psikologi dalam dan pendidikan islam .docx
KPP 4023:
APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
TEORI PEMBELAJARAN DAN APLIKASI
DISEDIAKAN OLEH:
Nama
No. Matrik
NURUL AIN SURYATIE BINTI
MOHAMED ZAINUDIN
L010433
ILYANI BINTI ZAINUDDIN
L010372
HELMA BINTI MUHAMAD ARIB
L010411
FATIN HAZIQAH BINTI AMINILLAH
L010412
HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD
L010361
Tanda Tangan
PENSYARAH : DR. NURUL HUDA BINTI MD HASSAN
TARIKH SERAH: 3 DISEMBER 2016
1.0 PENGENALAN
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran
yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori
pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara murid-muridnya bagaimana belajar,
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan
teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Oleh hal yang demikian didalam penulisan ini kami akan memperkenalkan beberapa
teori pembelajaran bermula dengan Ivan Pavlov, J.B Watson, Albert Bandura, Thorndike dan
Skinner. Di dalam penulisan ini kami akan menerangkan bagaimana teori pembelajaran
tersebut. Seterusnya kami akan menggunakan teori-teori tersebut dalam menyelesaikan
masalah pembelajaran dan tingkah laku murid di sekolah kami.
1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1849 – 1936 )
Teori pelaziman klasik Pavlov merupakan teori pembelajaran Behaviorisme. Teori ini telah
diperkenalkan oleh Ivan P. Pavlov . Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov dan
dilahirkan di Kyazan, Rusia pada tahun 1849.
Beliau adalah ahli saintis behavioris yang menjumpai proses kelaziman klasik semasa
beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing. Menurut Pavlov, setiap
rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang
timbul akibat rangsangan. Rangsangan adalah bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Pada penghujung tahun 1800-an dan awal 1900-an , Pavlov dan rakan-rakannya telah
mengkaji proses pencernaan anjing. Dalam kajian tersebut, mereka memerhatikan perubahanperubahan dalam masa dan kadar penghasilan air liur haiwan tersebut.
Dalam uji kaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau
bersaingan dengan rembesan air liur anjing yang disebabkan oleh adanya makanan yang
disajikan. Selepas itu, di masa akan dating, rembesan air liur berlaku sebaik sahaja
mendengar loceng walaupun tiada makanan yang disajikan didepannya.
Dalam pelaziman klasik , rangsangan baru timbul bersama-sama dengan rangsangan
tak terlazim, seperti bau makanan. Ia berlaku sebelum gerak balas tersebut yang dibangkitkan
oleh rangsangan tak terlazim. Ransangan baru menjadi rangsangan terlazim dan gerak balas
yang berlaku berikutan kedua-dua rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim.
Oleh itu, dalam pelaziman klasik satu organisme belajar memberi gerak balas kepada
rangsangan baru dengan sara yang sama. Ia memberi gerak balas kepada yang lama, iaitu
rangsangan tak terlazim.
Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan dilakukan iaitu rangsangan
neutral (reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan
rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara automatic tanpa latihan
awal) iaitu yang “dipasangkan” (wujud serentak) berhubung antara satu sama lain.
Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara
automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) atau gerak balas terlazim (gerak balas
yang dibangkitkan oleh gerak balas oleh gerak balas rangsangan terlazim yang disatukan
dengan rangsangan tak terlazim ; sama seperti gerak balas tak terlazim).
Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur (gerak balas tak terlazim) pada mulanya
berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan, tetapi apabila
makanan dipsangkan dengan loceng, remebesan air liur (sekarang menjadi gerak balas
terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng (rangsangan terlazim iaitu ransangan
neutral yang boleh menimbulkan gerak balas terlazim setelah dipasangkan dengan
rangsangan tak terlazim).
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
akibat wujudnya kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku
apabila melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku
akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov
terhadap seekor anjing, tiga peringkat kelaziman telah dihasilkan seperti dalam rajah berikut.
SEBELUM PELAZIMAN
MAKANAN
( Rangsangan tak terlazim )
terlazim )
AIR LIUR
( Gerak balas tak
SELEPAS BERLAKUNYA
SEMASA PELAZIMAN
( DILAKUKANPELAZIMAN
BERULANG KALI )
BUNYIloceng
LOCENG
Bunyi
Rangsanganterlazim
terlazim) )
( (Rangsangan
balas
terlazim
)
terlazim )
LIUR
AIR AIR
LIUR
( Gerak
( Gerak balas
tak
Rajah 1.1: proses eksperiment Pavlov
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip kelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah
1. Generalisasi
2. Dikriminasi
3. Penghapusan.
Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian Matematik akan diadakan. Ali juga
menjadi risau setiap kali ujian Matematik Tambahan akan diadakan kerana kedua-dua mata
pelajaran tersebut adalah mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi, kerisauan dalam
satu mata pelajaran, iaitu Matematik telah digeneralisasikan ke dalam satu masa pelajaran
lain, iaitu Matematik Tambahan.
Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan
yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing,
didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja tetapi
tidak pada bunyi selain daripada loceng.
Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan
tidak terlazim berlaku berulang kali. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan
rangsangan tidak terlazim ( daging ).
PROSES PENGHAPUSAN
Makanan tidak diberikan
Apabila loceng dibunyikan
( dilakukan berulang kali )
Air liur anjing semakin
berkurang sehingga tidak
keluar langsung
PEMBELAJARAN SEMULA
Makanan dan bunyi loceng
diberikan secara serentak
berulang kali.
Akhirnya loceng sahaja dibunyikan.
Air liur anjing keluar semula
PEMULIHAN SERTA - MERTA
Bunyi loceng dibehentikan
Sementara dan kemudian
Dibunyikan semula.
Air liur keluar juga
GENERALISASI
Bunyi loceng digantikan dengan
Bunyi yang seakan-akan sama + daging
Air liur keluar juga
DISKRIMINASI
Hanya bunyi loceng diberikan
daging. Bunyi yang seakan-akan
sama tidak diberikan daging.
Air liur hanya keluar apabila
bunyi loceng dibunyikan +
daging sahaja.
Masalah pembelajaran
Seorang guru mata pelajaran Sejarah mengajar kelas yang kurang minat terhadap mata
pelajaran Sejarah. Setiap kali guru tersebut mengajar di dalam kelas, didapati ramai yang
tidur dan kurang memberikan perhatian ketika dia sedang mengajar. Guru tersebut sangat
risau akan sikap dan tingkah laku pelajar di dalam kelas tersebut. Memandangkan mata
pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus untuk medapatkan sijil di dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, maka guru tersebut mengambil keputusan untuk
melakukan sesuatu supaya pelajar kelas tersebut dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap subjek Sejarah.
