Teori Perkembangan dan Pembangunan Pendi

1.0 Pendahuluan
Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal
(Haliza dan Joy). Santoock ( 2008 ), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Konklusinya, perkembangan adalah
satu proses perubahan yang melibatkan pelbagai aspek dalam diri seseorang dari satu
peringkat yang lebih awal sehingga peringkat akhir.
Perkembangan seseorang itu bermula sejak sebelum lahir lagi. Pembentukan
secara fizikal semasa janin sehingga selepas lahir merupakan perkembangan secara
fizikal. Selain itu, perkembangan emosi, sosial, kognitif dan pertuturan atau bahasa
turut terangkum di dalam perkembangan seseorang individu.
Perkembangan kanak-kanak pula merupakan bidang yang mengkaji tahap dan
potensi seseorang dari bayi sehingga dewasa. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian
proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental
seorang bayi menjadi orang dewasa (Wikipedia). Bidang ini muncul pada awal abad ke20 tetapi hanya cenderung kepada tingkahlaku tidak normal sahaja. Kemudiannya,
barulah bidang ini semakin meluas dan mendapat perhatian dengan adanya pelbagai
teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi.
Teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli psikologi ini melibatkan empat aspek
yang utama iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Terdapat juga ahli
psikologi yang mengkaji perkembangan bahasa. Setiap aspek ini adalah perlu untuk

dikaji dan diketahui kerana melalui cara ini kita dapat lebih memahami seseorang.
Antara ahli-ahli psikologi yang terkenal dengan teori perkembangan ialah Jean
Piaget, Arnold Gessel, Robert Havighurst, Erik Erikson dan Sigmund Freud.
Walaubagaimanapun, tidak kesemua teori yang diperkenalkan berkaitan dengan
pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara kita.

1

Pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia banyak menggunakan teori
yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh tersebut untuk melaksanakan program yang
pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia. Teori-teori tersebut telah
disesuaikan dengan objektif sesuatu program atau dasar yang dilaksanakan oleh pihakpihak yang berusaha membangunkan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.

2

2.0 Teori-Teori Perkembangan
2.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget, ahli psikologi Switzerland telah mengasaskan teori perkembangan kognitif
yang menjelaskan tentang kaedah manusia mmempersepsi ilmu dan membina
hipotesis serta bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan

proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Menurut Piaget dalam Haliza
dan Joy (2011), proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga manusia mencapai tahap kematangan.
Tiga aspek penting di dalam teori Piaget iaitu:
i.
ii.
iii.

Faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu
Proses mencapai keseimbangan
Peringkat-peringkat perkembangan

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Empat
faktor ini adalah faktor kematangan biologi, faktor interaksi individu dengan
persekitaran, faktor pengalaman sosial dan faktor keseimbangan. Faktor biologi
bermaksud pemikiran individu dipengaruhi oleh genetik atau pengaruh daripada ahli
keluarga. Interaksi individu dengan persekitaran pula bermaksud keadaan sekeliling
seperti kawasan tempat tinggal memberi impak kepada corak pemikiran individu. Faktor
pengalaman sosial pula adalah perkembangan pemikiran yang berlaku disebabkan oleh
pergaulan dengan orang sekeliling sama ada keluarga mahupun rakan-rakan dan

masyarakat. Faktor yang terakhir ialah faktor keseimbangan. Faktor ini melibatkan
proses keseimbangan yang merupakan satu proses penting bagi individu untuk
mengadaptasi situasi-situasi baru yang dialami.
Proses mencapai keseimbangan penting bagi seseorang untuk mengadaptasi
atau menyesesuaikan diri dengan situasi-situasi baru yang dilalui di dalam kehidupan
mereka. Secara ringkasnya, di dalam proses mencapai keseimbangan, seseorang
individu akan melalui proses organisasi di mana mereka menyusun maklumat dan
pengalaman yang diperoleh di dalam minda dan membentuk skema.

