MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ber

MENJELAJAH
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
bersama
MAIMUNAH

Maimunah Aminuddin

merupakan

seorang pensyarah, penulis terkenal dan
perunding di bidang pengurusan sumber
manusia. Tajuk buku beliau termasuk:
Human Resource Management (2nd ed,
2011, Oxford University Press)
Malaysian Industrial Relations and
Employment Law (7th ed, 2011, McGraw
Hill)
Termination of Employment: Understanding
the Process (2010, CLJ Publication)


PENGAMBILAN PEKERJA
Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah:
 Perancangan Sumber Manusia dan
 Pengambilan Pekerja

Tanggungjawab mendapatkan pekerja untuk organisasi adalah satu tugas utama
pengurusan sumber manusia. Anda perlu laksanakan tugas ini dengan hati-hati.
Menggajikan orang yang tidak sesuai adalah merugikan. Misalnya:
1. Pekerja yang tidak berkebolehan membuat kesilapan yang merugikan.
2. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan pelanggan lari.
3. Pekerja yang tidak berkebolehan menyusahkan rakan kerja yang mungkin berhenti
kerja, dan ini menambahkan kos pengambilan.
4. Perkhidmatan pekerja yang tidak berkebolehan perlu diberhentikan dan ini boleh
mengakibatkan tindakan undang-undang dan bayaran pampasan kepada pekerja
berkenaan.
5. Pekerja yang tidak berkebolehan menyebabkan kemalangan.

Setiap pekerja yang diambil ke dalam perniagaan mesti mempunyai peranan yang jelas dan
mesti boleh jalankan kerja yang diberi. Pengambilan dan pemilihan yang cermat akan
membantu mencapai objektif ini. (PEMILIHAN akan dibincang di Ruang akan datang).

Malangnya kejayaan keputusan dalam pengambilan dan pemilihan tidak terjamin, walaupun
prosedur yang betul telah diikuti seperti digariskan dalam Ruang ini dan seterusnya.

PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
Dalam suasana yang diimpikan, anda akan sediakan satu pelan sumber manusia supaya
organisasi anda akan sentiasa mempunyai bilangan pekerja yang tepat pada bila masa
mereka diperlukan. Pelan yang tetap mungkin tidak sesuai dalam dunia perniagaan yang
cepat berubah sekarang. Dengan itu pihak pengurusan atasan sepatutnya ambil masa untuk
bincang bersama dan rangkakan pelan perniagaan disertakan dengan pelan kakitangan.
Sesi-sesi perancangan ini harus fokus kepada keperluan enam bulan hingga satu tahun yang
dianggap lebih berguna. Meniru kerajaan dengan mengadakan draf pelan 5-tahun adalah
tidak sesuai.
Tujuan pelan sumber manusia ialah untuk menentukan bilangan pekerja yang diperlukan
dalam tempoh berkenaan.

Peringatan:
Menggajikan pekerja
baru tidak begitu susah;
Memberhentikan
pekerja adalah sangat

susah!

 Sekiranya organisasi dijangka akan mempunyai
terlalu ramai pekerja, pemberhentian (retrenchment) atau
dengan apa cara lain pengkecilan bilangan pekerja mesti
dilakukan.
 Sekiranya organisasi dijangka akan mengalami
kekurangan pekerja, langkah tertentu mesti diambil untuk
mendapatkan lebih pekerja atau cari sumber buruh yang
lain.
 Sekiranya perniagaan tidak merancang untuk
perubahan besar, bilangan pekerja mungkin akan kekal.
Bagaimana pun, tindakan mesti diambil untuk
mengurangkan kemungkinan pekerja yang terbaik berhenti
dan meninggalkan organisasi anda.