Guru tersebut telah mengenalpasti kecenderungan minat pelajar di kelas tersebut. Para
pelajar pastinya suka akan muzik dan nyanyian kerana jiwa remaja cenderung terhadap
keseronokan. Jadi guru tersebut mencari lagu dan muzik untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Berdasarkan teori klasik Pavlov, guru tersebut menggunakan kaedah lagu sebagai rangsangan
tak terlazim untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Berikut merupakan rajah
berdasarkan teori Pavlov.
SEBELUM PELAZIMAN
Lagu
( Rangsangan tak terlazim )
Pelajar memberi tumpuan dan gembira
( Gerak balas tak terlazim )
SEMASA PELAZIMAN
( Dilakukan berulang kali )
Pelajar memberi tumpuan dan gembira
( Gerak balas tak terlazim)
Subjek Sejarah
(Rangsangan terlazim )
+
Lagu
( Rangsangan tak terlazim )
SELEPAS BERLAKUNYA PELAZIMAN
Subjek Sejarah
( Rangsangan terlazim )
Berikut
terlazim
) adalah rumusan dapatan daripada kajian Pavlov.
Pelajar tidak memberi respon
( Gerak balas
PROSES PENGHAPUSAN
Tiada lagu ketika
P & p Sejarah
Respon pelajar makin berkurang
PEMBELAJARAN SEMULA
Ada lagu ketika
P & p Sejarah
Pelajar kembali bersemangat.
PEMULIHAN SERTA MERTA
Aktiviti nyanyian tidak
dijalankan seketika dan
dijalankan semula
Pelajar masih bersemangat
GENERALISASI
Subjek Sejarah digantikan
dengan subjek seakan-akan
Sejarah + lagu
Pelajar tetap bersemangat
DISKRIMINASI
Hanya subjek Sejarah ada aktiviti
nyanyian. Subjek yang seakan
sama dengan subjek Sejarah tiada
aktiviti nyannyian
Pelajar hanya bersemangat
apabila subjek Sejarah + lagu
Implikasi teori Pavlov terhadap pembelajaran adalah seperti berikut :
1. Pembelajaran dipengaruhi oleh sejauh manakah baiknya sistem saraf seseorang.
Indivudu yang baik sistem sarafnya lebih mudah mengusai gerak balas tertentu
melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim.
2. Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui banyak latihan dan ulangan
3. Faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas.
Dalam hal ini, pemberian ganjaran perlu diberi perhatian.
4. Dalam proses pembelajaran, tingkah laku dapat dilihat, diamati,diukur, dan dikawal
hendaklah diberi perhatian.
5. Pemindahan pembelajaran boleh berlaku melalui proses generalisasi. Hal ini
memerlukan kebolehan menggunakan pengalaman dalam situasi-situasi yang lain.
6. Lupaan atau penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan dalam
sesuatu pembelajaran
Rumusannya, pelajar akan memberi respon yang positif sekiranya dirangsang
dengan sesuatu yang menyeronokan. Sebagai contoh semasa pengajaran dan pembelajaran
perlu ada aktiviti nyanyian lagu yang berunsurkan mata pelajaran tersebut. Jika tidak,
kecenderungnya untuk minat terhadap subjek Sejarah juga akan menurun. Pelajar yang
kurang fokus di dalam kelas perlu dikenal pasti masalah mereka. Para guru perlu mencuri
perhatian mereka dengan aktiviti yang merangsang minat mereka supaya mereka dapat
memberi perhatian yang sepenuhnya.
1.2 TEORI PELAZIMAN TINGKAH LAKU (J.B. WATSON)
J.B. Watson merupakan seorang ahli psikologi Amerika dan mejadi orang yang pertama yang
memperkenalkan perkataan behaviourisme..Dan beliau adalah merupakan bapa kepada teori
Behaviourisme. Teori Behaviourisme telah muncul pada tahun 1913 ketika mana John
Broadus Watson menebitkan artikel yang bertajuk “psychology as the behaviourist views it”.
Behaviourism adalah pendekatan psikologi yang mana menekankan kajian santifik dan bahan
kajian. John Watson menerangkan bahawa proses pelaziman kalsik mampu dalam
menerangkan semua aspek psikologi manusia. Selain itu menurut Watson dia percaya bahawa
setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza disebabkan oleh pengalaman yang
berbeza yang pernah dialaminya. Beliau membuktikan dengan mengatakan bahawa:
“Give me a dozen healthy infants, well-formed, and my own specified world to bring
them up in and I'll guarantee to take any one at random and train him to become any type of
specialist I might select - doctor, lawyer, artist, merchant-chief and, yes, even beggar-man
and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies, abilities, vocations and the race of
his ancestors” (Watson, 1924, p.104)
Disini Watson ingin membuktikan bahawa segala yang berlaku dalam tingkah laku
manusia adalah bukan disebabkan oleh kejadian semulajadi ataupun genetik tetapi ianya
adalah disebakan oleh proses pengalaman yang mereka pelajari dapat mengubah sesuatu
tingkah laku manusia melainkan gerakan reflex yang mudah seperti mata berkelip.Watson
berpendapat bahawa tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim(conditioning reflex)
dan gerakan refleks yang mudah berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Akan
tetapi manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri
Selain itu, menurut Mok Soon Sang, 2010 beliau ada menyatakan bahawa tingkah
laku manusia adalah satu reflex terlazim (conditioned reflex), iaitu sesuatu gerak balas
dipelajari melalui proses pelaziman klasik (conditioning classic). Yang membawa maksud
bahawa sesuatu tingkah laku yang berubah adalah disebabkan oleh sesuatu pengalaman yang
dipelajari manakala tingkah laku yang mudah seperti bersin, mata berkelip adalah tidak
diwarisi tetapi ianya adalah semulajadi dan tidak perlu diajar. Ini menunjukkan bahawa
pelaziman klasik mempengaruhi dalam perubahan tingkah laku mereka dalam situasi-situasi
baru.
Selain tingkah laku, pembelajaran emosi juga berhubungkait. Terdapat tiga emosi
manusia yang diwarisi secara semulajadi iaitu marah, sedih dan takut. Perubahan sesuatu
emosi kepada berani kepada takut adalah disebabkan adanya hubungkait dengan teori
pelaziman klasik seperti mana yang dikemukakan oleh J.B. Watson dan Ivan Pavlov. Bagi
membuktikan bahawa pelaziman klasik mempunyai hubungkait dalam perubahan emosi
manusia yang mana semulajadi ada tetapi perubahan ini adalah disebabkan proses tersebut
Watson telah membuat satu uji kaji yang diketahui ramai iaitu uji kaji keatas seorang bayi
yang bernama Albert, uji kaji ini dikenali sebagai “Little Albert”.