3

Empat konsep utama teori Piaget ialah skema, asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan. Skema merupakan pengetahuan atau pengalaman yang dipelajari oleh
individu melalui pengalaman dan pembelajaran. Seterusnya, seseorang akan
mengalami proses adaptasi yang melibatkan dua proses lain iaitu asimilasi dan
akomodasi. Asimilasi merupakan proses di mana individu akan cuba memahami
pengalaman baru dan cuba menyesuaikan ianya dengan skema-skema lama.
Akomodasi pula proses di mana individu menukar skema lama untuk disesuaikan
dengan pengalaman baru. Proses keseimbangan ini berlaku secara berterusan di
dalam kehidupan seseorang kerana perkembangan kognitif akan sentiasa berlaku.

Empat peringkat perkembangan kognitif manusia merupakan intipati di dalam
Teori Piaget. Peringkat pertama ialah peringkat sensorimotor yang berlaku sejak lahir
sehingga seseorang individu berumur 2 tahun. Pada peringkat ini bayi menggunakan
kebolehan motor dan deria untuk mempelajari skema baru. Piaget menyifatkan proses
ini sebagai permulaan proses menyelesai masalah dalam kehidupan. (Haliza dan Joy,
2011). Pada peringkat akhir proses ini, kanak-kanak boleh meniru perlakuan yang
dilihat dan mereka juga akan mempunyai kebolehan menggambarkan objek di dalam
memori. Peringkat kedua pula ialah peringkat pra-operasi yang berlaku dari umur 2
tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mula membentuk skemaskema baru. Mereka mempunyai kebolehan untuk mewakili sesuatu dengan sesuatu
simbol, menceritakan pengalaman menggunakan ayat-ayat mudah dan mereka juga
akan meniru atau mengajuk perwatakan yang pernah dilihat. Peringkat seterusnya ialah
peringkat operasi konkrit (7-11 tahun). Kanak-kanak sudah mampu berfikir secara logik
dan memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Peringkat terakhir di
dalam teori Piaget ialah peringkat operasi formal. Peringkat ini bermula ketika umur 11
tahun. Mereka sudah boleh berfikir secara abstrak, membuat hipotesis, berfikir secara
sistematik dan boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat andaian
berdasarkan fakta.

4


2.2 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Teori yang diperkenalkan oleh Erik Erikson ini menekankan kepentingan hubungan
sosial dengan individu-individu di persekitaran kana-kanak. Lima prinsip utama yang
menjadi asas kepada teori ini ialah:
i.
ii.

Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.
Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas indibidu terhadap

iii.
iv.

keperluan-keperluan asasnya.
Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya

v.

individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya.

Terdapat lapan tahap di dalam teori ini dan semua individu akan menghadapi kesemua
tahap ini sama ada dengan jayanya atau tidak.
Peringkat
Umur
Huraian
Asas kepercayaan Dari lahir hingga 1 Bayi perlu mempunyai hubungan yang
lawan

asas tahun

erat,

mendapat

kasih

sayang


dan

ketidakpercayaan
kepercayaan
Autonomi
lawan 1 tahun hingga 3 Perkembangan kanak-kanak pada tahap
keraguan

tahun

ini tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Sekiranya
sokongan

berjaya

dan

menimbulkan


rasa

menerima
percaya

kepada keupayaan diri sekiranya gagal
mereka

mula

ragu-ragu

terhadap

keupayaan diri.
Inisiatif lawan rasa 4 tahun hingga 5 Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada
bersalah

tahun


inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri,
sekiranya gagal boleh membawa rasa

5

bersalah.
Industri lawan rasa 6 tahun hingga 11 Kanak-kanak perlu menguasai kemahiranrendah diri

tahun

kemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah

Identiti

diri dan tiada keupayaan.
lawan 12 tahun hingga 18 Mencari identiti diri bagi golongan remaja

kekeliruan identiti

Keintiman
keasingan

tahun

lawan Awal

dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan
dewasa.

tahun

hingga

bersosial.
18 Mula
membentuk

keintiman


dalam

35 hubungan, menuju ke arah perkahwinan

tahun

dan

membina

kerjaya.