Perancangan sumber manusia ialah untuk mengelakkan krisis:


Anda tidak mahu terlalu ramai staf. Memberhentikan staf adalah tugas yang

menyedihkan. Dalam jangka masa pendek ia mungkin juga mahal, kerana mereka
yang diberhentikan mesti dibayar faedah-faedah penamatan kerja. Jika perniagaan



meningkat setelah pemberhentian dilakukan, anda bukan sahaja mempunyai kurang
pekerja, tetapi mendapatkan pekerja baru menjadi lebih sukar kerana mereka
mungkin memboikot syarikat anda yang dikenali pernah membuang pekerja.
Anda tidak mahukan kekurangan pekerja hinggakan tidak dapat memenuhi pesanan
pelanggan seperti yang dijadualkan. Pelanggan akan cari pembekal lain jika ini
berlaku. Untuk mengatasi keadaan begini anda mesti ada satu pelan kontingensi.
Kenalpasti tugas utama dalam organisasi anda. Tugas utama ialah tugas di mana
sekiranya tidak ada pekerja, ia tetap mesti dijalankan. Jikalau tidak, pengeluaran atau
perkhidmatan akan terhenti.

Anda mesti pastikan bahawa, jika boleh, keperluan staf anda pada bila-bila masa sama
dengan bekalan yang ada.

KEPERLUAN
=

BEKALAN

Cadangan-cadangan mengenai pengambilan dan pemilihan dimasukkan dalam Ruang ini dan
Ruang akan datang. Bagaimana hendak lakukan pemberhentian pekerja akan diterangkan
dalam Ruang kemudian.

Keperluan Pengambilan Pekerja Baru
Adakah anda pasti bahawa pekerja baru diperlukan? Anda mahu elakkan mengambil pekerja
baru yang akan naikkan kos penggajian melainkan jika ia betul-betul perlu.
Sebelum memulakan proses pengambilan, anda dan pihak pengurusan anda perlu
mengambil kira beberapa kemungkinan berikut:
1. Bolehkah beban kerja disusun semula supaya tidak perlu mengambil pekerja baru?
2. Bolehkah kerja itu, yang bakal diberikan kepada pekerja baru, diberi kepada syarikat
lain? Bolehkah kerja itu dilakukan oleh seorang individu melalui kontrak untuk
perkhidmatan?
3. Adakah anda perlukan pekerja tetap atau bolehkah kerja itu ditawarkan melalui
kontrak jangkamasa pendek?
4. Adakah kerja yang ditawarkan dilakukan sepenuh masa atau separuh masa?

Pengambilan hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan daripada ketua eksekutif

dan ketua jabatan yang membuat permintaan. Borang permintaan pengambilan selalunya
diperlukan apabila seorang ketua jabatan perlukan staf. Sediakan borang yang mudah untuk
ketua jabatan atau pegawai yang membuat permintaan pengambilan mengisi maklumat
seperti:
1.
2.
3.
4.

Nama beliau
Tarikh permintaan
Nama jawatan dan salinan keterangan tugas jawatan yang akan diisi
Alasan permintaan, iaitu menggantikan pekerja yang telah berhenti atau
pembesaran jabatan
5. Tarikh sasar pekerja baru akan mula kerja

Borang permintaan pengambilan ini mesti ditandatangani oleh pengurus yang membuat
permintaan dan juga oleh ketua eksekutif sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses
pengambilan pekerja.


PENGAMBILAN
Pengambilan dan pemilihan ialah proses digunakan untuk mendapatkan pekerja. Dalam
Ruang ini, pengambilan akan dibincang, manakala pemilihan akan dibincang dengan teliti
dalam Ruang akan datang. Kedua proses ini bertujuan supaya anda mendapat pekerja yang
betul sesuai. Dengan itu, beberapa prosedur tertentu mesti diikuti. Itu pun kadang kala
keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil yang terbaik seperti diharapkan.
Dua aktiviti utama terlibat dalam pengambilan adalah:
1. Penentuan ciri-ciri individu yang sesuai dengan jawatan kosong itu, dan
2. Mendapatkan beberapa calon untuk memohon jawatan kosong.

Mendapatkan Gambaran Jelas Jawatan yang akan Diisi
Menerbitkan gambaran yang jelas mengenai orang yang macam mana diperlukan mengisi
kekosongan yang ada adalah berguna sebelum usaha pengambilan bermula. Sekurangkurangnya anda perlu tahu apakah ciri dan tugas jawatan yang ditawarkan. Dengan
maklumat ini, anda boleh putuskan orang yang bagaimana akan berjaya dalam pekerjaan
berkenaan.

