0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan (1)
1.0 Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari
Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi dan
hubungan antara keduanya semakin berubah. Pada penghujung tahun 1980an, dunia telah
menyaksikan satu penilaian semula yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke atas
pembangunan sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam sekitar, kualiti
hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi. Penilaian radikal ini telah membuka satu
pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan sumber semulajadi dan alam sekitar
(Khairulmaini, 2000). Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengimbangkan permintaan
manusia dan keupayaan daya tampung alam sekitar akibat kendalian sistem ekonomi.
Pendekatan ini digelar pembangunan lestari. Menurut laporan Brundlant Commission (1987),
penekanan diberikan terhadap kepentingan pembangunan lestari untuk generasi akan datang.
Seperti yang tertera dalam “World Commission on Environment and Development 1987”
pembangunan lestari didefinisikan sebagai:
“…development that meets the needs of the present without compromising the ability of
future generations to meet their own needs.”
Dalam sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, kepentingan
pembangunan lestari telah menjadi perkara penting dalam Agenda 21, Bab ke-36. Hasil
persidangan tersebut Malaysia telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Pendidikan
Alam Sekitar bagi membantu setiap individu memperoleh nilai, komitmen, pengetahuan asas
dan meningkatkan kemahiran serta membina sikap positif terhadap alam sekitar. Pendekatan
seumpama “Enviro-Schools”, “Eco-Schools”, “Whole-School Approaches” dan “New
Zealand’s Environmental Educational Professional Development Programme” diberikan
penekanan dan peneguhan optimistik di negara-negara maju. Isu yang dibincangkan adalah
berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar, isu kitar semula dan isu Pendidikan Alam
Sekitar.
Kepentingan terhadap Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja merupakan masalah negaranegara maju malahan ia juga merupakan isu utama yang harus diberikan penekanan oleh
rakyat Malaysia. Atas dasar kesedaran inilah maka Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar mengorak langkah melancarkan Program Sekolah Lestari. Idea
Sekolah Lestari telah dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk
pengetua-pengetua sekolah peringkat kebangsaan pada 27 hingga 30 Ogos 2001 di Melaka
(Kasthuri, 2007).
1
Perkara ini cukup relevan pada ketika ini apabila timbulnya isu pemanasan global
yang kian meruncing. Menurut laporan Bernama (2007), Profesor Datuk Dr. Azizan Abu
Samah dari Universiti Malaya menyatakan bahawa kenaikan suhu bumi ialah kira-kira 2ºC
setahun dan kenaikan ini berbeza dari satu rantau ke satu rantau yang lain. Menurut Profesor
Azizan lagi, 98% daripada punca utama kepada peningkatan suhu global ini datangnya
daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah
dilakukan sejak abad ke-18 lagi dan ini termasuklah pembakaran fosil untuk penjanaan tenaga
elektrik. Kesinambungan daripada penyataan di atas, di Malaysia 90% tenaga yang digunakan
adalah tenaga elektrik dan daripada jumlah itu 45% daripada permintaan tenaga elektrik di
negara ini adalah daripada sektor domestik dan komersial yang kebanyakannya digunakan
untuk lampu, pendingin udara dan pemanas air dalam bangunan seperti rumah kediaman
(Kamarulazizi, 2003). Oleh yang demikian, Malaysia kini giat mempromosi isu kecekapan
tenaga yang menerapkan amalan penjimatan sumber-sumber terhad, pembangunan lestari,
pemeliharaan alam sekitar di samping menjamin kualiti dan keselesaan hidup.
Pendidikan pembangunan lestari terhasil daripada impak negatif pembangunan masa
kini yang banyak menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar seperti kadar pencemaran
yang tinggi, kepupusan hutan dan penjejasan ekosistem kehidupan (Jamaludin, 1996).