Kegagalan

membawa kepada perasaan terasing dan
Generiti
kekakuan
Integriti
kekecewaan

tersisih.
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang

lawan Pertengahan
dewasa.

35

tahun baik.

Kegagalan

membawa

kepada

hingga 65 tahun
perasaan mementingkan diri sendiri.
lawan Lanjut usia. 65 tahun Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan
ke atas

karier.

Kegagalan

membawa

kesedihan dan kekecewaan.

6

kepada

3.0 PERKAITAN DI ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DAN
TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON DENGAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia

sememangnya banyak

mengadaptasi atau mempunyai saling perkaitan dengan Teori Perkembangan
Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Beberapa
program dan dasar yang dilaksanakan dalam pembangunan pendidikan kanakkanak di Malaysia mengaplikasikan teori-teori ini dalam memastikan setiap program
yang diperkenalkan dapat menepati perkembangan kanak-kanak. Ini penting dalam
memastikan keberhasilan program tersebut.

3.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
KSSR merupakan satu kurikulum baru yang telah mula dilaksanakan pada
tahun 2011 untuk murid Tahun 1. Kurikulum ini merupakan transformasi yang
dilakukan oleh pihak di peringkat pusat di atas kesedaran mengenai kepelbagaian
aras kebolehan dan potensi murid adalah berbeza (Syed Ismail dan Ahmad Subki,
2011). Perubahan yang berlaku di dalam transformasi kurikulum ini melibatkan
trasnformasi daripada beberapa aspek iaitu bentuk kurikulum, organisasi,
kandungan kurikulum, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Kurikulum

ini

menekankan

enam

teras

utama

iaitu

komunikasi,

perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan dan keterampilan diri. Tiga kemahiran nilai tambah atau elemen
merentas kurikulum yang ditambah di dalam kurikulum baru ini ialah kreativiti dan
inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Enam teras
utama dan tiga kemahiran ini merupakan antara penambahbaikan dalam kurikulum
sekolah rendah yang menyebabkan KSSR diperkenalkan. Menurut Tan Sri
Alimuddin (2012) dalam portal Pendidikan Utusan, penambahbaikan ini diharap

7

dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Prinsip KSSR pula masih lagi berasaskan kepada prinsip KBSR dan
berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) (Alimuddin, 2010) yang bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (FPK,1988).
Pendekatan yang digunakan di dalam KSSR adalah agak berbeza dengan
KBSR di mana di dalam KSSR, pendekatan yang digunakan adalah lebih bersepadu
atau menyeluruh. Menurut Guru Besar SK Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim,
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu
menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Melalui
pendekatan yang bersepadu, murid didedahkan dengan pelbagai kaedah seperti
hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual,
konstruktivisme dan pembelajaran masteri.
Berdasarkan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu
yang dinyatakan oleh Piaget iaitu faktor individu dengan persekitaran, Piaget
menyatakan bahawa individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami
perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati. Melihat kepada pendekatan yang diperkenalkan
di dalam KSSR, setiap pendekatan yang ditekankan adalah selaras dengan faktor
yang dijelaskan oleh Piaget. Pendekatan-pendekatan yang digunakan adalah lebih
bersifat student-centered di mana murid diberi lebih banyak peluang untuk
mengalami sendiri perkara yang dipelajari. Menurut Piaget, interaksi sebegini
mampu

meningkatkan

perkembangan

kognitif

individu

dan

hasrat

KPM

memperkenalkan pendekatan-pendekatan ini di dalam P&P juga adalah untuk
memberi keberkesanan kepada proses P&P.

