Pengajaran dan Pembelajaran dan Menggunakan

Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan
Multimedia

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
PERKARA

UPM

MUKA SURAT

PENGENALAN……………………………………………………………………. 3

CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN MULTIMEDIA……………………………………………... 4

OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN MULTIMEDIA…………………………………………….. 5

RASIONAL PEMILIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MENGGUNAKAN MULTIMEDIA……………………………………………. 5

SASARAN………………………………………………………………………… 5

KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID…….. 6

KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU……….. 7

KELEMAHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA………………………….. 7

RUMUSAN……………………………………………………………………… 8

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM

KERTAS KERJA PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA
PENGENALAN

Dewasa ini, teknologi multimedia memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan
sesuatu maklumat. Teknologi multimedia adalah satu cara komunikasi yang bukan sahaja dapat
menjadikan sesuatu persembahan lebih menarik tetapi ia juga dapat meninggalkan kesan yang
lebih mendalam kepada pengguna. Penggunaakan dapat mengingati dengan lebih baik lagi
sekiranya mereka mendengar, melihat dan berinteraksi dengan apa yang disampaikan kepada
mereka.
Aplikasi yang berasaskan multimedia sesuai dilaksanakan dalam pelbagai bidang termasuk
bidang pendidikan, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Multimedia juga adalah sebahagian
daripada teknologi maklumat dan komunikasi yang meningkatkan kualiti hubungan dalam
kehidupan manusia. Interaktif melalui multimedia ini telah memainkan peranan yang penting
dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan
bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan computer dalam mempersembahkan maklumat dan
menyokong penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berdedikasi haruslah
mempunyai kreativiti untuk mencari kaedah pengajaran yang efisien supaya dapat
memotivasikan murid-murid agar berminat dengan matapelajaran yang diajar supaya
peningkatan penguasaan kemahiran dapat dijana dengan baik.
Menurut

Norasiah binti Abdullah et al.(2009:292) mengikut definisi yang lebih spesifik,


multimedia merupakan penyebaran maklumat yang menggabungkan dua atau lebih elemen
seperti teks, grafik, audio, video, animasi interaktiviti dengan integrasi dan alatan yang
membenarkan pengguna untuk berkomunikasi, melakukan navigasi, mencipta dan berinteraksi.
Empat komponen utama dalam definisi ialah:
 Kawalan komputer
 integrasi
 navigasi/arah pergerakan
 interaksi dan komunikasi

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM

Menurut Hofstetetter (1995), multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi
dan video yang menggunakan computer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan
pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
Menurut Phelps (1995), multimedia adalah kombinasi teks, video, suara dan animasi dalam

sesebuah perisian komputer yang interaktif.
Multimedia termasuklah peralatan komputer, pengimbas program (hypermedia authoring),
digitizer audio dan video, pemain CD-ROM, alat jalurkod (barcode) dan perisian mengesan
(probeware).Bagi komponen multimedia yang lebih besar, ia boleh membekalkan kepada guru
dengan sebuah ‘kotak peralatan’ (toolbox). Pelbagai teknologi boleh digabungkan untuk
mencipta pelbagai bahan pengajaran multimedia yang interaktif yang menarik dan luar biasa.
(Jamaludin Badusah, 2000).

CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA
 Membuat pengajaran tersusun
 Memperkayakan pengalaman
 Memberi maklumat
 Pengajaran lebih bersifat individu
 Pembelajaran menjadi lebih dekat
 Pendidikan boleh disebarkan
 Pembelajaran lebih menarik

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH


UPM

OBJEKTIF PEMILIHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA
Objektif pemilihan pengajaran berbantukan multimedia ialah:
i.
ii.
iii.

Bahan bantu belajar yang menarik minat murid
Mudah untuk disediakan.
Banyak bahan untuk digunakan.

RASIONAL
Kaedah ini dipilih adalah kerana multimedia adalah salah satu kompenen yang penting pada
maasa kini. Penggunaan alat berteknologi seperti komputer, cakera padat interaktif dan bahan
bantu belajar yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang
produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar
dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat
meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan

sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada
pengatasian had masa dan ruang.

