PEMBUKUAN PEMPROSESAN DATA TEKIMETRI

  UNIT 5

PEMBUKUAN & PEMPROSESAN

DATA TEKIMETRI

  Objektif am: Mempelajari serta memahami cara membuku, membuat pengiraan dan mempelot data-data tekimetri sesuai dengan perkembangan terkini. Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

   Membuat pengiraan, pembukuan dan plotan dari data-data tekimetri menggunakan kaedah manual dan bantuan perisian komputer.  Menerangkan secara ringkas perkembangan terkini peralatan Tekimetri.

  OBJEKTIF

  

INPUT

  5.1 Pengenalan

  Di dalam unit ini, kita akan mempelajari selok-belok pembukuan semasa menjalankan kerjaluar di padang. Pembukuan adalah satu bahagian yang amat penting dimana segala data-data akan dituliskan di dalam buku kerjaluar atau direkodkan ke dalam kad peringatan. Apabila kita selesai melakukan kerjaluar, hasil kerja ini akan dibukukan dan dibuat pembetulan. Merujuk kepada nilai-nilai muktamad yang diperolehi hasil daripada hitungan dan pembetulan tadi, bolehlah kita membuat satu plotan yang menggambarkan butiran di padang.

  5.2 Pembukuan Dan Pengiraan

  Cara pembukuan perlulah sistematik. Pelbagai sistem pembukuan boleh digunakan. Semua maklumat dalam ruangan cerapan direkodkan di lapangan, ruangan selebihnya akan dihitung di pejabat. Nilai-nilai cerapan ufuk dan pugak yang dibaca terus dari alat perlu dimasukkan ke ruangan tersendiri. Pelarasan bacaan sudut pugak perlu dilakukan. Jarak mengufuk perlu dicatitkan hampir kepada 0.01m. Butiran secara amnya ialah merupakan ciri-ciri yang ada di atas atau di bawah aras tanah dan juga pada aras tanah. Antara butiran yang biasa diambil: i) butiran linear : pagar, jalan raya, sungai, landasan keretapi dll ii) butiran yang terpencil : pokok, bangunan, menara dll iii) ketinggian selerak. Borang pembukuan juga perlu menggabungkan lakaran yang menunjukkan titik- titik staf didirikan. Sebagai tambahan, lakaran ini juga perlu dimasukkan maklumat

  • – maklumat seperti jenis tanaman, lebar lorong dan jalan raya, ketinggian serta jenis pagar dan sebagainya.

  Contoh Pengiraan:

  Merujuk kepada jadual pembukuan tekimetri, data-data yang diperolehi terus daripada lapangan adalah terdiri daripada tingggi alat, sudut mendatar, sudut pugak dan bacaan stadia. Manakala data-data yang lain perlulah dibuat pengiraan.

  Dalam pengiraan di bawah anggapkan angkatap campur = 0 dan angkatap darab = 100

  Jarak Cerun D = Ks+C = 100(2.925-1.185) + 0

  = 100(1.740) = 174 m Bacaan Stadia Tengah

  = (2.925 + 1.185) / 2 = 2.055 Jarak Mendatar

  2

  

  H = 100 s cos

  2 = 100 (1.74) cos

   20’ 00”

  = 173.994 = 174.0 m Jarak Pugak

  V = ½ 100s Sin 2 = ½ [100] 1.74 Sin (2 x 0

   20’ 00”)

  =1.012 m Beza Tinggi

   h = V – Bacaan Stadia Tengah

  = 1.012

  • – 2.055 = -1.043 m

  Aras Laras pada Staf

   h

  RL s = RL a + H.I + = 27.91 + 1.57 + (-1.043) = 28.437 m

  Bacaan Bacaan Jarak Jarak  h= V- No.

  Aras Ketinggian Sudut Stadia Stadia mendatar H Pugak 2 Bacaan Stesen Stesen D= Ks + C

  Laras Aras Laras Sudut Ufuk Pugak Atas Tengah = 100s cos V=1/2 Stadia Catatan dan Tinggi Staf

  = 100s pada Alat (m) ) Tengah (Semak  100sSin

  ( Tengah

  Alat (m) Staf dan Bawah an) (m)

  2  (m) 2.925 Bering A

  59 +0 2.055 174.0 2.055 174.0 1.012 -1.043 28.437 Belakan 28’40” 20’00” 1.185 g (R.O) 2.250