8

Selain itu, pendekatan P&P yang ditekankan di dalam KSSR ini juga
bertepatan dengan peringkat ketiga Perkembangan Kognitif Piaget iaitu Peringkat
Operasi Konkrit. Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir secara
logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit (Haliza dan
Joy, 2011). Pada tahap ini juga kanak-kanak boleh menguasai konsep pengekalan,
proses pengelasan, proses menyusun secara bersiri, boleh mula bersosial dan
menerima pandangan daripada rakan. Dengan pendekatan yang digunakan di
dalam KSSR, kanak-kanak diberi lebih pendedahan untuk melakukan sesuatu
perkara atau pembelajaran dengan sendiri dan ini membuatkan kognitif mereka
lebih berkembang. Dalam proses P&P murid tidak hanya mendengar dan membuat
latihan yang diberikan tetapi guru akan menggunakan pembelajaran melalui
permainan atau berasaskan objek untuk meningkatkan pemahaman murid.
penggunaan alat bantu mengajar juga membantu meningkatkan tahap kognitif
murid. Ibrahim (2012), penggunaan buah tembikai dan kek untuk mengajar pecahan
boleh menarik minat pelajar dan menambah pemahaman mereka terhadap topik
berkenaan. Ini menunjukkan bahawa kaedah P&P yang digunakan di dalam KSSR
membantu meningkatkan tahap kognitif murid dan kaedah ini bertepatan dengan
Peringkat Operasi Konkrit Teori Kognitif Piaget yang menjelaskan penggunaan
bahan konkrit merupakan salah satu cara untuk memperkukuhkan pemikiran kanakkanak.
Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang digunakan di dalam
KSSR adalah berbentuk holistik, seimbang dan fleksibel. PBS membolehkan pihak
sekolah mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat, mengetahui sejauh mana
mereka menguasai apa yang dipelajari dan membantu memperbaiki dan
meningkatkan pembelajaran murid. Guru juga akan mengelaskan keputusan murid
dengan menggunakan band, satu keadah baru yang diperkenalkan di dalam KSSR.
penggunaan band memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih
mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan
penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka (Kalam, 2011). Semua murid
perlu mencapai band-band tertentu seperti murid Tahun Satu paling kurang perlu
mencapai Band 1 untuk memastikan mereka memahami topik pembelajaran yang
9

diuji1. Bagi murid yang masih belum mencapai band yang ditetapkan pada
pentaksiran pertama, guru akan membantu mereka dengan memberi lebih perhatian
agar mereka dapat mencapai band tersebut. Ini bermaksud, guru akan memastikan
setiap murid mencapai band yang ditetapkan.
Dua prinsip utama Teori Psikososial Erikson menyatakan setiap tahap
perkembangan psikososial mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya
individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya dan kegagalan
mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang
berikutnya. Prinsip ini berkaitan dengan pelaksanaan PBS yang menggunakan band
kerana jika kanak-kanak atau murid tidak berjaya mencapai band yang ditetapkan
maka mereka akan mengalami kesukaran di dalam peringkat yang seterusnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mungkin menyedari akan peri pentingnya
pengamalan prinsip ini di dalam kurikulum sekolah rendah maka pentaksiran
menggunakan band ini diperkenalkan dengan syarat setiap murid harus mencapai
band yang ditentukan. Penggunaan band ini bukan hanya bertujuan untuk
mewujudkan murid yang mampu menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis,
mengira) yang menjadi hasrat pelaksanaan KSSR seperti yang terkandung di dalam
Dokumen Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah tetapi di sebalik
hasrat utama tersebut KPM turut berhasrat memastikan murid berjaya pada tahap
tersebut dan tidak mengalami kesukaran pada peringkat seterusnya.
Pengelasan menggunakan band ini juga berkaitan dengan peringkat industri
lawan rasa rendah diri yang turut terdapat di dalam Teori Perkembangan Psikososial
Erikson. Erikson (1950), pada peringkat industri lawan rasa rendah diri, kanak-kanak
perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan
akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Jika murid tidak berjaya
menguasai sesuatu kemahiran yang mereka patut kuasai pada satu peringkat
tertentu, maka mereka akan kurang kepercayaan kepada kebolehan diri dan kurang
keupayaan untuk menguasai peringkat seterusnya. Menyedari akan hakikat ini,
maka KPM melaksanakan dasar dalam KSSR di mana setiap murid perlu mencapai
1 Temubual dengan Pn Mary Sugi, guru Matematik Tahun 1 SK St Luke. Pada 9 Mac 2012 di
Bilik Guru SK St Luke.

