Tugasan tajuk 9 Azizan Mohamad (Power point)

TUGASAN BERPASANGAN

Tajuk 9:
Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk
multimedia interaktif yang baik. Banding bezakan antara
produk multimedia koswer dengan atas talian. Huraikan
elemen-elemen penting yang perlu ada dalam proses
membina produk tersebut.



Dihasilkan oleh: Azizan bin Mohamad (PISMP 4B)

Pengenalan:
Istilah ‘multimedia’ digunakan dalam banyak perkara, seperti Sistem
Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan
lain-lain lagi.
Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution:
Education & Learning, ‘Multimedia adalah perkataan teknologi untuk
perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersamasama berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto,
bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer.’

Oleh itu, multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan
data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan video.

PRODUK MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG
BAIK
Produk multimedia yang baik boleh membawa manfaat sepenuhnya kepada murid
dan guru dalam sesi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu,
produk multimedia interaktif seharusnya mempunyai ciri-ciri yang baik dalam
penghasilannya untuk kebaikan kedua-dua pihak. Antara ciri-ciri yang perlu diberikan
penekanan untuk menghasilkan produk multimedia interaktif yang baik adalah:
a) Carian menggunakan kata kunci, indeks atau senarai kandungan hendaklah
mudah dilaksanakan. Apabila kita hendak mencari sesuatu, kita boleh
menggunakan kata kunci supaya terus ke bahagian yang dikehendaki. Ciri ini perlu
dilaksanakan dengan mudah.

PRODUK MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG
BAIK
b)

Mudah untuk install / dipasang. Sebarang perisian multimedia perlu

mudah diinstall ke komputer yang akan digunakan oleh pengguna.

c)

Mudah diguna dan senang untuk faham. Perisian multimedia perlu
mudah diguna dan senang untuk faham.

d)

Dapat menggunakan perisian mengikut rentaknya sendiri
(fleksibel). Sekiranya pengguna tidak faham sesuatu dan hendaklah
merujuk balik ke bahagian yang tertentu itu, ia boleh membuat
demikian dengan berapa kali yang ia suka tanpa merisau tentang
kawan-kawannya yang lebih cepat.

PRODUK MULTIMEDIA INTERAKTIF YANG
BAIK
e) Bersepadu dan berinteraktif. Pengguna diajar dengan berinteraktif
dengan kerja kursusnya, bukan hanya mencatat nota sahaja daripada
pengajarnya.

f) Persekitaran yang koperatif. Sesuatu perisian multimedia perlu
mempunyai persekitaran yang koperatif. Pengguna boleh membuat
sesuatu dan perisian itu dapat memberi maklum balas yang cepat.
g) Kit pembelajaran kendiri. Perisian kursus multimedia
hendaklah merupakan satu kit pembelajaran kendiri supaya
sesiapa sahaja dapat belajarnya tanpa bantuan daripada orang
lain.

PERBANDINGAN ANTARA PRODUK KOSWER
DENGAN ATAS TALIAN
BIL.
1

KOWSER

ATAS TALIAN
Gelombang Internet

Tidak menggunakan gelombang internet
untuk mempersembahkan produk

tersebut. Internet hanya digunakan
sekiranya mempunyai teknik hyperlink ke
laman web tertentu.
2

Mengutamakan gelombang internet kerana
pengguna perlu mengakses maklumat di
laman web. Tiada gelombang internet maka
sesi pengajaran dan pembelajan akan
terganggu.

Piawaian

Pembinaan produk Koswer lebih terperinci
dan melalui beberapa fasa yang telah
ditetapkan. Bertujuan supaya perisian
yang dibangunkan mengikut perspektif
pendidikan pada masa kini.

Produk atas talian kurang diberi perhatian

sehinggakan pentadbir laman web tidak
membuat pengemaskinian maklumat dan
format dalam produk yang telah dihasilkan.

ELEMEN-ELEMEN PENTING YANG DALAM
PROSES MEMBINA PRODUK KOSWER.
Elemen-elemen pembinaan produk Koswer perlu diberi
penekanan
yang
penting
untuk
memudahkan
pengguna
mengendalikan perisian tersebut. Ada beberapa fasa yang perlu
dilalui untuk menghasilkan produk Koswer yang baik. Antaranya:
1)
2)
3)
4)
5)

6)
7)

Fasa
Fasa
Fasa
Fasa
Fasa
Fasa
Fasa

Pembinaan Bahan Multimedia (Multimedia Production)
Analisis
Rekabentuk
Pelaksanaan (Implementation Phase)
Pengujian (Testing Phase)
Penilaian (Evaluation Phase)
Penerbitan (Publishing Phase

RUMUSAN

Produk mutimedia Koswer mempunyai ciri yang lebih baik
daripada atas talian kerana struktur pembinaan multimedia Koswer
lebih tersusun dan mengikut kehendak standard pengguna. Oleh
yang demikian, pembinaan multimedia Koswer harus diperbanyakkan
dan berkualiti mengikut piawaian kerana dapat memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilaksanakan. Ketiadaan
gelombang internet tidak menjadi masalah kerana produk multimedia
Koswer merupakan produk yang boleh dilaksanakan sama ada secara
atas talian atau bawah talian.

BIBLIOGRAFI
http://
www.slideshare.net/ShukriSuib/kaedah-pembangunan-bahan-instruksi-penilaianbahan-instruksi
http://mit2009.wikispaces.com/KUANTITATIF+-+B2
http://gmm.fsksm.utm.my/~sca3103/cgibin/bahan_kuliah/anita/Bab%203%20-%20Produk%20MM.pdf
http://www.nve.com.my/images/iPintar.pdf
http://www.nve.com.my/Muat%20Turun2.html

Sekian, terima kasih...