Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran

Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah Edmodo bermula sekitar akhir tahun 2008, di mana Nic Borg dan Jeff O’Hara percaya
bahawa suasana persekolahan perlu diperkembangkan untuk menggambarkan perkaitan dalam
dunia yang didiami, dibina untuk mencipta satu perkara baru berkait rapat dengan jurang antara
bagaimana pelajar menjalani kehidupan mereka dan bagaimana mereka belajar di sekolah.
Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada 125,000,000 guru dan pelajar dalam
dunia sejagat. Apa itu Edmodo? Edmodo merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat
digunakan oleh guru, pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning
Management System (LMS). Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan
khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana
pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi
kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa untuk berkomunikasi,
bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar,
perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain.
Hakikatnya Edmodo menyediakan semua yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar
dalam kegiatan pembelajaran yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar
dapat memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent code”.
Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga
bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan
mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah. image_thumb Bagaimana guru boleh
menggunakan Edmodo? Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan

pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo, guru akan
menerima kod dan kod tersebut digunakan oleh pelajarnya untuk mengaktifkan akaun sebagai
pelajar bagi subjek tersebut. Melalui Edmodo, guru boleh memuat naik info terkini berkenaan
kelas dan juga nota bagi tujuan pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh
diletakkan tempoh tamat bagi memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang
diberikan. Guru juga boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred sebaik sahaja
tugasan disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin dibincangkan bagi
memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu, bahan-bahan juga boleh
dimuatkan oleh guru dalam ruangan perpustakaan.Semasa menonton video yang berkaitan
tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru dan pelajar boleh memberi pandangan
mahupun komen tentang ulasan video tersebut melalui Edmodo. Aplikasi Edmodo dalam
pengajaran dan pembelajaran Penggunaan Edmodo sangat berkesan terhadap guru dan pelajar.
Contohnya jika seseorang guru mempunyai tugasan luar dan tidak dapat bersemuka dengan
pelajarnya, atau seorang guru itu sedang berada di luar negara, Edmodo akan membolehkan
guru tersebut menyebarkan mesej, tajuk-tajuk perbincangan dalam bilik darjah, memberi

tugasan serta nota kepada pelajar. serta gred untuk setiap tugasan kepada pelajar. Pendek kata
setiap tugasan akan di muat naik oleh guru dan dibincangkan bersama pelajar. Pada masa yang
sama juga para pelajar akan memuatnaik jawapan masing-masing kepada guru. Jadi, guru dapat
menilai jawapan para pelajar dan memberikan gred untuk setiap tugasan pelajar secara atas

talian. Guru juga dapat menganugerahkan lencana kepada pelajar yang sentiasa aktif
berkomunikasi dan memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran yang dilakukan
dalam Edmodo. Secara tidak langsung pelajar diberikan penghargaan secara terus tanpa perlu
menunggu keputusan ujian akhir. Edmodo merupakan satu jejaring sosial berbentuk
pembelajaran yang banyak membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tanpa batasan menggunakan teknologi maklumat. Laman web Edmodo berfungsi
sama seperti laman sosial yang lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih
menekankan aspek pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan
percuma. Guru hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas yang
dikhaskan untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya akan
mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk mereka dengan
mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Selain itu, ibu bapa juga diberikan kod khas bagi
membolehkan mereka memantau perkembangan akademik anak masing-masing di dlaam kelas
yang telah didaftarkan. Pembelajaran berasaskan laman web seperti Edmodo ini amat baik serta
berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat
kepada diri sendiri. Dengan penglibatan pelajar dalam laman sosial berkenaan akan membuat
pelajar terlibat secara aktif dan dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep
dengan mengaitkan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk dan dapat meningkatkan
kemahiran sosialnya dengan bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi masalah.

Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berkomunikasi dengan aktif dengan rakan dan
guru dalam membina pengetahuan mereka. Penggunaan Edmodo juga memungkinkan
pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on” di mana pelajar boleh bertukar-tukar
maklumat dengan guru mahupun sesame rakan pelajar yang lain. Manakala guru sebagai
fasilitator yang akan membimbing pelajar memperoleh pengetahuan, menjadi sumber pelajar
dalam memberi bimbingan dan komen. Selain itu, penggunaan Edmodo boleh menguji
kemahiran menulis pelajar. Ia boleh dilihat melalui tugasan yang diberi dalam bentuk individu
mahupun berkumpulan dalam bentuk tugasan penulisan ilmiah. Seperti juga sistem epembelajaran yang lain, penggunaan Edmodo sangat mudah dengan sejumlah kefungsian yang
disediakan mengikut pedagogi pilihan. Fail-fail berbentuk audio dan video dapat dimuatnaik dan
dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Guru dan pelajar dapat membuat ulasan dan
memberi komen terhadap dokumen yang telah imuatnaik atau dokumen yang telah dihantar.
Guru dan pelajar juga boleh memanfaatkan ciri-ciri lain yang terdapat di Edmodo seperti
kemudahan kalendar, gred, perpustakaan, sumber pembelajaran, penambahan sub kumpulan

dan sebagainya. Kelebihan penggunaan Edmodo dalam pendidikan Antara kelebihan
penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu/bapa tanpa mengira
tempat dan masa dan merupakan satu platform pembelajaran yang selamat. Ini memudahkan
pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. Selain itu, guru dan
pelajar boleh berkomunikasi secara maya. Guru boleh memberi tugas kepada pelajar dengan
memberi satu tarikh akhir untuk tugas tersebut. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan masa

sendiri asalkan dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga
dapat berkongsi maklumat. Selain itu, ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan hasil
kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo juga kos peralatan
seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan. Untuk lebih jelasnya, silahkan
baca juga, artikel yang berhubungan dengan Artikel Edmodo dalam pengajaran dan
pembelajaran, antara lain : Perbandingan Edmodo, Learnboost dan Schoology Edmodo dalam
pengajaran dan pembelajaran Mengatur Profil Kelas Maya MENGAKSES SUMBER BELAJAR pada
RUMAH BELAJAR Pelaksanaan Proses Pembelajaran RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
(RPP) Aplikasi Gratis Learnboost dalam Pengajaran dan Pembelajaran....

Baca Selengkapnya di : http://www.m-edukasi.web.id/2013/06/edmodo-dalam-pengajaran-danpembelajaran.html Copyright www.m-edukasi.web.id Media Pendidikan Indonesia