KESEPADUAN ILMU ASAS PENCAPAIAN PEMBANGU

KESEPADUAN ILMU ASAS PENCAPAIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN1
Solahuddin Bin Abdul Hamid
solah@uum.edu.my

Abstrak
Selepas tiga tahun cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi melancarkan Pembangunan Modal Insan, persoalan
dan pengupasannya sentiasa menarik perhatian masyarakat sama ada
dalam bentuk penulisan, syarahan, bengkel atau forum. Kertas kerja ini
akan cuba meneruskan kelangsungan fenomena tersebut dengan
mengemukakan kesepaduan ilmu sebagai asas pencapaian pembangunan
modal insan yang menyeluruh. Istilah ”bacalah” dalam ayat yang
pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. adalah gambaran
wasilah mendapatkan dan mengaplikasikan ilmu dalam Islam. Ini kerana,
kesyumulan sistem hidup Islam yang agung tidak mampu direalisasikan
oleh masyarakat berdasarkan sistem pendidikan Barat moden (sekular)
pada hari ini yang mengemukan ilmu secara terpisah-pisah
(departmentalised knowledge). Sebaliknya sistem pendidikan Islam perlu
dilentur di atas landasan tasawwur dan epistemologi Islam, ertinya ia
terbentuk dari dalam falsafah dan kerangka Islam sendiri berasaskan
sumber-sumbernya yang mutlak. Konsep ilmu Islam yang bersifat

bersepadu (integrated knowledge) bukan sahaja mampu melahirkan
manusia yang berilmu malah melahirkan juga manusia yang mengingati
tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah.

Pendahuluan
Sebagai khalifah Allah di muka bumi, manusia adalah makhluk dualistik yang memiliki
tanggungjawab besar untuk mengimbangi kehidupannya supaya ia tidak terjerumus ke
dalam asetisisme mutlak ataupun materialisme mutlak. Untuk itu, manusia memerlukan
agama yang bersifat dualistik untuk menunaikan tanggungjawab tersebut2. Sebagai
agama yang syumul, Islam telah mengemukakan pencapaian kesempurnaan manusia di
dunia tanpa menafikan keperluan jasmani, tidak menjanjikan rangkaian kelahiran yang
terus-menerus terhadap kemajuan yang lebih tinggi serta tidak bersetuju bahawa
1

Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2009), pada 23-24
Mac 2009, anjuran Kolej Teknologi Darul Naim, Kelantan.
2
Ali Shariati (1981), Man and Islam. Fatollah Marjani (translated from the Persian), Houston, Texas: Free
Islamic LIT., INC (FILINC), h. 9.


1

kesempurnaan dan perlindungan hanya dapat dicapai melalui pemusnahan hubungan
antara individu dan emosi dengan dunia3. Islam menjamin bahawa manusia dapat
mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupannya dengan menguruskan segala
kemungkinan yang ada4. Oleh itu, unsur fundamental yang berpautan dalam konsep
pendidikan Islam adalah menanamkan adab. Adab dalam pengertian yang luas meliputi
kehidupan spiritual dan material manusia untuk memperolehi kebaikan yang dicarinya5
sebagai hamba dan khalifah.

Asas Ilmu Pengetahuan Dalam Islam
Sejarah sumber ilmu menurut Islam adalah berdasarkan firman Allah SWT:
n?tã öNåkyÎz tä §NèO $ygˉ=ä. uä!$oÿô F{$# tPy #uä zNˉ=tæur
bÎ) ÏäIwàsˉ»yd Ïä!$yJó r'Î/ ÎTqä«Î6/Rr& tA$s)sù Ïps3Í´ˉ»n=yJø9$#
zNù=Ïæ w y7oY»ysö6ß (#qä9$s%
ÇÌÊÈ tûüÏ%Ï »|¹ öNçFZä.
ãLìÎ=yèø9$# |MRr& y7¨RÎ) ( !$oYtFôJˉ=tã $tB
wÎ) !$uZs9
ÞO Å3ptø:$#
Dan Dia telah mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)

seluruhnya; kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu
berfirman: "sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu
memang golongan yang benar". Mereka menjawab: "Maha suci Engkau,
tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana".
Surah al-Baqarah (2): 31-32

Menurut Ibn Kathir, Allah SWT menegaskan dan mengingatkan bahawa Nabi Adam a.s.
lebih mulia daripada malaikat berdasarkan ilmu yang baginda memiliki, tidak terdapat
seorangpun yang mampu mengetahui sesuatu ilmu kecuali dengan izin serta berdasarkan

3

Doktrin-doktrin tersebut merupakan seruan monastisisme dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha.
Sebaliknya Islam lebih realistik dengan menggalakkan aktiviti ekonomi untuk kebajikan manusia sejagat
tanpa mengabaikan keperluan akhirat, rujuk Surah al-Hadid (57):27.
4
Muhammad Asad (1982), Islam at the Crossroad, c. 14. (revised edition), Gibraltar:Dar al-Andalus, h.
19-21

5
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institute of
Islamic Thought and Cizilization, h, 150-151.

