Teori teori bahasa dan perkaitannya

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

1

Pendahuluan

Dalam penulisan ini, kita akan menyentuh serba sedikit berkenaan definisi pengajaran
dan pembelajaran bahasa agar pemahaman terhadap tajuk ini akan lebih jelas. Selepas
mengetahui definisi pengajaran dan pembelajaran bahasa barulah kita menyentuh dengan
teori-teori bahasa dan akhir sekali kita akan cuba mengaitkan kesemuanya. Kita cuba melihat
kaitan teori-teori bahasa dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Seorang guru itu harus tahu asas teori-teori bahasa dalam usaha untuk
mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan mengetahuinya
dapatlah diterapkan atau digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran agar guru itu dapat
merancang pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran bahasa kepada pelajarnya. Teori-teori bahasa ini diterapkan dan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sesuai dengan penerimaan dan kebolehan pelajar.

Seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pengajarannya dengan
cara yang berkesan dan seorang pelajar juga tidak mungkin dapat menerima pembelajaran

yang berkesan jika guru tidak mempunyai pengetahuan tentang teori-teori bahasa. Dengan
erti kata lain, seorang guru itu perlulah menentukan teori-teori yang bersesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada pelajarnya untuk meningkatkan keberkesanan
mutu pengajaran dan pembelajaran. Perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah
penting. Hanya dengan mempunyai pengetahuan yang cukup pembelajaran akan menjadi
lebih berkesan.

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama guru
dan muridnya. Ia melibatkan guru dan pelajar. Guru bertindak sebagai penyampai (pemberi)
manakala pelajar pula menjadi penerima. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara
sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

2

demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Tujuan

utama mengadakan pengajaran ialah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran.

Menurut Nurazmi Kuntum (1997:2), pengajaran ialah satu proses menyampaikan ilmu
daripada satu pihak kepada pihak lain. Pengajaran yang berjaya ialah pengajaran yang
memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Ia dapat membuat perubahan yang positif
ke atas muridnya sesuai dengan objektif pengajaran dan kurikulum yang telah disediakan.

Manakala pembelajaran merangkumi semua tingkah laku yang agak kekal sifatnya
dalam kebolehan seseorang itu, hasil dari sesuatu pengalaman atau latihan. Perubahanperubahan yang agak stabil yang berlaku di dalam tingkah laku seseorang individu lantaran
interaksinya dengan persekitaran. Ringkasnya pembelajaran adalah berdasarkan pada sesuatu
perubahan di dalam tingkah laku yang agak stabil dan kekal dihasilkan melalui pengalaman
atau latihan.

Teori-Teori Bahasa dan Perkaitannya

Bahasa dilihat sebagai aktiviti yang berfungsi dan mempunyai tujuan tertentu,
berkaitan dengan matlamat dan situasi sebenar. Bahasa yang dicipta oleh seseorang itu
lazimnya diucapkan untuk tujuan-tujuan yang tertentu (Kamarudin, 2001:116). Dalam
membicarakan teori-teori bahasa, sebenarnya terdapat lebih kurang sepuluh teori bahasa yang
terkenal (Kamarudin, 1986:32). Namun di sini saya hanya akan membicarakan dua teori

sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam
pengajaran bahasa.

Teori-teori ini ialah teori behaviourisme (mekanis) dan teori mentalis (kognitif). Teori
behaviouris menganggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu
rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan
individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Teori ini juga
menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

3

rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai gerakbalas. Bahasa sesuatu perlakuan itu dapat
dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan
sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran.

Melalui teori ini, latihan dan latih tubi yang kerap merupakan aspek utama dan tidak
boleh diabaikan kerana dengan itu pelajar akan cepat mempelajarinya. Kemahiran bahasa
adalah dipandang sebagai satu kebiasaan maka satu tabiat (habit) mestilah ditanam ke dalam

diri pelajar itu dengan memberikannya peluang untuk berlatih berulang kali. Teori ini juga
menganggap pembelajaran sebagai satu proses mekanikal bagi membentuk sesuatu
kebiasaan, yang padanya terdapat perhubungan di antara satu rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu gerak balas yang betul akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan
membentuk satu kebiasaan. Di samping itu, teori ini menekankan kepentingan pengaruh
persekitaran dalam pembelajaran bahasa.

