1 FUNGSI BAGI PLAN BILIK KAUNSELING. 1.1

1.1

FUNGSI BAGI PLAN BILIK KAUNSELING.
1.1.1 RUANG TAMU
Pengertian ruang tamu ialah sebuah ruangan yang umumnya terdapat pada

bagian terdepan dari sesebuah bilik. Ruangan ini mewakili konsep yang diusung oleh
keseluruhan ruangan dan dapat mencerminkan sesebuah bilik itu sendiri. Ruang
tamu dibilik kaunseling biasanya didesain sedemikian rupa agar tempatnya
berdekatan dengan ruang bacaan. Perabot dan hiasan yang terdapat pada ruangan
ini biasanya terdiri daripada set sofa, tirai, televisyen, ruang bacaan, rak buku dan
lain-lain. Biasanya ruang tamu di bilik kaunseling ini memerlukan perhatian khusus
tentang deko agar semua pelanggan dapat merasai keselesaan ketika berada
didalam bilik kaunseling ini. Selain itu, fungsinya juga sebagai ruang pertama yang
akan dikunjungi oleh pelangga. Ruang tamu juga menjadi tempat pertama pelanggan
untuk berkumpul sebelum memulakan sesi kaunseling. Ruang tamu sangat penting
dalam sesebuah bilik. Jika bilik kaunseling itu mempunyai ramai pelanggan dalam
setiap minggu maka kaunselor perlu menyediakna ruang tamu yang besar supaya
setiap pelanggan selesa. Pemilihan perabot juga penting untuk ruang tamu ini.
1.1.2 BILIK PENTADBIRAN
Untuk fungsi bagi bilik pentadbiran ialah untuk mengurus dan mentadbir

pengurusan, pembangunan dan perkhidmatan sumber manusia. Selain itu, bilik
pentadbiran juga adalah untuk mengurus dan mengemaskini pengurusan fail dan
kualiti. Ia juga menjadi tempat untuk kaunselor menyimpan segala jenis maklumat
yang berkaitan dengan pelanggan. Setiap program yang dianjurkan oleh unit
kaunseling, semua surat menyurat perlu difailkan dan perlu disimpan didalam bilik
pentadbiran tersebut. Setiap fail juga dilabelkan dengan jelas supaya mudah untuk
kaunselor untuk mencari bahan dan maklumat yang berkaitan dengan pelanggan
mereka. Ia juga berfungsi untuk mengurus dan mengemaskini perkhidmatan ruang
yang terdapat didalam bilik kaunseling tersebut. Tidak lupa juga ia berfungsi untuk
mengurus, menyediakan dan menyelenggara pengurusan aset alih. Bilik pentadbiran
ini sangat penting dan perlu dikemas dengan teratur supaya ia dapat memudahkan
kaunselor.

1.1.3

BILIK BIMBINGAN INDIVIDU

Bimbingan individu adalah interaksi antara dua individu yang berlaku antara
kaunselor dan klien. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan klien yang mungkin
mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah

psikologikal ataupun masalah akademik. Dan bilik kaunseling individu fungsi sebagai
tempat antara kaunselor dan seorang pelanggan sahaja. Selain itu, ia juga dapat
menjalinkan satu perhubungan dalam sesi bimbingan individu adalah sangat penting
kerana ia menggalak individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Kaunselor
perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid,
sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan
sebagainya.
1.1.4 BILIK KAUNSELING KELOMPOK
Untuk bilik kaunseling kelompok pula, ia berfungsi sebagai tempat kaunselor
dan satu kelompok untuk berbincang perihal masalah masalah yang dialami oleh
mereka.

Matlamat

kaunseling

berkumpulan

ini


adalah

untuk

membantu

pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu
yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat
mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan
masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah.
1.1.5 SUDUT MAKLUMAT KERJAYA
Untuk maklumat kerjaya pula ialah suatu sudut dimana kaunselor meletakkan
hasil kerja murid. Sebagai contoh, apabila unit bimbingan dan kaunseling ini
melakukan program yang berkaitan dengan kaunseling, setiap latihan dalam
kumpulan tersebut mestilah diletakkan di sudut ini.

Hal ini boleh menyuntik

semangat rakan-rakan yang lain yang hadir ke bilik kaunseling. Selain itu juga, ia
boleh member semangat kepada murid itu sendiri apabila melihat hasil kerja atau

kerjaya mereka dipamerkan didalam bilik kaunseling ini.

