Peranan dan Tanggungjawab Sosial Terhada

PENDAHULUAN
Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud
perbezaan yang berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan
pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Selagi ia manusia, ia masih memiliki
maruah yang perlu dipelihara, dijaga dan dihormati oleh setiap orang, walaupun ia memiliki
keadaan rupa paras dan fizikal atau mental yang serba kekurangan.

Penghormatan yang perlu diberikan itu perlulah adil dan saksama tanpa mengira
bangsa dan pangkat, umur, gender dan sebagainya. Yang tua perlu dihormati dan disegani
manakala yang muda pula perlu dikasihi dan disayangi. Inilah yang diajarkan oleh Islam
sejak sekian lama. Ini juga bersesuaian dengan pengiktirafan yang telah Islam berikan
terhadap kedudukan manusia itu sebagaimana menurut firman Allah SWT dalam surah al
Isra' ayat 70 yang bermaksud:
'Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami
angkat mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang
sempurna'.

OKU secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh
badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian
daripada anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan

kepintaran dalam pelbagai bidang seperti manusia normal yang lain.

Oleh yang demikian, kita seharusnya memberi layanan yang sopan kepada mereka
supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Allah SWT.
Kehadiran golongan OKU dalam masyarakat sewajarnya dihargai dan diberi keutamaan agar
mereka dapat berdikari dan juga berupaya menyumbangkan bakti kepada masyarakat.

DEFINISI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA (OKU)
Menurut akta Orang Kurang Upaya (2008), OKU adalah seseorang yang mempunyai
ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera
yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan atau
menyekat penyertaan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan OKU sebagai seseorang yang
tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian
daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental,
dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.

Selain itu juga, OKU bermaksud orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi

merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada anggota fizikal mahupun mental; ringan,
sederhana, dan berat; penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009).
Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi menjaga sensitiviti sekaligus mengelakkan
sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek
(tanpa dikategorikan).

KATEGORI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA
Jabatan Kebajikan Masyarakat (2008) telah membahagikan golongan OKU kepada beberapa
pembahagian seperti yang berikut:
1. Penglihatan (buta, buta warna, rabun)
2. Pendengaran & pertuturan (pekak, bisu, gagap)
3. Fizikal / anggota badan
4. Masalah otot (celebral palsy)
5. Masalah pembelajaran (autism, dll)

6. Masalah kurang upaya mental (syndrome down,dll)
7. Pelbagai (multiple disabilities)
DALIL NAQLI BERKENAAN BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA

‫واخفض جناحك للمؤمنينن‬


.1

“Dan tundukkanlah sayapmu - yakni bersikap merendahlah sesama kamu” (Al-Hijr: 88)

َ ‫ه‬
‫ين‬
ِ ‫ح‬
ِ ‫ت الل‬
ّ ِ‫إ‬
ْ ‫م‬
ٌ ‫ر‬
ْ ‫ن َر‬
َ ‫م‬
َ ِ ‫سن‬
َ ‫م‬
ُ ْ ‫ن ال‬
ّ ‫يب‬
َ ‫ح‬
ِ ‫ق‬


.2

”Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf: 56)

َ ‫ة‬
َ
‫ة‬
ٌ ‫ع‬
َ ‫في‬
ِ ‫سنُوا‬
ِ ‫و‬
ِ ‫ض الل‬
ِ ‫ذ‬
ِ ‫ه‬
ِ ّ ‫لِل‬
َ ‫اس‬
َ ‫ه الدّنْيَا‬
ْ ‫ين أ‬
َ ‫ح‬

َ ‫ح‬
َ ‫ذ‬
ُ ‫وأ ْر‬
َ ‫ه‬
َ ‫سن َ ٌن‬
َ
ّ ‫و‬
‫اب‬
َ ِ ‫هم ب‬
ِ ‫ر‬
ُ ‫ج َر‬
َ ‫صاب ِ ُر‬
ْ ‫ون أ‬
َ ‫ح‬
َ ّ ‫إِن‬
ٍ ‫س‬
ّ ‫فى ال‬
َ ُ ‫ما ي‬
ِ ْ ‫غي‬


.3

"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu
adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala
tanpa batas.” (Az-Zumar: 10)

4. Dari Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu berbicara
dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan
sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." [HR
Bukhari dan Muslim]

5. Dari Abu Darda RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak seorang Muslim
mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat
mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." [HR Muslim]

6. Rasulullah SAW bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]
ISU & PERMASALAHAN SEMASA ORANG KELAINAN UPAYA
Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah daripada mereka akan berasa malu dan

terpinggir disebabkan kekurangan mereka. Ini menyebabkan mereka hilang atau kurang
keyakinan bila berhadapan dengan masyarakat. Tambahan pula dengan sikap negatif
segelintir pihak yang memandang rendah kekurangan mereka dengan memberikan penderaan
sama ada dari segi fizikal mahupun mental akan menyebabkan mereka disisihkan dan
dipinggirkan daripada komuniti, lebih-lebih lagi OKU daripada kalangan kanak-kanak. Ini
jelas sekali akan memberi kesan kepada perkembangan minda dan jati diri mereka. Sikap
sebegini yang harus kita cegah bersama bagi mengelakkan pengkelasan taraf kehidupan dan
sistem kasta dalam masyarakat.