EKSPERIMEN LITTLE ALBERT OLEH J.B WATSON
Little Albert merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 11 bulan. Dalam uji kaji ini
Watson ingin membuktikan bahwa perubahan emosi manusia adalah disebabkan oleh
pelaziman klasik. Dalam uji kaji tersebut Albert telah ditunjukkan oleh Watson dengan
pelbagai rangsangan seperti anjing, monyet, nyalaan api dan tikus putih tetapi Albert tidak
menunjukkan sebarang respond takut kepada rangsangan tersebut. Akan tetapi apabila tikus
tersebut ditunjukkan kepada Albert disertakan dengan satu bunyi yang kuat. Rangsangan ini
diulang berkali-kali dan pada akhirnya Albert telah mencetuskan perasaan takut terhadap
tikus putih tesebut. Bukan setakat itu sahaja Albert telah mencetuskan perasaan phobia
terhadap segala bentuk yang mempunyai ciri-siri yang sama seperti tikus putih itu iaitu Albert
takut kepada benda yang mempunyai ciri tersebut. Bagi meneguhkan lagi uji kaji tersebut
setelah Albert mencetuskan rasa takut kepada benda berbulu segala benda yang mempunyai
ciri berbula menyebabkan Albert menangis.
Berdasarkan uji kaji diatas terdapat dua elemen penting dalam terjadinya teori
pelaziman klasik iaitu terdapat rangsangan dan respon kepada tercetusnya sesuatu perubahan
emosi dan tingkah laku manusia. Sebagai contoh dalam uji kaji Albert tikus pada mulanya
menjadi rangsangan tidak terlazim manakala takut adalah respon tidak terlazim akan tetapi
apabila tikus dan bunyi kuat datang berkali-kali maka tikus dan bunyi kuat menjadi
rangsangan terlazim manakala rasa takut kepada tikus yang ditunjukkan oleh Albert menjadi
respond terlazim. Ini kerana proses pelaziman klasik mengambil tempat dalam mencetuskan
rasa takut Albert terhadap tikus putih yang berbulu dan binatang lain yang mempunyai ciri
tersebut. Rajah dibawah menunjukkan proses pelaziman klasik dalam merubah sesuatu emosi
seseorang manusia.
Respond semulajadi
Bunyi kuat
Takut
(Rangsangan tidak terlazim)
(Respond tidak terlazim)
Respond berpasangan
Tikus putih (rangsangan
neutral) +bunyi kuat
(rangsangan tidak terlazim)
Takut
(Respond tidak terlazim)
Respond pembelajaran
Takut
Tikus putih (rangsangan
terlazim)
(respond terlazim)
Rajah 1.2.1: Eksperiment Watson
Tuntasnya disini apa yang dapat disimpulkan bahawa pelaziman klasik dapat
mengubah sesuatu tingkah laku dan emosi manusia. Dengan berlakunya pelaziman maka
manusia akan mempelajari sesuatu makanya mereka akan mencetuskan perubahan emosi dan
tingkah laku.
APLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B. WATSON DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Menurut Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Azizi Abdul Shukor, 2008 dalam buku
yang bertajuk psikologi pendidikan menyarankan bahawa berdasarkan kepada uji kaji Watson
keatas Albert, beliau menyarankan kepada guru bahawa mereka dapat mempengaruhi
pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan
kepada pelajar dan jenis respond yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa
rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi dan dalam proses
pengajaran guru haruslah memilih rangsangan yang menyeronokkan.
Hal ini membuktikan bahawa seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran
dengan menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajaran mereka. Dengan penyedian
rangsangan yang baik dan tepat guru mampu dalam menentukan jenis respond yang diingini
oleh pelajar. Oleh demikian dengan menggabungkan kedua-dua aspek tersebut maka guru
mampu untuk menyampaikan topik pengajaran secara berkesan dan efektik. Tambahan pula
teori ini juga dapat digunakan oleh guru dalam memerhatikan tingkah laku pelajar serta guru
juga mampu dalam mengawal tingkah laku pelajar tersebut. Justeru teori ini memberi banyak
manfaat kepada guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi mereka.
Disini dengan menggunakan teori pelaziman oleh J.B. Watson dapat diaplikasi kepada
beberapa masalah yang berlaku di sekolah. Masalah yang saya sering berhadapan adalah
dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-sunah iaitu murid kurang menguasai tajuk yang
berkaitan dengan ilmu tajwid Al-Quran. Setelah meneliti teori pelaziman ini maka ianya
boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi dengan mewujudkan satu
rangsangan yang dalam bentuk peneguhan yang mana dapat menghasilkan respond yang
positif dari rangsangan yang diberi. Tambahan dengan menggunakan rangsangan dalam
bentuk peneguhan guru dapat melihat respond pelajar terhadap rangsangan tersebut.
Teori pelaziman diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah dengan cara guru
memberi penekanan kepada latihan tajwid. Guru perlu memberi latihan tajwid Al-Quran yang
konsisten dan berterusan agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka
terhadap ilmu tajwid dan membantu mereka menguasai ilmu tersebut. Guru dapat melihat
samaada rangsangan yang diberikan berkesan atau tidak dengan melihat kepada respond yang
diberikan oleh murid. Dengan memberi peneguhan secara berterusan dengan itu dapat
membantu murid dalam menguasai ilmu tajwid. Rajah dibawah menunjukan bagaimana teori
pelaziman diaplikasi dalam menyelesaikan masalah diatas
Respond semulajadi
latih tubi (rangsangan
tidak terlazim)
menguasai ilmu tajwid
(respond tidak terlazim)
Respond berpasangan
tidak faham ilmu tajwid
(rangsangan neutral) +
latih tubi (rangsangan
tidak terlazim)
menguasai ilmu tajwid
(respond tidak terlazim)
Repond pembelajaran
tidak faham ilmu
tajwid+ latih tubi
(rangsangan terlazim)
menguasai ilmu tajwid
(respond terlazim)
Antara masalah lain yang dihadapi ialah masalah pelajar sering lewat menyiapkan
latihan yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian teori pelaziman klasik oleh J.B.