SASARAN
Sasaran bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia yang dirancang ialah murid
tahun 4 Bestari seramai 35 orang murid.

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM

KEBAIKAN MENGGUNAKAN MULTIMEDIA KEPADA MURID
Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di
samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi
multimedia sebagai bahan bantu mengajar.

Dengan secara tidak langsung, ianya dapat


meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek,
rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan
bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran
seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu
pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu
multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran
mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah, 1987).

Secara tidak langsung ianya akan

meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Selain daripada itu, penggunaan animasi, visual dan bunyi akan dapat menarik minat murid
untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini secara tidak langsung
akan dapat membantu murid untuk mengingati apa yang dipelajari pada hari tersebut.
Kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995), Winnans dan
Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold (1993), menerangkan
bahawa kecanggihan komputer perlu dilengkapkan dengan pelbagai perisian yang berguna
seperti “hardware” dan “software” yang dapat membantu guru meningkatkan kecekapan
mereka dalam memaksimumkan proses memanipulasikan keupayaan komputer. Hal ini adalah

untuk meningkatkan keyakinan serta memudahkan para guru untuk mencurahkan pengalaman
mereka dan seterusnya membantu para pelajar untuk bersedia menggunakan komputer dan
menerima proses pengajaran berlandaskan kepada bahan bantu belajar yang telah disediakan.

EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM

KELEBIHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA KEPADA GURU
Selain mempunyai kebaikan kepada murid, penggunaan multimedia juga mempunyai kebaikan
kepada guru. Dengan menggunakan multimedia adalah mudah untuk guru membuat
pengulangan.

Guru boleh menggulang bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan.

Malahan dengan menggunakan bahan multimedia ini, guru bebas bergerak kemana-mana
bahagian yang diperlukan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pedretti (1999) telah menunjukkan bahawa guru yang bijak

mengaplikasikan komputer dan bahan bantu belajar yang lain mampu membuat pelbagai
pembaharuan dalam menjalankan tugasnya sebagai perantara keilmuan kepada sasarannya.
Seterusnya seorang lagi pengkaji yang bernama Cox (1999), telah menyatakan bahawa guru-guru
yang sering menggunakan komputer dan bahan bantu belajar yang lain dalam melaksanakan
tanggungjawabnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT dan lain-lain
bahan bantu belajar seperti projektor, LCT CD dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka
percaya bahawa penggunaan alat berteknologi seperti ini dapat meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan lebih seronok.

KELEMAHAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA
Secara keseluruhannya, di samping kebaikan penggunaan multimedia kepada murid dan guru,
juga terdapat kelemahan dalam penggunaan multimedia. Antara kelemahan penggunaan
multimedia ialah seperti memerlukan masa yang lebih panjang berbanding dengan menggunakan
bahan-bantu yang lain. Ini adalah kerana guru terpaksa meluangkan masa dalam mempersiapkan
bahan-bahan tersebut sebelum digunakan kepada pelajar.Kelemahan yang kedua ialah
memerlukan guru yang mahir dalam mengendalikan bahan multimedia tersebut. Bagi guru yang
kurang mahir, mereka akan menghadapi masalah untuk menggunakan bahan multimedia sebagai
bahan bantu belajar mereka. Kelemahan yang ketiga ialah kebanyakkan bahan multimedia ini
memerlukan sumber elektrik. Oleh yang demikian masalah akan berlaku sekirannya sumber
elektrik tidak ada.


EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM

RUMUSAN
Daripada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pengkaji akademik jelas menunjukkan
bahawa penggunaan komputer dan bahan bantu belajar multimedia seperti cakera padat interaktif
pendidikan banyak memberikan manfaat dan kepentingan yang tidak hanya kepada pelajar
secara keseluruhannya, malah turut memberikan manfaat kepada guru khususnya dalam aspek
peningkatan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan komputer.
Oleh itu di sini dapat dirumuskan bahawa bahan bantu multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah merupakan salah satu bahan bantu belajar yang sangat membantu dalam
memberikan kefahaman kepada murid tentang sesuatu topik yang ingin diajar kepada murid.
Oleh itu, guru seharusnya lebih bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
mereka agar dapat membantu murid dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.


EED3218
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

UPM