KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN
1.3

Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat
Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam perpustakaan
atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan, konferen, media,
laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya. Dengan itu anda
hendaklah menggunakan perpustakaan dengan efektif dan efisien agar semua sumber
ini dapat diterokai dan dimanfaatkan dengan maksimum.
a)

Definisi Sains Perpustakaan.

Sains perpustakaan satu bidang kajian yang saintifik untuk mengelola, mengurus
dan mengatur semua bahan buku dan bukan buku di pusat sumber dan perpustakaan
secara bersistematik. Dengan ini dapat memudahkan pengguna untuk mengenal
bahan-bahan yang berbagai jenis, membuat kajian dan mempelajari berbagai bidang
ilmu di perpustakaan.
b)

Definisi Maklumat


“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang
difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut
gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai
kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan
prestasi.”
(Raymond McLeod JR)
“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam
proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari
sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia
membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan
dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.”
(Raymond McLeod JR)
1.3.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat
1.3.1.1 Sumber Primer
Sumber primer adalah hasil kerja asal, sama ada diterbitkan atau tidak, yang
memberikan pengetahuan baru atau kemajuan kepada pengetahuan yang sedia ada
mengenai sesuatu perkara. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder atau tertiar.
1.3.1.2 Ciri-ciri sumber primer:
i.


Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.

ii.

Melapurkan penyelidikan yang asli.

iii.

Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang
baru.

iv.

Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan
sempurna atau berada di merata tempat.

v.

Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.


Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Terbitan berkala / terbiatan bersiri, Jurnal.
Lapuran penyelidikan.
Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi.
Paten.
Piawaian.
Disertasi / tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku).
Prosiding, konferens.

Sumber-sumber yang tidak diterbitkan termasuklah:i.
ii.

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, symposium, bengkel, kolokium,
perbincangan, kongres dll).
Fail syarikat.
Fail peribadi.
Surat menyurat
Diari, memo
Buku nota / makmal.
Temuramah.
Rakaman audio.

Lukisan.
Pemerhatian.
Lapuran penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya.
Latihan ilmiah / tesis / disertasi.

Nota:
i.

Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal (first hand information) yang
dihasilkan penulis atau penyeldidik, ia merupakan maklumat yang sangat baik dan
berwibawa.

ii.

Gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai
bacaan atau rujukan, terutamanya jika ia merupakan suatu rujukan yang perlu serta
penting berikan sebagai petikan (citation).

iii.


Sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana ianya sukar dikesan atau factor
kesuntukan masa bagi pihak pencari maklumat atau pembaca.

1.3.1.3 Sumber Sekunder.
Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan abstrak atau indeks.
Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau abstrak yang diterbitkan.

1.3.1.4 Ciri-ciri Sumber Sekunder.
i.

Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

ii.

Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.

iii.

Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya atau
penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.


1.

Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah
berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat sebelah
atau condong ke arah tertentu (bias).

1.3.1.5 Contoh sumber-sumber sekunder ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.


Terbiatan berkala / terbiatan bersiri /jurnal (yang memberi laporan tetnang
perkembangan sumber primer).
Perkhidmatan indeks dan abstraks.
Ulasan (reviews)
Buku teks / monograf.
Bahan-bahan rujukan atas.
Ensiklopedia
Kamus / glosari / istilah.
Buku panduan (handbook).
Jadual.
Formula.
Pangkalan data.



Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak.

1.3.1.6 Sumber Tertiar.
Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari
sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data,

ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan banyak sumber
dari kategori ini.
a)

Ciri-ciri Sumber Tertiar.

Sumber tertiary dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.
Contoh-contoh sumber tertiari ialah:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Buku tahunan.
Bibliografi kepada bibliografi.
Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures).
Panduan kepada perpustakaan.

Panduan kepada sumber maklumat.
Panduan kepada organisasi.

Latihan
Anda dikehendaki membaca satu kajian ilmiah. Daripada pembacaan
anda kategorikan sumber-sumber yang anda dapati daripada kajian
tersebut kepada 3 jenis sumber di dalam jadual di bawah.

1.3.2
a.

Jenis-jenis Pencarian
Pencarian Boolean Logic

Using Boolean terms to refine your search

George Boole, an English Mathematician has produce algebra of logic
Booleans are simple terms that can be added to your search words to make the results more flexible or specific.
Using boolean terms in your search will also greatly increase the accuracy of your queries, providing you with the
best job matches. Familiarizing yourself with the logic of these boolean searches will help you get better results.


i.

Boolean Term: AND
The boolean expression AND narrows your
search. This is the default when you search for
more than one word. A search for technical writer
is the same as a search for technical AND writer.
When you search for technical writer or technical
AND writer you are saying find the word
technical in the same document as the word
writer. The search engine discards all results
except those that have both terms. If just one word
appears, it will not be displayed.

ii.

Boolean Term: OR
Booleans are a bit easier to understand when you
know about both OR and AND. The boolean
expression OR broadens your search. A search for
manager OR supervisor requires that a document
have either of these terms. This is useful where

two different words have similar meanings and
are used interchangeably. If just one word appears
in a document, it will be displayed.

iii.