Bolehlah disimpulkan bahawa teori behaviouris menganggap bahasa dikuasai melalui
proses pengulangan sehingga menjadi satu kebiasaan. Bahasa juga merupakan satu tingkah
laku manusia yang dihasilkan daripada rangsangan dan tindak balas. Perlakuan ini sama
seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Aspek
lisan yang berupa percakapan atau pertuturan sangat diutamakan. Selain itu, pengukuhan dan
ganjaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Jadi menurut fahaman
saya, teori behaviouris lebih menekankan kepada rangsangan-rangsangan yang dibuat oleh
guru atau persekitaran yang seterusnya bertindak balas dalam otak samada secara perlahan
atau cepat yang kemudiannya akan menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang
bermakna. Pengetahuan itu kemudiannya diamalkan dengan latihan dan latih tubi yang kerap.
Teori behaviouris dapat divisualisasikan dengan gambarajah di bawah ini. Walaupun
gambarajah ini menyerupai atau mungkin sama dengan gambarajah proses pembelajaran,
namun saya cuba menggunakan dan menerapkannya dengan teori behaviouris kerana saya

melihat adanya kaitan antara satu dengan yang lain.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

4

Per seki t ar an/ Gur u

r angsangan- r angsangan

per l aksanaan

ot ak

per l ahan/
pendek

cepat /
panj ang


Latih tubi/
ulangan

tindak balas

Beralih pada teori mentalis pula yang memandang bahasa sebagai satu proses
pemikiran iaitu satu aktiviti mental dan satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Ia
menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh suatu proses dalam
otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk
perangsang dari alat deria. Ahli teori mentalis yang terkenal, Piaget (Juriah Long, 1990:33)
berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi dan dengan
otak manusia berkebolehan untuk mempelajari berbagai-bagai hal. Proses ini melibatkan
seseorang pelajar menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan yang telah sedia ada
dalam otaknya dengan data-data yang diperolehi daripada persekitarannya. Golongan ini
menekankan bahawa terdapat hubungan yang erat di antara bahasa dengan pemikiran.
Penguasaan bahasa memerlukan proses mental. Apabila seseorang itu mahu menggunakan
bahasa, dia haruslah menggunakan fikirannya untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis dan
bermakna. Teori ini juga sangat menegaskan makna dan proses-proses yang tersembunyi
yang terlibat dalam produksi bahasa. Semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan
kepada logik kerana sesuatu yang tidak dapat dimengertikan adalah tidak bermakna dan tidak

dapat diterima (Kamarudin, 1986:33).

Oleh itu teori mentalis menganggap bahawa seseorang pelajar itu memperolehi bahasa
secara natural kerana kebolehan ini sudah terancang dalam diri mereka dari segi biologis.
Pelajar yang terdedah kepada bahasa akan dengan sendirinya berkeupayaan untuk berbahasa.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

5

Seorang pendukung teori mentalis iaitu George A. Miller (Kamarudin, 2001:25) cuba
menggambarkan proses-prose mental yang dapat dilakukan oleh seseorang pendengar apabila
menghadapi sesuatu pertuturan. Proses-proses itu ialah mendengar, memadankan, menerima,
mentafsirkan, memahami dan mempercayai. Secara ringkasnya, teori ini lebih menekankan
kepada pengetahuan seseorang kerana sejak dilahirkan manusia mempunyai kebolehan untuk
menguasai bahasa. Kebolehan ini wujud secara semula jadi. Dua perkara yang penting dilihat
dalam teori ini iaitu kecekapan (competence) dan prestasi (prestasi). Selain itu bahasa
mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa berkaitan dengan
keupayaan mental. Akhir sekali, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek
pemikiran, pengetahuan dan makna diberi penekanan. Dengan menggunakan gambarajah

seperti teori behaviouris, teori mentalis juga boleh diterangkan seperti berikut:

