Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Isu
dan Cabaran
Pendidikan
Semasa

Pengenalan
• Sistem Pendidikan bukan sahaja sebagai wadah bagi
menyampaikan ideologi kebangsaan tetapi juga untuk
pembangunan modal insan agar anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran yang tinggi bagi
penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.
• Namun demikian, sejak dari mula, isu yang sering menjadi
tumpuan perbincangan umum adalah, pengisian kurikulum,
kebajikan guru, disiplin murid, aktiviti kokurikulum, kualiti
pendidikan, objektif, misi dan visi penddikan.
• Justeru, salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh negara
kita adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
2

Konsep Isu & Cabaran
Semasa

• Isu merujuk kepada perkara pokok atau
persoalan yang dibincangkan.
• Cabaran pula bermaksud sesuatu unsur atau
faktor yang menguji kemampuan dan
ketabahan sesuatu organisasi (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2010).
• pernyataan ini bermaksud terdapat perkara
atau unsur yang mencabar kemampuan
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) amnya
dan guru khususnya dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing.
3


Konsep
Isuusaha
& Cabaran
• Sejajar dengan
untuk membangunkan
potensi individu melalui pendidikan berkualiti,

Semasa
KPM telah menyediakan pelbagaiprogram:serta
samb

agenda . Antara lainnya:
– Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan(PIPP) 2006 – 2010
– pengubalan sistem pendidikan yang
berkualiti
– konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
– penubuhan Sekolah Wawasan
4

Integrasi Nasional
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Integrasi
Nasional bermaksud satu proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui
pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama.
• Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan ( 2010),

mentakrifkan integrasi sebagai satu proses sosiobudaya
dan sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan
yang diterima oleh semua rakyat walaupun mereka
berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa, agama dan
budaya.
5

samb…

Integrasi Nasional

• Lantaran peristiwa berdarah 13 Mei 1969, pemimpin
negara tersedar dan berusaha mengatasi sosiopolitik
dan sosioekonomi supaya dapat membina perpaduan
negara.
• Para pemimpin negara percaya bahawa aspek
sosiobudaya dan Bahasa Kebangsaan merupakan
elemen yang paling penting dalam mewujudkan
keberkesanan proses integrasi nasional.
6


Langkah Menangani Isu Integrasi
Nasional
•Antara langkah-langkah yang telah diambil
bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan dalam memupuk integrasi
nasional adalah melalui:
(i) Bahasa
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara; bahasa rasmi dan
bahasa pengantar di sekolah dan institusi
pengajian tinggi.

7

samb…

Langkah Menangani Isu Integrasi Nasional

(ii) Kurikulum

 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).


sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,
pakaian seragam, sistem latihan guru dan
bahasa penghantar yang sama di semua
sekolah di Malaysia.

8

samb…

Langkah Menangani Isu Integrasi Nasional
•Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan
Pendidikan
Moral
diperkenalkan

untuk
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
bersopan santun dan saling menghormati sesama
manusia.
•Selain itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah
yang terkandung dalam KBSM dan mata
pelajaran Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR
secara tidak langsung dapat mengukuhkan
semangat patriotisme dan cintakan negara dalam
kalangan kanak-kanak
9

samb…

Langkah Menangani Isu Integrasi Nasional
•Aktiviti budaya sekolah yang merangkumi
aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan,
lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama
dalam perhimpunan sekolah, membaca ikrar
dalam upacara rasmi seperti hari sukan,

mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap
pagi hari persekolahan dan melaksanakan
program Minggu Bahasa Melayu peringkat
sekolah.

10

samb…

Langkah Menangani Isu Integrasi Nasional
(iii) Ko-Kurikulum
• Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu murid
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah.
(iv) Sukan
• sukan sekolah juga menjadi salah satu alat
perpaduan di peringkat sekolah yang boleh
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan diantara murid-murid sekolah.


11

Sekolah Wawasan
• Sekolah Wawasan wujud kerana sedar akan masih
wujudnya sekolah yang bersifat perkauman dan
penubuhannya diharap akan mampu menjadi pemangkin
dalam merealisasikan Wawasan 2020.
• Bermatlamat memupuk sifat toleransi, persefahaman yang
tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara
semua murid melalui perkongsian kemudahan sekolah.
• pertemuan pelbagai ras dan agama, satu wadah
pendidikan dalam satu kawasan yang sama, akan
mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
12

Konsep 1 Malaysia
• Gagasan 1 Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan, berhasrat untuk membina negara bangsa.
• lapan nilai yang diterapkan dalam konsep ‘1 Malaysia’ iaitu

budaya
kecemerlangan,
ketabahan,
rendah
hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi. pendidikan dan integriti.
• Konsep
1
Malaysia
membawa
aspirasi
untuk
memperkukuhkan hubungan kaum agar rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara.
13

Pendemokrasian Pendidikan

• semua kaum atau etnik mendapat persamaan hak untuk

menikmati peluang pendidikan yang berkualiti,
kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada
mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.
• Justeru itu, program-program pembangunan pendidikan
berbentuk sokongan seperti Skim Bantuan Pendidikan,
Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan
Tambahan dan Skim Baucer Tuisyen sedang
dilaksanakan
14

samb…

Pendemokrasian Pendidikan

• penubuhan pusat kegiatan guru (PKG) memberi peluang
dan ruang kepada guru-guru untuk berinteraksi dalam
usaha meningkatkan kualiti P&P agar setiap pelajar
berpeluang mendapat pendidikan yang sama rata.
• Antara tumpuan dalam pendemokrasian pendidikan
adalah membasmi buta huruf, menyediakan pendidikan

universal, penyediaan infrastruktur, menyediakan guru
yang mencukupi dan prasekolah untuk semua.
15

samb…

Pendemokrasian Pendidikan
Dasar-dasar penting yang perlu dilaksanakan:
•melaksanakan pendidikan wajib peringkat asas, dasar untuk
pelaksanaan sekolah vernakular, pendidikan selama 13 tahun, sekolah
teknikal, sekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas, sekolah
swasta dan sekolah Agama Islam.
•peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) diwujudkan.
•pendidikan sepanjang hayat
•mewujudkan sekolah-sekolah kurang murid di kawasan terpencil untuk
penduduk yang tinggal di pedalaman.

16

Tonggak Pendidikan
(UNESCO)

Prinsip-prinsip Tonggak Pendidikan:
•murid belajar untuk menguasai ilmu
•belajar untuk menguasai kemahiran
•belajar untuk menjadi insan berguna
•belajar untuk hidup bersama
Tujuan:
•memenuhi keperluan pembelajaran asas,
membentuk wawasan, memperkukuhkan
perkongsian dan perpaduan antarabangsa.

17

Globalisasi Pendidikan
•Menurut Mok (2010), globalisasi pendidikan
bermaksud merentasi sempadan dan media
•Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah
menghasilkan sumber-sumber yang
diperlukan untuk pendidikan dan
pembelajaran sepanjang hayat.

18

Kepelbagaian Budaya
• kepelbagaian
budaya
dan
agama
masyarakat berbilang kaum adalah sumber
kekuatan Malaysia
• sikap saling hormat-menghormati di
kalangan masyarakat berbilang kaum dan
agama membolehkan kebudayaan setiap
kaum berkembang di Malaysia yang
sehingga ke hari ini diterima dan
diasimilasikan
sebagai
sebahagian
daripada warisan kebudayaan negara.

19

samb...

Kepelbagaian Budaya
• program atau aktiviti guru bagi mewujudkan
perpaduan kaum disekolah:
– menggalakkan murid untuk berinteraksi dengan rakanrakan yang berlainan bangsa
– menintegrasikan kandungan mata pelajaran yang diajar
di dalam kelas.
– Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
– Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri
– Sekolah Penyayang
– Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat
– Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP)
– Penyertaan Dalam Kokurikulum
– Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
– Lawatan Sambil Belajar

20

Pengaruh Perkembangan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
• Perkembangan semasa menuntut kepada
penggunaan komputer sebagai media
prima dalam memperoleh dan
menyebarkan ilmu, kemahiran dan caracara menjalankan penilaian.
• Penggunaan perisian komputer pada masa
ini berlaku secara aktif seiring dengan
pelbagai kemudahan infrastruktur yang
telah disediakan oleh pihak Kementerian
Pelajaran.
21

Gejala Sosial
• Keruntuhan moral di kalangan murid adalah
membimbangkan kerana anak-anak hari ini
adalah aset negara pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama orang yang
berpengetahuan yang dilahirkan menerusi
Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat
dengan jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah,
salah guna kuasa, pecah amanah dan
berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja
melibatkan pegawai kerajaan peringkat
bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawaipegawai atasan.
22

RUMUSAN
• Sesungguhnya para pendidik hari ini memainkan peranan
penting di dalam merealisasikan aspirasi negara.
• Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem
pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah
memenuhi aspirasi negara, semua pendidik harus meletakkan
kepentingan tersebut pada kedudukan paling utama daripada
kepentingan masing-masing.
• Memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan
semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita adalah langkah
dalam menghadapi cabaran globalisasi.
23

SEKIAN
TERIMA KASIH

24