2

apa yang telah diajarkan-Nya6. Allah juga membezakan manusia daripada binatang dan
makhluk-makhluknya yang lain berdasarkan pemilikan ilmu pengetahuan7. Melalui idrak
iaitu sifat ingin tahu,8 manusia berkeupayaan menyedari dan berfikir terhadap sesuatu
yang berlaku di sekeliling melalui pencaindera untuk membolehkan mereka mendapat
nafkah hidup, bekerjasama mencapai suatu matlamat bersama saudaranya dan
mempelajari tentang Pencipta yang disembah, serta wahyu-wahyu yang diterima oleh
para rasul-Nya.

Kisah keintelektualan Nabi Adam tidak berakhir setakat itu sahaja, baginda telah
mewariskan ilmu-ilmu tersebut kepada anaknya Shith bin Adam yang dikenali sebagai
Uzia pertama di kalangan masyarakat Greek. Beliau dikatakan guru kepada Nabi Idris
a.s. atau lebih dikenali di Greek sebagai Hermes. Hermes pula dianggap sebagai bapa
keilmuan Greek. Nama sebenar nabi Idris menurut pencatat sejarah ialah Ukhnukh atau
Hunukh. Syeikh Nasr Muhammad dalam karya beliau Bustan al-’Arifin menyatakan

bahawa nama Idris dianugerahkan Allah kepadanya kerana baginda banyak mempelajari
(yadrus) kitab Allah. Hasilnya, baginda merupakan orang yang pertama menulis
mengunakan pen dan menjahit pakaian dari kapas9.
Begitu juga kisah kurniaan nikmat ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud a.s. dan Nabi
Sulaiman a. s. oleh Allah10. Allah SWT telah mengajar Nabi Daud a.s membaca kitab
suci Zabur dengan bacaan secara tartil serta kemahiran melembutkan besi bagi
membentuk apa sahaja alat yang dikehendakinya. Manakala Nabi Sulaiman a.s. bukan

6

‘Imaduddin Abi al-Fida’ Ismail bin Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. J. 1. Beirut: Dar Ihya’ alThuras al-‘Arabi, h. 115
7
Ibn Khaldun (t.t) Muqaddimah, Kaherah: Dar al-Sha’b, h. 390
8
Che Zarrina Sa’ari (2000), “Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun”, Jurnal Usuluddin, 12, Dis 2000,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, h. 81.
9
Mohd Radhi Ibrahim (2006), Akidah dan Pembangunan Tamadun. Negeri Sembilan: Penerbit Kolej
Universiti Islam Malaysia, h. 110-111 dan SH Nasr (1992), An Introduction to Islamic Cosmological
Doctrines, Boston, Shambala Publications, Inc. h. 113

10
Surah al-Naml (27): 15 ‫ ﺍﻟﺬﻯ ﻓﻀﻠﻨﺎ ﻋﻠﻰ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻦ ﻋﺒﺎﺩﻩ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ‬7 ‫ ﻭﻟﻘﺪ ءﺍﺗﻴﻨﺎ ﺩﺍﻭﺩ ﻭﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﻋﻠﻤﺎ ۖ ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﻤﺪ‬Maksudnya,
“dan Sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman;
dan mereka berdua bersyukur Dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah Yang Dengan limpah
kurniaNya memberi Kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya Yang beriman".

3

sahaja meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan ayahnya dengan cemerlang,
malah dikurniakan oleh Allah kelebihan bertutur dengan haiwan. Sebagaimana yang
sepatutnya mereka menisbahkan ilmu pengetahuan, hikmah kebijaksanaan serta
kekuasaan mereka kepada pemilik sebenarnya iaitu Allah. Kisah ini bermula dengan
isyarat firman Allah yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu
pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman” dan sebelum ayat ini berakhir diterangkan
bagaimana kedua-dua mereka mensyukuri nikmat tersebut dan menyatakan nilainya yang
amat besar.11.
Malah ayat pertama yang diturunkan kepada utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
juga berkaitan dengan ilmu yang berpaksikan tauhid. Firman Allah:
t,n=y{
ÇÊÈ t,n=y{ Ï%©!$# y7În/u ÉOó $$Î/ ù&t ø%$#

ÇÌÈ ãPt ø.F{$# y7 /u ur ù&t ø%$# ÇËÈ @,n=tã ô`ÏB z`»|¡SM}$#
óOs9 $tB z`»|¡SM}$# zOˉ=tæ ÇÍÈ ÉOn=s)ø9$$Î/ zOˉ=tæ Ï%©!$#
ÇÎÈ ÷Ls>÷èt
bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmulah
yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan
kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(surah al-’alaq (96): 1-5)

Istilah ‘bacalah’ adalah berkaitan langsung dengan cara mendapatkan ilmu iaitu merujuk
kepada tulisan, buku dan sebagainya. Namun pencarian sebarang ilmu perlu berpaksikan
atas nama ‘al-Khaliq’ yang menciptakan segala sesuatu baik yang sudah ketahui ataupun
belum kita ketahui.
Konsep Ilmu Bersepadu
Demi mencapai pengislahan yang bakal menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi,
dasar dan rancangan pengislahan negara mestilah sentiasa banyak melabur dalam bidang
pendidikan insan agar mereka menjadi beradab serta mampu berperanan lagi berjaya

11


Sayyid Qutb (1992), Fi Zilali al-Qur’an, j. 5. c. 17, Beirut: Dar al-Shuruq, h. 2632.

