Saexit Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia

Ong Puay Liu dan Badariah Saibeh. 2016. Saexit – Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia:
Tinjauan Atas Talian Pandangan Orang Sabah dan Sarawak. KERTAS KERJA
dibentangkan di Perbincangan Meja Bulat Federalisme dan Isu Hak Negeri. Anjuran Institut
Kajian Etnik pada 14 April 2016 di Hotel Bangi Putrajaya – Bangi.

Saexit – Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia
Tinjauan Atas Talian Pandangan Orang Sabah dan Sarawak
Ong Puay Liu dan Badariah Saibeh
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan desas desus ‘Grexit’ (Greece exit
European Union, 2012), ‘Scexit’ (Scotland exit Britain, 2014), dan ‘Brexit’ (Britain exit
European Union, 2016). Grexit tidak berlaku (Krause-Jackson 2015), Scexit juga tidak
berlaku (Scottish Independence Referendum 2014). Apakah Brexit akan berjaya? Dunia
menunggu keputusan pungutan suara Brexit yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun 2016
(The Economist 2016). Negara Malaysia juga sedang menyaksikan gejala ‘exit’ atau mahu
keluar ini. Saexit - Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, atau singkatan popular, SSKM,
semakin memperolehi momentum. Kini, ‘Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia’ telah menjadi
sebahagian daripada wacana sosio-politik di Malaysia, khususnya dalam kalangan orang
Sabah dan Sarawak. Namun, bukan sahaja SSKM yang semakin hari mengisi ruang media,
khususnya media sosial, tetapi juga desas desus mengenai negeri-negeri lain seperti Kelantan

keluar Malaysia, Johor keluar Malaysia. Apakah fenomena ini melambangkan peningkatan
kesedaran terhadap kedudukan sebenar negeri-negeri yang terangkum dalam Persekutuan
Malaysia? Apakah ada ruang perundangan untuk negeri-negeri tertentu keluar Malaysia? Di
sebaliknya, adakah tuntutan keluar Malaysia berbentuk hasutan? Makalah ini merupakan
usaha awal untuk meninjau pandangan orang Sabah dan Sarawak terhadap tuntutan SSKM
oleh golongan tertentu. Kaedah penelitian melibatkan pengendalian survei atas talian melalui
penggunaan borang google (google forms). Sasaran adalah orang Sabah dan Sarawak,
termasuk penduduk tetap Sabah atau Sarawak. Para responden diperolehi melalui
persampelan mudah dan teknik snowball. Skop penelitian meliputi pengetahuan responden
tentang kewujudan golongan aktivis SSKM, khususnya Page Facebook SSKM dan
pandangan responden tentang rasional tuntutan SSKM.
Kata kunci: Facebook SSKM, Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Sabah
Sarawak Keluar Malaysia, Malaysia Forever, Saexit

Pengenalan
Pada 16 September 1963, dunia menyaksikan kelahiran sebuah ‘negara baru’ bernama
Malaysia. Sebelum pengisytiharan rasmi berlangsung pada hari yang ditetapkan, kebetulan,
seorang pemuzik dari Canada, Bobby Gimby, yang juga merupakan seorang peniaga, sedang
berada di Singapura untuk urusan perniagaan. Kesibukan persiapan pengisytiharan
pembentukan Malaysia, diiringi dengan kegembiraan dan keriangan meraikan pembentukan

negara baru ini mungkin telah menggerakkan jiwa musik Bobby. Beliau sempat menggubah
sebuah lagu bagi melambangkan negara baru yang bakal ditubuhkan. Lagu yang berjaya
digubah diberi nama ‘Malaysia Forever’ (sila rujuk Lampiran 1 untuk lirik lagu). Tunku
1

Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama untuk negara baru Malaysia, menyifatkan
lagu ini sebagai ‘lagu patriotik tidak rasmi yang pertama’ bagi negara baru yang bakal
dinamakan Malaysia (Wikipedia 2016a; Wikipedia 2016b). Selama dua dan tiga tahun
selepas pembentukan Malaysia, lagu ini kerap dinyanyikan di sekolah, dimainkan oleh stesen
radio dan didendangkan semasa menyambut Hari Malaysia pada 16 September 1963. Lirik
lagu ‘Malaysia Forever’ mengangkat pembentukan negara baru ini. Ia menggambarkan
keriangan dan kegembiraan menjadi bebas. Satu lagu harapan mengenai penyatuan dan
kesediaan berkongsi, serta peluang bekerjasama sebagai jiran tetangga yang baik.
Namun begitu, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak tahu tentang kewujudan lagu
ini, atau belum pernah mendengar lagu ini. Keadaan tidak tahu ini memang tidak
menghairankan, kerana selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, lagu ini
tidak lagi dinyanyikan di sekolah atau dimainkan di stesen radio dan tempat-tempat lain.
Hayat lagu ‘Malaysia Forever’ begitu singkat; hanya sempat hidup selama tiga tahun.
Apakah pembentukan Malaysia merupakan ‘suatu penyatuan yang ditakdirkan gagal dari
awal’ [a marriage that was doomed from the start] (Tan 2007)?