Analisis Kerja
Apabila anda mengkaji pekerjaan tertentu untuk mengetahui tugas dan tanggungjawabnya,
anda sedang melakukan suatu proses dipanggil analisis kerja. Proses ini mungkin telah
dilakukan dahulu. Maka tentukan sama ada huraian kerja dan spesifikasi kerja telah sedia


ada. Jika ada, pastikan ianya terkini. Pekerjaan berubah dari masa ke semasa dan dokumen
itu mungkin tidak lagi sesuai untuk masa kini. Sekiranya belum ada analisis kerja dijalankan,
maka anda hendaklah dapatkan maklumat yang diperlukan.
Bagaimanakah maklumat mengenai sesuatu kerja itu dikumpulkan? Jika kerja itu sudah
sedia ada dalam organisasi, anda boleh:
1. Perhatikan individu berkenaan atau mereka yang menjalankan kerja berkenaan dan
catitkan apa yang mereka buat
2. Bincang dengan pekerja berkenaan untuk mengetahui kemahiran dan pengetahuan
yang mereka fikir penting untuk kerja mereka
3. Bincang dengan pengurus atau penyelia kepada pekerja yang menjalankan kerja
berkenaan untuk mengetahui kemahiran dan pengetahuan apa yang mereka anggap
penting untuk kerja itu.
Pendekatan anda akan berbeza sekiranya pekerjaan itu baru diwujudkan. Anda boleh:
1. Adakan perbincangan dengan ketua jabatan yang berkenaan. Minta beliau terangkan
kerja itu kepada anda serta senaraikan kemahiran dan pengetahuan yang perlu
untuk pekerjaan itu.
2. Lihat dalam Internet. Cari sekiranya ada huraian kerja untuk jawatan yang sama.
3. Tanya kenalan anda di syarikat lain sama ada mereka ada jawatan yang sama. Jika
ya, minta satu salinan huraian kerja dan spesifikasi kerja daripada mereka.

Bandingkan ini dengan maklumat yang diberi oleh ketua jabatan.
Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?
1. Apakah tugas-tugas yang perlu disempurnakan oleh pemegang jawatan? Boleh juga
dimasukkan kekerapan setiap tugas. Adakah tugas tersebut dilaksanakan sepanjang
hari, sekali seminggu, setiap bulan atau sekali sekala?
2. Dengan siapakah pemegang jawatan berinteraksi? Pekerja lain yang membuat kerja
yang sama, mereka di jabatan lain, pelanggan atau pembekal? Perlu tepat dan
khusus. Jangan cuma terangkan bahawa pemegang jawatan bekerja dalam
kumpulan. Nyatakan kelompok manakah yang menjadi ahli kumpulan.
3. Kemahiran apakah yang diperlukan untuk membuat kerja berkenaan? Cuba
bahagikan kemahiran kepada dua kumpulan: kemahiran yang penting dan kemahiran
yang berguna tetapi tidak penting.
4. Pengetahuan apakah yang diperlukan untuk membuat kerja berkenaan?
5. Mesin, peralatan dan kelengkapan apakah yang digunakan untuk kerja tersebut?
6. Dalam suasana apakah kerja berkenaan dijalankan? Dalam pejabat berhawa dingin
atau di luar bangunan? Adakah ia melibatkan perjalanan? Kerja berkenaan dari 9
hingga 5 petang atau ikut syif atau melibatkan kerja lebih masa?

Sebaik sahaja seberapa banyak yang mungkin maklumat mengenai jawatan yang perlu diisi
dikumpulkan, anda perlu sediakan dua dokumen: huraian kerja dan spesifikasi kerja.

Dokumen tersebut berguna apabila memohon pensijilan ISO. Dokumen tersebut juga
berguna apabila menentukan jenis latihan untuk pekerja dan bagaimana hendak menilai
prestasi mereka.
Huraian Kerja
Huraian kerja yang lengkap boleh diperolehi dalam Internet di mana terdapat banyak laman
yang menyediakan berbagai huraian kerja. Bagaimana pun anda patut gunakannya sebagai
panduan sahaja, kerana ia perlu disesuaikan supaya padan dengan jawatan yang kosong itu.
Kebanyakan huraian kerja mempunyai tajuk berikut:






Nama jawatan
Tujuan keseluruhan jawatan (pernyataan ringkas memadai)
Senarai tugas dan/atau tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pemegang jawatan
Perhubungan antara pemegang jawatan dan pihak lain
Terma dan syarat utama perkhidmatan yang berkait dengan jawatan berkenaan
Spesifikasi Kerja