Memang tidak dapat dinafikan, pembangunan adalah salah satu bidang yang memberi
sumbangan besar dalam meningkatkan ekonomi negara. Adalah menjadi matlamat utama
setiap negara yang membangun untuk mencapai kemajuan dari segi ekonomi untuk
meningkatkan taraf hidup rakyatnya demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti pada
masa hadapan. Atas dasar keghairahan dalam mengejar kemajuan, aspek pemeliharaan alam
sekitar semakin diabaikan dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang benar-benar
mementingkan kualiti alam sekitar (Surtahman dan Abd. Ghafar, 1997). Keadaan ini semakin
membimbangkan bukan sahaja kepada negara malah di peringkat antarabangsa. Natijah
daripada perbuatan manusia, kini dunia menghadapi pelbagai impak negatif antaranya
penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber kepelbagaian
biologi. Usaha mengurangkan peningkatan suhu global yang meningkat sebanyak 2ºC setahun
merupakan salah satu agenda penting dalam pembangunan lestari yang mana menekankan isu
kecekapan tenaga sebagai jalan penyelesaiannya.
Kesimpulannya, isu pendidikan pembangunan lestari kini menjadi agenda utama
pendidikan dunia. Maka dalam kajian ini, tiga agenda pembangunan lestari di ketengahkan
dalam satu permasalahan. Agenda pengetahuan tradisional dalam kajian ini berfokus kepada
2
ciri kecekapan tenaga dalam rumah tradisional Melayu yang selari dengan konsep sains dalam
arkitektur moden. Agenda kedua, warisan budaya bangsa dalam kajian ini berfokus kepada
senibina rumah tradisional Melayu yang kaya dengan nilai intelek dan estetikanya. Ketiga,
agenda kesedaran alam sekitar dalam kajian ini berfokus kepada ciri-ciri kecekapan tenaga
dalam rumah tradisional Melayu yang selari dengan usaha saintis dunia dalam menangani isu
pemanasan global. Kajian ini diharapkan dapat membuka minda rakyat Malaysia terutamanya
yang berbangsa Melayu agar menghargai warisan budaya bangsa sekaligus menjayakan
perjuangan pembangunan lestari.
1.1 Sejarah dan Konsep Pendidikan Alam Sekitar
1.1.1 Stockholm (1974)
Krisis alam sekitar bukan lagi sebagai ancaman masa depan. Tetapi telah menjadi realiti
kontemporari yang melebihi batas-batas toleransi dan kemampuan adaptasi lingkungan.
Pertumbuhan dan pertambahan kerosakan alam sekitar (environmental disasters) telah
mencapai dimensi serantau. Media global dan terus memberi kesan secara dramatik.
Kontekstualitas kemerosotan alam sekitar menyandarkan adanya bahaya fenomenal
monumental yang mengancam alam sekitar (Wijoyo, 1999; 1).
Konfrensi PBB tentang lingkungan hidup tarikh 5-16 Jun 1972 di Stockholm yang dihadiri
oleh wakil 110 negara (Siti Sundari Rangkuti, 2000:27) merupakan rasa keprihatinan terhadap
kemusnahan alam sekitar.
Komprensi Stockholm, bermula dari Dewan Ekonomi dan Sosial PBB mengadakan
peninjauan terhadap hasil-hasil gerakan dasawarsa pembangunan Dunia I (1960-1970) guna
merumuskan strategik dasawarsa pembangunan Dunia Ke - 2, (1970-1980) (Soemartono,
1996; 24). Mengenai masalah lingkungan hidup dari wakil Sweden mengajukan saran untuk
menyelenggarakan suatu konfrensi antarabangsa tentang lingkungan hidup. Yang pada
akhirnya disepakati pada tarikh 5-16 Jun 1972 diadakan konfrensi PBB di Stockholm Sweden. Dengan dikeluarkan deklarasi tentang pengendalian lingkungan hidup. Deklarasi
Stockholm merupakan suatu legitimasi dasar (basic legetimation) pengendalian undangundang bagi negara-negara yang berkumpul di stockholm.
Bagi negara-negara maju persoalan pembangunan tidak menjadi masalah sedangkan faktor
persekitaran menjadi masalah, sedangkan bagi negara-negara membangun, diperhadapkan
3
pada dua pilihan. Pada satu pilihan mempercepatkan pertumbuhan pembangunan, sementara
pada pilihan yang lain faktor kelestarian lingkungan sangat diperlukan.