Tahun 2016 – Malaysia berumur 53 tahun. Kalau mengikut kitaran hayat manusia, Malaysia
dikatakan ‘middle-aged’ atau pertengahan umur, satu lingkungan umur yang membolehkan
Malaysia menikmati hasil usaha dan titik peluh selama 53 tahun ini. Namun, dewasa ini,
kedengaran keluhan ketidakpuasan dalam kalangan penduduk negeri-negeri tertentu terhadap
kedudukan negeri masing-masing dalam Persekutuan Malaysia dan layanan daripada
Kerajaan Pusat. Ketidakpuasan ini disalurkan dalam bentuk seruan, desakan ataupun tuntutan
keluar dari Malaysia.
‘Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia’, ‘Kelantan Keluar Malaysia’, ‘Johor Keluar Malaysia’
– kata-kata ini kini semakin hari mengisi ruang media, khususnya media sosial, dan menjadi
sebahagian daripada wacana sosio-politik di Malaysia.

Sumber:
http://babab.net/out/johor-ugut-keluar-dari-malaysia.html
http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2014/09/kelantan-keluar-malaysia.html
http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/about-us.html

Apakah Malaysia Forever semakin hari semakin tergugat?
Apakah fenomena ini melambangkan peningkatan kesedaran terhadap kedudukan sebenar
negeri-negeri yang terangkum dalam Persekutuan Malaysia, dan penentangan terhadap
2


gagasan Malaysia? Adakah terdapat ruang perundangan untuk negeri-negeri tertentu keluar
Malaysia? Di sebaliknya, adakah tuntutan keluar Malaysia berbentuk hasutan? Soalan-soalan
ini menarik untuk dijadikan bahan kajian. Namun begitu, makalah ini, yang merupakan satu
usaha awal untuk membuat penelitian terhadap isu keluar Malaysia, menumpu perhatian
kepada kes Sabah dan Sarawak sahaja, dan khususnya kepada pandangan orang Sabah dan
Sarawak, termasuk penduduk tetap, terhadap tuntutan kumpulan SSKM.
Kaedah penelitian melibatkan pengendalian survei atas talian melalui penggunaan borang
google (google forms). Para responden diperolehi melalui persampelan mudah dan teknik
snowball. Skop penelitian meliputi pengetahuan responden tentang kewujudan kumpulan
aktivis SSKM, khususnya Page Facebook SSKM dan pandangan responden tentang rasional
tuntutan SSKM.
Saexit - Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)
‘Dapatkan kesamarataan hak untuk Sabah dan Sarawak sama seperti Semenanjung Malaysia
atau keluar dari Persekutuan Malaysia’ – ini adalah antara tuntutan sekumpulan individu yang
menggelar diri mereka ‘Union of Sarawak dan Sabah Nationalists’. Tuntutan ini
dikemukakan kepada Adenan Satem pada bulan Februari 2014, yang bakal menggantikan
Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri (Malaysiakini 2014).
Selepas lebih 50 tahun pembentukan dan penyatuan, Persekutuan Malaysia masih
menghadapi masalah kewujudan (existential problem) (Harding & Chin 2014: 10).

Pernyataan ini boleh dijelaskan kalau kita merujuk kepada Perkara 160 (Taksiran),
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Istilah-istilah seperti Hari Merdeka, Maksud Negeri,
Maksud Persekutuan, Orang Asli, Orang Melayu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 disebut dalam Perkara 160.
Di sebaliknya, ‘Hari Malaysia’, ‘16 September 1963’, atau ‘Perjanjian Malaysia 1963’ tidak
disebut langsung atau diberi taksiran dalam Perkara 160. Misalnya, dalam Perkara 160,
“Hari Merdeka” ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima
puluh tujuh;
“Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1957;
“Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Persekutuan dan Negeri-Negeri Persekutuan
dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri
Persekutuan, dan mengenai mana-mana pegawai yang memegang jawatan di bawah
Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa atau badan di dalam atau bagi Persekutuan
hendaklah ditafsirkan (a) berhubung dengan bila-bila masa selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
mula berkuat kuasa, dan sebelum Hari Merdeka …”
Bagaimana kedudukan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
Pemikiran teoretis tentang hak menarik diri (right to secede)
Tarik diri, atau secede, daripada perkataan Latin secedere, se- ‘apart’ + cedere ‘go’ = go

apart, ertinya menarik diri secara formal daripada keahlian dalam sesebuah persekutuan atau
badan, khasnya sebuah negara/negeri politik (Oxford Dictionaries 2016).
3

Menurut Buchanan (2014), pemikiran teoretis tentang hak menarik diri daripada persekutuan
atau sesebuah badan politik biasanya mengasaskan rangka pemahaman hak ini dalam konteks
hak pemulihan sahaja (remedial right), atau sebagai hak utama untuk menarik diri (primary
right to secede). Teori hak pemulihan untuk menarik diri (remedial right only theories)
menegaskan bahawa sesuatu kumpulan manusia mempunyai hak umum untuk menarik diri
kalau dan hanya kalau kumpulan ini mengalami ketidakadilan atau tindakan-tindakan tidak
adil yang tertentu. Hak menarik diri, dalam keadaan ini, dilihat sebagai hak pemulihan
terakhir yang sesuai. Teori Hak Utama (primary right theories), sebaliknya, menegaskan
bahawa kumpulan tertentu mempunyai hak umum untuk menarik diri meskipun tidak wujud
sebarang bentuk ketidakadilan.
Dalam situasi Sabah dan Sarawak, adakah tuntutan Saexit – Sabah dan Sarawak keluar
Malaysia – terangkum dalam hak pemulihan (remedial right to secede) atas asas berlakunya
ketidakadilan, atau hak utama untuk keluar (primary right to secede)?
Secession from Malaysia? Don't think about it - it can even lead to war, say experts
(Malaysia Chronicle 2015)
TMJ Beri Ingat, Semua Negeri Ada Hak Untuk Keluar Dari Malaysia (Papa Diva 2015)