1.1.6 SUDUT TERAPI
Untuk sudut terapi juga, ia sangat penting dalam sesebuah bilik kaunseling.
Hal ini menyebabkan murid-murid akan mudah masuk dengan menggunakan terapi
kerana ia dapat membantu individu mengurangkan atau mengatasi masalah
psikologi yang telah menjejaskan kehidupan biasa mereka.
Sebagai kaunselor, kita seharusnya bijak dalam menyusun atur bilik
kaunseling kerana melalui susun atur itulah pelanggan kita berani untuk
menghadirkan diri sebagai terapi diri jika mereka mempunyai masalah yang berkait
dengan diri sendiri mahupun kumpulan.

2.0

TERAPI BERMAIN
Bermain merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan

merupakan suatu cara bagaimana mereka mengenal dunia. Bagi anak bermain tidak
sekadar mengisi waktu, tetapi merupakan keperluan anak seperti makanan,
perawatan, kasih sayang dan lain-lain. Anak-anak memerlukan berbagai variasi

permainan untuk kesihatan fizikal, dan perkembangan emosinya.
Dengan bermain juga, anak-anak dapat kembangkan pertumbuhan otot-otot,
kognitif dan juga emosi kerana mereka bermain dengan seluruh emosi, perasaan
dan fikirannya. Elemen penting dalam bermain adalah anak-anak mendapat
kesempatan dan peluang untuk mengenal apa yang ada disekitarnya sehingga ia
menjadi orang dewasa yang berfikiran kreatif,, cerdas berbanding anak-anak yang
kurang dapat kesempatan dan peluang bermain semasa kecil.
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai
sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan
bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanakkanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid
mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang
dijalankan.
Terapi main juga terdapat sejarah tersendiri iaitu penggunaan permainan
dalam terapi pertama kali dijelaskan oleh perintis psikoterapi Kanak-kanak. Anna
Freud (1928, 1964, 1965), Margaret Lowenfeld (1935, 1970) dan Melanie Klein
(1961, 1987) yang dikemukakan itu premis teori untuk menggunakan permainan,

sebagai contoh, Klein (1961, 1987) yang ditetapkan kanak-kanak bermain secara
spontan merupakan pengganti kepada persatuan bebas yang digunakan dalam
psikoanalisis dewasa.
Dengan penghijrahan Psychotherapists Kanak-kanak awal ke Britain pada
tahun 1930-an, psikoterapi kanak-kanak telah berkembang dan dibangunkan

sebagai tradisi yang kukuh di Eropah. Walaupun Play Therapy telah muncul dari
unsur-unsur psikoterapi Kanak-kanak, asas-asas teori tertentu yang muncul daripada
tradisi Psikologi kemanusiaan.
Pada tahun 1940-an, Carl Rogers (1951, 1955) telah menubuhkan satu model
baru psikoterapi - terapi berpusatkan klien . Tradisi baru dilahirkan sebagai protes
terhadap perspektif, diagnostik preskriptif masa itu. Penekanan diletakkan di atas
hubungan antara ahli terapi dan klien berdasarkan penerimaan, ketulenan, dan
amanah. Oleh itu, pendekatan orang berpusatkan yang dikemukakan perspektif teori
struktur personaliti, kesihatan psikologi, pemerolehan kesukaran psikologi dan
proses perubahan dalam tempoh terapi yang baru dan asli.
Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pendekatan orang ini berpusatkan,
Axline (1969, 1971) telah membangunkan satu pendekatan baru terapeutik untuk
bekerja dengan kanak-kanak - Terapi Main arahan bukan. Penggunaan orang yang
berpusat asas-asas teori, Axline mencipta Play Therapy teori dan kaedah yang jelas