4

dalam masyarakat moden12. Apabila kita berbicara tentang ilmu, tidak dapat tidak kita
perlu berbicara tentang tujuan hidup kerana ilmu adalah untuk memelihara kehidupan
manusia. Oleh kerana kehidupan manusia sentiasa dikaitkan dengan elemen tauhid, maka
ilmu juga mestilah berpaksikan tauhid. Islam menekankan konsep kesepaduan ilmu
(integrated knowledge), menuntut penganutnya berfikir secara objektif dan membuat
kajian secara saintifik sebagai satu cara untuk mengenal Allah SWT sebagai pencipta
seluruh alam. Rahsia-rahsia yang terdapat dalam alam ini selain untuk manfaat untuk
kepentingan manusia, ia juga memberi tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah.
Secara akademiknya pembahagian ilmu kepada fardhu ’ain dan fardhu kifayah adalah
selari dengan tugas dualistik manusia. Ilmu-ilmu fardhu ain seperti akidah, syariah,
akhlak dan sebagainya adalah asas untuk melahirkan seorang hamba yang taat dan baik
kepada Allah manakala ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti sains, matematik, perubatan,
kejuruteraan dan sebagainya adalah bagi melengkapkan diri untuk memimpin dan
memakmurkan bumi Allah. Melalui sistem pendidikan yang bersepadu, kajian-kajian
ilmu fardhu kifayah yang dilakukan boleh menerapkan sifat melihat dengan mata hati,
berfikir secara mendalam dan kritis untuk melahirkan manusia yang beriman. Oleh itu,

ulama yang betul-betul alim dalam Islam juga merupakan seorang yang takut kepada
Allah13.

Tuntutan Menuntut Ilmu Dalam Islam
Islam bukanlah agama untuk orang yang jahil, kita harus sentiasa menyegarkan
pengetahuan kita tentang Islam dan tasawwur Islam tentang dunia disamping berwaspada
terhadap tafsiran-tafsiran palsu, sentiasa meningkatkan taraf pengetahuan tentang Islam
dan tasawwur Islam yang betul sehingga apa sahaja ilmu yang kita perolehi sentiasa
terletak pada keseimbangan yang tepat dengan pengetahuan tentang Islam dan tasawwur

12

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Pembangunan di Malaysia, ke Arah Satu Keahaman Baru Yang
Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, h. 91.
13
Surah al-Fatir (35):28 ‫ﻋﺎﺩﻩﻟﺍ ﻠﻌﻤﺆﺍ‬
‫ﷲﻣﻦﺒ‬
‫ﺸ‬
‫ﺍٍﻧﻤ ﺎﺨﻳﻰ‬

Maksudnya, “sebenarnya yang menaruh bimbang dan
takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang Yang berilmu”

5

Islam tentang ilmu tersebut, untuk memelihara suatu tatatertib pengetahuan yang benar
dalam diri kita14. Justeru, perintah menuntut ilmu pada dasarnya berkaitan dengan
peranan manusia di muka bumi kerana setiap usaha seseorang yang disertakan dengan
ilmu akan menggabungkan antara dua kebaikan15 iaitu di dunia dan di akhirat.

Hakikatnya, semakin bertambah banyak ilmu pengetahuan, semakin banyak kemusykilan
dan kejahilan manusia, dan setiap bab baru yang dicapai ilmu pengetahuan tentang
keajaiban alam raya terus bertambah membuka ruangan yang lebih luas untuk berbagaibagai macam pertanyaan yang bertambah rumit dan susah untuk dijawab. Kenyataan ini
membawa akal fikiran manusia untuk mengakui bahawa disebalik setiap alam yang dapat
diterokai akan diketahui oleh manusia terdapat alam-alam rahsia dan ghaib yang tidak
dapat di sentuh oleh manusia. Firman Allah:
ÇÑÎÈ Wx Î=s% wÎ) ÉOù=Ïèø9$# z`ÏiB OçF Ï?ré& !$tBur
”dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
surah al-Isra’ (17) : 85:


Keterbatasan keupayaan akal dan kebebasan manusia untuk menggunakannya
menyebabkan ia perlu diberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan supaya akal dapat
berfungsi dengan baik sejajar dengan tujuan asal ia diciptakan oleh Allah bagi
memudahkan manusia menguruskan urusan agama dan keduniaannya berasaskan asas
utama pemikiran epistemologi Islam yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-hadith
serta dijelaskan secara praktikal oleh para sahabat dan al-salaf al-salih16.

Al-Qur’an sebagai mukjizat agama yang terakhir tetap mempunyai kesanggupan untuk
memenuhi keinginan dan keperluan hidup manusia dengan sempurna untuk membawa

14

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 109-110.
Mustafa al-Shak’ah (1991), al-Aimmah al-Arba’ah, c.3. Kaherah: Dar al-Kitab al-Misri, h. 99.
16
Mohd Fauzi Hamat (2002), ”Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran
Epistemologi Islam: Satu perbincangan”,Jurnal Afkar, bil 15, Julai 2002, h, 36 dan Mohd Affandi Hassan
(1990), ”Pendekatan Tauhid Dalam Pengurusan”, dalam Shafie Hj. Mohd. Salleh et al. (eds.),
Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan Dalam Islam, Kuala Lumpur: Institut Pentadbiran awam
Negara, h. 45.
15