  B

  27.91

  5 68 +4 1.745 101.0 1.745 100.5 6.96 5.243

  33.15 Pokok 16’00” 00’00” (1.570m)

  1.240 1.200 6 147 0.910 57.5 0.910 57.5 -0.91

  27.00 GL 00’00” 00’00” 0.625 1.465

  7 147 8 1.080 76.5 1.080

  74.8

  11.4

  10.32

  38.23 Pagar 00’00” 40’00” 0.700 3.195

  Stesen C 320 2.425 153.5 2.425 153.5 1.78 -0.64

  27.27 37’40” 40’00” C 1.660

  Jadual 5.1 : Contoh pembukuan

5.3 Plotan

5.3.1 Cara Manual

  Pertama sekali jaringan stesen kawalan diplot terlebih dahulu. Bagi memelot butiran dan titik-titik tinggi, kita perlukan jangka sudut dan pembaris skala. Dengan merujuk kepada gambar rajah dan jadual, prosidur untuk memelot butiran yang ditentukan kedudukannya daripada stesen adalah seperti berikut :

  (1) Lekatkan jangka sudut kepada pelan ukur dengan menggunakan pelekat supaya pusatnya berada di atas stesen. Orientasikan jangka sudut ini supaya memberi bacaan yang sama dengan T.R. (2)

  Plot kedudukan bacaan bering ufuk yang diambil terhadap titik-titik butiran pada sekeliling tepian jangka sudut. Nyatakan setiap arah butiran kedudukan staf ini sebagai D1, D2, D3 dan seterusnya. (3)

  Alihkan jangka sudut. Sambungkan titik stesen dengan D1, D2, D3 dan seterusnya dengan garis yang lembut dan halus. Panjangkan garis-garis tersebut. (4)

  Dengan memberikan skala pelan kepada nilai-nilai jarak mengufuk yang dikira daripada jadual, ukur jarak ini daripada titik stesen mengikut garisan ke arah setiap titik butiran untuk menetapkan kedudukan pelan butiran-butiran tersebut. (5)

  Tulis nilai aras terlaras yang diambil daripada jadual dengan setiap titik butiran yang berkenaan. (6)

  Dengan berpandukan lakaran di lapangan, butiran antara titik-titik ini dilengkapkan. Garis kontur juga dilukis dengan cara interpolas.

  Semua tanda binaan dihapuskan setelah ditambah butiran dan garis kontur ini.

  Gambarajah 5.2: Contoh pelotan manual Sumber : Ilmu Ukur Untuk Jurutera

  5.3.2 Pelan Ukur yang Sempurna

  Sebuah pelan berasaskan lokasi jaringan terabas. Terkandung dalam blok tajuk adalah butiran lokasi ukur, petunjuk bagi simbol dan huruf ringkas yang digunakan, skala, tarikh ukur, dan nama-nama jurukur yang terlibat dalam menghasilkan pelan. Di atas pelan yang telah disiapkan itu, tanda arah utara ditambah dan maklumat grid koordinat dipindahkan ke garis sempadan pelan.

  Garis kontur ditunjukkan di atas permukaan semulajadi sahaja dan tidak dilukiskan melalui tambakan atau benteng-benteng dan juga potongan- potongan yang mana butiran ini mempunyai simbol tersendiri seperti dinyatakan dalam petunjuk.

  Garis-garis terabas dipadamkan. Tetapi kedudukan stesen-stesen terabas ditunjukkan kerana ia akan diperlukan bagi kegunaan masa depan. Dari segi praktik, pelan ukur asal disediakan dengan tangan oleh jurukur yang melakukan kerjaluar. Pelan ini biasanya tidak mempunyai blok tajuk atau garis sempadan. Walau bagaimanapun, setelah siap lukisan induk yang disediakan oleh jurukur, diserahkan pula ke pejabat lukisan. Di sini semua butiran disurih dengan dakwat ke atas filem plastik dan ditambah pula dengan blok tajuk serta garis sempadan.

  Salinan foto lukisan yang disurih selalunya dibawa untuk kegunaan di tapak. Dengan itu perhatian yang serius perlu diambil terhadap penyediaan surihan kerana sebarang selisih ke atasnya akan dipindahkan kesemuanya ke salinan foto yang dibuat.

  5.3.3 Plotan Bantuan Komputer

  Dalam bab sebelum ini, kaedah-kaedah yang diberikan untuk plotan butiran skala besar adalah dengan tangan. Proses manual bagi pelan- pelan ukur sangat merumitkan dan kebanyakan jurukur atau jurutera tidak mempunyai kebolehan untuk mencapai tahap persembahan yang tinggi dalam kerja berdakwat. Masalah ini biasanya diatasi dengan menyerahkan lakaran ke bahagian lukisan untuk penyurihan dan membuat catatan. Tetapi cara ini menambahkan kos dan masa yang diambil juga adalah agak lama.

  Sejak kebelakangan ini, beberapa kemajuan telah dicapai dalam teknologi komputer yang mana komputer meja berkeupayaan tinggi boleh didapati dengan perisian-perisian ukur yang canggih. Dengan menggunakan peralatan ini, banyak firma ukur menubuhkan sistem plotan ukur berkomputer persendirian di pejabat mereka.