Boolean Term: NOT
The expression NOT works very much as you
would expect it to. The word following NOT must
not appear in a document for the search engine to
return it. If you were to search for research NOT
sales, you would receive results that mention
research without the word sales in them.

iv.

Boolean Term: ( ) (parentheses)
Terms can be grouped together with parentheses.
This is useful when you become proficient in
boolean searches and would like to ensure the
results of multiple boolean terms are correct. A
search for project AND (manager OR supervisor)
will return any document mentioning project
manager or project supervisor. Searching for
(project AND manager) OR supervisor will bring
results with project manager or the term
supervisor alone.

v.

Quotation Marks: " "
Enclose specific phrases in quotation marks. This will direct the search engine to search the database for
documents containing that exact phrase. A search for analytical chemist (without quotes) will return any
document containing analytical and chemist with anything in between. If you place quotes around the

phrase, searching for "analytical chemist", Medzilla will only return documents with the terms right next to
each other.
Boolean Term: * (the asterisk wildcard)
As the name implies, * can be substituted for any amount of letters. This is particularly useful to include all
words with a certain term and any suffix after it. Simply apply the asterisk to the end of a term and it will
return all documents containing that term, followed by anything. For example: biostatistic* will find
biostatistician or biostatistics or biostatistical

vi.

Anda boleh melayari laman web: http://www.psz.utm.my/kwjudul.htm

b.

Pencarian Truncation (Truncation Search)
Truncation search enables to retrieve in one search all terms beginning with the
same character string. For example, truncating a search term allows you to retrieve
singular or plural forms of a word and different spellings of a word or name. There is
no truncation symbol in the system.

I. To perform truncation search,
i.
ii.

Click on “Search Type” to select the field to conduct a truncation search among
title, author, publisher, subject and all.
In “Search Term” type any keyword.
Example: Search

i.

In the preceding example, you retrieve all records that contains words beginning with the
character string s-e-a-r-c-h. For example, you retrieve records containg the words
search, searches, searching, searcher, and searchers.

1) Set Sear ch Limits
i.
ii.

You may limit your search result by several qualifiers. Searches can be narrowed, for
example, to an individual library by selecting a library from the available selections under
options.
In order to restrict a search, specify “Search Limits” before you search by type of
material or medium and date (publication year).

2) Set Display Format
Before conduct a search, display format may be defined.
i.
ii.
iii.

Click the “Max. No. Items/Page” to select the number of records to display per page.
Click the “Max. No. of Result Items” to select the number of records to retrieve.
Click the “Search” button to begin.

I. Start Over
i.

Click the “Reset” button to clear the search and start over.

Anda boleh melayari laman web: http://ikubib.unesco

c.

Pencarian dalam Pencarian (Search within search )
Want to add value to your current search? Allow your users to search from within
search results. As databases grow the necessity for the user to continually narrow a
search to the item that they truly want will grow also.
The following example utilizes our db on Perlis State capitals.. Upon the first search two
radio buttons will appear indicating a search (default) or a search within the current
results.
Searching within the current results will take the first search and add it to the new search
and so on. Note the db only has 50 observations in it. For best results search on a
letter and search for another letter within those results.

Anda boleh melayari laman web:
http://www.codeave.com

1.3.3

Sumber-sumber Maklumat
a. Katalog
i.

Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat
sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat
sumber.

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

b.

Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari
bahan/maklumat.
Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible
indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC).
Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad
perkara.
Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog
yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat.
Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang
menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan
para pengguna membuat rujukan.

Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan
keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau
dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan,
sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat,
imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.
Contoh-contoh Kamus
Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab
dan sebagainya.

c.

Ensiklopedia

Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu
pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai
definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.
Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikeel penyelidikan,
bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir,
tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa.
Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan
lanjut.
Contoh-contoh Ensiklopedia
Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of
Psychology.

d.

Kamus Biografi

Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama
keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai
tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang,
kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan.
Jenis-jenis kamus Biografi:
Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion)
Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion)
Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal
atau kebangsaan)

e.

Almanak/ Buku Tahunan

Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara,
tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun
sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan
perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan
aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran
(trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana
memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan
nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup
ringkas.
Contoh-contoh almanak/ Buku Tahunan
Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts,
Malaysia Yearbook.

f.

Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik,
mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi
(afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain
data mengenai organisasi.
Contoh-contoh Direktori
The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon,
Directory of Special Libraries and Information Centres.

g.

Gazetir

Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang
sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempattempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat

semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu.
Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks
tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat.

Contoh Gazetir
Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.
h.

Bibliografi
Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan,
diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis.
Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka
masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang
pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi
Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara
atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan
membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.

i.

Indeks
Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati.
Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari.
Indeks untuk bahan berkala
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

j.

Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)
Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala
tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.
Indeks surat khabar
Indeks Serials
Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lainlain.
Indeks online: CD ROM

Buku Laporan Tahunan
Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan
industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti
yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan
sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk
memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan
perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan.
Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah:
Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia

Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia
k.