6

mereka ke alam yang lebih baik dan kepada nasib kesudahan hidup yang amat tinggi.
Generasi-generasi yang akan datang akan menemui rahsia-rahsia pengajaran yang lebih
banyak dari apa yang didapati oleh generasi sekarang kerana al-Qur’an memberi manfaat
kepada setiap generasi yang mencari rahsia-rahsianya mengikut kadar keperluan mereka.
Simpanan perbendaraan rahsia al-Qur’an akan kekal tidak habis-habis, malah ia sentiasa
membaharu mengikut keperluan semasa17. Justeru, manusia bebas bertingkahlaku dan
membuat pilihan berdasarkan ilmu, daya taakulan, iman atau idealisme yang diyakininya
dengan dibantu pertimbangan emosi dan motivasi selagi ia tidak terkeluar daripada
lingkungan nilai-nilai qat’i yang ditetapkan oleh Allah. Pematuhan dalam seluruh
dimensi kehidupan berdasarkan ketetapan Khaliq adalah wajib kerana keupayaan akal
dan anggota pancaindera sebagai sumber ilmu adalah terbatas. Oleh itu, ilmu wahyu
berfungsi sebagai ilmu utama dan ilmu penentu kepada ilmu akal dan pemikiran manusia
yang sentiasa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran semasa dan tempat

Tasawwur Islam Terhadap Pembentukan Modal Insan
Pandangan dunia atau worldview pada umumnya ialah persepsi, perspektif, tanggapan,
tasawwur atau sikap mental (mental atitude) terhadap segala sesuatu. Persepsi sesuatu
bangsa terhadap segala sesuatu atau alam semesta biasanya dicirikan oleh agama atau
budaya yang dianuti18. Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia
menentukan bagaimana seorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan
segala sesuatu dalam kehidupannya. Apabila seseorang itu bertukar agama, maka
perubahan paling mendasar yang dialaminya ialah perubahan worldview 19.
Tasawwur Islam20 dipancarkan melalui dua sumber utama yang tidak dapat dipisahkan
iaitu al-Qur’an dan hadith. Dari sudut ontologi, yakni martabat kewujudan kedua-dua
17

Sayyid Qutb, op. cit., j. 5, h. 2585
Siddiq Fadzil et al. (2005), Pengurusan Dalam Islam, Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, c. 1. Kuala
Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd, h. 73.
19
Ibid, h. 75.
20
Tasawwur Islam merupakan istilah Arab yang bersifat umum dan menyeluruh. Terdapat beberapa
terjemahan Melayu seperti pandangan sarwa, pandangan jagat, pandangan hidup, pandangan dunia dan
pandangan alam Islam. Namun berasaskan kepada kemiripan bunyi istilahnya, ia hanyalah tidak lebih
18

7

hakikat ini adalah terpisah, tetapi dari sudut ilmu pengetahuan, kedua-duanya tidak
dipisahkan. Keyakinan kita akan kewujudan kedua-duanya bergantung kepada keyakinan
mendalam kepada sejenis laporan insani yang tunggal, daripada khabar sadiq khususnya
daripada tradisi mutawatir21.

Kualiti modal insan bergantung kepada kekuatan ilmu dan kecanggihan ketrampilan yang
dimiliki oleh seseorang. Sebagai agama yang syumul, Islam telah menawarkan konsep
pembangunan secara bersepadu dan komprehensif kerana pendekatannya menepati fitrah
manusia22. Ini kerana, inti kemajuan Islam ialah kekuatan akidah dan akhlak, ilmu dan
adab membentuk watak ilmuan dan karyawan, pemimpin dan masyarakat yang peka
terhadap faktor duniawi dan ukhrawi, prihatin terhadap pengurusan sumber rahman dan
nikmat dari Allah, melakukan dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah
dan memdidik mereka membenci kepada kemungkaran, kefasadan dan kezaliman23.

Namun, pengenalan kebanyakan kaedah yang dikatakan Islam tidak mengambilkira akar
umbi dan kerangka kaedah tersebut seperti tawassur dan epistemologinya. Kesannya ia
dilaksanakan dalam kerangka teori pembangunan biasa dengan akarnya masih bertunjang
daripada sekadar memelayukan istilah Inggeris iaitu Islamic World View, di mana istilah ini juga adalah
padanan dan terjemahan daripada perkataan Jerman Islamic Welstanschauung. Semuanya kurang menepati
kehendak sebenar dari istilah asal. Tasawwur Islam sebenarnya amat terkait dengan persoalan realiti dan
haqiqah yakni kebenaran dalam erti yang setulen dan seluasnya. Realiti dalam konteks worldview Islam
adalah lebih luas dari cakupan istilah waqi’iyyah yang terbatas hanya pada fenomena peristiwa-peristiwa
faktual, tidak meliputi segala yang terkandung dalam istilah haqiqah itu. Tasawwur Islam merentas alam
fizikal, meliputi alam-alam dunia dan akhirat. Islam menolak secara keseluruhannya apa sahaja penerapan
elemen konsep sekular kerana semuanya bertentangan, kebanyakan mereka kalau tidak semua tidak pernah
mempraktikkan kehidupan beragama Kerana itu, elok dikekalkan istilah asal iaitu tasawwur Islam.
Kamaruddin Haji Salleh (1997), ”Tasawwur Islam: Salah Faham dan Kekaburan Barat”, al-Maw’izah, 5,
Jun 1997, h. 61-62, Haron Din (1992), Tasawwur Islam. Shah Alam: HIZBI, h. 2 dan Siddiq Fadzil et al.
(2005), op. cit., h. 73-75.
21
Wan Mohd Nor Wan Daud (2007), Masyarakat Islam Hadhari, Satu Tinjauan Epistemologi dan
Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.
116,
22
Surah al-Rum (30): 30 , ‫ﻖ‬
ۚ‫ﺨﷲ‬
‫ﺱﺎﻋﻴﻠ ﺎﻬ ۚﺗﻻ ﺒﺪﻞﻳ ﻟ ﻠ‬
‫ﷲ ﺍﻰﺘﻟﻄﻓ ﺮﺍﻨﻟ‬
‫ﻦﺣﻴﻨ ﺎﻔ ۚﻄﻓﺕﺮ‬
‫ﻚ ﻟﻠﺪﻳ‬
‫ﻓ ﺄﻗﻢﺟﻭ ﻬ‬
Maksudnya “Maka
hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, Iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan
bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu”.
23
Sidek Baba (2009), Acuan Minda. Shah Alam: Alaf 21 Sdn. Bhd. h. 76-78.

8

kuat kepada falsafah, tasawwur dan epistemologi lazim. Apa yang Islamnya hanyalah
justifikasi-justifikasi yang berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis untuk mengesahkan
bahawa ia tidak bertentangan dengan Islam. Kaedah berteraskan Islam perlu dilentur di
atas landasan tasawwur dan epistemologi Islam, ertinya ia terbentuk dari dalam falsafah
dan kerangka Islam sendiri. Berasaskan syariah dan melaluinya tasawwur, matlamat dan
strategi Islam disandarkan. Maqasid al-Shariah tidak mengutamakan konsep kebendaan
seumpama sistem sekular pada hari ini sebaliknya menekankan konsep kesejahteraan
hidup manusia (al-falah), kehidupan yang baik (hayat tayyibah), mementingkan
persaudaraan dan keadilan sosial-ekonomi serta memerlukan kepuasan yang seimbang
dalam dimensi kebendaan dan kerohanian. Justeru rangka kerjanya mencakupi skala
waktu yang panjang, waktu kehidupan di dunia dan di akhirat agar pada kedua-dua waktu
itu manusia mencapai kebahagiaan24. Firman Allah:
$uhtFt^ Î ur $u ÷R 9$# no4qu ysø9$# ß Ì ã tb%x. `tB
w $pk Ïù óOèdur $pk Ïù öNßgn=»yJôãr& öNÍkö s9Î) Åe$uqçR
Îû öNçlm; }§ø s9 tûïÏ%©!$# y7Í´ˉ»s9'ré&
ÇÊÎÈ tbqÝ¡y ö7ã
$pk Ïù (#qãèuZ|¹ $tB xÝÎ7ymur ( â $¨Y9$# wÎ) Íot ÅzFy$#
ÇÊÏÈ tbqè=yJ÷èt (#qçR$ 2 $¨B ×@ÏÜ»t/ur
Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan
dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran
tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka
di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.Merekalah
orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain
daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka
lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
Surah Hud (11):15-16.

Habuan dunia adalah sesuatu yang perlu kerana insan tidak boleh sampai ke akhirat,
melainkan melalui dunia. Jika dunia ini tidak dikuasai dengan sebaik-baiknya, tidak
diuruskan serta ditadbirkan menurut seperti yang Allah kehendaki, maka bagaimana
habuan akhirat boleh didapati. Tasawwur Islam memandu manusia supaya mengikut
landasan serta arah yang betul. Seluruh dimensi kehidupan manusia menjadi fokus di
24

Wan Mohd Nor Wan Daud (2007), op. cit., h. 116, Muhammad Syukri Salleh (2001), op. cit., h. 2-3, M.
Umer Chapra (1992), op. cit., h. 6 dan Muhammad Syukri Salleh (2001), Pembangunan Berteraskan Islam,
Bangi: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. h. 61.

9

mana unsur pembangunan moral dan sosioekonomi masyarakat adalah bersepadu dan
tidak boleh dipisahkan25.

Oleh kerana tasawwur Islam adalah bersifat ilmiah, pembentukan pembangunan modal
insan yang berteraskan tauhid, syariah dan akhlak Islam juga perlu difaham dan
diamalkan berdasarkan ilmu yang ditafsirkan dengan sepatutnya. Kerja keras sahaja
belum mencukupi jika kemampuan akal tidak dieksploitasi untuk bekerja lebih efisien
dan berkesan, malah berkemungkinan mereka kekal dalam kesusahan hidup26. Kenyataan
ini jelas apabila keterangan-keterangan mengenai hakikat pengetahuan dalam Islam jauh
lebih banyak daripada dalam agama, budaya, peradaban. Tidak diragukan lagi hal ini
disebabkan oleh kedudukan utama dan peranan tinggi yang diberikan oleh Allah SWT
kepada ilmu dalam kitab suci al-Qur’an27.

Pengulangan terminologi ”rizq’ dan pecahannya lebih dari seratus dua puluh kali di
dalam al-Qur’an dengan hampir keseluruhannya menyandarkan kepada Allah sebagai
”al-Razzaq28 menunjukkan bahawa manusia perlu sentiasa mengambil iktibar bahawa
perkara yang menjadi asas dalam kehidupan mereka mempunyai pertalian yang rapat
dengan Pencipta alam ini. Justeru, tuntutan menuntut ilmu bukan sekadar mekanisme
menguasai komoditi sosioekonomi malah memenuhi keperluan spiritual dan meraih
kebahagiaan serta memastikan mereka sentiasa berjaga-jaga terhadap perkara-perkara
yang akan melanggar sempadan syariah29.