Seek equality or secede, group tells Adenan (Malaysiakini 2014)
Petikan pertama di atas memberi maksud seolah-olah remedial right to secede mahupun
primary right to secede tidak ada ruang perundangan untuk mana-mana ahli dalam
Persekutuan Malaysia menarik diri. Petikan kedua memberi maksud setiap negeri dalam
Malaysia ada hak untuk keluar dari Malaysia, sama ada remedial atau primary right to
secede. Petikan ketiga pula memberi maksud bahawa negeri-negeri dalam Malaysia ada
remedial right to secede.
Sebagaimana dikatakan bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai masalah kewujudan – apa
itu Malaysia? – begitu juga setiap ahli/negeri dalam Malaysia mempunyai masalah
kewujudan. Apakah sesebuah negeri boleh meninggalkan Malaysia?
Tinjauan penulisan dalam media massa menunjukkan bahawa soalan ‘Can Sabah and
Sarawak secede?’ semakin hari semakin mengisi ruang media, khususnya media atas talian.
Analisis hujah dan wacana yang berlangsung merupakan sumber penting untuk kita
mengetahui pemikiran dan pendirian rakyat Malaysia yang mewakili latar belakang yang
berlainan mengenai isu sama ada Sabah dan Sarawak boleh keluar dari Malaysia. Walau
bagaimanapun, skop kertas kerja ini tidak meliputi aspek tersebut.
Kertas kerja ini melibatkan orang Sabah dan Sarawak yang memberi maklum balas melalui
borang google mengenai pandangan mereka tentang tuntutan SSKM, khususnya pengetahuan
mereka tentang kewujudan media sosial Page Facebook, sumber saluran suara golongan
aktivis SSKM.

Huraian Penelitian Pandangan Melalui Borang Google
Beberapa soalan yang dikategorikan mengikut tajuk tertentu telah digubal dan diuji
kejelasannya ke atas beberapa individu. Seterusnya, soal selidik yang dikemaskini dimuat
naik sebagai borang google. Tajuk-tajuk tersebut adalah:
4

1. Pandangan tentang Saexit / SSKM
2. Pandangan tentang Page Facebook SSKM (Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia)
3. Latar belakang responden
Borang google ini telah disebar melalui facebook dan emel kepada orang Sabah dan Sarawak
pada 28 Mac 2016 dan dibuka hingga 31 Mac 2016 (rujuk printscreen sebahagian daripada
borang google).

5

Sewaktu borang google ini ditutup, bilangan responden yang mengisi soal selidik adalah
seramai 132 orang.
Analisis Data
Perbincangan seterusnya akan berpandukan sub-tajuk dalam borang google. Perbincangan
bermula dengan latar belakang responden, seterusnya pandangan responden tentang Saexit /

SSKM, diikuti dengan pandangan responden tentang Page Facebook SSKM.
Latar Belakang Responden
Daripada 132 responden, sebanyak 71 responden (54 peratus) adalah perempuan dan 61
responden (46 peratus) adalah lelaki. Dari segi umur, 108 responden (82 peratus) berumur
antara 20-29 tahun; 16 responden (12 peratus) berumur 30-39 tahun; 5 responden (4 peratus)
berumur 40-49 tahun; dan 3 responden (2 peratus) dalam lingkungan umur 50-59 tahun.
Keanggotaan etnik pula menunjukkan kerencaman amat ketara, seperti digambarkan dalam
Carta 1 (Sabah) dan Carta 2 (Sarawak). Daripada 118 responden yang menyatakan
keanggotaan etnik, seramai 89 responden (75 peratus) datang dari Sabah dan 29 responden
(25 peratus) dari Sarawak.

6

Murut
Sungai
Suluk
Bumiputera sabah
Irranun
Kedayan
Kadazandusun

Cina
Rungus
Jawa
Brunei
Melayu
Bugis
Bajau
Dusun

1
1
4

2
2
2
12

1
6

3
4

8
11
20
17

0

5

10

15

20

25

Carta 1 Keanggotaan etnik responden Sabah (N=89)

Bumiputera Sarawak

1

Dayak

2

Bidayuh

3

Cina

8

Melanau

4

Melayu

1

Iban

10

0

2

4

6

8

10

12

Carta 2 Keanggotaan etnik responden Sarawak (N=29)
Tempat tinggal asal responden juga mencerminkan kepelbagaian, seperti ditunjukkan dalam
Carta 3 (Sabah) dan Carta 4 (Sarawak).