Buku Panduan/Direktori
Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan
maklumat tentang orang ramai, tmpat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi,
alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan
urutan abjad atau kelas.

l.

Peta/Atlas
Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah
dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam
bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbolsimbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai,
jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta
yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapati dalam ensklopedia, laporan,
buku panduan dan sebaginya.

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN
1.8

Pusat Sumber dan Agensi-Agensi Maklumat
Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu



Sumber manusia
Sumber bukan manusia
Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia

Sumber Manusia

Bahan Cetak
Guru-guru

Bahan Audio

Rakan Sebaya

Bahan Tayang
Pelajar

Bahan Bukan Tayang

Pakar-pakar dalam bidang
tertentu

Sistem Video

Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan
pengurusan dan penggunaan

PUSAT SUMBER

Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi
menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan mengikut
garis panduan yang telah dirangka berdasarkan kehendak
negara. Dasar negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan
maklumat (DNPPM) telah diluluskan oleh kerajaan pada
bulan Jun 1989. Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak
Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai
penyelaras.
Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti pusat
sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat sumber
pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu fungsinya
tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan akademik memberi
perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para siswa dan penyelidik di
institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula memberi perkhidmatan kepada
parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara perpustakaan awam menyediakan
perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.
a.

Pusat sumber sekolah

Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan
pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Objektif Pusat Sumber Sekolah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
b.

Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta
sahsiah.
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks
dan kaedah tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian
dan penggunaaan makljmat secara sistematis.
Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang
berbeza di kalangan pelajar-pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional
guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan

dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara.
Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk guru-guru
dan masyarakat setempat.
Objektif Pusat Kegiatan Guru.
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesionalk pendidikan khususnya dalam
kenopen ke sekolah-sekolah.
3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah
(PSS).
4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk
sekolah-sekolah.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk
guru-guru dan masyarakat setempat.
c.

Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk
mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru.
Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana guru-guru
dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber kesemuanya samasama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan dan bukan kebendaan)
mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam
perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi kecekapan ikhtisas guru-guru
bagi memenuhi keperluan pendidikan myang semakin bertambah (BPPP, 1980).
Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan sebuah
organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada guru. Di
mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan diberi
kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti menjalankan
kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980).
Guru-guru dengan daya usaha dan inisiatif sendiri serta secara sukarela merancang
aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran dengan bantuan pakar-pakar
kurikulum dan reka bentuk dan pengembangan pengajaran dari PSPN. Dalam
mempertahankan konsep sebuah organisasi guru, amalan birokrasi yang ketat hendaklah
dikurangkan ke tahap yang paling minimum. PSPN tidak seharusnya dijadikan satu lagi cabang
birokrasi kerana konsep penubuhannya berasaskan kepada prinsip, “ Saya dating ke PSPN
adalah di atas pilihan saya sendiri” (Wan Zahid, 1979).
Sebagai pusat sumber, PSPN dapat menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan
media untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri
i.

Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah.
Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi,
projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan
teknologi maklumat di sekolah.
Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program
kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.
Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap
produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk
proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.

ii.
iii.
iv.

v.

d.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama Bahagian
Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio pendidikan,
perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolahsekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar nama
kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi
perkhidmatan pusat sumber.
Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila
Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di Sabah
dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini diikuti
dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000.
Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar
dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga
perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP
diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan
i.
ii.
iii.

Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi pendidikan
di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.
Memberi khidmat bantuan yang boileh mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar.
Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif
melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan.

iv.
v.
vi.

Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam
system pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi.
Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi
pendidikan secara berkesan.
Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang
pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa.

e.

Jenis-jenis Perpustakaan

i.

Perpustakaan Akademik
Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar
membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di
negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti
perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.
Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab
perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej
swasta
Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan
bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan
elektronik.

Objektif Perpustakaan Akademik


Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan
pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan




Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat
Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat

ii.

Perpustakaan Khas
Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang
menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai
koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk.
Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat
rujukan

Objektif Perpustakaan Khas


Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus
Perkhidmatan Guna sama.






iii.

Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama.
Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan
dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.
Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna
sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan
separa professional
Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat
perundingan.
Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta
memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

Perpustakaan Awam
Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua
masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca
dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian
komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan
ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan
rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa
diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat
perkhidmatan terbaik.

Objektif Perpustakaan Awam.
Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah:



iv.

Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya
menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.
Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen.
Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.
Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu dalam
memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang alaf baru.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk
menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di
seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan
perkhidmatan maklumat yang berkesan.
Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987
Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: “menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem
perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi
mengadakannya.” Dan peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: “menggalakkan
penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai
kebangsaan bagi mengadakannya.

Objektif Perpustakaan Negara Malaysia




Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi
sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;
Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang
terdapat di dalam dan di luar negeri; dan
Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Latihan
Sekarang anda layari internet dan dapatkan maklumat-maklumat
tentang perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan yang
dinyatakan dalam modul ini.