Per seki t ar an/ Gur u

ot ak dan sar af

pel aksanaan

st or i ngat an panj ang/
cepat

t i ndak bal as

Bila ditinjau dengan lebih dekat mengenai kedua-dua teori ini, bolehlah dikatakan
kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Timbul pertanyaan tentang teori
manakah yang lebih baik atau benar, iaitu teori behaviouris atau teori mentalis? Nampaknya
kedua-dua teori ini mempunyai asas dan logik masing-masing. Persoalan di sini bukanlah
untuk menentukan teori yang mana yang lebih baik, tetapi yang lebih penting ialah kedua-dua
teori ini munasabah dan logik serta mempunyai manfaat. Namun ada satu hal yang ingin saya
sentuh di sini mengenai teori mentalis. Seperti yang telah dibincangkan tadi, teori mentalis

lebih menekankan keupayaan mental dan pemikiran semulajadi tanpa mementingkan aspek
rangsangan, bagi saya (betulkan jika saya salah), seseorang murid atau pelajar yang
mempunyai kebolehan mental yang cerdik dan lebih cepat bertindak dalam pembelajarannya
adalah juga perlu didedahkan kepada rangsangan. Ini kerana seseorang yang cerdik dan
pandai akhirnya akan merasa bosan juga jika hasil pengajaran gurunya tidak berkesan. Apa

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

6

yang diharapkan ialah pengajaran guru tadi akan meninggalkan kesan yang memuaskan dari
mengelakkan rasa bosan pelajarnya walaupun pelajar itu cerdik, rangsangan dari guru adalah
amat penting sekali.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa dengan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa

Sebentar tadi kita sudah mengetahui tentang teori-teori bahasa dan kedua-dua teori
tadi saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Sekarang kita cuba mengaitkan teori-teori
tadi dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kita melihat kesan atau implikasi keduadua teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seorang guru perlulah bijak

menentukan teori-teori bahasa yang bersesuaian dengan pengajarannya kepada pelajarpelajarnya. Keberkesanan komunikasi adalah bergantung kepada bagaimana guru dapat
menyampaikan bahan atau maklumat yang hendak dikuasai itu dan seterusnya dapat dimiliki
dan disimpan dalam bank ingatan jangka panjang dengan sempurna. Untuk itu guru perlu ada
satu cara yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat itu secara berkesan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran bahasa, proses
penyampaian akan melibatkan tiga bentuk strategi, iaitu pendekatan, kaedah dan teknik.
Pengajaran yang berkesan akan mengintergrasikan ketiga-tiga bentuk ini secara harmoni.
Seorang guru harus tahu kebolehan murid-muridnya belajar (iaitu yang lembap, sederhana
atau cerdas) sebelum menggunakan atau memilih teori mana yang sesuai digunakan dalam
pengajarannya. Saya akan cuba mengaitkan teori behaviouris dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa memandangkan teori ini dikatakan lebih baik berbanding dengan teori
mentalis (sebenarnya kedua-dua teori ini adalah baik).

Kita sudah sedia maklum teori behaviouris menekankan pada rangsangan tingkah laku
dan gerak balas dan adanya latihan yang berulang-ulang. Maka pengajaran dan pembelajaran
bahasa yang menggunakan teori behaviouris biasanya lebih tertumpu kepada pelajar-pelajar
yang lembap dan sederhana. Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar ini akan mengambil masa
untuk memahami pelajaran yang diajarkan oleh guru. Otak fikir atau mental mereka agak


Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

7

lembap maka perlu adanya rangsangan untuk mereka bertindak balas. Dengan itu, seseorang
guru haruslah bijak merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti atau strategi pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan dan baik.

