LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SENARAI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI GURU MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

  LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SENARAI KANDUNGAN BIL

  ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

  1 Pengenalan

  3

  2 Keterangan Umum SPPBS

  3

  3 Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh

  4

  3.1 Laman Utama Sistem

  4

  3.2 Login

  4

  3.3 Kemaskini Profil 5 4 3.4 Laman Utama Guru Mata Pelajaran

  7

  3.5 Murid

  3.5.1 Daftar Mata Pelajaran 8-10

  3.6 Kemasukan Prestasi 11-12

  3.6.1 Mengikut murid

  11

  3.6.2 Mengikut evidens 12-13

  3.7 Laporan

  3.7.1 Senarai Murid

  14

  3.7.2 Senarai Murid Tiada Prestasi

  15

  3.7.3 Laporan Prestasi Murid

  16

  3.8 Cetakan

  17

  3.8.1 Senarai Murid

  17

  • – Guru Kelas

  3.8.2 Senarai Prestasi Kumulatif Semua Murid Mengiku Kelas

  • – Guru

  18 Kelas

  3.8.3 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif)

  19

  3.8.4 Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Kumulatif)

  20

  3.8.5 Pernyataan Pelaporan Kumulatif Murid (Semua MP)

  21

  • – Guru Kelas

  3.9 Pengguna

  3.9.1 Kemaskini Profil

  22

  3.10 Bantuan

  3.10.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi

  23

  3.11 Keluar

  23

  1. PENGENALAN

  Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

  2. KETERANGAN UMUM SPPBS

  Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk guru matapelajaran.

  SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Guru Mata Pelajaran. Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih di sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah : a.

  Login b. Laman Utama c. Murid i.

  Daftar Mata pelajaran d. Kemasukan Prestasi i.

  Mengikut Murid ii.

  Mengikut Evidens e. Laporan i.

  Senarai Murid ii.

  Senarai Murid Tiada Prestasi iii.

  Laporan Presatasi f. Cetakan g.

  Pengguna i.

  Kemaskini Profil h. Bantuan i.

  Pegawai Yang Boleh Dihubungi i. Keluar

3. PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH

  3.1 LAMAN UTAMA SISTEM

  Klik untuk ke laman Guru Mata

  Pelajaran Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Untuk memasuki sistem ini, pengguna Guru Mata Pelajaran hanya perlu klik pada menu Guru untuk ke laman seterusnya.

  3.2 LOGIN

  1. Masukkan nama login dan

  2. Klik butang masuk Kata laluan Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan.

  Setelah itu, klik butang <Masuk> bagi tujuan pengesahan pengguna sistem.

  Skrin Nama Login Dan Kata Laluan Yang Tidak Sepadan

  Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, skrin dan paparan mesej seperti di atas akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna Guru Mata Pelajaran akan dilakukan sendiri oleh pengguna Guru Mata Pelajaran.

3.3 KEMASKINI PROFIL

  1. Masukkan kata laluan

  2. Tekan butang kemaskini Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. Guru Mata Pelajaran perlu memasukkan kata laluan yang baru bertujuan untuk melindungi data dalam sistem.

  Skrin Kata Laluan Baru Yang Tidak Sepadan

  Sekiranya kata laluan baru tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin yang mempunyai mesej di bawah akan dipaparkan.

  Klik butang OK untuk seterusnya Guru Mata Pelajaran perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan ulangan kata laluan baru. Kata laluan baru dan ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan.

3.4 LAMAN UTAMA GURU MATA PELAJARAN

  Skrin Laman Utama Guru Mata Pelajaran akan memaparkan maklumat mengenai pengguna Guru Mata Pelajaran yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh pengguna Guru Mata Pelajaran.

3.5 MURID

3.5.1 DAFTAR MATA PELAJARAN

  Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Murid> dan kemudian klik pada submenu <Daftar

  

Mata Pelajaran>. Kemudian skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu

  memilih darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin didaftarkan ke atas muridnya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

  1. Guru buat pilihan

  2. Klik butang cari darjah,kelas dan mata pelajaran Senarai murid yang berdaftar dalam darjah dan kelas yang dipilih akan dipaparkan seperti skrin di bawah. Guru perlu memilih murid yang diajarnya daripada senarai murid dengan menanda ( √).

  Setelah pilihan murid dilakukan, tekan butang <Daftar>.

  1. Guru pilih murid yang hendak didaftarkan

  2. Setelah selesai membuat Pilihan, klik butang daftar Mesej seperti di bawah akan dipaparkan menandakan murid telah didaftarkan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru. Tanda ( ) daripada TERANG akan bertukar PUDAR yang bermaksud murid telah didaftarkan.

  1. Tanda '  ' yang PUDAR bermaksud murid telah didaftarkan

3.6 KEMASUKAN PRESTASI

3.6.1 MENGIKUT MURID

  Apabila menu <Kemasukan Prestasi> diklik, guru perlu memilih sama ada melaksanakan kemasukan prestasi <Mengikut Murid> atau <Mengikut Evidens>. Sekiranya Guru Mata Pelajaran memilih kemasukan prestasi <Mengikut Murid>, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru MP perlu memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

  Guru boleh memilih murid yang dikehendaki untuk memasukkan prestasinya berdasarkan senarai di bawah. Guru hanya perlu klik pada untuk ke paparan seterusnya.