  Sistem Pelotan Bantuan Komputer alat aras sistem gabungan tekimetri pita teodolit dan elektronik stadia EDM/Total Station buku unit perakam

  Pengambilan Data kerja luar (unit storan data) Komputer Pemacu

  Pemprosesan data cekara storan pempelotan layar paparan Output data grafik skrin

5.4 Perkembangan Terkini Alat Tekimetri

  Di dalam arus perkembangan teknologi khususnya di dalam bidang elekronik, turut mempengaruhi bidang ukur terutama terhadap peralatan ukur serta perisian-perisian komputer. Kebanyakan peralatan yang berada di pasaran kini adalah berbentuk elektronik sepenuhnya. Ini memudahkan dan mempercepatkan proses pengukuran. Hasil pengukuran yang diperolehi juga adalah lebih bermutu. Dengan adanya peralatan berelektronik ini, pengambilan data tidak lagi menggunakan buku sebaliknya hanya menggunakan unit storan data. Data-data ini dapat disalurkan terus kepada komputer untuk tujuan pemprosesan. Semasa di dalam komputer, semua data disimpan dalam sebuah fail cerapan lapangan. Dengan bantuan perisian yang direka khas , pengendali komputer dapat membuat hitungan secara automatik. Seterusnya data-data ini dapat diproses untuk menghasilkan satu pelan.

  Gambarajah 5.3: Data-data dipindah turun daripada Alat Total Station ke Komputer Ihsan : Sokkisa AKTIVITI 5

  • Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

  Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…?

  Soalan

  1. Senaraikan ruangan cerapan dan hitungan pada buku kerja luar ?

  2. Apakah yang dimaksudkan istilah butiran ?

  3. Apakah perbezaan antara plotan secara manual dengan bantuan berkomputer ?

  4. Senaraikan 4 perkara yang penting di dalam sesuatu pelan ?

MAKLUM BALAS

  5 Jawapan

  1. Di dalam ruangan cerapan mestilah dicatitkan terus daripada data-data di lapangan. Antaranya ialah sudut ufuk, sudut pugak, bacaan stadia dan catatan.

  Manakala ruangan hitungan pula ialah jarak cerun, jarak mendatar dan aras laras butiran.

  2. Maksud istilah butiran ialah ciri-ciri yang ada di atas atau di bawah aras tanah dan juga pada aras tanah. Antara butiran yang diambil : i. butiran linear : pagar, jalan raya, sungai, landasan keretapi dll ii. butiran yang terpencil : pokok, bangunan, menara dll iii. ketinggian selerak.

  3. Perbezaan antara plotan manual dengan bantuan komputer ialah cara manual masih menggunakan tangan serta peralatan lukisan seperti pen, pembaris dan lain-lain, manakala cara bantuan komputer hanya menggunakan peralatan komputer serta perisiannya sahaja.

  4. Empat perkara penting di dalam menghasilkan pelan ialah : i. Arah utara ii. Petunjuk simbol iii. Tajuk iv. Skala

  Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

  Pagar 13 1.258 1.088 0.915 100 

  Menara Dengan menggunakan kertas kosong sila lukiskan satu jadual pembukuan tekimerti dan isikan ruangan hitungan berkenaan.

  359  20’

  88  40’

  Bucu rumah 25 1.222 1.118 1.014

   00’

  40’ 330

  88 

  Pokok 22 1.355 1.192 1.029

  00’ 300  00’

  Jalan 19 1.165 0.917 0.665 93 

  40’ 210  00’

  180  00’

  5. Daripada data-data yang dicerap di lapangan. Sila isikan setiap ruangan yang akan dihitung nanti ? Stesen : 3 Stesen belakang : 4 bering : 0 

  99  20’

  Pagar 12 1.092 1.005 0.918

  142  40’

  93  00 ’

  Ufuk Catatan 1 2.891 2.660 2.446

  Pugak Sudut

  Bawah Sudut

  Tengah Stadia

  Stadia Atas Stadia

  Titik Staf

   57’ Tinggi alat : 1.35 Paksi : 37.22

  00’ Stesen aras : 35.87 Stesen hadapan : 5 bering : 92

  PENILAIAN KENDIRI

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

  Jawapan 5.

  Di dalam jawapan ini, ruangan hitungan sahaja yang ditunjukkan semula. Anda perlu menunjukkan keseluruhan jadual ini.

  Sela Stadia (  h)

  • – stadia tengah

  (stadia atas

  Jarak Ufuk (H) Beza pugak (V)

  V

  Aras laras 0.445 44.4 -2.33 -4.99

  • – bawah)

  32.32 0.174 16.9 -2.78 -3.78

  29.90 0.500 49.9 -2.62 -3.54

  33.68 0.326

  32.6 0.76 -0.43

  36.79 0.208

  20.6

  1.92

  0.80

  38.02 * Sekiranya terdapat masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.

  33.44 0.343 33.1 -6.23 -7.32