Walaupun demikian, Deklarasi Stockholm mengilhami negara-negara di dunia akan
pentingnya lingkungan hidup masa depan. Oleh Karena itu telah disedari bahawa, masalah
lingkungan hidup sangat menentukan kelangsungan hidup makhluk Tuhan, termasuk manusia.
Antara makhluk dan ekologinya saling mempengaruhi dan mempunyai pergantungan antara
satu dengan yang lain. Manusia memerlukan persekitaran hidup yang sihat, selesa, baik udara,
tumbuh-tumbuhan, air maupun binatang. Demikian juga sebaliknya. Namun, keadaan yang
demikian, telah terevolusi akibat tangan-tangan manusia, yang selalu mementingkan
kepentingannya sendiri dan kerajaan pada masing-masing negara kerana mengejar
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan, sering mengeksploitasi dan mengeksploirasi
persekitaran secara bebas tanpa mengambil kira kesan negatifnya.
Deklarasi Stockholm telah merefleksi konsep tentang pembangunan berwawasan
lingkungan. Konsep ini bukan saja mengajak seluruh negara dan penduduk bumi untuk
meningkatkan kepedulian terhadap ancaman kerosakan alam sekitar, tetapi juga melihat
adanya kesejajaran antara pembangunan dan pengelolaan lingkungan hidup dan bukan sesuatu
yang harus dipertikaikan antara satu dengan yang lain (Soejono, 1996; 3).
Konsep pembangunan berwawasan moden, berbeza dengan konsep lingkungan klasik.
Persekitaran klasik mengedepankan penggunaan dan eksploitasi sumber-sumber alam sekitar
dengan berbagai kepandaian manusia untuk mendapatkan hasil yang semaksimal mungkin
dan dalam masa yang sesingkat mungkin.
Deklarasi lahir dari konfrensi Stockholm, yang mendasari kofrensi tersebut sampai
dengan dikeluarkannya Deklasrasi Stockholm merupakan peristiwa yang sangat bersejarah
bagi hukum alam sekitar (Soemartono, 1996; 29). Setelah terlaksananya konfrensi Stockholm
hukum lingkungan telah memperoleh kedudukan yang kuat, baik di peringkat nasional,
serantau dan antarabangsa. Suatu manfaat yang besar, adalah bermula tumbuhnya kesatuan,
pengertian dan bahasa diantara ahli hukum alam sekitar dengan menggunakan Deklarasi
Stockholm sebagai rujukan pertama (Soemartono, 1996; 29).
Masalah alam sekitar di negara maju dengan latar belakang dan faktor penyebab
persekitaran yang berbeza, semula menimbulkan suara yang sumbang dan berprasangka
terhadap kofrensi Stockholm dari peserta negara membangun, dengan menyatakan antara lain;
Berilah kami pencemaran asal saja kami maju (Rangkuti, 2000; 28-29 ).
Seperti ungkapan Vittachi:
4
It offended some of the environmentalist at Stockholm to heardelegates from the poor world
remarking out of the side of their mouth that their interest in improving the environment was
not limited to scenery and that their countries could possibly afford a little pollution
(Rangkuti, 2000: 29 ).
Hal ini menunjukkan bahawa kemunduran pembangunan pada negara-negara
membangun menghadapi suatu dilematis. Dia mengharapkan keluar dari garis batas
kemiskinan dengan mempercepatkan pembangunan, namun diperhadapkan dengan faktor
persekitaran hidup. Umat manusia. Konfrensi Stockholm telah menerima Declaration on the
Human Environment yang mengandungi 26 asas serta menurut kesepakatan negara-negara
yang mengikuti konfrensi tersebut merupakan pedoman bagi mereka di tahun-tahun
mendatang.
Deklarasi Stockholm mengakui hak asasi manusia. Hak hidup setiap orang untuk atau
akan suatu persekitaran yang baik dan sihat. Pada masa yang sama, kenyataan itu juga
memberikan kewajiban untuk memelihara lingkungan hidup. Manusia sedemikian rupa
hingga dapat dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang (asas nombor 1). Menurut
Muchtar Kusuma Atmadja (1992: 21), bahawa asas Stockholm meletakkan dasar-dasar bagi
penggunaan, pengawetan dan pemeliharaan sumber kekayaan alam berdasarkan suatu alami
sedemikian rupa sehingga membolehkan menjaga daya dukung darpada planet bumi, sumber
kekayan alam dapat diuruskan dengan baik, depletion dicegah dan penggunaan persekitaran
boleh dinikmati oleh seluruh manusia.