10

band yang telah ditetapkan. Contohnya, murid Tahun Satu sekurang-kurangnya
mencapai Band 1 iaitu tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau respons terhadap perkara yang asas. Penilaian yang dilakukan selepas
sesuatu topik pembelajaran memudahkan guru untuk membimbing murid yang
gagal mencapai band yang ditetapkan sehinggalah mereka berjaya mencapai band
tersebut. Murid akan mampu meningkatkan sifat yakin diri dalam diri apabila mereka
berjaya mencapai tahap yang dikehendaki. Walaupun pentaksiran menggunakan
band agak menyusahkan para guru tetapi ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar
terutama mereka yang berjaya mencapai band yang ditetapkan 2.

3.2 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program LINUS telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan melibatkan
murid tahun 1 di sekolah rendah. PPD Kuala Kangsar, 2011, mencatatkan LINUS
adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening –
Saringan). Jadi, LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang
dengan lebih teliti dan sistematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
LINUS merupakan salah satu program yang berada di bawah Bidang
Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)] Kementerian Pelajaran
Malaysia yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiddin bin Mohd. Yassin pada bulan Ogos 2009. KPM telah menyasarkan
bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk
menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1
(Tahun 1-Tahun 3). Murid yang tiada masalah pembelajaran bermaksud murid yang
mampu mengikuti pembelajaran yang formal, bukan murid pendidikan khas yang
mempunyai kandungan pembelajaran yang sedikit berbeza dengan murid yang tiada
masalah pembelajaran.

2 Temubual dengan En Arthur Jungan, guru Matematik SK St Luke. Pada 7 Mac 2012 di Bilik
Guru SK St Luke.

11

Maksud literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian3. Numerasi pula ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira
dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi matematik
seperti

menambah,

menolak,

mendarab

dan

membahagi

dan

dapat

mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang 4.
Aspek-aspek penting di dalam program ini ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Proses saringan
Modul pengajaran dan pembelajaran
Pengukuhan Amala Pedagogi
Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan
Memantau dan menyelia
FasiLINUS di peringkat daerah

Saringan dijalankan sebanyak tiga kali setahun iaitu Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Semua murid Tahun 1 adalah
diwajibkan untuk mengikuti saringan pertama. Bagi murid yang mencapai standard
yang ditetapkan mereka akan dimasukkan ke dalam arus perdana untuk mengikuti
proses P&P seperti biasa. Bagi murid yang tidak mencapai standard, mereka akan
menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu. Jika mereka mempunyai masalah
pembelajaran, maka mereka akan dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas
tetapi jika mereka tidak mengalami sebarang masalah mereka akan mengikuti kelas
PraNumerasi atau PraLiterasi dan akan menduduki saringan yang seterusnya.
Keadaan ini mempunyai perkaitan dengan Teori Psikososial Erikson yang
menyatakan bahawa kanak-kanak akan mempunyai konflik pada setiap tahap dan
konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap
berikutnya (Erikson, 1950). Mencapai standard dalam saringan tersebut merupakan
konflik yang dihadapi oleh murid dan mereka perlu berjaya dalam saringan tersebut
untuk mengatasi konflik tersebut. Erikson(1950) dalam Haliza dan Joy (2011) turut
3 Berdasarkan takrifan UNESCO
4 Berdasarkan kepada penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada

12

menyatakan bahawa kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. Di dalam program LINUS, murid akan
menduduki saringan yang merupakan satu konflik kepada murid. Kegagalan murid
di dalam saringan pertama mungkin akan membuatkan murid tersebut hilang
keyakinan diri. Walau bagaimanapun, pihak KPM telah menetapkan bahawa setiap
murid yang gagal pada saringan pertama akan menduduki saringan seterusnya.
Murid yang masih belum mencapai standard akan mengikuti kelas pemulihan atau
LINUS TEGAR bagi murid yang gagal menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dan
bagi murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 3 hingga konstruk 8, mereka
akan mengikuti program LINUS. Murid yang berjaya menguasai kesemua konstruk
pula akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi arus perdana iaitu kelas
pembelajaran biasa. Melalui proses ini, guru akan memastikan murid mampu
mencapai standard yang ditetapkan walaupun mereka perlu melalui proses yang
lebih lama berbanding rakan mereka yang lain. Melalui kejayaan mengatasi konflik
ini, murid akan dapat menghadapi konflik di tahap perkembangan yang seterusnya
dengan lebih baik selaras dengan teori yang dinyatakan oleh Erikson.
Kejayaan murid menguasai kemahiran ini turut memberi keyakinan kepada
murid dan mengurangkan atau menghilangkan rasa rendah diri dalam diri mereka.
Ini juga berkaitan dengan Peringkat Industri Lawan Rasa Rendah Diri Erik Erikson
yang menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada
keupayaan (Haliza dan Joy, 2011).
Teori Psikososial Erikson juga menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai keperluan asas yang sama. Melihat kepada konsep atau tujuan
pelaksanaan LINUS ini, KPM berhasrat untuk memastikan semua murid menguasai
kemahiran literasi dan numerasi atau kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kesemua kemahiran ini merupakan asas bagi seseorang individu untuk
meneruskan pendidikan kerana jika individu tidak menguasai kemahiran-kemahiran
asas ini maka mereka boleh dikategorikan sebagai individu yang tidak berilu
pengetahuan. Menyedari kepentingan setiap individu mempunyai keperluan asas,

13

KPM telah melaksanakan Program LINUS untuk membantu murid menguasainya
agar setiap murid mempunyai keperluan asas yang sama seperti yang dinyatakan
oleh Erikson di dalam teorinya.

3.3 Program PERMATA
Program PERMATA atau Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak merupakan
idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sejak tahun 2006.
Program ini menekankan pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak
pembelajaran sedia ada. Konsep yang digunakan di dalam program ini adalah konsep
‘learning is fun through play’ dari Green Centre, Corby, England di mana anak-anak
PERMATA akan diajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman (Aminah
Ayob et al, 2008)
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan
dan keperluan kanak-kanak di Malaysia walaupun konsep awalnya berpandukan
amalan pusat asuhan di luar negara (Permata Subang Jaya, 2011). Program ini juga
menjadikan Program ‘Surestart’ yang turut diambil dari Green Centre sebagai rujukan.
Elemen-elemen program ini ialah rekabentuk dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di
tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan
Asuhan dengan rumah (Konsep Taska dan Kurikulum Permata). Ini membuatkan
kurikulum PERMATA menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif.
Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen
Green iaitu berasaskan kepada konsep skema Piaget. Konsep skema Piaget ialah satu
sistem di mana setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan
menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing. PERMATA
mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek
pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ini bermaksud kanak-kanak
akan dididik mengenai aspek-aspek ini. Asuhan dan didikan awal terhadap aspek-aspek
ini melibatkan pembinaan skema dalam diri murid dan skema ini akan digunakan oleh

