Asal Usul dan Tuju Guli

Asal Usul Tuju Guli
Permainan guli adalah permainan tradisional Melayu yang digemarioleh kanak-kanan pada
masa langsung terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai
kelereng. Permainan guli ini dimainkan, secara melontarkan guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Pemainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Kawasan yang paling sesuai untuk
dijadikan gelanggangg adalah yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.
Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan kawasan permainan sentiasa kering.
Sekiranya tanah becak, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan
melengket pada tanah dan menyukarkan proses permainan tersebut.

Rosmah, saya sertakan sedikit ayat yg menerangkan cara bermain, boleh dieditkan pada
ayat yg kita telah buat.
Guli   Permainan   individu   ini   sering   dimainkan   oleh   kanak­kanak   lelaki.   Setiap   pemain   perlu
mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk. Satu bulatan digoreskan di atas tanah.
Kesemua   guli   taruhan   diletakkan   di   dalam   bulatan.   Pemain   pertama   memulakan   permainan
dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam
bulatan. Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak
boleh disentuh atau diambil. Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status
pemain ini dikira mati. Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing­masing dianggap
sebagai pemenang.