Selanjutnya, menurut Muchtar Kusuma Atmadja (1992: 21), apabila asas-asas umum
itu diterapkan pada laut, maka atas asas nombor 7 memberikan kewajiban kepada semua
negara untuk mengambil tindakan-tindakan bagi mencegah pencemaran laut yang
membahayakan kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sumber kekayaan laut dan lain-lain
penggunaan persekitaran laut.
Di samping 26 asas tersebut, konfrensi Stockholm meluluskan 106 cadangan yang
dimuat dalam Action Plan International, yang terdiri atas tiga bagian kerangka:
a.
A global assessment programme dikenali sebagai earthwatch.
b.
Environmental management activities.
c.
Supporting measures; education and training, public information, and organizational and
financing arrangements (Rangkuti, 2000; 31).
Sedangkan menyangkut dengan masalah alam sekitar sedunia (global environmental
problems) sidang PBB menerima 11 resolusi mengenai lingkungan hidup, yang dijadikan
5
landasan bagi kebijaksanaan alam sekitar. Untuk menunjang pelaksanaan pelan tindakan
lingkungan hidup (action plan) tersebut, yang terdiri dari:
a.
Dewan Pengurus Program Alam Sekitar
b.
Sekretariat yang dikepalai oleh seorang Pengarah Eksekutif
c.
Dana Alam Sekitar
d.
Badan Penyelarasan Alam Sekitar (Supami, 1994; 22).
Untuk melaksanakan deklarasi Stockholm tersebut dan untuk menghadapi dekad
pembangunan dunia II (1972 - 1982) diadakan kegiatan berupa:
a. Creation of the convention on international Trade in Endangered Species of Will Fauna
and Flora (CITES) Washington 1974.
b. Pada tahun 1975 diadakan Convention on Wetlands of International Importence especially
as Waterfowe Habitat (Ramsar) came into force.
c. 1977. (Firat Intergovermental Converence on Environmental Education, Tbilis, USSR).
d. 1980. A Peaceful Revolution Publication of the World Conversation Strategy (INCN),
WWF, UNEP in Collaboration with UNESCO and FAO) (Hardjasoemantri, 1995; 43).
Kemajuan lebih lanjut diperoleh dengan diadakannya Adalah Hoc Meeting of Senior
Government Officials Expert in Environmental Law di Manlevedeo, Uruguay, pada tarikh 28
Oktober sampai dengan 6 Nopember 1981. Dan baru pertama kalinya diadakan pertemuan
Antarabangsa tentang hukum alam sekitar (Hardjasoemantri, 1999; 12).
Tujuan pertemuan Adalah Hoc tersebut untuk membuat kerangka kaedah dan program
yang meliputi usaha-usaha peringkat antarabangsa, serantau dan nasional untuk pembangunan
dan peninjauan berlaku hukum alam sekitar dalam satu badan yang dikenali sebagai The
United Nation Environmental Programme (UNEP) di Nairobi (Yakin, 1997; 19). Lembaga
tersebut memberikan cadangan yang berharga bagi perkembangan hukum alam sekitar.
Perkembangan selanjutnya dalam pembangunan kebijaksanaan lingkungan hidup PBB
membentuk Badan Suruhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Dunia (World Commession
on Environmental and Development) disingkat WCED. Badan ini bertugas:
1. Mengajukan strategi jangka panjang pembangunan persekitaran menuju pembangunan
yang berterusan di tahun 2000 dan selepas itu.
2. Mengajukan cara-cara supaya keprihatinan lingkungan hidup dapat dituangkan dalam
kerjasama antar negara untuk mencapai keserasian antara kependudukan, sumber alam,
alam sekitar dan pembangunan.
6
3. Mengajukan cara-cara supaya masyarakat antarabangsa boleh menanggapi secara lebih
berkesan pada pembangunan berwawasan lingkungan.