7

Labuan

2

Sabah

6

Tawau

19

Sandakan

8

Kudat

7

Pedalaman

12

Pantai Barat

38

0

5

10

15

20

25

30

35

40

Carta 3 Tempat tinggal asal responden Sabah

Sarawak

6

Bintulu

1

Sarikei

2

Mukah

3

Kapit

1

Sri Aman

2

Betong

1

Sibu

4

Kuching

11

0

2

4

6

8

10

12

Carta 4 Tempat tinggal asal responden Sarawak

Dari segi pekerjaan, sebanyak 51 peratus responden masih belajar, diikuti oleh responden
yang bekerja di sektor swasta sebanyak 22 peratus. Responden yang bekerja di sektor
kerajaan sebanyak 15 peratus dan bekerja sendiri sebanyak 12 peratus.
Sebahagian besar responden mempunyai pendidikan tinggi, iaitu sebanyak 92 peratus
responden mempunya pendidikan kolej atau universiti, sementara 7 peratus berpendidikan
peringkat sekolah menengah dan satu peratus peringkat sekolah rendah.
Pernah dengar atau baca tentang Saexit / SSKM?
Daripada 132 responden, seramai 125 responden (95 peratus) menjawab mereka pernah
dengar dan membaca mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Tujuh
8

responden (5 peratus) yang lain menyatakan mereka tidak tahu mengenai isu tuntutan
tersebut. Bagi mereka yang tahu atau pernah membaca tentang SSKM, soalan susulan adalah
apakah sumber pengetahuan utama mereka. Responden boleh menandakan lebih daripada
satu sumber.
Sumber pengetahuan?
Daripada maklum balas mereka, didapati rakan-rakan merupakan sumber pengetahuan yang
utama (112 responden), diikuti dengan media online (49 orang), ahli keluarga (42 orang),
surat khabar (35 orang), dan Page Facebook SSKM (24 orang). Carta 5 di bawah memberi
ilustrasi maklum balas responden.

Carta 5 Sumber pengetahuan mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia
Soalan seterusnya untuk responden yang pernah baca, dengar dan tahu tentang SSKM
(jumlah 125 responden) adalah berkenaan pandangan mereka mengenai SSKM, iaitu apakah
mereka setuju atau tidak setuju dengan tuntutan SSKM. Maklum balas responden yang
pernah baca, dengar dan tahu tentang SSKM menunjukkan seramai 50 responden (40 peratus)
setuju dan 33 responden (26 peratus) sangat setuju dengan tuntutan SSKM. Ini menunjukkan
seramai 83 responden (66 peratus) berpandangan positif terhadap SSKM. Di sebaliknya,
seramai 31 responden (25 peratus) tidak bersetuju dan 11 responden (9 peratus) sangat tidak
setuju dengan SSKM, menjadikan jumlah keseluruhan 42 responden (34 peratus) yang tidak
setuju dengan SSKM.
Daripada peratusan yang diperolehi, nampaknya, sokongan kepada SSKM daripada kalangan
responden Sabah dan Sarawak belum mencapai tahap majoriti. Hal ini kerana hanya 66
peratus sahaja yang setuju (termasuk sangat setuju) dengan tuntutan SSKM. Satu pertiga lagi
(34 peratus) tidak setuju dengan tuntutan SSKM. Dalam kata lain, kumpulan ini mahu Sabah
dan Sarawak terus kekal dalam Malaysia.
Soalan seterusnya yang dikemukakan kepada responden adalah pandangan mereka tentang
hak Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara yang berdaulat (bebas; ada kuasa memerintah
sendiri). Sebahagian besar responden, 93 peratus, berpandangan Sabah dan Sarawak berhak
menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sementara 7 peratus sahaja berpandangan sebaliknya.

9

Rumusan untuk bahagian ini:



95 peratus daripada keseluruhan responden pernah dengar/baca tentang SSKM;
Sumber maklumat bagi 95 peratus responden ini (ikut peratus tertinggi)  rakan-rakan
 media online
 ahli keluarga
 surat khabar
 Page Facebook
 Daripada 95 peratus yang pernah dengar/baca tentang SSKM, 66 peratus sangat setuju dan
setuju dengan gagasan SSKM;
 Daripada 95 peratus yang pernah dengar/baca tentang SSKM, 93 peratus mengatakan
Sabah dan Sarawak ada hak untuk menjadi negara berdaulat.
Maklum balas responden menunjukkan isu SSKM tersebar luas dalam kalangan orang Sabah
dan Sarawak, dan sumber penyebaran utama adalah rakan-rakan dan media online. Dari segi
latar belakang responden, seramai 82 peratus responden berumur dalam lingkungan 20-29
tahun. Menurut statistik yang diberikan oleh Pew Research Center, kohort 18-29 tahun
merupakan pengguna tertinggi laman rangkaian sosial [social networking sites] (Pew
Research Center 2016).
Berkaitan dengan pandangan sama ada setuju atau tidak setuju dengan SSKM dan pandangan
tentang hak Sabah dan Sarawak menjadi negara berdaulat, terdapat perbezaan dari segi
peratusan. Hanya 66 peratus bersetuju (gabungan sangat setuju dan setuju) dengan SSKM,
manakala 93 peratus setuju Sabah dan Sarawak ada hak menjadi negara berdaulat. Apakah
menjadi negara berdaulat tidak bererti keluar dari Malaysia?
Laman Web SSKM
Sebelum diteruskan perbincangan, bahagian ini akan menceritakan tentang laman web dan
Page Facebook SSKM.
Ringkasan maklumat daripada laman web SSKM (sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia –
Sabah Sarawak Union [SSKM-SSU(UK)] 2016a):
Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia bermula pada 9 Ogos 2011, di Facebook. Pengasas
kumpulan ini adalah Doris Jones, anak watan Sabah dan bermastautin di United Kingdom.
Kumpulan ini bermula dengan beberapa orang penyokong, kemudian memperolehi lebih
daripada 10,000 penyokong dan pengikut atas talian dalam tempoh beberapa bulan selepas
penubuhannya. Kumpulan SSKM menegaskan mereka tidak memihak kepada sebarang
kumpulan atau bergabung dengan mana-mana parti politik. Keanggotaan kumpulan ini kini
terhad kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2013, SSKM bermula lembaran baru
dengan pendaftaran secara rasmi sebagai pertubuhan bukan kerajaan bertapak di United
Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK), atas nama ‘Sabah Sarawak Union UK (SSU-UK)’.