Teori behaviouris telah menghubungkan beberapa idea yang berguna untuk kita
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebelum ini teori behaviouris
berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan
yang sesuai. Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran.
Dalam proses pengajaran haruslah diwujudkan suasana pembelajaran yang boleh
menimbulkan rangsangan dan gerak balas murid misalnya penggunaan alat bantu mengajar
untuk memudahkan guru dan murid memahami gambaran yang disampaikan oleh guru.
Bahan pengajaran bahasa perlu dipersembahkan dalam bentuk lisan dahulu sebelum tulisan
kerana teori behaviouris telah mengemukakan satu kaedah pengajaran yang popular iaitu
kaedah dengar-ucap atau dengar-sebut. Murid dapat mempelajari bahasa melalui latihanlatihan dan peneguhan yang diberikan. Untuk melahirkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang merangsangkan pelajar (terutama yang lembap dan sederhana), ganjaran
haruslah diberikan bagi menggalakkan pengulangan dan pengukuhan pembelajaran. Misalnya
guru mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik di papan pameran di bilik darjah. Ini
merupakan satu penghargaan kepada pelajar berkenaan, seterusnya meningkatkan motivasi
pelajar lain untuk mendapatkan penghargaan yang serupa. Guru menyiarkan karangan terbaik
yang dihasilkan oleh pelajar dalam majalah sekolah sebagai salah satu cara untuk
menggalakkan pelajar menghasilkan penulisan yang bermutu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, misalnya, latihan diperlukan
dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring) dan seumpamanya. Latihan amat
penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Perlakuanperlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia
diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif. Ganjaran yang positif itu hendaklah
diberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan
pelajar. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer dan Rivers (Abd Aziz,
2000:21) mengatakan:

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

8

“Language is “behaviour” and language behaviour can be learned by
“inducing” the student to “behave” the way we want him to behave….”

Ganjaran yang diberikan memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu
respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah
perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa,
ganjaran (dalam apa-apa bentuk sekalipun) perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu
aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini termasuklah komen yang positif dan membina
daripada guru, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran terancang yang diaturkan menurut kebolehan pelajar belajar (lembap,
sederhana atau cerdas) ialah berdasarkan teori behaviouris. Menurut teori ini, apa sahaja
boleh diajar, asalkan tugas itu dipermudahkan dengan membahagikannya kepada yang
mudah dipelajari. Hasilnya, kejayaan-kejayaan kecil itu menggalakkan pelajar untuk belajar,
kerana perkara itu merupakan ganjaran bagi mereka.

Guru perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan situasi-situasi pembelajaran yang
sesuai dan memberangsangkan supaya pelajar-pelajar berminat mengikuti perkembangan
satu-satu pelajaran. Sama ada pelajar itu lembap, sederhana atau cerdas, guru perlulah
menentukan teori-teori bahasa yang sesuai dan jika sesetengah pelajar lebih cenderung
kepada teori behaviourisme atau mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori
yang bersesuaian. Dalam hal ini pelajar juga memainkan peranan yang sama seperti guru.
Para pelajar dilihat sebagai mekanisme rangsangan dan gerak balas. Mereka dianggap
sebagai hasil daripada latihan yang berulang-ulang. Sistem pengajaran mungkin mengambil
kira pengaruh pelajar.

Strategi pengajaran seharusnya berdaya menarik perhatian dan meningkatkan
motivasi pelajar. Biasanya, motivasi akan menjadi berkurangan apabila proses pembelajaran
dipenuhi dengan aktiviti yang tidak bermakna. Memperkatakan tentang teori mentalis,
tidaklah mencadangkan sesuatu kaedah pengajaran bahasa yang khusus seperti teori
behaviouris. Ini disebabkan semua pelajar atau murid dapat mempelajari bahasa dengan

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

9

mudah kerana mereka mempunyai kebolehan atau keupayaan mental semula jadi (cerdas).
Dalam hal ini bolehlah dikatakan seseorang guru itu tidak menghadapi sebarang masalah
pengajaran tetapi harus juga diingat tanpa rangsangan atau aktiviti yang memberangsangkan,
tidak mustahil akan menimbulkan kebosanan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung
pada kecekapan guru mengajar. Kemahiran guru sebenarnya bergantung pada kecekapan
guru itu sendiri dalam bahasa yang hendak diajarnya dan pengetahuan dan kepakarannya
tentang kaedah dan teknik mengajar.