Watson dapat digunakan bagi menyelesiakan masalah berkenaan kerana dengan
mengapikasikan teori ini guru dapat mengawal tingkah laku dan emosi pelajarnya. Sebagai
contoh guru memberi rangsangan yang menyeronokkan kepada pelajar yang menyiapkan
latihan awal. Melalui rangsangan yang diberikan guru dapat melihat respond atau gerak balas
yang diberikan oleh pelajar sebelum dan selepas rangsangan. Makanya disini guru dapat
mengawal tingkah laku dan emosi pelajar tersebut. Dan rangsangan ini akan mencetuskan
emosi gembira kepada pelajar makanya mereka akan menyiapkan latihan yang diberikan
dengan cepat. Dan rangsangan ini akan dilakukan dikelas yang seterusnya. Rajah dibawah
bagaiman teori pelaziman klasik menyelesikan masalah
Respond semulajadi
Puijan kerana menyiapkan latihan awal
rota
(rangsangan tidak terlazim)
Menyiapkan latihan (respond tidak
terlazim)
Respond berpasangan
Lewat menyiapkan latihan (rangsangan
neutral) + Puijan kerana menyiapkan
latihan awal (rangsangan tidak terlazim)
Menyiapkan latihan (respond tidak
terlazim)
Respond pembelajaran
lewat menyiapkan latihan + pujian
kerana menyiapkan latihan
(rangsangan terlazim)
Menyiapkan latihan (respond terlazim)
Rajah 1.2.3: Aplikasi teori pembelajaran
1.3 EDWARD LEE THORNDIKE
Thorndike (1898) adalah seorang ahli psikologi pembelajaran yang menyokong teori
pembelajaran behavioris.Beliau memperkenalkan teori pembelajaran yang lebih dikenali
sebagai pembelajaran cuba jaya.Thorndike memulakan penyelidikannya dengan fahaman
bahawa ganjaran adalah perkara yang paling penting dalam pembelajaran.Berasaskan
fahaman tersebut beliau menjalankan penyelidikan yang unik berbanding penyelidikanpenyelidikan yang lain.Prinsip R&G atau rangsangan dan gerak balas menjadi latar belakang
prinsip penyelidikan yang dijalankan.
Beliau memilih seekor kucing untuk dijadikan subjek kajian.Kucing tersebut dimasukkan
ke dalam sangkar khas.Sangkar yang direka khas bagi penyelidikan tersebut mempunyai
selak khas yang boleh ditanggalkan bagi membolehkan pintu sangkar tersebut
terbuka.Dengan terbukanya pintu sakar itu kucing kajian akan dapat membebaskan
dirinya.Selepas kucing kajian dimasukkan ke dalam sangkar yang direka khas,kucing tersebut
berusaha kesana sini mencari jalan keluar.Secara tidak sengaja,kucing tersebut terusik selak
yang boleh membuka pintunya.Akibatnya,selak tersebut terjatuh dan pintu terbuka
luas.Dengan terbukanya pintu itu,kucing kajian meluru keluar dari sangkar.Perbuatan atau
tingkah laku yang tidak disengajakan tersebut mendatangkan faedah kepadanya.
Kucing yang sama dimasukkan ke dalam sangkar yang direka khas untuk kajian
tersebut.Kucing kajian hanya mengambil masa yang pendek untuk menekan selak bagi
membolehkan dirinya membolos keluar dari sangkar khas itu.Masa yang lebih panjang
diperlukan untuk keluar dari sangkar dalam percubaan yang pertama.Percubaan demi
percubaan dilakukan bagi mengkaji jangka masa yang diambil oleh kucing itu.hasil kajian
menunjukkan setiap kali percubaan semakin kurang masa yang diperlukan untuk keluar dari
sangkar tersebut.Maksudnya,kucing kajian mencuba beberapa kali untuk keluar dari sangkar
dan akhirnya berjaya.
Eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike boleh diringkaskan seperti berikut:
Kucing kajian dimasukkan ke dalam sangkar
Kucing berusaha keluar
Selak terusik,pintu terbuka,kucing keluar
Proses diulangi
Rajah 1.31 eksperimen Thorndike
Pembelajaran boleh berlaku melalui proses cuba-jaya. Proses pembelajaran ini
berlaku di kalangan manusia atau pun binatang.Seseorang pelajar umpamanya,berusaha
mencari jawapan kepada masalah ayat matematik yang diberikan oleh gurunya beberapa kali
sehingga memperoleh jawapannya.Dalam proses mencari jawapan tersebut tentunya pelajar
tersebut mengulangi kesalahan-kesalahan dan membetulkan kesalahan tersebut secara tidak
langsung.Berdasarkan kajian dan contoh yang dinyatakan diatas,Jelas kepada kita terdapat
perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.Rangsangan dan gerak balas tersebut berlaku
melalui hukum-hukum berikut:
a)
Hukum kesediaan
b)
Hukum latihan
c)
Hukum kesan
Hukum
Huraian
Pelajar-pelajar harus bersedia mempelajari
Hukum kesediaan
sesuatu.Persediaan
Hukum latihan
harus
ditunjukkan
melalui sikap dan set mental.
Ganjaran-ganjaran yang tertentu
harus
diberikan
yang
kepada
pelajar-pelajar
menunjukkan tingkah laku yang diingini
atau yang menjadi matlamat.
Ganjaran yang diberikan kepada pelajar
yang sudah menunjukkan tingkah laku yang
diingini atau yang menjadi matlamat harus
Hukum kesan
melalui
tahap-tahap
tertentu.Tujuannya
adalah untuk mengukuhkan tingkah laku
yang
dihajatkan
tersebut
dan
untuk
mengelakkan tingkah laku yang tidak
diingini.
MASALAH
PEMBELAJARAN:-KESUKARAN
DALAM
PENYELESAIAN
MASALAH MATEMATIK BERAYAT:
Masalah kesukaran dalam penyelesain masalah matematik berayat ini sering dihadapi oleh
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.Pelajar biasanya didapati kurang berminat
untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang di anggap susah. Sikap negatif ini sering
menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam subjek matematik.
Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada kefahaman konsep dan
penguasaan
kemahiran.
Pelajar-pelajar
yang
berpencapaian
rendah
menunjukkan
perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran
matematik.Mereka yang mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika
dibandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Kesukaran ini boleh
membawa kepada ketidakupayaan pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak
langkah penyelesaian. Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga
menghadapai kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan pelajar dalam
menguruskan maklumat untuk penyimpanan.Kesukaran mengingat menghalang pelajar
daripada menyimpan fakta dengan lama.
Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi
kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat berbanding
soalan matematik berbentuk mekanikal. Adakah menjadi persoalan pula sama ada cara
pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk menghadapi pelbagai
penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata pelajaran matematik.
Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang strategi yang lebih efektif untuk
membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian
masalah disamping menarik minat mereka semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan
kelemahan pelajar di peringkat awal maka pemulihan dapat dapat diberikan untuk
memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan
membina keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya.
CARA MENGATASI: APLIKASI TEORI EDWARD LEE THORNDIKE TERHADAP
KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT.
Apabila konsep kesediaan ini dipindahkan kepada bilik darjah, dikatakan murid akan berasa
puas apabila dia bersedia bertindak mempelajari matematik berayat. Apabila dia bersedia
untuk bertindak mempelajari matematik berayat tetapi tindakan tidak dilakukan, maka dia
akan berasa kecewa. Sebaliknya,apabila murid belum bersedia untuk bertindak mempelajari
matematik berayat,dia juga akan berasa kecewa. Dengan kata lain,mengikut hukum ini, jika
sesuatu itu perlu dipelajari, sesuatu ganjaran perlu disajikan untuk tingkah laku yang diingini
dan sebaliknya jika sesuatu itu perlu dielakkan, maka dendaan mesti mengikut gerak balas
yang tidak diingini itu.
Apabila seseorang pelajar itu dapat menjawab soalan matematik berayat dengan baik
dia akan dapat ganjaran dari gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan hadiah alat tulis.
Pengalaman yang dialami oleh pelajar itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut
diulangi. Sebaliknya, kalau guru tidak mengendahkan latihan yang pelajar tersebut lakukan,
maka pelajar berkenaan mungkin tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan
dengan guru.
Kesediaan adalah syarat untuk belajar kerana itu guru dicadangkan untuk
mempertimbangkan kemampuan mental atau kognitif pelajar ketika proses pembelajaran dan
pengajaran. Guru harus mengetahui bahawa pelajar ingin mengulangi tindakan yang mereka
terima sebagai hal positif. Oleh sebab itu, guru harus selalu menggunakan berbagai strategi
motivasi untuk mempertahankan minat belajar pelajar di dalam kelas.Guru harus selalu
menyediakan secara logik dan cara yang lebih berhubungkait. Ini adalah cara utama
mempertahankan kepentingan pelajar dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru
harus
mempertimbangkan
penggunaan
hukuman
sebagai
pilihan
terakhir
dalam
mengurangkan masalah yang tidak diingini di dalam kelas. Guru juga harus mengetahui
pentingnya latihan dalam pembelajaran.
Hukum kesediaan menekankan bahawa ganjaran hanya akan berkesan jika pelajar
mempunyai kesanggupan,dari segi psikologinya untuk menerimanya. Sekiranya pelajar itu
sanggup
menerima
sesuatu
ganjaran
yang
diberikan
tiap-tiap
kali
dan
dapat
kepuasannya,maka perhubungan di antara gerak balasnya dengan ganjaran tersebut akan
semakin bertambah kukuh. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan kehendak pelajar akan
mendorongkan lebih bersedia untuk menjalan proses pembelajaran pada masa akan datang.
Seterusnya,hukum latihan merujuk perkaitan antara ransangan dan gerak balas
bertambah kukuh jika terdapat latihan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tindakan
akan di teguhkan dengan ganjaran, dan akan dilemahkan tanpa ganjaran. Mengikut hukum
ini, latihan tanpa ganjaran tidak bermakna. Pengulangan tanpa ganjaran tidak mengakibatkan
pembelajaran. Thorndike merumuskan bahawa latihan itu bukan bermakna ulangan
sebaliknya membawa keadaan yang memuaskan untuk membawa prestasi yang betul.
Hukum latihan di dalam teori Thorndike terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i.
Hubungan
antara
digunakan.Hanya
tindakan
dengan
dan
melatih
ganjaran
diperkukuhkan
hubungan
antara
semasa
tindakan
ia
dan
ganjaran,meneguhkan lagi kedua-duanya.Ini dinamakan hukum gunaan (Law of
Use)
ii.
Hubungan antara situasi dan tindakan adalah lemah,bila latihannya di hentikan.Ia
dinamakan hukum ketidakgunaan (Law og Disuse)
Akhirnya, hukum kesan adalah ikatan ganjaran dengan tindakan akan bertambah
kukuh sekiranya pelajar memperolehi kesan yang memuaskan selepas latihan yanh baik
dihasilkan. Tindakan yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi
lemah,apabila sesuatu ganjaran yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang
seronok. Apabila pelajar melakukan kerja matematik berayat dengan betul,guru memujinya
dengan serta merta, pelajar yang berkenaan akan mendapat kepuasan dan gerak balas itu akan
diperkukuh serta dikekalkan.
Tetapi dari segi terminologi yang moden, sekiranya ransangan atau ganjaran
menghasilkan gerak balas atau tindakan yang kemudiannya dikukuhkan,hubungan SR(stimulus-respons) dikukuhkan atau dikuatkan,sekiranya suatu ransangan atau ganjaran itu
menghasilkan gerak balas atau tindakan yang membawa kepada hukuman,hubungan S-R
dilemahkan.
Menurut Thorndike, belajar merupakan peristiwa terbentuknya perhubungan-perhubungan
antara peristiwa-peristiwa yang disebut sebagai stimulus dan respon. Thorndike membentuk
tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum-hukum yang
terbentuk membantu penambahbaikkan dalam melahirkan kecemerlangan pelajar.Kaedah
berkesan dalam kaedah cuba dan jaya.
Kesimpulannya,dengan
sistem
pembelajaran
matematik
yang
menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan
mereka tercicir dalam pembelajaran.
Perbincangan yang kritis mengenai penyelesaian masalah dapatlah dibuat beberapa
kesimpulan penting berkaitan tajuk yang di perbincangkan. Sebagai seorang guru sewajarnya
kita mengembangkan pelbagai langkah penyelesaian ini kepada pelajar sekolah supaya
menggalakkan mereka menggunakan kognitif yang melibatkan proses penaakulan,
pembinaan konsep, penilaian dan penyelesaian masalah. Langkah yang paling asas dan
penting bagi membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah dengan
mempunyai banyak pengalaman yang berbentuk konsep dan prinsip tentang pelbagai hal.
Pelajar sepatutnya digalakkan menyatakan pendapat mereka dan pendapat itu perlu dihargai
demi menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir semaksima yang mungkin.
Dalam konteks meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang ideal dan
berpaksi kepada realiti maka sifat pengamal pendidikan perlulah dalam erti kata professional
yang sebenarya dengan mengemaskini ilmu pengetahuan terkini,menekan aspek kesungguhan
menghadapi sesuatu cabaran dan bertindak cemerlang menyelesaikan demi kepentingan
sejagat.