Spesifikasi kerja boleh disediakan sebaik sahaja huraian kerja telah dirangka. Spesifikasi
kerja ialah keterangan bertulis mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang akan
mengisi jawatan kosong itu.
Libatkan ketua jabatan atau penyelia yang berkenaan dalam penyediaan spesifikasi kerja.
Hati-hati dengan prasangka peribadi. Ada orang berpendapat bahawa jawatan tertentu
tidak sesuai untuk wanita (atau lelaki), atau mereka dalam golongan umur tertentu sahaja
berkebolehan dalam jawatan berkenaan. Dalam banyak keadaan prasangka begini akan
menghadkan peluang organisasi mendapatkan individu yang paling sesuai.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk jawatan berkenaan bergantung kepada huraian
kerjanya. Perkara yang biasa diguna untuk spesifikasi kerja ialah:





Pengetahuan dan pendidkan yang diperlukan untuk jawatan
Kemahiran yang diperlukan
Ciri-ciri fizikal yang diperlukan, jika ada
Keperibadian yang diperlukan

Anda perlu nyatakan dengan tepat apabila menerangkan kemahiran yang diperlukan untuk
sesuatu jawata . “ekira ya ke ahira ko u ikasi diperlukan, adakah anda bermaksud:
1. Kemahiran bercakap?

2. Kemahiran menulis?
3. Kemahiran mendengar?
Sekiranya jawatan memerlukan kemahiran teknologi maklumat, adakah anda mencari
seorang yang boleh tulis program atau seorang yang boleh mengguna perisian tertentu?
Kemahiran perisian apa yang diperlukan?
Cuba masukkan ciri-ciri yang penting sahaja untuk berjaya dalam jawatan. Mari kita ambil
contoh ciri-ciri fizikal yang mungkin mustahak dan bergantung kepada sifat jawatan. Ciri-ciri
tersebut termasuk:








Ketinggian (berat badan jarang diambilkira)
Penglihatan dan pendengaran
Kekuatan badan (jika perlu mengangkat barang)
Kecergasan am dan kesihatan baik
Tidak ada penyakit berjangkit (penting dalam pengendalian makanan)
Koordinasi penglihatan dan pergerakan badan
Kecantikan muka dan badan

Jawatan yang berbeza mempunyai keperluan berbeza. Masukkan ciri-ciri fizikal sahaja
sekiranya ianya penting untuk tugas seperti yang dinyatakan dalam huraian kerja.
Perhatikan bahawa semua ciri di atas boleh diperiksa oleh doktor atau syarikat, kecuali ciri
terakhir – kecantikan muka dan badan, yang sangat subjektif dan tidak relevan dengan
kebanyakan jawatan.

Cari Pemohon Sesuai
Apabila kekosongan wujud, ada baiknya maklumkan kepada pekerja yang ada dan beri
peluang kepada mereka untuk memohon jawatan berkenaan. Jika ada di antara mereka
sesuai dengan spesifikasi kerja dan mempunyai sikap positif serta rekod kerja yang baik,
mereka patut dibenarkan berpindah ke jawatan itu. Tentu sekali kekosongan akan wujud
dan perlu diisi apabila seorang pekerja berpindah ke jawatan baru.
Jika pekerja yang ada dibenarkan berpindah ke jawatan yang disukai, besar kemungkinan
mereka akan bekerja lebih lama dengan anda. Ini adalah baik untuk organisasi sekiranya
pekerja cergas, efektif dan rajin. Jangan paksa mereka meninggalkan organisasi anda untuk
bertukar kerja di tempat lain.
Anda mestilah telus dengan mana-mana pekerja yang memohon untuk mengisi kekosongan
jawatan dan mereka yang mana permohonan ditolak. Mereka hendak tahu kenapa mereka
tidak sesuai untuk jawatan itu. Terangkan kepada mereka sebab-sebabnya.
Pengurus anda patut berperanan sebagai agen pengambilan sepanjang masa. Jika mereka
berjumpa sesiapa yang mereka fikirkan sesuai, mereka patut dapatkan nama dan nombor

telefon orang yang berkenaan, dan sampaikan kepada pengetahuan pegawai sumber
manusia. Sekiranya ada kekosongan, orang berkenaan boleh dihubungi sama ada berminat
memohon dan bekerja di organisasi anda.

Mengiklankan Jawatan Kosong
Ada banyak pilihan cara pengiklanan. Pilih mengikut:




Peruntukan bajet yang ada
Kedudukan jawatan
Lokasi organisasi

Mengiklankan di Laman Web Organisasi
Laman Web organisasi, jika wujud, adalah tempat pertama sepatutnya pengiklanan
dipaparkan. Di sini kos adalah kecil, atau tidak ada kos tambahan untuk masukkan bahan
tambahan berkaitan dengan kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, jikalau organisasi
tidak terkenal, mungkin bilangan lawatan ke laman web anda adalah terhad. Oleh itu anda
mungkin terpaksa letakkan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan dalam
laman web dan juga adakan iklan kecil menerangkan alamat laman web anda di dalam
akhbar.
Minta Pekerja yang ada Mengesyorkan Orang Yang Sesuai
Minta pekerja yang ada dalam organisasi mengesyorkan kawan atau ahli keluarga mereka
memohon jawatan kosong itu. Insentif kewangan selalunya ditawarkan untuk tujuan ini.
Pekerja yang kenalkan seorang pemohon jawatan akan dibayar wang tunai sekiranya
pemohon itu terima jawatan tersebut dan berjaya menyempurnakan tempoh percubaan.
Satu borang ringkas perlu disediakan untuk tujuan ini dan akan diserahkan oleh pekerja
yang membuat pengesyoran. Borang berkenaan perlu mengandungi:




Nama dan pengenalan pekerja yang kenalkan pemohon
Nama pemohon
Nama jawatan yang dipohon

Borang tersebut perlu juga ada bahagian untuk pengurusan menyatakan:




Tarikh pemohon mula kerja, jika ditawarkan jawatan
Tempoh percubaan pekerja baru dan
Tarikh bila insentif kewangan dibayar kepada pekerja yang kenalkan pemohon

Mengiklankan dalam Akhbar atau Majalah
Mengiklankan dalam akhbar untuk mendapatkan pemohon jawatan adalah kaedah yang
masih popular. Anda perlu putuskan:






Dalam akhbar atau akhbar-akhbar manakah anda akan adakan iklan
Pada hari apakah iklan itu akan diterbitkan dan berapa hari iklan itu akan diterbitkan
Saiz iklan
Kandungan iklan

Faktor utama pengiklanan dalam akhbar ialah kos. Ada akhbar yang kenakan bayaran yang
tinggi untuk iklan perjawatan tetapi akhbar tersebut mempunyai bilangan pembaca yang
ramai.
Ada juga majalah yang terima iklan untuk kekosongan jawatan. Pada amnya kos iklan
tersebut adalah jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh akhbar. Walau
bagaimanapun, kebanyakan majalah keluar sebulan sekali sahaja. Oleh itu, pengiklanan
dalam majalah sesuai sekiranya pihak organisasi tidak perlukan pekerja baru dengan segera.
Tampalkan Notis di Tempat Awam
Iklan untuk jawatan separuh mahir atau tidak mahir boleh ditampal di beberapa tempat
awam. Contohnya:




Di pintu depan/ pagar/ dinding yang mengadap jalan besar di premis organisasi anda
Atas papan kenyataan yang disediakan untuk orang awam seperti di pasar raya dan
kedai serbanika
Di kenderaan awam (di mana bayaran mungkin dikenakan)

Adalah diingatkan bahawa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan mungkin
diperlukan untuk meletak notis atau sepanduk di tempat awam. Bayaran mungkin juga
dikenakan. Semak dengan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab di kawasan
yang anda ingin letakkan iklan anda.
Pastikan iklan yang diletak di tempat awam senang dibaca dari jauh dan isinya tersusun
kemas. Sepanduk dan notis yang mengandungi kesilapan ejaan dan atas bahan yang kotor
tidak akan dapat menarik pemohon untuk jawatan kosong.
Jangan tampal notis di atas harta kemudahan awam seperti tiang lampu, isyarat jalanraya
dan isyarat lalulintas. Melakukannya adalah satu kesalahan dan anda hanya akan membuat
penduduk tempatan dan pihak berkuasa tempatan marah.
Edarkan Risalah kepada Rumah-rumah di Kawasan Keliling
Sekiranya anda mencari pekerja tidak mahir atau separuh mahir, anda boleh sediakan
risalah satu muka surat yang boleh dimasukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan yang
bersesuaian. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk mengedar
risalah mengikut spesifikasi anda. Pilih betul-betul lokasi yang sesuai untuk edaran risalah
berkenaan. Misalnya, di pangsapuri berharga rendah anda mungkin akan mendapati ramai

yang berminat dengan kerja bukan eksekutif tetapi anda tidak akan mendapati ramai ahli
profesional seperti jurutera atau akauntan yang berpengalaman di situ.

Maklumat di dalam Iklan
Kos iklan di dalam akhbar bergantung kepada saiz iklan. Isu ini biasanya tidak timbul dengan
pengiklanan dalam talian, di mana setiap iklan ada kos tetap tanpa menghiraukan jumlah
maklumat di dalamnya.
Iklan yang tidak lengkap adalah membazir. Pastikan apabila anda menyediakan iklan jawatan
kosong anda, maklumat berikut dimasukkan:












Nama jawatan
Lokasi jawatan
Senarai ringkas tugas utama jawatan, jika nama jawatan tidak jelas menunjukkan
tugas yang terlibat
Kelayakkan pendidikan, bidang kemahiran atau pengalaman pekerjaan penting yang
diperlukan. Jangan jadikan keperluan ini terlalu terhad kerana ia mungkin tidak
dapat menarik pemohon.
Mana-mana ciri khas jawatan yang akan menyebabkan ada orang mengambil
keputusan bahawa jawatan berkenaan tidak sesuai untuk mereka. Anda tidak mahu
mereka memohon jawatan tersebut, membuang masa dan tenaga anda menyenarai
pendekkan mereka, dan mendapati bahawa mereka tidak mampu atau enggan
memenuhi keperluan tertentu yang penting untuk jawatan seperti kerja malam,
kerja pada hari cuti am, dan kerap bekerja luar pejabat
Tarikh akhir permohonan
Nama, e-mel dan nombor telefon pegawai dalam organisasi untuk dihubungi
Keterangan ringkas mengenai organisasi sekiranya ia tidak terkenal. Jangan melebihlebih atau kurang jelas mengenai keterangan tersebut
Anggaran gaji yang ditawarkan, contoh RM800-1,000 sebulan
Faedah, jika ada seperti masa kerja anjal yang boleh menarik pemohon

Hubungi Kolej Tempatan
Walaupun anda tidak ada banyak jawatan eksekutif atau pengurus untuk diisi, anda boleh
cuba hubungi sekolah, pusat latihan, kolej yang sesuai dan juga universiti. Kebanyakan
institusi pendidikan ada seorang dua pegawai yang bertanggungjawab membantu pelajar
mencari pekerjaan. Mereka akan iklankan apa-apa jawatan kosong yang anda ada dan
sesetengah mereka pun ada sediakan kemudahan untuk anda menemuduga pemohon di
dalam kampus.

Sekiranya anda boleh tawarkan latihan praktik kepada pelajar yang perlukan latihan di mana
ia adalah sebahagian daripada program pengajian mereka atau kepada mereka yang ingin
belajar mengenai dunia pekerjaan semasa cuti penggal, anda juga boleh belajar banyak
mengenai bakal pekerja. Sekiranya mereka pelatih baik, anda mungkin ingin tawarkan
pekerjaan kepada mereka apabila mereka tamat pengajian. Jika anda beri elaun kepada
pelatih-pelatih tersebut, anda berpeluang tinggi menarik pelajar yang baik berlatih dengan
anda. Mereka biasanya menghargai syarikat yang menawarkan elaun cukup untuk
menanggung belanja makanan dan pengangkutan.

Hubungi Agensi Pekerjaan
Agensi pekerjaan boleh menawarkan banyak bantuan dalam proses pengambilan dan
pemilihan. Walau bagaimanapun, dengan pengecualian JobsMalaysia, sebuah agensi yang
diurus oleh Kementerian Sumber Manusia, anda perlu bayar untuk mendapat perkhidmatan
daripada agensi tersebut.
Untuk mengurangkan kos pengambilan dan pemilihan, agensi yang pertama sepatutnya
anda hubungi untuk bantuan ialah JobsMalaysia. Sekiranya anda menimbang untuk
mengambil perkerja asing, anda perlu letak iklan dengan JobsMalaysia sebelum
permohonan anda untuk mengambil pekerja asing diluluskan.
Beberapa agensi swasta yang terkenal wujud. Kebanyakannya gunakan kaedah-kaedah
dalam talian untuk mencari calon dan juga mengiklan dalam akhbar.
Setengah agensi khusus membantu syarikat mendapatkan dan mengambil pekerja asing.
Peraturan berhubung dengan proses pengambilan pekerja asing selalu berubah. Adalah
penting mendaptakan perkhidmatan agen yang boleh dipercayai dan berpengalaman
apabila melaksanakan proses tersebut. Anda perlu bekerja rapat dengan agen berkenaan
untuk menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkuasa, kerana organisasi anda
pada akhirnya yang bertanggungjawab mengenai pekerja asing dan apa-apa masalah yang
akan timbul daripada pengambilan mereka.

SENARAI SEMAK
PENGAMBILAN
 Sudahkah borang permintaan
jawatan diisi oleh pengurus
yang memohon mendapatkan
pekerja?
 Sudahkah anda sediakan
huraian kerja bagi jawatan
kosong tersebut?
 Sudahkah anda sediakan
spesifikasi kerja bagi jawatan
kosong tersebut?
 Sudahkah anda putuskan
bagaimana anda akan
menarik pemohon?

Borang & Dokumen
Diperlukan Dalam
Proses Pengambilan:
 Borang permintaan
jawatan
 Huraian kerja
 Spesifikasi kerja

Pemilihan
Induksi
Persekitaran perundangan dalam pekerjaan

Dokumen yang terkait

ALOKASI WAKTU KYAI DALAM MENINGKATKAN KUALITAS SUMBER DAYA MANUSIA DI YAYASAN KYAI SYARIFUDDIN LUMAJANG (Working Hours of Moeslem Foundation Head In Improving The Quality Of Human Resources In Kyai Syarifuddin Foundation Lumajang)

1 46 7

ANALISIS KONTRIBUSI MARGIN GUNA MENENTUKAN PRIORITAS PENGEMBANGAN PRODUK DALAM KONDISI KETIDAKPASTIAN PADA PT. SUMBER YALASAMUDRA DI MUNCAR BANYUWANGI

5 269 94

IDENTIFIKASI INSEKTA DI TAMAN HUTAN RAYA R. SOERJO SEBAGAI SUMBER BELAJAR BIOLOGI DALAM BENTUK BUKU SAKU

4 92 26

PERSEPSI SISWA TENTANG TAYANGAN VIDEO “SEJARAH INDONESIA” DI YOU TUBE SEBAGAI SUMBER PEMBELAJARAN (Studi pada Siswa SMA Negeri 4 Malang)

1 39 31

HUBUNGAN ANTARA KONSUMSI PANGAN SUMBER PROTEIN, ZAT BESI, DAN VITAMIN C DENGAN KEJADIAN ANEMIA SISWA SEKOLAH DASAR

0 36 22

IbM PENYEDIAAN DESAIN PINTU AIR DARI BETON RINGAN STRUKTURAL JARINGAN TERSIER HIPA TANIMAJU DESA SUMBER PAKEM KECAMATAN SUMBER JAMBI KABUPATEN JEMBER

0 23 34

PENGARUH MINAT BACA, KETERSEDIAAN SUMBER BELAJAR, DAN DISIPLIN BELAJAR TERHADAP HASIL BELAJAR EKONOMI SISWA KELAS X SEMESTER GANJIL SMA NEGERI 1 BANYUMAS TAHUN PELAJARAN 2011/2012

1 13 79

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59

PENGARUH PENGELUARAN PEMERINTAH PADA SEKTOR PENDIDIKAN DAN KESEHATAN TERHADAP INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA PROVINSI SUMATERA SELATAN

3 52 68

ANALISIS PEMANFAATAN SUMBER DAYA ALAM DANAU RAWA PENING KABUPATEN SEMARANG

9 68 121