dan ringkas. Akaun beliau bagaimana dia bekerja dengan kanak-kanak lelaki muda
yang dipanggil Dibs terkenal (Dibs: Mencari, 1964 Self). Axline diterangkan dengan
terperinci bagaimana dia bekerja dengan Dibs dan bagaimana dia mampu untuk
menyembuhkan dirinya sepanjang tempoh masa. Beliau berkata, "Tiada sesiapa
yang tahu banyak tentang dunia dalaman manusia sebagai individu itu sendiri.
Kebebasan Bertanggungjawab tumbuh dan berkembang dari dalam orang
yang". Lapan prinsip beliau hubungan terapeutik memberitahu kerja-kerja banyak
Jurupulih Main.
Clark Moustakas menerangkan kerja-kerja yang dilakukan sebagai berkenaan
dengan jenis hubungan yang diperlukan untuk membuat terapi pengalaman
pertumbuhan. Di Britain, Play Therapy mula muncul sebagai tradisi yang baru dan
berbeza dalam tahun 1980-an. Pada mulanya Amanah jam Kanak-kanak profesional
mengajar teknik-teknik asas Terapi Main Axline yang digunakan dalam pelbagai
tetapan. Pada masa yang sama, dua Dramatherapists yang mula menggunakan
kaedah Terapi Play untuk memaklumkan kepada amalan Dramatherapy mereka
dengan kanak-kanak. Sue Jennings (1994) dan Cattanach Ann (1993, 1994, 1998)
unsur-unsur bersepadu Terapi Main arahan bukan untuk merumuskan pergerakan

Terapi Main British. Pada tahun 1990, Institut Dramatherapy mula menawarkan Sijil
dan Diploma Terapi Play.

Pada tahun 1992, Persatuan British Play Jurupulih (BAPT) telah dimulakan
oleh sekumpulan profesional yang belajar di Institut Dramatherapy. Lebih sembilan
belas tahun yang lalu, BAPT telah dibangunkan Terapi Main pergerakan British dan
kini mengiktiraf beberapa kursus latihan di UK termasuk program-program peringkat
Sarjana yang sedang berjalan di Universiti Roehampton (London) dan University of
Glamorgan (Wales)

KONSEP TERAPI MAIN
Antara konsep terapi main ialah melalui bermain kanak-kanak lebih mengenal
dunia dan ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain. Selain itu, kanak-kanak
berpeluang untuk meneroka identiti masing-masing dan juga mainan dapat
mencirikan kehidupan sebenar sebagai contoh set permainan pekejaan seperti polis,
doktor dan tukang masak dan juga set permainan item rumah seperti seterika, kerusi
dan telefon. Terapi mainan juga bercirikan luahan perasaan agresif – gari, penukul,
peralatan militant, topeng dan mainan juga bercirikan luahan perasaan kreativiti –
crayon, playdoh, kad, boneka bekas air.
Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan
kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan
ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari
mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar

atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran
tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain
menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar
keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan
masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan
pembohong.
Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas
dengan fokus yang kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat
digunakan secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk

menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan
‘Persiapan Bersama’ dan bekerja dengan ’Teman yang Ramah’ dan mungkin untuk
‘Pemikir Ulang’.
Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai
dengan ‘Teman yang Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada
pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan
individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.
Terapi permainan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah
laku, meningkatkan komunikasi, mampu menilai diri sendiri dan dapat meningkatkan
keupayaan mempercayai seseorang.

Proses terapi main ada empat tahap. Tahap satu ialah rasa diterima akibat
hubungan erat yang terbina.Tahap dua pula ialah luahan perasaan secara yang
terpendam secara catharsis.Tahap tiga ialah penerokaan peristiwa dan tahap empat
pula ialah bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih.
Terdapat beberap perlaksanaan terapi main antaranya ialah di bilik terapi yang
mempunyai kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian
kanak-kanak .Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku,
cermin, almari dan lain-lain
Boleh juga menggunakan media mainan (kritirea) untuk mendorong ekspresi
pemikiran dan perasaan kanak-kanakdan berpeluang untuk menguji realiti kanakkanak. Ia juga dapat membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima
untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini dan ia juga mudah dimanipulasi oleh
kanak-kanak itu sendiri.
Antara kepentingan terapi bermain ialah dapat memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri dan mereka boleh melahirkan masalah
mereka sendiri. Selain itu, dengan bermain juga dapat menyediakan tempat yang
selamat bagi meluahkan perasaan mereka sendiri. Kanak-kanak juga dapat peluang
untuk membuktikan yang mereka sangat yakin dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Melalui terapi ini juga mereka dapat berkomunikasi dengan rakan dengan baik.
Selain itu, melalui permainan juga, kanak-kanak dapat memberikan pendapat untuk
melakukan aktiviti bermain tersebut. Idea mereka juga akan dikongsi bersama rakan