Sekarang kita akan cuba melihat kaitan teori mentalis dengan pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Menurut teori mentalis, para pelajar akan menguji andaian atau
hipotesis mereka mengenai penguasaan bahasa yang mereka miliki sama ada bahasa yang
mereka gunakan itu betul atau salah. Oleh sebab itu para pelajar harus didedahkan kepada
model-model bahasa yang sebenar dan bukan yang sengaja dibentuk untuk pengajaran di
bilik darjah semata-mata. Sesuai dengan hal ini, guru hendaklah bijak memilih bahan
pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan umur pelajar yang akan diajar. Dalam suatu
pengajaran bahasa, makna lebih diutamakan berbanding struktur bahasa. Oleh sebab itu guru
hendaklah mewujudkan aktiviti-aktiviti bahasa yang betul dan berkesan dan kesilapan bahasa
harus segera diperbetulkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, bacaan dan
tulisan adalah diutamakan. Golongan ini berpendapat bahawa kemahiran menulis lebih
penting daripada kemahiran bertutur.

Dalam bilik darjah guru bertindak sebagai pemimpin yang sentiasa memandu pelajar
untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disediakan secara berkesan. Dalam kebanyakan
situasi pembelajaran, pelajar (samaada lembap, sederhana atau cerdas) diberi peluang
berinteraksi sesama sendiri dan menciptakan komunikasi secara harmoni. Dalam proses
berinteraksi itu, mereka digalakkan mengetengahkan pandangan dan pendapat, mencerna
idea, mentafsir pemikiran, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Guru dan pelajar
didefinisikan sebagai penginteraksi bilik darjah.

Kita telah melihat teori-teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Guru bahasa ialah model utama bagi pelajar-pelajar yang diajarnya. Pengetahuan

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

10

tentang teori-teori bahasa yang dihuraikan di atas tadi dapat memberi penjelasan kepada
guru-guru tentang cara bagaimana pelajar-pelajar menguasai bahasa serta strategi yang
mereka gunakan ketika mereka menguasai bahasa. Seseorang guru bahasa mungkin berjaya
dalam proses pengajaran jika beliau mempunyai pengetahuan tentang bagaimana pelajarpelajar belajar, khususnya bagaimana pelajar-pelajar mempelajari bahasa. Tegasnya,
pengetahuan tentang teori-teori bahasa dapat membantu seseorang guru membentuk andaian
tentang pembelajaran bahasa sama ada pembelajaran bahasa itu merupakan proses mekanis
(behaviuris) ataupun mental (mentalis).

Kesimpulan

Apabila ditinjau kedua-dua teori tadi iaitu teori behaviouris dan teori mentalis, keduaduanya ada logik dan kebaikannya dan amat penting untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Seseorang guru boleh menggunakan teori yang lebih
sesuai dalam pengajaran bahasa bersesuaian dengan pendekatan atau kaedah pengajaran
bahasa dengan mengambil kira aspek kebolehan pelajar menerima pendekatan atau kaedah
sesuatu teori pembelajaran bahasa. Jika pelajar itu lebih cenderung kepada pendekatan teori
behaviourisme ataupun mentalisme maka gunakanlah pendekatan mengikut teori yang
bersesuaian itu. Oleh itu guru perlulah menentukan atau memilih teori-teori pembelajaran
bahasa yang bersesuaian dan berkesan dengan pengajaran bahasa kepada pelajarnya.

Perkaitan Teori-Teori Bahasa Dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

11

RUJUKAN
Abd Aziz Abd Talib, 2000, Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik,
Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Abdullah Hassan, 1980, Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor
Ab. Rahman Ab. Rashid, et.al., 1997, Pengajian Melayu 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd.,
Selangor, Malaysia
Amir Awang, 1986, Teori-teori Pembelajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling
Jaya, Selangor
Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Juriah Long et.al., 1990, Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Penebrit Fajar Bakti,
Petaling Jaya, Selangor
Kamarudin Hj Husin, 1986, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Penerbitan
Sarjana (M) Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia
__________________, 2001, Pedagogi Bahasa: Perkaedahan, Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd., Kuala Lumpur
Mangantar Simanjuntak, 1987, Pengantar Psikolinguistik Moden, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Manja Mohd. Ludin, 1990, Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Mok soon Sang, 2001, Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
1, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Noran Fauziah Yaakub, 1987, Pengantar sosiologi, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Selangor, Malaysia
Nurazmi Kuntum, 1997, Kaedah Mengajar Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei
Raminah Hj Sabran & Rahim Syam, 1985, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985, Sosiologi Pendidikan, Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur