Masalah kemalasan dan upaya penyelesaiannya

Masalah kemalasan dan penyelesaiannya
Bismillahi walhamdulillah,
Do’a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Ummamah r.a :

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh
kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku
berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu
daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)
Sebenarnya penyelesaian dalam hal ini bermula dari doa diikuti dengan usaha. Bila
kita katakan usaha, ia adalah soal dalaman. Usaha seganding dengan niat dan citacita , jika niat dan cita-cita (atau azam) tidak kuat maka seseorang menjadi malas
dalam pekerjaan dan ibadahnya. Soal dalaman itu pula adalah soal anugerah, itu
sebabnya kita diminta berdoa dan terus berdoa agar tidak malas. Kita disuroh
berdoa dan terus berdoa bukan untuk pakai baju cantik tapi untuk mencapai taqwa
yang cantik dan tinggi seperti yang difirmankan Allah s.w.t dalam surah Al ‘Araf ayat
26:
Wahai anak cucu Adam ! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk
menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu.Tetapi pakaian taqwa itulah yang
lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan
mereka ingat.
Ada yang berpakaian tetapi tidak bertaqwa atau berpakaian tetapi pakaian itu tidak
dapat menghiasi dirinya (malaikat semua lari !). Kita katakan , mulailah dengan doa

seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith qudsi:
Daripada Abu Zar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Allah s.w.t berfirman
“Wahai hambaKu , kamu sekalian telanjang dan tidak mengenakan pakaian kecuali
orang yang Aku beri pakaian .Oleh kerana itu , mintalah pakaian kepadaKu , niscaya
Aku akan memberimu pakaian .” (H.R Muslim , sahih Muslim Juz 4 hadith 2577).
Barulah doa itu betul-betul menjadi kepala ibadah. Namun berapa ramai manusia
hari ini memohon pakaian taqwa? Mereka hanya memohon diberi kemewahan dunia
dan selepas itu mereka melupakan Allah s.w.t – maka mereka dicop sebagai hambahamba ujian. Ujian demi ujian akan diturunkan kepada mereka. Mengapa tidak
bermohon pakaian taqwa agar kita menjadi hamba-hamba kebaikan, bukan hambahamba ujian. Kerena dengan taqwa kita dapat mencapai khauf dan hakikat,
mencapai mahabbah dan makrifat, insyaAllah. Sekadar renungan, semoga
bermanafaat. Shahidan Radiman , 8 Julai 2014 selepas asar.