25

Haron Din (1992), op. cit., h. 64-66 dan Khurshid Ahmad (1981), “Economic Development in an Islamic
Framework”, dalam Khurshid Ahmad (eds.) Studies in Islamic Economics, Leicester: The Islamic
Foundation, h. 178.
26
Nik Mohamed Affandi Bin Nik Yusoff (2001), Islam and Wealth, The Balanced Approach to Wealth
Creation, Accumulation and Distribution. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, h. 26, Mohd
Kamal Hasan (2001), “Worldview Orientation and Ethics: A Muslim Perspective”, dalam Khaliq Ahmad et
al. (eds.) Ethics in Business and Management, Islamic and Mainstream Approach. London: ASEAN
Academic Press, h. 64-65.
27
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h, 143.
28
Muhammad Fuad ’Abd al-Baqi (t.t.), al-Mu’jam al-Mufahras li al-Fazi al-Quran al-Karim, Indonesia:
Maktabah Dahlan, h. 394-397. Antaranya sila rujuk Surah Al-Nahl : 81, Al-Hud : 6, Al-’Ankabut : 60, AlMulk : 15, Taha : 53-54, Al-A’raf : 10.
29
Al-Ghazali (t.t), Ihya’ Ulum al-Din, j.1, h. 413.

10

Huraian-huraian di atas menjelaskan bahawa konsep ilmu dalam Islam adalah bersepadu
(integrated knowledge). Justeru seluruh perintah, arahan, undang-undang dan
peraturannya adalah beroperasi secara bersepadu30 dalam sesuatu masa31. Oleh kerana
asas bekerja dalam Islam ialah untuk mendapatkan kesejahteraan dan kebahagiaan di
dunia dan akhirat, maka pemisahan ilmu ekonomi daripada agama adalah tidak mungkin,
sama halnya ketidakmungkinan memisahkan manusia daripada rohnya. Ini kerana ilmu
ekonomi adalah sebahagian daripada keseluruhan ilmu agama. Budaya kerja Islam
sepatutnya dapat dizahir melalui tanggungjawab, hubungan kemanusiaan, motivasi,
keselamatan, disiplin dan ilmu secara bersepadu bersepadu dan menyeluruh32. Malangnya
ramai telah terlupa terhadap ilmu fardhu ain kerana terlalu terkejar-kejarkan ilmu fardhu
kifayah sehingga terperangkap dengan intelektual Barat yang mementingkan ilmu daruri
semata-mata dan menafikan kewujudan ilmu nazari kerana dianggap tidak saintifik, tidak
objektif dan mitos yang mengkhayalkan.

Realitinya, kehidupan kaum Muslimin sekarang kelihatan sangat ketinggalan dari
kemungkinan-kemungkinan ideal yang dikemukakan oleh agama Islam. Faktor utama
kemunduran sosial dan budaya kaum muslimin hari ini adalah akibat sikap mereka yang
beransur-ansur meninggalkan ajaran agama dan bergantung sepenuhnya kepada falsafah,
konsep dan model pembangunan Barat. Islam masih ada pada mereka, tetapi hanya
tinggal jasad tanpa jiwanya33. Sekular Barat mempunyai kekurangan yang besar kerana
menafikan adanya Allah SWT. Oleh itu, Barat sekular tidak berpegang kepada sebarang

30

Kesepaduan ilmu dalam Islam menyatukan pelbagai aspek kehidupan manusia. Falsafahnya
bertunjangkan konsep ilmu dan amal, intipatinya penggabungan dan kesepaduan ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah dan ilmu daruri dan ilmu nazari, manakala kaedahnya ialah penyaluran ilmu dari hati
kepada hati dan kemudiannya hatilah yang mendidik akal. Semua ini akan menbuahkan naijah yang juga
sepadu, yakni kesepaduan antara kebahagiaan akhirat dan kebahagiaan dunia. Perlaksanaan pendidikan
sepadu Islam begini tidaklah mudah dalam struktur sosioekonomi politik semasa kecuali dimulakan atas
satu tapak dan ruang yang baru yang sejak awalnya sudah berteraskan kepada falsafah, intipati dan kaedah
yang disebutkan. Lihat, Muhammad Syukri Saleh (2001), op. cit., h, 34.
31
Sayyid Qutb (1992), op. cit., j. 1, h. 317.
32
Mohd Kamal Hasan (2001), op. cit, h.60-65.
33
Muhammad Asad (1982), op. cit., h.10 dan Syed Omar Syed Agil (1994), ”Model Pembangunan Barat
Meragukan” dalam Syed Omar Syed Agil dan Salina Haji Zainol (peny), Islam dan Cabaran Era Baru
Kuala Lumpur: IKIM, h. 145-146.

11

nilai mutlak, malah semua nilai dianggap nisbi (relatif). Agama dianggap sebagai sebagai
budaya yang dicipta oleh manusia.