14

individu apabila mereka berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka untuk
mengaplikasikan skema ini sebagai satu cara penyelesaian.
Program PERMATA juga menitikberatkan faktor pengalaman sosial seperti yang
dinyatakan oleh Jean Piaget di dalam Teori Kognitif Piaget. Piaget (1896-1980)
menyatakan perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan
orang-orang di persekitaran. Program PERMATA turut melibatkan penglibatan daripada
ibu bapa dan juga komuniti di atas kesedaran mengenai pengaruh persekitaran
terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dasar Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak mencatatkan bahawa 38% kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi
pembelajaran anak-anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif
dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan
sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran
anak-anak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Jadi, ini
menepati teori Piaget mengenai faktor pengalaman sosial yang boleh mempengaruhi
proses pemikiran seseorang individu.
Teknik pembelajaran PERMATA pula ialah dengan meransang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan
(Konsep Taska dan PERMATA). Salah satu faktor yang mempengaruhi proses
pemikiran individu yang dikemukakan oleh Piaget (1980) menjelaskan interaksi individu
dengan persekitaran membolehkan individu tersebut memahami perkara-perkara yang
berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang
didapati. Ini menunjukkan saling kaitan di antara teknik pembelajaran PERMATA
dengan teori yang diperkenalkan oleh Piaget.
Kurikulum PERMATA terdiri daripada enam ciri-ciri penting. Salah satu ciri
tersebut ialah perkembangan deria atau sensori dan pemahaman dunia. “Kurikulum
PERMATA melihat perkembangan deria sebagai satu aspek dalam perkembangan
kognitif” menunjukkan bahawa kurikulum PERMATA mengadaptasi Teori Kognitif Piaget,
Peringkat Sensorimotor (Bayi: 0 – 2 tahun) yang mencatatkan bahawa pada peringkat
ini bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang
persekitarannya. PERMATA yang menjadikan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun
15

sebagai sasaran melihat teori ini sebagai satu teori yang harus dituruti dan berdasarkan
kajian neurosains, 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak
kanak-kanak. Jadi, berdasarkan teori ini, kurikulum PERMATA menekankan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini bukan pada penguasaan
mereka terhadap akademik semata-mata tetapi turut melibatkan kebolehan mereka
dalam membentuk skema baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang akan dihadapi pada peringkat seterusnya.
Perkaitan program PERMATA dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson
pula dapat dilihat pada konsep program ini dengan konsep yang ditekankan oleh
Erikson dalam teorinya. Erikson (1950), menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Konsep
PERMATA pula merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan
komuniti. Penglibatan ibu bapa dan komuniti yang diterapkan di dalam PERMATA
menunjukkan perkaitan di antara teori Erikson dengan program ini. Di dalam PERMATA,
ibu bapa akan terlibat secara aktif iaitu mereka akan membantu kanak-kanak ketika
berada di rumah. Guru dengan ibu bapa akan saling berhubung untuk memastikan
perkembangan kanak-kanak berjalan dengan baik. Hal ini menunjukkan berlakunya
hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru. Implikasi daripada situasi ini ialah
kanak-kanak akan lebih terdedah kepada persekitaran yang harmoni dan mereka akan
meniru atau mengamalkan nilai ini. Selain itu, ibu bapa juga dapat mempertingkatkan
pengetahuan mereka melalui perbincangan dengan guru dan mereka boleh membantu
anak mereka dengan lebih baik. Permata Subang Jaya mencatatkan, hubungan emosi
dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah
pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Maka sekiranya
ransangan yang beul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan
berkembang segar.

16

4.0 RUMUSAN
Perkembangan kanak-kanak merupakan satu ilmu yang harus dipelajari dan
difahami oleh semua pihak terutama guru dan juga badan pelaksana pendidikan
negara. Impak daripada pemahaman mengenai ilmu ini begitu besar sehingga mampu
mewujudkan satu perubahan yang besar ke dalam sesebuah sistem pendidikan. Ilmu
perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengajar mengenai tahap perkembangan
kanak-kanak secara fizikal, emosi, kognitif tetapi ilmu yang diterapkan begitu meluas
dan impak pembelajarannya juga meluas.
Guru merupakan pihak utama yang harus menguasai ilmu perkembangan kanakkanak kerana guru merupakan individu pertama yang berperanan dalam mendidikan
kanak-kanak. Pemahaman guru mengenai perkembangan kanak-kanak akan mampu
memartabatkan lagi profesion perguruan kerana guru akan lebih memahami nilai dan
sifat kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu termasuklah dari aspek intelek, sosial dan
jasmani murid.
Pengetahuan berkenaan teori perkembangan kanak-kanak pula mampu
memberikan impak yang cukup besar kepada sesebuah sistem pendidikan. Melalui
kajian dan pemerhatian yang dibuat, Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori
Perkembangan Psikososial Erikson telah memberi satu dimensi baru di dalam sistem
pendidikan Malaysia. Pemahaman dan kesedaran pihak pusat serta badan pelaksana
yang utama mengenai prinsip atau konsep teori-teori ini menyebabkan dasar dan
kurikulum baru yang dibentuk banyak menerapkan teori ini yang boleh membantu
negara kita mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, implikasi perkembangan kanak-kanak terhadap guru dan sistem
pendidikan negara adalah sangat besar. Perkembangan kanak-kanak juga telah
menyebabkan berlakunya satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan negara
terutama di dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.