  Seterusnya skrin seperti berikut akan dipaparkan. Ianya mengandungi butiran maklumat pelajar beserta kod band atau prestasi bagi setiap mata pelajaran yang diambil murid. Tandakan ( √) pada prestasi yang telah dicapai oleh murid. Setelah menanda (√), tekan butang <Simpan>.

  1. Tandakan '  ' pada

  2. Klik butang simpan petak yang dipilih.

3.6.2 MENGIKUT EVIDENS

  Sekiranya guru memilih untuk melakukan kemasukan prestasi <Mengikut Evidens>, paparan seperti di bawah akan dipaparkan.

  Guru perlu memilih tahun taksiran, bulan, tahun, kelas, mata pelajaran, band, deskriptor dan evidens seterusnya klik butang <Cari>.

  Klik disini untuk menanda semua petak

  Klik butang simpan setelah selesai melaksanakan kemasukan prestasi Tandakan

  '  ' pada petak yang dipilih.

3.7 LAPORAN

3.7.1 SENARAI MURID

  Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai

  Murid>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki dan klik butang <Cari>.

  Senarai semua murid akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya prestasi murid ingin dikemaskini, klik pada gambar .

  Klik untuk kemaskini prestasi murid

3.7.2 SENARAI MURID TIADA PRESTASI

  Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Senarai Murid

  Tiada Prestasi>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang dikehendaki, kemudian klik butang <Cari>.

  1. Guru pilih tahun, bulan, darjah

  2. Klik butang cari Kelas dan mata pelajaran

  Senarai semua murid yang tiada pretasi mengikut pilihan yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya Guru Mata Pelajaran ingin mengemaskini prestasi murid, klik pada gambar .

  Klik ikon untuk kemaskini prestasi murid

3.7.3 LAPORAN PRESTASI MURID

  Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu <Laporan>, kemudian klik pada sub menu <Laporan

  

Prestasi Murid>. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, darjah, kelas dan mata

pelajaran yang dikehendaki dan klik butang <Cari>.

  2. Klik butang

  1. Pilih butiran cari

  Yang dikehendaki Di bawah ialah contoh skrin yang akan memaparkan maklumat prestasi murid.

3.8 CETAKAN Apabila menu <Cetakan> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan.

  Klik untuk pilihan cetakan

3.8.1 SENARAI MURID – GURU KELAS

  Guru boleh mencetak senarai nama murid di dalam kelas yang diajar dengan klik pada &lt;CETAKAN&gt;&lt;SENARAI MURID&gt;. Guru perlu pilih &lt;Tahun&gt; dan &lt;Kelas&gt; kemudian klik pada &lt;Cari&gt;. Senarai murid akan dipaparkan dalam format pdf. seperti di bawah.

3.8.2 SENARAI PRESTASI KUMULATIF SEMUA MURID MENGIKUT KELAS – GURU KELAS

  Guru perlu pilih &lt;Tahun Taksiran&gt; &lt;Tahun&gt; &lt;Kelas&gt; dan &lt;Mata Pelajaran&gt;, seterusnya klik &lt;Cari&gt; seperti yang dipaparkan pada rajah di bawah.

  Senarai prestasi kumulatif murid akan dipaparkan di dalam format pdf.

3.8.3 PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI MURID (FORMATIF)

  Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) dipilih, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang &lt;Cari&gt;.

  Pilih butiran Yang dikehendaki

  Klik butang

  Cari Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

3.8.4 PENYATAAN PELAPORAN PRESTASI MURID (KUMULATIF)

  Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Prestasi Murid (Kumulatif), skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan mata pelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang &lt;Cari&gt;.

  Pilih butiran Yang dikehendaki

  Klik &lt;Cari&gt; Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

3.8.5 PERNYATAAN PELAPORAN KUMULATIF MURID (SEMUA MP) – GURU KELAS Sekiranya cetakan Penyataan Pelaporan Kumulatif Murid (Semua MP), skrin di bawah akan dipaparkan.

  Guru Mata Pelajaran perlu memilih tahun taksiran, tahun, dan kelas yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga boleh memilih sama ada ingin melihat paparan prestasi semua murid atau secara perseorangan melalui kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang &lt;Cari&gt;.

  Pilih butiran Klik &lt;Cari&gt; Yang dikehendaki Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

3.9 PENGGUNA

3.9.1 KEMASKINI PROFIL

  Pada menu ini terdapat sub menu &lt;Kemaskini Profil&gt; dimana pengguna Guru Mata Pelajaran boleh membuat kemaskini kata laluan.

  Apabila sub menu &lt;Kemaskini Profil&gt; diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Pengguna Guru Mata Pelajaran boleh memilih untuk membuat kemaskini kata laluan sekiranya perlu.

  1. Masukkan kata laluan

  2. Klik butang kemaskini

3.10 BANTUAN

3.10.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

  Guru Mata Pelajaran perlu klik pada menu &lt;Bantuan&gt;, kemudian klik pada sub menu &lt;Pegawai

  Dihubungi&gt;. Paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh Guru Mata Pelajaran akan dipaparkan.

3.11 KELUAR

  Apabila menu &lt;Keluar&gt; diklik, Guru Mata Pelajaran tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. Guru Mata Pelajaran perlu memulakan semula proses dengan memasukkan Nama Login dan Kata Laluan sekiranya hendak memasuki sistem.