sepermainan. Semasa permainan dilaksanakan, kita dapat melihat pembentukan
sahsiah terjadi ketika mereka bermain. Selain itu, mereka akan menunjukkan
ekspresi kendiri untuk meningkatkan kemahiran manipulatif dan pengeluhan emosi
semasa terapi bermain ini berjalan.
Selain kepentingan, ada juga terdapat beberapa masalah ketika pelaksanaan
antaranya ialah mempunyai kos kewangan yang tinggi dan juga kesukaran
mendapatkan alatan. Ia juga memerlukan tempat yang besar dan luas serta
penyelenggaraan alatan yang berjadual dan memerlukan kepakaran yang terhad
serta pematuhan kepada jadual dan rutin aktiviti terapi. Kerjasama ibubapa , guru
serta murid juga sangat penting dalam terapi main ini. Terapi ini tidak dapat
diaplikasikan di rumah.
Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik
kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah
berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang
matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup
untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan
pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita,
melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah
menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan
pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita,
melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia dalaman kanakkanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental dan emosi
mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling
untuk membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.0

REFLEKSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah amat penting dewasa ini
dalam

era

Negara

mengalami

perubahan

hasil

daripada

kemajuan

dan

pembangunan pesat Negara. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah
wujud dalam usaha manusia mencari jalan keluar agar individu menemui
kesejahteraan dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat semakin penting bagi mencapai
matlamat falsafah pendidikan Negara dan menyambut cabaran wawasan 2020 serta
membantu pelajar mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.
Antara objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini menjelaskan
antara objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ialah member
khidmat penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek perkembangan diri
pelajar, member khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat
dalam

perbuatan

salah

laku,

member

khidmat

bersifat

pemulihan

untuk

mengorentasikan semula pelajar yang bermasalah dan memberi khidmat kaunseling
krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
Antara cara untuk mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ialah keperibadiaan kaunselor sekolah tersebut, falsafah
yang dianuti, perancangan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
sekolah, perlaksanaan bimbingan dan kaunseling sekolah, pembentukan obejektif
bimbingan dan kaunselingsekolah yang mantap. Disamping itu, kaunselor juga
dikehendaki menyediakan buku-buku rekod yang berkaitan dengan perkhidmatannya
dan melaksanakan tugas-tugas yang telah ditetapkan.
Bagi kaunselor juga, falsafah yang dianuti itu perlu berasaskan falsafah
pendidikan yang mantap yang menjadi landasan kepada setiap pelajar. Selain
daripada mempunyai falsafah yang dianuti, kaunselor sekolah juga perlu
melaksanakan falsafah pendidikan Negara. Oelh itu, keunselor sekolah perlu
mempunyai falsafahnya dalam usaha melahirkan kaunselor yang professional.
Kaunselor perlu yakin bahawa proses pendidikan seharusnya menjadi
pegangan mereka. Mereka perlu percaya dan yakin bahawa tujuan dan matlamat

pendidikan dan keperluan bersatu untuk mencapai cita-cita tersebut. kaunselor
sekolah juga perlu percaya bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
salah satu aktiviti pendidikan yang bersifat tidak langsung dalam mempengaruhi
pelajar.
Dalam pembentukan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingsekolah yang
mantap, banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti pembentikan objektif
bimbingan dan kaunseling sekolah itu mestilah ada penyataanya, perubahan,
perlakuan yang perlu dicapai dalam bentuk sikap, emosi, pengetahuan dan
kemahiran. Selain itu, objektif mestilah jelas dan tepat menentukan arah kerja.
Kaunselor sekolah yang professional member sumbangan yang amat besar
dalam keberkesanan pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
Kaunselor sekolah yang cemerlang dari segi perwatakan, berpakaian dan tutur kata.
Kaunselor sekolah hendaklah sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan
semua pihak disekolah dan agensi-agensi yang memerlukan perkhidmatan
kaunselor dari masa ke semasa.
Kaunselor sekolah juga perlu mempunyai latar belakang pendidikan yang luas
yang dapat membantu beliau memahami manusia di tempat beliau bekerja,
menghargai nilai-nilai dan idea-idea orang lain. Dapat menyesuaikan diri kepada
perubahan budaya, ekonomi dan saintifik dan mengaplikasikan produk kaunseling
secara meluas.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunselingsekolah perlu dimantapkan dalam
usaha

mempertingkatkan

kaunselingsekolah.