Abu Ali Hassan al-Nadwi menggariskan beberapa kelemahan yang dianggap sebagai
bahaya yang dihadapi oleh umat Islam dalam menghadapi cabaran, antaranya kehilangan
kesedaran diri, terpedaya dengan bentuk propaganda asing, tunduk kepada kekuasaan,
mudah dianayai, tidak pandai mempelajari daripada peristiwa yang berlaku dan tidak
belajar daripada peristiwa-peristiwa pahit34. Kemuncaknya, umat Islam tidak mampu
mengurus pemerintahan, ekonomi dan masyarakat mereka mengikut acuan agama dan
budaya sendiri.

Agama Sebagai Asas Pembangunan.
Ketika ini agama tidak lagi dilihat sebagai faktor penghambat, sebaliknya sebagai
pemacu kemajuan. Nilai-nilai agama sebagai kekuatan moral dan spiritual memang telah
terbukti memainkan peranan besar dalam memberikan landasan moral dan etika,
disamping sebagai motivasi membangun tamadun sesuatu bangsa. Antara yang paling
terkenal ialah teori Max Weber (1930)35 tentang Protestant Ethics yang merumuskan
bahawa semangat keusahawanan dan pembangunan kapitalisme Barat berpunca daripada
etika Protestan, beliau mengandaikan Protestantisme itu sendiri mencipta motivasi
keagamaan36 dan mencari keselamatan terutama melalui keterlibatan dalam pekerjaan

34

Abul Hasan an-Nadawy.1986. Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur. Johor Bharu: Thinkers Library Sdn.
Bhd, h. 284.
35
Mark Weber (2001), The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism, First Published in Routledge,
New York: Routledge. h. 18-20. Bagaimanapun McClelland (1987), berpendapat dalam teori Weber, bukan
Protestant yang membentuk kapitalis tetapi usahawan dan pekerja lebih bertenaga dan berkeusahawanan
daripada Roman Katholiks. Dia merasakan bahawa etika Protestant menaikkan dorongan mereka untuk
membuktikan bahawa melalui usaha sendiri mereka bukan dilaknat tetapi antara yang terpilih. Dengan
memecahkan penguasaan gereja, mereka menjadi lebih bebas, bertanggungjawab terhadap usaha sendiri
serta kurang bergantung kepada majlis gereja untuk untuk memohon ampun. Lihat David C. McClelland
(1987), Human Motivation, c. 1, New York : Cambridge University Press, h. 255.
36
Terdapat juga buku-buku yang secara langsung merujuk sumber-sumber agama, terutama kitab suci
untuk mencari kerelevanannya dengan bidang pengurusan seperti Richard Koch (1999), Moses on
leadership: or why everyone is a leader, Oxford: Capstone, Franz Metcalf and BJ Gallagher Hateley
(2001), What Would Buddha do at Work? 101 Answers to Workplace Dilemmas, Berkeley, Calif.:
Seastone, Charles C. Manz et. al (2001), The Wisdom of Solomon at Work: Ancient Virtues for Living and

12

duniawi seseorang. Sebagaimana sarjana Barat lain, Weber lebih cenderung
mengutarakan beberapa kebaikan khusus tradisi intelektual Barat dengan membezakan
peradaban mereka berbanding manusia lain keseluruhannya37.

Kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi di sebelah Timur, terutama Jepun turut menarik minat
para sarjana untuk mengaitkannya dengan elemen keagamaan dan kekuatan-kuatan
spiritual. Antaranya, Robert N. Bellah (1957), melalui bukunya “Tokugawa Religion”
telah mengandaikan kemajuan Jepun dipengaruhi etika Zen Buddhisme yang dipengaruhi
oleh Buddhisme, Shintoisme dan Konfusianisme, Winston Davis (1992), ”Japanese
Religion and Society, Paradigms of Structure and Change” mengaitkan hubungan antara
masyarakat, agama dengan proses pembangunan di Jepun dan negara Asia Timur lain,
serta Yamamoto Shichihei, ”The Spirit of Japanese Capitalism” yang telah
mengemukakan Zen Buddhisme sebagai faktor penting kebangkitan Jepun38. Sementara
itu Ezra S. Vogel (1991),’The Four Little Dragons: The Spread of Industrialization in
East Asia’ telah mengemukakan Konfusianisme sebagai tunjang kepada kepesatan
industri di Jepun yang kemudiannya diikuti oleh Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan
Singapura39. Cubaan untuk mengaitkan etika dan tanggungjawab Konfusianisme dengan
perniagaan juga telah dibincangkan secara meluas di Singapura, contohnya pada

Leading Today, San Francisco: Berrett-Koehler, dan Larry S. Julian (2002), God is My CEO: Following
God’s Principles in a Bottom-line World, Avon, Mass: Adams Media.
37
Chan Kwok Bun et al. (2007), Mengorak Langkah: Melahirkan Usahawan Cina, Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad, h. Ix.
38
Lihat, Robert N. Bellah (1957), Tokugawa Religion, The Values of Pre-Industrial Japan. Illiniois: The
Free Press, h. 107-110, Winston Davis (1992) ”Japanese Religion and Society, Paradigms of Structure and
Change”, Albany: State University of New York Pressh. 146-148, Yamamoto Shichihei (1992), The Spirit
of Japanese Capitalism, Lanham Md: Madison Books. Hujah penulis-penulis tersebut menunjukkan seolaholah tiada agama yang signifikan dengan pembangunan Jepun. Masyarakat Jepun telah meningkatkan
kehidupan spiritual mereka dengan pelbagai agama, kombinasi ketiga-tiga agama ini telah menyumbang
kepada pembentukan budaya dan pembangunan ekonomi Jepun. Lihat, Michio Morishima (1994), Why Has
Japan Succeeded? Western Technology and the Japanese Ethos, c. 8, Australia: Cambridge University
Press, h. 19.
39
Ezra F. Vogel (1991), The Four Little Dragons: The Spread of Industrialization in East Asia, h. London:
Harvard University Press, h. 83