Ujian ini ditambah pula dengan tindakan diskriminasi ataupun penafian hak mereka
untuk belajar dan berkerja walaupun mereka amat berkeinginan, masih mempunyai daya
usaha dan berkelayakan. Mereka di diskriminasikan oleh masyarakat normal yang tidak
punya apa-apa kekurangan. Kewujudan mereka seringkali diambil enteng oleh kebanyakan
pihak. Hak mereka untuk menerima dan menyumbang dalam masyarakat tidak mampu
dicapai sebaiknya.

Sesetengah majikan masih belum terbuka, tidak bersedia serta tidak ingin untuk
mengambil pekerja OKU kerana berpendapat mereka tidak boleh membuat kerja,
memerlukan cuti sakit yang kerap, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja
yang terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa

dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Jadi, ini akan
melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan mereka; sedangkan
OKU seperti Allahyarham Profesor Dato’ Ismail bin Salleh yang buta matanya itu terbukti
boleh berkerja dengan baik, mempunyai sijil universiti yang diiktiraf dan boleh membuat
kerja yang sepatutnya jika diberikan peluang sewajarnya. Namun, persepsi buruk yang
mereka terima berkenaan kemampuan dan kebolehupayaan mereka akan meruntuhkan
keyakinan diri dan moral mereka.

Selain itu juga, kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU ini masih di takuk
yang lemah. Kesedaran yang dimaksudkan adalah dari segi penjagaan OKU, sifat OKU,
masalah OKU, kemudahan OKU, pendidikan dan kerjaya, dan sebagainya. Ianya bermula
daripada peringkat di rumah lagi dan bersambung ke peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi dan ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai kempen dan program kesedaran
sudah dianjurkan, namun kesedaran masyarakat masih rendah.

Apabila tahap kesedaran terhadap golongan OKU ini rendah, wujudlah pelbagai
masalah lain lagi seperti kurangnya fasiliti kemudahan buat mereka. Golongan pentadbir
tidak mahu mengeluarkan belanja tambahan untuk menyediakan kemudahan buat golongan
OKU kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak penting dan mendatangkan kerugian
kepada mereka. Tambahan pula, sesetengah daripada mereka mempunyai masalah untuk

mendapatkan rawatan perubatan, fisioterapi, pembelian alatan sokongan (seperti kerusi roda
ataupun alat ganti palsu dsb) tidak mendapat keprihatinan pihak berwajib.

Akhir sekali, kurangnya penguatkuasaan akta dan undang-undang berkenaan OKU ini
dilaksanakan. Seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya yang ada
memperuntukkan kemudahan kepada golongan OKU, namun pelaksanaannya tidak
dijalankan secara meluas. Tambahan pula, ada segelintir pihak bersikap zalim dengan
menyalah gunakan kemudahan yang diperuntukkan kepada golongan OKU untuk
kepentingan peribadi mereka seperti perkhidmatan parkir khas untuk OKU ini. juga menjadi
permasalahan utama warga OKU di Malaysia. Secara efektifnya, pihak berkuasa perlu
mengambil langkah tegas bagi memudahkan warga OKU seiring memelihara hak mereka.

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN
Setiap individu perlulah menunjukkan nilai-nilai murni dan mencerminkan etika
sebagai seorang mukmin. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab
masing-masing. Tunjukkan keprihatinan dan pupuk sifat empati dalam diri untuk membantu
mereka sekadar yang termampu. Jaga hubungan sesama manusia (hablum minan nas) dan
berikan hak mereka sebaiknya.

Selain itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah turut sama membantu golongan OKU

menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada
mereka termasuklah kemudahan fasiliti, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan
sebagainya. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU
sebagai beban dalam masyarakat.

Kita boleh membantu mereka dengan memberikan peluang perkerjaan berdasarkan
tahap kemampuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka mempunyai
keistimewaan dalam bidang seni kraf tangan, agensi tertentu bolehlah mengambil mereka
sebagai pekerja ataupun melatih mereka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang
tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan industri kraf tangan
Malaysia yang akhirnya menjadi sumber pendapatan negara. Kini, banyak institusi kewangan
mengambil OKU sebagai kakitangan mereka kerana kualiti kerja OKU setanding, malah
adakalanya lebih hebat daripada manusia normal.