10

Sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (UK) (2016b)
Misi, Visi dan Objektif SSKM seperti berikut (sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia –
Sabah Sarawak Union (SSKM-SSU(UK) 2016b):
Misi: Untuk menerima Deklarasi Rasmi daripada The United Kingdom of Great Britain and
Northern Ireland (UK) & the United Nations (UN) bahawa Sabah dan Sarawak tidak
lagi berminat untuk meneruskan dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Malaysia, justeru menjadi Negara yang Merdeka dan Berdaulat secara hakiki di Asia
Tenggara, dan akan dikenali dengan nama “The Republic of North Borneo” and
“Republic of Sarawak’.
Visi:

Untuk memulihkan kembali status Kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak, yang telah
diberikan oleh British sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan ini,
kedua-dua negara ini boleh berkembang maju menjadi antara negara-negara yang
kukuh di Asia Tenggara

Objektif
1. Untuk mendidik orang Sabah dan Sarawak mengenai hakikat sebenar di sebalik
sejarah PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963, dan HAK ORANG SABAH DAN
SARAWAKIAN MENGIKUT MEMORANDUM PERKARA 18/20
2. Untuk meningkat kesedaran dan perasaan cintakan negara (patriotisme) dalam
kalangan orang Sabah dan Sarawak terhadapa negara masing-masing (Sabah dan
Sarawak). Dengan ini, semangat kebangsaan terhadap negara masing-masing
yang selama ini tertindas dan dimanipulasi oleh Kerajaan Malaya dan pemimpinpemimpin tempatan yang korup.
3. Untuk mengutip 300,000 tandatangan orang Sabah dan Sarawakian yang akan
disampaikan kepada United Kingdom of Great Britain and Northen Ireland (UK)
& United Nations (UN) berkenaan dengan Sabah dan Sarawak tidak lagi berminat
untuk meneruskan keahliannya dalam Persekutuan Malaysia bersama dengan
Malaya
Menurut SSKM, pada bulan September 2014, Kerajaan Malaya, yang dianggap oleh
Kumpulan SSKM ini sebagai menyamar Kerajaan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun,
telah mengiktiraf secara rasmi dan terbuka kewujudan Kumpulan SSKM, dan pada waktu
yang sama, mengecam SSKM dalam media sosial. SSKM menganggap kecaman ini sebagai
satu sumber promosi percuma daripada Kerajaan Malaya yang secara langsung telah
meningkatkan kesedaran orang awam di Malaysia dan juga antarabangsa mengenai SSKM.
Tindakan aktif SSKM telah mendorong Kerajaan Malaya membuat tuduhan bahawa
Kumpulan SSKM adalah suatu “Gerakan Pemisah” (Sabah Sarawak Keluar Malaysia –
Sabah Sarawak Union [SSKM-SSU(UK)] 2016a).
11