13

International Conference on Southeast Asia Chinese: Culture, Economy and Society pada
Januari 199440.
Dalam perspektif Islam, konsep al-din sendiri adalah gambaran idea sebuah kerajaan,
suatu kosmopolitan yang menjadikan perniagaan dan perdagangan sebagai kegiatan
utama mereka. Dalam aktiviti yang mempunyai pelbagai implikasi ini, manusia adalah
subjek dan objek yang mempertaruhkan modalnya sendiri, manakala kerugian dan
keuntungan bergantung kepada tanggungjawab dan perlaksanaan kebebasannya41.
Kemungkinan mewujudkan tabiat manusia yang besesuaian dengan keperluan-keperluan
pembangunan ekonomi adalah lebih besar di dalam Islam berbanding dengan Barat
kerana Islam mengakui wujudnya keperluan hidup yang bersifat metafizikal dan fizikal,
mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi boleh membawa
keselamatan dan ketenangan kepada individu dan keutuhan negara serta pengisian nilainilai moral melalui elemen kesepaduan dalam proses pertumbuhan42. Namun, apabila
konsep agama sebagai al-din dilihat berdasarkan pandangan dunia Barat, ia hanya
berkaitan dalam aspek kerohanian dan amalan orang Islam selaku individu sahaja.
Peranannya dalam aspek kehidupan harian pada peringkat masyarakat, ummah dan
tamadun manusia semakin pudar dan lemah43. Oleh itu, Islam menolak secara
keseluruhannya apa sahaja penerapan elemen sekular kerana kalau tidak semua,
kebanyakan mereka tidak pernah mempraktikkan kehidupan beragama44.

Justeru, pembangunan ekonomi dalam dalam rangka kerja Islam menjadikan kehidupan
dan usaha insan mempunyai tujuan dan berorientasikan nilai yang berpaksikan kepada al40

Judith Nagata (2000), “Religious Correctness and the Place of Islam in Malaysia's Economic Policies”
dalam Timothy Brook et al. (eds.) Culture and Economy The Shaping of Capitalism in Eastern Asia. c. 4.
United States of America: The University of Michigan Press, h. 98-99.
41
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 66.
42
Muhammad Abdul Manan (1980), Islamic Economics: Theory and Practice (A comparative Study),
Delhi: Idarah-I Adabiyat-I Delli, h. 341-343.
43
Syed Abdul Hamid al-Junaid (1999), “Pengurusan Islam dan Cabaran: Etika Perniagaan dan
kepimpinan”, dalam Abd Jalil Borham (eds.) Sains Muamalah Islam di Malaysia. Skudai: Penerbit UTM,
h.71- 72
44
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 25-26.

14

Qur’an dan al-hadith sebagai sumber ilmu. Malangnya konsep pembangunan yang
semakin berakar dalam masyarakat hari ini kelihatan tidak bersepadu, mengutamakan
kebendaan dan bersifat anti-intelektual. Masyarakat Islam juga lebih mudah terpengaruh
kepada pelbagai teori dan model dari luar Islam sama ada daripada barat atau Timur
dalam mengatur kehidupan mereka di dunia

Kesimpulan
Mengamalkan sebahagian daripada sistem Islam tetapi meninggalkan sebahagian yang
lain merupakan satu sikap yang terkeluar daripada karekter agama Islam yang tidak
membenarkan berlakunya sebarang pembahagian dalam ajarannya45. Oleh itu, Islam
hanya mengikhtiraf dua kelompok masyarakat sahaja iaitu masyarakat Islam dan
masyarakat jahiliah. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan
Islam, akidah, ibadat, undang-undang dan moral berteraskan cara hidup Islam. Manakala
masyarakat jahililah bukanlah suatu zaman yang telah berlalu di dalam sejarah manusia,
malah jahiliyah adalah suatu cara hidup, di mana manusia memperhambakan manusia,
segala sistem hidup diperolehi daripada manusia yang sama seperti mereka sama ada
kefahaman-kefahaman,

dasar-dasar,

neraca-neraca

ukuran,

nilai-nilai,

peraturan-

peraturan, undang-undang, kedudukan-kedudukan dan tradisi-tradisi. Pendekatan Islam
juga jelas menolak perbuatan suka meniru-niru. Meskipun meminjam beberapa budaya
asing yang baik merupakan gejala yang sihat, namun pergantungan secara mutlak
terhadap budaya asing merupakan tanda kehancuran sesuatu bangsa. Model
pembangunan kapitalis dan sosialis Barat tidak sesuai dengan sistem nilai Islam kerana ia
bersifat eksploitif, tidak adil serta gagal untuk melayan manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah di muka bumi.

45

Yusuf al-Qaradawi (2003), Mushkilah al-Faqr wa Kaifa ’Alijaha al-Islam, c. 7. Kaherah: Maktabah
Wahbah, h. 135.

15