tahap

Beberapa

pengurusan

cadangan

yang

perkhidmatan
dirasakan

bimbingan
dapat

dan

membantu

mempertingkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah kaunselor
mengadakan hubungan yang lebih erat dengan ibubapa atau penjaga pelajar dengan
tujuan untuk bekerjasama dan berbincang mengenai perkembangan dan kemajuan
para pelajar. Selain itu, ia dapat menerangkan program bimbingan dan kaunseling
sekolah kepada ibubapa dan penjaga serta membiasakan mereka dengan khidmat
bimbingan sekolah .
Ia juga boleh bekerjasama dengan semua ahli kakitangan akademik sekolah
dengan menyediakan maklumat tertentu untuk penerangan dan rujukan seperti

mengadakan perbincangan yang boleh membantu guru-guru supaya

lebih

memahami lagi sikap dan sifat-sifat individu para pelajar. Ia juga boleh menggunakan
kaedah teknologi moden untuk menyebarkan maklumat-maklumat pelajaran dan
kerjaya.
Ia juga dapat membantu pelajar merancang program latihan pelajar dan
kerjaya selaras dengan kehendak sekolah dan sentiasa berusaha menambah
kecekapannya dan sentiasa menyedari pembaharuan yang berlaku sama ada
didalam atau diluar sekolah. Sentiasa berusaha memajukan professional kaunseling
dengan membuat atau membantu penyelidikan yang berkaitan dan mengambil
bahagian dalam aktiviti anjuran-anjuran Persatuan Kaunseling, sama ada di
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
Selain itu, berusaha meningkatkan imej kaunselor dan pakar-pakar rujuk yang
lain apabila berhubung dengan para pelajar, ibubapa dan masyarakat. Kaunselor
juga perlu member perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok
sekerap yang mungkin. Kaunselor juga perlu menyediakan kotak-kotak cadangan
dan kotak borang perkhidmatan kaunseling di luar bilik unit bimbingan dan
kaunseling.
Dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan latihan penyelidikan
kaunselor sekolah pula, langkah-langkah yang bersesuaian perlu diambil. Antara
cadangan yang dirasakan boleh membantu dalam mempertingkatkan mutu latihan
penyediaan kaunselor sekolah dalam usaha mempertingkatkan tahap pengurusan
perkhidmatan

bimbingan

dan

kaunseling

sekolah. Antaranya

ialah

latihan

penyediaan kaunselor sekolah sepatutnya dirangka dengan baik supaya dapat
memenuhi objektif yang telah ditetapkan berdasarkan falsafah pendidikan Negara
yang boleh menggambarkan tahap profesionalisme kaunselor sekolah yang tinggi.
Kurikulum pendidikan kaunselor perlulah sepunya antara institute yang
melatih bakal-bakal kaunselor sekolah dan perlunya ada peluang-peluang untuk
pendidikan berterusan untuk kaunselor sekolah mempraktiskan kemahiran dan
menambahkan ilmu. Dan juga kemasukan bakal pelatih kaunselor mestilah
berdasarkan bukti-bukti bahawa calon tersebut mempunyai minat, kebolehan dalma
kaunseling . sepanjang tempoh program penyediaan kaunselor, kemajuan calon
perlu sentiasa dipantau.

Sepanjang program penyediaan kaunselor, kemajuan calon pelu sentiasa
dipantau dan tenaga pengajar perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan
praktikum. Mereka perlu mempunyai masa yang mencukupi dalam melaksanakan
tangungjawab proffesion mereka. Ini termasuk mempunyai masa yang mencukupi
untuk penyeliaan yang teliti bagi penilaian setiap calon dan latihan praktikum perlu
dilakukan dimana terdapatnya penyeliaaan lapangan yang terlatih.
Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merupakan
satu perkhidmatan yang amat penting dalam era Negara maju dan dalam mencapai
matlamat falsafah pendidikan Negara dan menyahut cabaran wawasan 2020.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah masih lagi di tahap yang dan
pelaksanaannya

memerlukan

kerjasama

dari

semua

pihak.

Dalam

usaha

meningkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah,
banyak usaha yang perlu dipertingkatkan. Selain itu, semua pihak yang terlibat
dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga member kerjasama yang jitu
dalam meningkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.