Visi, misi dan objektif SSKM jelas menunjukkan pendirian kumpulan SSKM terhadap
kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kedua-dua wilayah ini tidak
dianggap sebagai ‘negeri’ tetapi sebagai ‘negara’, dan seharusnya mempunyai kewibawaan
yang tidak tertakluk kepada Kerajaan Malaya. Kerajaan Pusat dilihat sebagai Kerajaan
Malaya di mana Sabah dan Sarawak tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya. Justeru,
agenda SSKM adalah untuk meningkat kesedaran orang Sabah dan Sarawak khususnya
tentang pembentukan Malaysia, dan memorandum Perkara 18/20. Kedua-dua wilayah ini
dilihat sebagai mempunyai hak untuk membawa kes ketidakadilan ini dan hasrat Sabah dan
Sarawak untuk keluar dari Malaysia kepada United Kingdom of Great Britain and Northern
Ireland (UK) & United Nations (UN).
Menggabungkan motto Syarikat Berpiagam Borneo Utara ‘Pergo et Perago (bahasa Latin),
yang bermaksud ‘I undertake and I achieve’, dan motto Kerajaan Sarawak semasa
pentadbiran Brooke, ‘Dum spiro spero’ yang bermaksud ‘While I breathe, I hope’, kumpulan
SSKM menegaskan hasrat mereka adalah untuk menyediakan ruang kepada sesiapa yang
ingin berkongsi dan memberi maklumat yang relevan kenapa Sabah dan Sarawak harus ada
kemerdekaan sendiri.
Pandangan tentang Page Facebook SSKM
Maklumat di atas boleh diperolehi daripada laman web dan page facebook SSKM. Justeru,
beberapa soalan digubal untuk meninjau kesedaran responden tentang laman web atau
facebook SSKM, dan penglibatan responden dalam diskusi yang berlangsung dalam media
tersebut.
Soalan pertama berkenaan dengan pengetahuan responden tentang page facebook SSKM.
Daripada 132 responden yang menjawab soalan sama ada mereka tahu tentang kewujudan
page facebook SSKM, seramai 63 responden (48 peratus) menjawab mereka tahu sementara
69 responden (52 peratus) menjawab tidak tahu mengenai kewujudan page facebook tersebut.
Peratusan tahu lebih rendah daripada peratusan yang tidak tahu tidak menghairankan kalau
kita rujuk kembali kepada maklum balas responden tentang sumber pengetahuan. Page
facebook adalah sumber pengetahuan yang mencatat bilangan responden paling rendah.
Dalam bahagian awal kertas kerja ini, dinyatakan hanya 24 peratus responden mengatakan
sumber pengetahuan tentang SSKM adalah page facebook SSKM.
Seterusnya, soalan yang dikemukakan kepada responden yang mengetahui tentang
kewujudan page facebook SSKM ada mengikuti (Like dan Follow) page facebook tersebut.
Sebanyak 43 peratus menjawab Ya, dan selebihnya 57 peratus menyatakan tidak mengikuti
page facebook tersebut.
Pola penggunaan ikut page facebook seperti berikut:
a. Satu kali sehari - 34 peratus
b. Tiga kali seminggu - 3 peratus
c. Satu kali seminggu - 19 peratus
d. Satu kali sebulan - 32 peratus
e. Sekali setahun - 12 peratus
Pola kekerapan responden memberi maklum balas (like atau komen) terhadap status page
facebook SSKM:
a. Sangat kerap - 12 peratus
b. Kerap - 31 peratus
c. Tidak kerap - 54 peratus
d. Tidak pernah - 3 peratus
12

Pandangan responden terhadap misi page facebook SSKM agar Sabah dan Sarawak Keluar
Malaysia
a. Setuju - 44 peratus
b. Sangat setuju - 23 peratus
c. tidak setuju - 19 peratus
d. sangat tidak setuju - 14 peratus.
Rumusannya, pola kekerapan responden, sama ada ikut page facebook SSKM atau memberi
maklum balas dalam page facebook SSKM adalah sekitar 50-65 peratus. Dari segi
persetujuan, 67 peratus setuju dan/atau sangat setuju dengan misi page facebook SSKM.
Peratus ini adalah konsisten dengan jumlah peratus responden yang setuju dengan gagasan
SSKM, iaitu 66 peratus, seperti yang dilaporkan di bahagian awal kertas kerja ini.
Perbandingan antara responden Sabah dan Sarawak:
64 peratus responden Sabah setuju (dan sangat setuju) dengan tuntutan SSKM, sementara 76
peratus responden Sarawak setuju (dan sangat setuju) dengan tuntutan SSKM.
61 peratus responden Sabah setuju (dan sangat setuju) dengan misi SSKM, sementara 84
peratus responden Sarawak setuju (dan sangat setuju) dengan misi SSKM. Hal ini menarik
kalau kita ambil kira pengasas SSKM adalah orang Sabah. Responden Sarawak dapat melihat
isu SSKM sebagai isu yang melibatkan orang Sarawak dan Sabah, yang menduduki pulau
yang sama, iaitu Borneo.
Pandangan responden tentang isu utama yang diutarakan oleh SSKM
Responden juga ditanya mengenai isu utama SSKM. Jadual 1 menunjukkan maklum balas
responden.
Jadual 1 Maklum Balas Responden tentang Isu Utama SSKM mengikut Tema
Tema
Perjanjian Rasmi
Hak sebagai Negara
Masalah
kepemimpinan
Hak Hasil Negeri

Ketidaksamarataan
ekonomi
Ketidakadilan sosial
Kebebasan
beragama
Diskriminasi

Isu
Perjanjian Malaysia 1963;
Perkara 18/20
Status Sabah dan Sarawak sebagai
‘Negara’
Ketidakadilan politik; Korupsi
Hasil Sabah diekspolitasi dan
Sabah dan Sarawak antara negeri
yang mundur
Pembangunan tidak sama rata
Orang Borneo dipandang rendah
Ketaksamaan sosial kerajaan
pusat kepada Sabah dan isu
agama
Ketidakadilan antara rakyat

Huraian
Perjanjian tidak ditepati oleh
Kerajaan Persekutuan/ Malaya
Sabah Sarawak mampu menjadi
negara berdaulat
Sabah dan Sarawak hanya sebagai
lubuk undi Barisan Nasional
Royalti minyak dan bahan mentah
Sabah dan Sarawak
Kadar kemiskinan antara yang
tertinggi di Sabah dan Sarawak
Isu PTI, autonomi
Sabah bebas beragama

