sepanjang sejarah HAM dan deklarasi UDHR, gerakan HAM hanya lantang memekik isu-isu
batil seperti murtad, LGBT dan seumpamanya. Bukan hendak menafikan adanya usaha HAM
membantu masyarakat manusia yang hidup melarat dan terpencil, tetapi suara HAM dalam hal
sedemikian hanya bersifat suam-suam kuku atau hidup segan mati tak mahu. Biarpun UDHR
telah wujud lebih setengah abad, namun nasib rakyat Palestin masih tidak terbela. Adalah
penting untuk kaum muslimin memartabatkan Deklarasi Kaherah berkaitan Hak Asasi Manusia
di dalam Islam dengan menjadikannya piagam standard di setiap Negara Islam. Umat Islam
mesti lantang bersuara untuk mengetengahkan deklarasi tersebut disamping bersikap kritis
terhadap setiap agenda yang dibawa oleh HAM Barat.
Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia perlu saling berganding bahu bersama
NGO Islam serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam membuat hebahan serta penjelasan
kepada masyarakat khususnya umat Islam melalui program-program yang dirancang secara teliti
dan berstrategi. Para ilmuwan dan ahli akademik pula berperanan untuk menyampaikan
kefahaman yang lurus melalui pelbagai bentuk tulisan, wacana, diskusi dan sebagainya.
Merujuk kepada penulisan di atas, dapat difahami bahawa gerakan HAM yang berteraskan
falsafah humanisme membawa ke arah kemudharatan kepada umat manusia. Paling penting ialah
ianya bertentangan dengan konsep hak dan kebebasan menurut agama Islam, apatah lagi tika ia
telah dianggap sebagai suatu agama baru yang didukung oleh faham atheisme. Di sisi Islam
kedudukan hak yang hakiki ialah apabila perkara yang hak itu tidak dipagari atau dicampur
dengan perkara yang batil. Manakala makna kebebasan yang hakiki ialah apabila terhindar dari
kejahilan.
Perihal ini berkaitan langsung dengan konsep adil di dalam Islam yang bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka sewajibnya yang hak diletakkan pada tempat yang
hak, dan yang batil ditetapkan pada tempat yang batil. Garis sempadan atau had yang wujud di
antara kedua-duanya mesti diperlihat secara jelas dan tidak sama sekali cuba disamar, apatah lagi
jika dipadam. Sesungguhnya Islam adalah agama yang hak, yang menyeru kepada hak dan
menegak perkara yang hak. Dengan memahami dan melaksana hakikat hak yang hakiki, akan
diperoleh hikmah kurnia Ilahi.
5.0 Rujukan
1. Abdul Munir Yaacob, 2013, Maqasid Al-Syariah Dan Hak Asasi, Universiti Islam
Antarabangsa, Gombak, Selangor.
2. Adjat Sudrajat, 2011, Hak Asasi Manusia Menurut Pespektif Islam, FISE Universiti,
Indonesia.
3. Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang dan Kamaruddin Salleh, 2009, Himpunan Kertas kerja
Mengenai Hak Asasi Manusia, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia.
4. Haji Mahamad Naser Bin Isa, 2012, Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara’ Dan
Humanisme : Satu Analisis Perbandingan, Jabatan Agama Islam Selangor.
5. Mohamad Faizal Musa, 2016, Pengantar Hak Asasi Manusia Moden Dan Hujah Sangkalan Ia
Bertentangan Dengan Islam, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.