Selain itu juga, pihak kerajaan perlulah mengambil langkah efektif dengan
memperbanyakkan infrastruktur atau kemudahan awam kepada mereka. Hal ini adalah untuk
memudahkan OKU bergerak dengan selesa. Sebagai contoh, kemudahan lorong khas, laluan
pejalan kaki atau tempat khusus untuk meletakkan kenderaan, tandas khas OKU, tanjakan
dan lain-lain. Sekiranya kemudahan ini tiada, sudah tentu golongan OKU akan mengalami
kesukaran kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan kemudahan


awam yang sama seperti orang yang sempurna sifat fizikaInya. Oleh itu, pelbagai kemudahan
perlu disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Pengangkutan awam amat penting untuk golongan oku, supaya dapat memudahkan
mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil
inisiatif untuk mewujudkan banyak lagi kemudahan pengangkutan awam. Malah, bas
perlulah direka khas untuk golongan OKU, supaya golongan yang berkerusi roda dapat
menaiki bas ini dan mampu bergerak ke satu tempat. Kini,100 buah bas RAPIDKL mesra
OKU telah beroperasi di kawasan Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan golongan ini
bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah memperkenalkan
bas yang khas untuk golongan OKU di seluruh negara kita.

Tambahan pula, pihak kerajaan perlu sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat
pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini
terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada
golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah
sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang
konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas
TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga
telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Dari sudut pendidikan pula, pihak kerajaan haruslah menyediaka program pendidikan
buat mereka. Pengecualian bayaran yuran haruslah diberi bagi mengurangkan bebanan buat
mereka. Bagi pelajar yang cemerlang, insentif perlulah diberi kepada mereka bagi
meningkatkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Tidak dilupakan juga, alat bantu
mengajar seperti braille, bantuan alat tiruan atau alat sokongan dan sebagainya amat
diperlukan bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk
membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan, kerusi roda, alat
pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh
doktor atau pakar perubatan.

Dari aspek kesihatan pula, pengecualian daripada bayaran rawatan di Hospital
Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan perlulah diberi
kepada mereka. Hal ini kerana dapat meringankan beban golongan ini. Selain itu, penubuhan
klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia memberi rawatan yang percuma kepada
golongan ini. Malah, Pihak berkuasa perlulah membina tempat riadah yang sesuai untuk
golongan OKU supaya golongan ini dapat menjalankan aktiviti riadah. Selain itu, perlulah
membina kemudahan yang sesuai untuk golongan ini untuk melaksanakan aktiviti riadah.
Aktiviti riadah juga dapat membantu mereka untuk membina tubuh badan yang sihat dan
cergas.

Di samping itu juga, media massa boleh memainkan peranan mereka dengan
menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap
maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang
ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah
disampaikan melalui saluran media. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan,
kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU
secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

KONKLUSI
OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai
kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang
lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan
bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan mereka. Namun begitu, tidak dinafikan
bahawa mereka menghadapi banyak permasalahan dan rintangan dalam menjalani kehidupan
seharian mereka.

Masyarakat haruslah bersatu dalam usaha untuk membangunkan modal insan OKU.
Walau bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada mereka tanpa mengira sebarang
perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua
individu. Kita sepatutnya memberi keutamaan dalam melahirkan sumber tenaga manusia
yang berpengetahuan dan berkemahiran sejajar dengan keperluan semasa, penekanan
terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran. Oleh itu, kita perlu menghormati dan
memberi bantuan kepada OKU kerana mereka juga berupaya dalam memberi sumbangan
dalam pembangunan negara.

Sebagai pengakhirannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan golongan OKU.
Segala amal baik yang dilakukan akan merealisasikan visi kudsi negara ke arah melahirkan
masyarakat penyayang seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin negara. Hal ini bertepatan
dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan keluhuran budi, adab dan
nilai-nilai murni yang tinggi dan moleklah kita jelmakan nilai tersebut terhadap anggota
masyarakat kita yang kurang bernasib baik. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat, marilah kita mengatur langkah sederap, seia sekata agar taraf hidup OKU
lebih terjamin dan dapat seiring dengan kemajuan arus globalisasi

RUJUKAN
I.

Dr Musthafa Syed Khin, Syarah Riyadhus Shalihin Jilid 1 Imam Nawawi, Penerbit
Al-’Itishom CahayaUmat: Jakarta, 2010, m/s 181

II.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1211&sec=Rencana&pg=re_02.htm

III.

http://www.jkm.gov.my/content.php?
pagename=dasar_orang_kurang_upaya&lang=bm

IV.
V.

VI.
VII.

http://www.kpwkm.gov.my/
http://www.slideshare.net/ridzuangrik/kaunseling-oku
http://ruzimi-mohamed.blogspot.com/2011/05/masalah-sebenar-oku
http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/11/isu-sosial-kurang-fikir-terhadaporang.html

VIII.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16301-rasulullah-gilap-okudemi-perjuangan-islam

LAMPIRAN

11