17

5.0 REFLEKSI
Pertama sekali, syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah
mampu menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi beberapa kekangan terutama
dari segi masa.
Bagi kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102) ini, kami telah
diminta untuk menghuraikan dua teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan
oleh mana-mana tokoh perkembangan kanak-kanak. Kemudian, kami diminta untuk
menjelaskan perkaitan di antara dua teori tersebut dengan pembangunan pendidikan di
Malaysia.
Saya telah memilih untuk menghuraikan Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget dan Teori Psikososial Erik Erikson. Saya hanya menghuraikan teori-teori ini
secara ringkas dan lebih berfokus kepada perkaitan di antara teori ini dengan
pembangunan pendidikan di Malaysia. Bagi perkaitan, saya memilih untuk mengaitkan
teori-teori tersebut dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Program
Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Program PERMATA.
Melalui kerja kursus ini saya bukan hanya mampu memahami teori-teori yang
saya huraikan dengan lebih mendalam tetapi saya juga lebih berpengetahuan
mengenai program-program pendidikan yang saya kaitkan. Sebelum ini, saya kurang
faham mengenai program LINUS dan PERMATA yang telah dilaksanakan di negara kita
beberapa tahun yang lepas namun menerusi pengolahan kerja kursus ini, saya telah
memahami konsep dan perlaksanaannya. Penting bagi saya untuk memahami setiap
program yang saya kaitkan kerana jika saya tidak memahami program tersebut maka
sukar untuk saya melihat perkaitan di antara teori yang dihuraikan dengan program
yang dipilih.
Selain itu, kerja kursus ini membantu saya untuk menjana pemikiran yang lebih
kritis kerana 80% daripada kerja kursus ini memerlukan saya untuk berfikir dengan lebih
kritis agar saya mampu mengaitkan konsep dan prinsip yang terdapat di dalam teoriteori tersebut dengan konsep atau perlaksanaan program yang dipilih.

18

Daripada tugasan ini juga, saya mendapat input mengenai kepentingan
pemahaman perkembangan kanak-kanak kepada guru dan sistem pendidikan negara.
Ilmu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja membantu guru untuk memahami
pelajar dengan lebih baik tetapi turut memberikan implikasi kepada siste pendidikan
negara di mana terdapat banyak program pendidikan negara yang mengaplikasikan
teori-teori perkembangan kanak-kanak.
Kekangan pertama yang saya hadapi untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah
penjanaan idea. Pada mulanya, saya menganggap bahawa kerja kursus ini agak
senang dan saya tidak berusaha untuk menyiapkannya terlebih dahulu namun apabila
saya mula membuatnya saya mendapati saya mengalami kesukaran dalam menjana
pemikiran yang kritis ketika mengaitkan teori dengan program. Saya mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini sehinggakan saya hampir tidak
cukup masa untuk menyiapkannya. Walau bagaimanapun, saya telah mampu
menyiapkan kerja kursus ini apabila saya mula memahami teori dan program yang
dipilih.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan masa untuk menyiapkan
tugasan ini. Kesibukan dengan aktiviti lain seperti Bina Insan Guru, Pengalaman
Berasaskan Sekolah dan cuti membuatkan saya hampir tidak cukup masa untuk
menyiapkan tugasan ini. Namun, saya telah mampu menyiapkan kerja kursus ini
dengan meluangkan masa yang lebih dalam proses pelaksanaannya.
Sebagai seorang bakal guru, adalah amat penting untuk saya memahami teoriteori ini dan perkaitannya dengan kurikulum pendidikan.

19