KESAN KESAN islami DASAR EKONOMI

KESAN KESAN DASAR EKONOMI.
Perbandaran
 Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil
pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.
 Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di
kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi
penjajah.
 Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan:
o Mengalami pertambahan penduduk
o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong
o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.
 Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar
seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
 Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan
bijih timah manakala Miri, muncul hasil perlombongan petroleum.
 Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap
dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan
dan institusi kewangan.
 Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan
perkampungan dan India di ladang getah.
 Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut

mempengaruhi kewujudan bandar bandar.
 Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya.
 Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya
jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama.
 Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang,
Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan
 Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840
an.
 Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh
memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum.
 Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik
minat ramai imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
 Dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung

sumber tenaga turut menyumbang kepada peningkatan kedatangan imigran ke
Tanah Melayu.
 Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan petempatan dan jenis
pekerjaan dibezakan mengikut kaum.

 Orang Melayu bertani dan tinggal di kawasan luar bandar, India sebagai penoreh
getah, tinggal di estet dan orang Cina, berniaga dan perlombongan serta tinggal di
bandar.
 Bahasa pertuturan yang digunakan juga berbeza antara satu sama lain.

Sistem Pendidikan Vernakular.
 Masyarakat berbilang bangsa telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
 Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa
ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.
 Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di
surau, masjid dan sekolah pondok.
 Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran,
mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca
dan mengira.
 British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris
tidak dilaksanakan sepenuhnya.
 Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British
ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )
 Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada
1885

 Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.
 Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk
menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.
 Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu
merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.
 Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu.
Pendidikan Tamil
 Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar
 Pihak pengurusan ladang akan membiayai pengurusan sekolah Tamil di ladang.
 Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda, 1912 di Seremban
berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
 Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India.
Juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan China.

 Sekolah China dibiayai oleh saudagar dari China seperti Sekolah Chung Hwa
( 1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai ( 1926) di Kuala Pilah.
 Menggunakan dialek masing masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan
sukatan pelajaran dibawa dari China.
 1920, British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat

pengaruh komunis di sekolah Cina.
 Semua aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British
Pendidikan Inggeris.
 Di peringkat awal, ia adalah usaha para mubaligh Kristian dan badan sukarela.
 Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana:
o Terletak di bandar
o Pelajarnya adalah dari kalangan orang atasan
 Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di England.
 Universiti Malaya di Singapura adalah universiti awal yang ditubuhkan oleh British
di Tanah Melayu.

Sektor Perkilangan.
 Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu
kepada pengeluaran bahan mentah.
 Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.
 Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu
kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.
 Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.
 1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut
getah untuk dieksport ke China.

 Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan
barangan berasaskan getah.
 Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil
dan mesin memproses getah.
 Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan
kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.
 Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.
 Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan
perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.

 Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke
pelabuhan untuk dieksport.
 Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri
Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.
 Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918
dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam
pula disiapkan.
 1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura.

 Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan
pedalaman untuk penanaman getah.
 Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas
terdapatnya jalan keretapi.
 Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat
membawa muatan yang banyak.
 Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk
mengangkut bijih timah dan getah.
 Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya
bertambah.
 Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan
seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara.
 Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan
lebih cekap dan cepat.

Perkhidmatan Kesihatan.
 Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman
penjajahan British.
 Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah
dan tidak diurus dengan baik.

 Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.
 Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat
kesihatan.
 Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
 Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.
 1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.
 Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921,
barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
 Ada juag hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung
Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih
timah Cina.

 Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak
penyakit.
 Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah
pencegahan yang patut diambil.
 Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan
kesihatan bandar. Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.
 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:
o Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.

o Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.