Antara TNB dan Lilin doc

Antara TNB dan Lilin
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4
bulan. pada suatu malam si isteri memeluk
leher suami dengan nada manja seraya
berkata, "ayang, period i dah lewat sebulan,
tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor." Si suami yang
teramat gembira tu pun berpakat dengan
isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa
pun tentang perkhabaran gumbira ini
sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh
pegawai dari TNB kerana terdapat
tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik
rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata
"ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni
isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu
pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat,
saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss
saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri
itu pun membalas balik cakap pegawai TNB

tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu
yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB
tu pun dengan selamba menjawab "ala puan,
ni kan zaman IT, semua tu ada dalam
komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya
lewat sebulan pun awak semua boleh
tahuuu???" Pegawai TNB tu pun
mententeramkan keadaan Relek puan, puan
ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk,
lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat
beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami
saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari
situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di
beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang
dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB
yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan

pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia
pun memekik seraya berkata "Apa kau

orang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh-heboh ke dalam internet. awak ni
semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa kau orang
buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si
Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa
susah, kalau cik nak settlekan perkara ni,
bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Mahpus naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh
lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap
"kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........." Si Mahpus mencelah "apa???
potong??? habis tu isteri saya di rumah nak
pakai apaaaaaa???" Pegawai TNB tu pun

cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK
KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA...."
Moral of the story : Don't Jump into
conclusion !!