Kebajikan penduduk Sabah dan
Sarawak berbanding Semenanjung;
Keluar Malaysia sebab dianaktirikan
oleh Kerajaan Persekutuan
13

Lapan tema yang dinyatakan dalam Jadual 1 dihasilkan melalui maklum balas responden
untuk soalan terbuka dalam borang google – ‘apakah isu utama yang diutarakan oleh
SSKM’? Intipatinya, pandangan responden berkisar di sekitar Perjanjian Malaysia 1963 dan
Perkara 18/20 yang tidak ditepati oleh Kerajaan Persekutuan. Ketidakpatuhan kepada
dokumen-dokumen rasmi tersebut, pada pandangan responden, melambangkan Kerajaan
Persekutuan, yang dilihat dominasi Kerajaan Malaya, tidak mengakui kedudukan istimewa
Sabah dan Sarawak. Apakah kedudukan istimewa ini? Sabah dan Sarawak, semasa
pembentukan Malaysia, adalah ‘negara bebas’ dan penyertaan mereka dalam pembentukan
Malaysia 1963 mempunyai syarat-syarat dan perlindungan tertentu.
Disebabkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan dari segi pengiktirafan dan layanan, maka
responden yang setuju dengan tuntutan dan misi SSKM berpendapat Sabah dan Sarawak ada
hak untuk keluar dari Malaysia dan menjadi negara berdaulat, membentuk negara sendiri.
Asas pendirian mereka adalah Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 18 (Sarawak) dan
Perkara 20 (Sabah). Asas-asas ini juga digunakan oleh kumpulan SSKM, seperti dinyatakan
dalam laman web dan page facebook. Perkara 7 dalam Perkara 18/20 menyentuh tentang
‘Hak Menarik Diri (Right to Secession), yang menyatakan ‘hak untuk memisah atau menarik
diri daripada Persekutuan seharusnya tidak wujud (There should be no right to secede from
the Federation). Penggunaan perkataan ‘seharusnya tidak wujud’ memberi ruang interpretasi
bahawa Sabah dan Sarawak (dan Singapura ketika pembentukan Malaysia) dinasihati agar
tidak menarik diri dari Persekutuan Malaysia, dan bukan sekatan atau larangan secara
langsung. Bagi pejuang SSKM, tidak ada sekatan mahupun larangan untuk menarik diri
dimeterai dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Sabah dan
Sarawak Keluar Malaysia. Sabah Sarawak Union 2011), malah juga Laporan Jawatankuasa
Antara Kerajaan (Zainnal Ajamain 2014).
Namun, terdapat pejuang atau pengkaji yang tidak bersependapat dengan kumpulan SSKM
mengenai penggunaan Perkara 18/20 sebagai asas tuntutan. Merujuk kepada kes Sabah,
Zainnal Ajamain, misalnya, dalam buku bertajuk ‘The Queen’s Obligation and the InterGovernmental Report’, menegaskan Perkara 20 bukan sahaja tidak mempunyai asas
perundangan tetapi adalah ‘harmful to Sabah’ (Zainnal Ajamain 2015: 101).
Kesimpulan
Makalah ini telah membentangkan pandangan responden Sabah dan Sarawak tentang SSKM
atau Saexit, isu utama yang diperjuangkan oleh kumpulan SSKM, pendirian responden
tentang tuntutan SSKM, serta pandangan mereka tentang Page Facebook SSKM. Maklum
balas responden menunjukkan lebih daripada 60 peratus responden Sabah dan Sarawak
(peratusan Sarawak lebih tinggi) setuju dengan tuntutan SSKM dan menyokong misi SSKM.
Tuntutan utama SSKM adalah untuk Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Sebab utama
adalah kerana Kerajaan Persekutuan, yang dilihat sebagai dominasi Kerajaan Malaya, tidak
menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 18/20. Ketidakadilan, ketidaksamarataan
layanan dan agihan, ketidakpengiktirafan status Sabah dan Sarawak sebagai negara, serta
eksploitasi sumber-sumber asli, adalah antara penjelasan kenapa Sabah dan Sarawak berhak
keluar dari Malaysia dan membentuk negara berdaulat dan bebas.
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan terikat dengan perjanjian, perundangan,
perlembagaan. Namun, komponen penting dalam Persekutuan Malaysia adalah manusia,
yang diwakili oleh penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kelestarian
sesebuah Persekutuan bergantung kepada cara bagaimana pihak-pihak berkuasa dalam
Persekutuan mengurus-tadbir rakyatnya bukan sahaja dengan undang-undang, tetapi dengan
kemanusiaan dan keadilan. Akhirnya, keyakinan rakyat atas kewujudan dan kedudukan
dalam Persekutuan akan mempengaruhi rasa selamat (sense of security), memupuk identiti
14

kewarganegaraan (sense of Malaysianness) dan mengasas orientasi hala tuju (sense of
purpose) dalam negara yang dianggap ‘negara saya, negara kita’.
‘Let’s get together ... We’re all in the same boat ... Let’s pull together ... There is no other
way ...’ Begitulah lirik lagu ‘Malaysia Forever’. Saexit atau Malaysia Forever? Tiada jalan
lain kecuali permuafakatan dan persefahaman kalau kita, rakyat Malaysia, mahu Malaysia
kekal sebagai Persekutuan Malaysia.