1.4 TEORI ALBERT BANDURA
Teori pembelajaran sosial telah diperkembangkan oleh Albert Bandura
yang
mana
teori
ini
adalah
teori
mengenai
perilaku
yang
tradisonal(behavioristik). Albert Bandura merupakan salah tokoh yang
terkenal dengan teori pembelajaran sosial, yang merupakan salah satu
konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankakn komponen kognitif
dari
fikiran,
pemahaman
dan
evaluasi.
Albert
Bandura
ini
telah
membentuk satu teori pembelajaran sosial yang menyarankan konsep
timbal balik (Kamarudin et al, 2014). Interaksi akan berlaku antara
manusia dan juga persekitaran dalam teori pembelajaran sosial ini. Ini
bermakna, manusia mampu mengawal kkehendak dan tingkah laku dan
persekitaran pula berupaya mengawal serta mempengaruhi apa yang
lakukan (Kamarudin et al, 2014). Manakala, unsur dalaman pula akan
mengehadkan sesuatu aktiviti melalui pilihan-pilihan yang tepat dan
betul.
Teori
Bandura
pemerhatian
dan
menggunakan
peniruan.
kaedah
Menurut
pembelajaran
bandura,
semasa
melalui
manusia
mempelajari sesuatu perkara, seseorang tersebut akan mencari serta
memilih cara-cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya. Oleh itu,
kaedah termudah ialah dengan melihat dan juga meniru perbuatan orang
lain.
TEORI MODELING
Teori Modeling merupakan teori yang diperkenalkan oleh Albert Bandura.
Teori Modeling ini adalah proses belajar dengan mengamati tingkah laku
atau
perilaku
seseorang
yang
dianggap
sebagai
contoh.
Secara
ringkasnya modeling ini merupakan proses pembelajaran di mana
seseorang itu melihat dan memperhatikan perilaku orang lain kemudian
mencontohinya. Hasilnya, individu tersebut cenderung untuk melakukan
perkara yang sama dengan orang yang dilihatnya. Dalam proses
pembelajaran, pelajar-pelajar dibenarkan untuk meniru apa yang sahaja
yang baik untuk mereka supaya dapat meningkatkkan pembelajaran
mereka (Kamarudin et al, 2014). Hal ini disebabkan, pelajar merupakan
golongan remaja yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran
yang berhampiran dengannya.
EKSPERIMEN TEORI
Albert bandura telah menjalankan kajian yang dikenali sebagai Bobo Doll
yang menunjukkan kanak-kanak tersebut telah meniru seperti perilaku
agresif dari orang dewasa disekitarnya. Dalam kajian tersebut, Bandura
telah membahagikan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan
kepada tiga kumpulan yang berasingan. Kajian ini brtujuan mengkaji
kesan ke atas kanak-kanak ini setelah mereka diperlihatkan sebuah
tayangan yang mengandungi aksi dan tingkah laku yang agresif. Hasilnya,
setiap kumpulan meniru tingkah laku agresif tetapi dengan kadar berbezabeza. Dapatan dari eksperimen ini, kita boleh simpulkan bahawa meniru
adalah satu daripada cara-cara kanak-kanak belajar dan cara belajar
dengan meniru ini lagi berkesan sekiranya disertai dengan ganjaran.
UNSUR UTAMA DALAM PROSES PEMBELAJARAN
Dalam kajian tersebut, Albert bandura telah mengenal pasti terdapat
empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau
permodelan, iaitu perhatian (attention), mengingat (retention), reproduksi
(reproduction), dan peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation).
a. Perhatian (attention)
Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian (Mok
Soon Sang, 2010). Oleh itu, dalam proses ini subjek akan
memberikan
tumpuan
kepada
tingkah
laku
model
bagi
membolehkan dia mempelajarinya. Antara faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi perhatian:
- Ciri-ciri yang ada pada model tersebut seperti nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.
- Kegunaan dan faedah kepada si pemerhati
- Kemahiran pemerhati
b. mengingat (retention)
seterusnya adalah proses mengingat. Di mana, pemerhatian ini
berupaya mengekalkan tingkah laku yang dia perhatikan dalam
ingatan. Kemudian, tingkah laku tersebut akan digunakan apabila
diperlukan.
c. reproduksi (reproduction)
Proses reproduksi berlaku sekiranya si pemerhati meniru semula
tingkah laku dari model.
Pemerhati mampu meniru perbuatan tersebut dan terus meniru
perbuatan tersebut jika tidak ditegur atau didenda.
d. peneguhan (reinforcement)/motivasi (motivation).
Motivasi amat penting dalam permodelan Albert Bandura kerana ia
adalah penggerak bagi seseorang untuk meneruskan perlakuan
tersebut.
PERNYATAAN MASALAH
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah khususnya
kini menjadi suatu perkara yang membimbangkan. Telah banyak inisatif
yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membenteras masalah tersebut. Namun begitu, masalah salah laku atau
disiplin pelajar saban hari meningkat. Hal ini membimbangkan buat
negara kerana masa depan sesebuah negara bergantung kepada generasi
muda yang akan mewarisi negara ini. Tujuan menyatakan masalah salah
laku dalam kalangan pelajar adalah untuk mencari jalan penyelesaian
bagi masalah tersebut.
Masalah pelajar yang suka mengganggu waktu pengajaran dan
pembelajaran ketika berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas khususnya sebenarnya sering dikaitkan dengan pengajaran
dan pembelajaran yang membosankan. Hal ini berlaku apabila guru
kurang
membuat
persediaan
yang
rapi,
pengajaran
yang
tidak
menyeronokkan serta pembelajaran hanya berpusatkan guru sahaja
membuatkan pelajar yang memang bermasalah tidak memberi perhatian
sehingga
menganggu
rakan-rakan
sekelasnya.
Contohnya,
pelajar
berkenaan mudah merasakan bosan dengan pembelajaran bagi sesuatu
subjek kemudian pelajar tersebut cuba menganggu rakannya yang lain
seperti mengusik, ejek-mengejek dan bermain-main di dalam kelas.
Dengan perbuatan pelajar tersebut, guru di dalam kelas akan mengambil
tindakan dengan mendenda atau memarahi pelajar berkenaan seterusnya
pelajar berkenaan akan mengambil tindakan ponteng sekolah. Malah yang
lebih teruk pelajar berkenaan menyimpan dendam dan bertindak lebih
agresif
dengan
merosakkan
harta
benda
guru
dan
mungkin
mencederakan guru berkenaan.
Perbuatan dari pelajar berkenaan sangat membimbangkan kerana
berkemungkinan pelajar lain turut meniru perbuatan pelajar berkenaan.
Perkara tersebutlah menjadi suatu kebimbangan bagi pihak sekolah
khususnya. Hilangnya peranan sekolah sebagai institusi yang mendidik
generasi menjadi individu yang mengamalkan nilai bermoral. Apabila
perkara ini terjadi, rakan-rakan sebayanya mungkin bertindak sedemikian
terutamanya pelajar yang hanya datang ke sekolah hanya kerana ibu
bapa dan bukanlah berniat untuk belajar.
PENGAPLIKASI
TEORI
MODELING
ALBERT
BANDURA
DALAM
MENYELESAIKAN MASALAH
Menurut teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan
pembentukan asas tingkah laku manusia (Mok Soon Sang, 2012). Ini
bermakna, melalui pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang, individu
tersebut yang memerhati tersebut secara tidak langsung mengikut
tingkah laku individu yang dilihatnya. Kemudian, Bandura juga menyebut
bahawa orang diperhatikan itu sebagai model, dan proses pembelajaran
melalui
pemerhatian
tingkah
laku
model
sebagai
permodelan
(modeling).
Dalam menyelesaikan masalah pelajar yang mempunyai masalah
salah laku dalam kelas, guru sepatutnya menjadi role model seperti dalam
teori bandura tersebut. Guru berkenaan hendaklah memastikan dia
mempunyai perwatakan yang menarik untuk memastikan pelajarnya
tertarik untuk belajar dengannya. Seterusnya, guru haruslah bertingkah
laku dengan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya supaya
pelajarnya meniru tingkah laku tersebut. Bagi memastikan pelajar yang
bermasalah tersebut mengikut tingkah laku guru tersebut, guru tidak
mudah cepat marah atau meninggikan suara kepada pelajar tersebut
tetapi dengan menunjukkan mereka contoh tingkah laku yang baik. Guru
tersebut boleh menasihati pelajar dengan baik dengan memberikan
contoh-contoh akibat melanggari disiplin dengan contoh-contoh yang
mudah difahami. Dengan ini, memudahkan pelajar tersebut memahami
kenapa nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri.
Seterusnya, dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang
menarik dalam bilik darjah, guru seharusnya merancang aktiviti-aktiviti
yang
menarik
lagi
menyeronokkan
pelajar-pelajar.
Pengajaran
dan
pembelajaran tidak seharusnya berpusatkan guru sahaja, sekali-sekala
pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan berpusatkan
pelajar. Dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dapat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk belajar. Secara
tidak langsung, pelajar yang bermasalah tersebut dapat berubah tingkah
laku yang tidak baik kepada yang baik secara sikit demi sedikit dan
berasa belajar itu menyeronokkan.
Selain itu, guru boleh jadikan rakan sebaya yang cemerlang sebagai
contoh untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar kelas kepada
pelajar bermasalah. Guru boleh memberikan pujian kepada pelajar yang
cemerlang atas pelbagai faktor seperti menjadi pelajar cemerlang dalam
akademik, pelajar yang paling sopan, pelajar yang paling aktif dalam kelas
serta pelajar yang mempunyai akhlak yang baik. Secara tidak langsung
pelajar yang bermasalah tersebut akan memerhati tingkah laku pelajar
cemerlang dan cuba untuk meniru pelajar tersebut agar dirinya mendapat
pujian seperti pelajar cemerlang itu.
Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau permodelan ini dalam menjadikan pelajar tersebut
meniru perbuatan yang baik iaitu:
1. Perhatian (attention)
Sebelum melakukan peniruan, terlebih dahulu pelajar(subjek)
memberikan perhatian atau membuat pemerhatian kepada
guru/pelajar
bermasalah
cemerlang(model)
terlebih
dahulu
yang
ingin
memerhati
guru
ditiru.
Pelajar
atau
pelajar
cemerlang dari segi sikap yang positif dan mempunyai tingkah
laku yang menyenangkan. Model seharusnya berpewatakan
yang menarik sehingga pelajar lain boleh menirunya. Jika tidak
ada perwatakan yang menarik atau aura dalam diri, pelajar lain
tidak akan berasa ingin menirunya. Di sini, pentingnya peranan
guru yang seharusnya menjadi model utama. Guru hendaklah
menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar dengan
menonjolkan tingkah laku yang baik seperti bersopan santun,
berkarisma, pandai mengawal emosi dan bersikap profesional.
Dengan sifat yang positif ini dapat menarik perhatian pelajar
tersebut.
2. Mengingat (retention)
Peringkat seterusnya ialah mengingat. Di mana, peringkat ini
berlaku setelah berlakunya pemerhatian dan pengamatan bagi
suatu
model.
Pelajar
berkenaan
akan
melakukan
proses
mengingat dengan menyimpan memori mengenai model yang
dia
lihat untuk dilakukan perbuatan meniru tersebut bila
diperlukan atau diinginkan.
3. Reproduksi (reproduction)
Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku yang
baik, kemudian menyimpannya dalam ingatan, pelajar berkenaan
juga dapat menunjukkan kemampuannya atau menghasilkan
perbuatan atau tingkah laku yang baik mengikut model. Contoh,
pelajar yang suka mengganggu rakan sekelasnya kini tidak lagi
mengganggu mereka. Sebaliknya, dia mempamerkan sifat yang
positif dan berkelakuan lebih baik dari yang sebelumnya.
4. Peneguhan(reinforcement)/motivasi(motivation)
Di peringkat ini sangatlah penting dalam memastikan pelajar
tersebut masih ingin meneruskan tingkah laku yang baik di
hadapan guru atau rakan-rakannya. Ketika ini, guru memainkan
peranan yang penting dalam memastikan pelajar bermasalah itu
tadi kekal bersifat atau berkelakuan baik setiap masa. Guru boleh
memberikan pujian kepada pelajar atas tingkah lakunya. Selain
itu, guru juga boleh memberikan sedikit penghargaan seperti
memberi hadiah supaya pelajarnya berasa bangga dengan
tingkah lakunya tidak terkecuali dalam memberikan kata-kata
semangat supaya pelajar berkenaan kekal berkelakuan baik.
Kesimpulannya, teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh
Albert Bandura ini melibat tiga unsur utama iaitu individu, persekitaran
dan tingkah laku manusia. Teori pembelajaran sosial ini menghasilkan
individu tersebut sebagai pemerhati yang akan meniru setiap tingkah laku
model tersebut mempunyai daya penarik seperti berpewatakan menarik,
karisma, sifat yang baik, berbakat, atau popularity yang diminati oleh
pemerhati. Penggunaan teori Bandura dalam masalah disiplin pelajar
seperti pelajar agreasif dalam kelas sangat berguna untuk dilaksanakan.
Sudah tentu, seorang guru yang mempunyai peranan yang penting dalam
memainkan watak model tersebut. Guru seharusnya memastikan dirinya
boleh menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani oleh para pelajar.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa memaklumkan kepada pelajarnya
kesan buruk ke atas sesuatu tingkah laku yang tidak bermoral, melanggar
norma-norma masyarakat serta peraturan-peraturan dan sebagainya.
Selain itu, murid juga seharusnya diberi peluang untuk memerhati dan
mencontohi berbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang
diingini. Akhirnya, teori ini sangat bergunan dan amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan teori ini dapat
menarik perhatian pelajar serta mengelak kebosanan para pelajar dan
yang penting dapat mengurangkan masalah pelajar yang bermasalah dari
segi disiplin dan sebagainya.
1.5 TEORI PELAZIMAN OPERAN BURHUS FREDERIC SKINNER
B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian
pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari
Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of
Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan
kajian-kajian beliau yang telah dijalankan dalam tahun 1930. Menurut Shahabuddin Hashim,
Mahani Razali, Ramlah Jantan 2003 (Psikologi Pendidikan) Ekpserimen dan hasil
penyelidikan yang dijalankan oleh Thorndike telah memberi buah fikiran kepada
B.F.Skinner(1938) bagi meneruskan penyelidikan berasaskan teori pembelajaran behavioris.
Skinner menjalankan penyelidikan dalam pembelajaran dengan menggunakan tikus dan
burung merpati. Beliau telah membina sebuah kotak kajian yang diberi nama peti Skinner.
Peti Skinner ialah suatu kotak yang mempunyai alat penekan pada dindingnya. Apabila
alat penekan itu ditekankan secara sengaja atau tidak sengaja, maka makanan akan terkeluar.
Skinner telah memasukkan tikus ke dalam peti kajian yang diciptanya. Tikus tersebut
menunjukkan pelbagai tingkah laku rawak, namun secara tidak sengaja tikus tersebut tertekan
alat penekan tersebut. Makanan terkeluar dan tikus tersebut memakannya. Tikus itu
mempelajari bahawa alat penekan tersebut memberi makanan kepadanya. Lantas tikus kajian
tidak berhenti-henti menekan alat penekan tersebut bagi memperoleh makanan. Perlakuan
tikus ini menghasilkan prinsip pembelajaran yang boleh menerangkan proses pembelajaran
yang berlaku di kalangan manusia dan binatang. Menurut Skinner, bagi menghasilkan sesuatu
pembelajaran, matlamat pembelajaran harus ditetapkan terlebih dahulu. Selepas matlamat
ditetapkan maka langkah atau peringkat-peringkat bagi mencapai matlamat tersebut
hendaklah dirangka atau ditentukan. Setiap langkah atau peringkat bagi mencapai matlamat
pembelajaran akan melalui proses pembentukan tingkah laku dan pengukuhan tingkah laku.
Pengukuhan tingkah laku akan berterusan sehingga tercapainya matlamat yang disasarkan.
Seterusnya, Skinner membuat kajian dengan meletakkan lampu di dalam peti kajian.
Lampu tersebut boleh dinyalakan oleh penyelidik jika diperlukan. Tujuan utama lampu
tersebut dimasukkan ke dalam peti adalah lampu hanya dinyalakan jika tikus menekan alat
penekan yang tersedia. Makanan akan diberikan jika lampu dinyalakan. Tikus kajian
berusaha beberapa kali menekan alat penekan peti tersebut, namun makanan tidak ditemuinya
kerana lampu tidak dinyalakan. Selepas beberapa kali percubaan, tikus kajian berjaya
membuat diskriminasi antara keperluan dan kegunaan lampu yang menyala. Lampu yang
menyala adalah pra-syarat bagi menekan alat penekan dan mendapatkan makanan. Jika lampu
tidak menyala maka makanan tidak akan diperoleh. Menurut Skinner, antara penemuan
penting kajian yang dijalankan adalah fenomena penghapusan. Fenomena penghapusan boleh
dijelaskan apabila tikus kajian beberapa kali menekan alat penekan tetapi makanan yan
dihajati tidak muncul juga. Akhirnya, tikus tersebut tidak lagi menekan alat penekan yang
sepatutmya “menganugerahkan” makanan kepadanya. Jika tikus itu kembali menekan alat
penekan dan makanan diberikan, maka tingkah laku menekan alat penekan akan dilakukan
dengan lebih giat lagi.
Rajah pelaziman operan menurut (Lee Shok Mee 1997, Psikologi Pendidikan 2)
Sebelum pelaziman
Gerak balas
Peneguhan
Ganjaran
Tikus
Peti skinner
makanan
Pelbagai
Tekan alat
Makanan
tingkah laku
penekan
terkeluar
Selepas pelaziman : pengukuhan
Tikus
Peti
makanan
Tikus
skinner+lampu
Peti skinne +
Tiada makanan
tiada lampu
Rajah 1.5.1: eksperimen skinner
Menurut Skinner,dalam (Psikologi Pendidikan 2, Lee Shok Mee, 1997) kajiannya
menunjukkan pelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran dalam
proses pembelajaran. Tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang
dikeluarkan mengikut naluri terahadap sesuatu rangsangan (pelaziman kalsik). pelaziman
operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya
ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang dapat menambahkan kebarangkalian gerak
balas yang akan berlaku.
Sebagai perbandingan, dalam situasi pembelajaran manusia, peneguhan merupakan
faktor penting untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Biasanya peneguhan dapat
menghasilkan sesuatu tingkah laku yang menuju ke arah matlamat yang hendak dicapai.
Justeru itu, Teori Peneguhan Skinner menitikberatkan pelaziman di antara sesuatu tingkah
laku dengan peneguhan. Sekiranya, peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkah laku,
maka kebarangkalian tingkah laku itu berulang akan bertambah. Peneguhan adalah aspek
penting teori pelaziman operan yang dikemukan oleh skinner ini. Pada keseluruhannya
terdapat dua bentuk peneguhan yang boleh didapati daripada kajian skinner.
Menurut Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan, 2003, Psikologi
Pendidikan, peneguhan yang pertama ialah peneguhan positif yang merujuk kepada ganjaran
yang diberikan kepada sesuatu organisma selepas melakukan tingkah laku