Rujukan
Berita Premium. 2015. Johor ugut keluar dari Malaysia? Jun 16, 2015. Atas talian:
http://babab.net/out/johor-ugut-keluar-dari-malaysia.html
Buchanan, Allen. 1991. Toward a Theory of Secession. Ethics, Vol. 101, No. 2 (January
1991: 322-342. Atas talian: http://www.jstor.org/stable/2381866
Harding, Andrew & Chin, James. 2014. 50 years of Malaysia: Federalism Revisited. Atas
talian:
https://books.google.com.my/books?id=DMCjBgAAQBAJ&pg=PA7&lpg=PA7&dq=5
0+years+of+malaysian+federalism+revisited+ebook&source=bl&ots=WnxdakFRH2&s
ig=OYwdZp5GG1_BNkkq6QlmYuLMLk&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=50%20years%20of%20malays
ian%20federalism%20revisited%20ebook&f=false
Jacqueline Ann Surin. 2014. Uncommon Sense with Wong Chin Huat: Can Sabah and
Sarawak secede? March 3, 2014. Atas talian: http://www.thenutgraph.com/uncommonsense-with-wong-chin-huat-can-sabah-and-sarawak-secede/
Krause-Jackson, Flavia. 2015. Economist Who Coined ‘Grexit’ Now Says Greece Will Stay
in Euro. Jun 29, 2015. Atas talian: http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-0628/economist-who-coined-grexit-now-says-greece-will-stay-in-euro
Malaysiakini. 2014. Seek equality or secede, group tells Adenan. Februari 21, 2014. Atas
talian: https://www.malaysiakini.com/news/255046
Malaysia Chronicle. 2015. Secession from Malaysia? Don't think about it - it can even lead to
war, say experts. November 11, 2015. Atas talian: http://www.malaysiachronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=606451:secession-frommalaysia?-dont-think-about-it-it-can-even-lead-to-war-sayexperts&Itemid=2#axzz457HTN2tk
Oxford
Dictionaries.
2016.
Secession.
Atas
talian:
http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/secession
Papa Diva. 2015. TMJ Beri Ingat, Semua Negeri Ada Hak Untuk Keluar Dari Malaysia.
October 17, 2015. Atas talian: http://www.pru14.tv/2015/10/17/tmj-beri-ingat-semuanegeri-ada-hak-untuk-keluar-dari-malaysia/
Pew Research Center. 2016. Social Networking fact Sheet: Highlights of the Pew Internet
Project’s
research
related
to
social
networking.
Atas
talian:
http://www.pewinternet.org/fact-sheets/social-networking-fact-sheet/
Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (SSKM-SSU(UK). 2016a.
Introduction. Atas talian: http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/about-us.html
Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (UK). 2016b. Mission, Vision &
Objectives. Atas talian: http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/mission-visionobjectives.html
Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (Sabah Sarawak Union). 2011. 18 dan 20 Perkara:
Memorandum 18 & 20 Perkara di antara Kerajaan Negara Sarawak, Sabah dan Malaya.
Atas talian: http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/memorandum-18-20-perkaraperkara-1.html
15

Scotlandreferenduminfo. 2014. Should Scotland be an independent country. September 24,
2014. Atas talian: http://scotlandreferendum.info/
Tan, Y.L., Kevin. 2007. OPINION: A marriage that was doomed from the start. Originally
published in News Straits Times, August 4, 2007. Atas talian:
http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=102
42
The Economist. 2016. In graphics: Britain’s referendum on EU membership. A background
guide to “Brexit” from the European Union. February 24, 2016. Atas talian:
http://www.economist.com/blogs/graphicdetail/2016/02/graphics-britain-s-referendumeu-membership.
Wikipedia.
2016a.
Malaysia
Forever.
Atas
talian.
https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Forever.
Wikipedia. 2016b. Bobby Gimby. Atas talian: https://en.wikipedia.org/wiki/Bobby_Gimby.
Zainnal Ajamain. 2015. The Queen’s Obligation and the Inter-Governmental Committee
Report. Kota Kinabalu, Sabah: BruConn Sdn Bhd.
Zainnal Ajamain. 2014. Sabah, Sarawak free to leave federation. Atas talian:
https://hornbillunleashed.wordpress.com/2014/03/11/58061/

16

Lampiran 1
Lagu Hari Malaysia
‘Malaysia Forever’ oleh Bobby Gimby, 1962
Let's get together, Sing a happy song, Malaysia forever,
Ten million strong.
Land of the free, Marching as one. Ready to share in every way,
So let's get it done -- get it done, get it done.
We're all in the same boat, Steady as you go.
Let's pull together, Everybody row -- row, row, row.
It's right, It's the answer ,There's no other way,
To be good neighbours, Everyday
Malaysia Forever. Evermore more, United for liberty,
Home of the happy people, Just you wait and see –
wait and see, wait and see, wait and see.
Let's get together, Sing a happy song, Malaysia forever,
Ten million strong.
We're ready for merger, Let's open the door,
To Malaysia forever, Ever more
(Sumber: Wikipedia. 2016. Malaysia Forever. Atas talian:
https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Forever)

17