4. Mengajukan cara-cara masalah alam sekitar jangka panjang dapat ditanggapi dalam agenda
aksi untuk dekad pembangunan (Hardjosoematri, 1999; 24-15).
Pada tahun 1987, WCED memberikan laporan dengan tajuk: Our Common Future,
yang memuat banyak cadangan khusus tentang perubahan institusi dan perubahan undangundang. WCED memahami pentingnya perubahan undang-undang dan institusi yang
diperlukan untuk beralih ke pembangunan berterusan dan untuk itu menggaris tindakantindakan yang dikehendaki pada peringkat kebangsaan untuk mencapai tujuan tersebut
(Hardjasoemantri, 1999; 15). Tindakan tersebut diantaranya:
1. Membentuk atau mengukuhkan badan-badan untuk melindungi alam sekitar dan mengolah
sumber daya alam.
2. Meningkatkan hubungan kerajaan dengan dunia industri secara timbal balik, baik dalam
pelaksanaan kebijaksanaan hukum maupun peraturan guna wujud pembangunan industri
berterusan.
3. Memperketat konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang ada untuk perlindungan alam
sekitar, sumber daya alam dan pembangunan berterusan.
4. Memperbaiki pengurusan analisis mengenai dampak lingkungan dan kemampuan untuk
merancang penggunaan sumber (Hardjosoemantri, 1999; 15).
Laporan WCED memberikan kesan yang positif terhadap penyusunan strategi
pemuliharaan baru yang menggantikan World Conservation Strategy (WCS) dengan Caring
of The Earth (CE). CE dibentuk dengan tujuan untuk memperbaiki keadaan masyarakat dunia
dengan menetapkan dua syarat:
Pertama, untuk menjamin komitmen yang luas dan mendalam pada sebuah etika baru, iaitu
etika kehidupan berterusan dan mewujudkan prinsip-prinsip dalam amalan.
Kedua, mengintegrasikan pemuliharaan dan pembangunan, pemuliharaan untuk menjaga agar
kegiatan-kegiatan berlangsung dalam batas daya dukung bumi, dan pembangunan untuk
memberikan kesempatan kepada manusia di mana-mana guna menikmati kehidupan yang
lama, sihat serta memuaskan (Hardjosoemantri, 1999; 17).
7
1.1.2 Tblisi (1977)
Persidangan Antara Kerajaan mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh
UNESCO dengan kerjasama Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan
diadakan di bandar Tbilisi [bekas Georgian Republik Sosialis Soviet], memandangkan
keharmonian dan konsensus yang telah berlaku dalam satu kenyataan sesungguhnya pakai
berikut beliau:
Dalam dekad kebelakangan ini, orang ramai menggunakan kuasa untuk mengubah
persekitaran telah berubah dengan pesat keseimbangan alam. Hasilnya, spesies hidup yang
sering terdedah kepada bahaya yang mungkin tidak dapat dipulihkan.
Seperti yang diisytiharkan dalam Pengisytiharan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengenai Alam Sekitar Manusia yang diadakan di Stockholm pada tahun 1972, pertahanan
dan pembaikan alam sekitar untuk masa kini dan masa depan objektif mendesak
manusia. Untuk mencapai matlamat syarikat itu akan mempunyai untuk mengambil strategi
baru segera, menggabungkan pembangunan, perakaunan, terutama di negara-negara
membangun, pra-syarat untuk apa-apa kemajuan ke arah ini. Perpaduan dan ekuiti dalam
hubungan antara negara-negara yang patut dijadikan asas perintah antarabangsa yang baru dan
menyumbang untuk mengadakan secepat mungkin semua sumber-sumber yang sedia
ada. Menggunakan penemuan sains dan teknologi, pendidikan perlu memainkan peranan
penting dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran yang lebih baik dan memahami isu-isu
alam sekitar. Pendidikan itu perlu memupuk pembangunan tingkah laku yang positif tingkah
laku yang berkaitan dengan alam sekitar dan penggunaan negara-negara 'daripada sumbersumber mereka.
Pendidikan alam sekitar harus diberikan kepada rakyat semua peringkat umur, di
semua peringkat dan dalam rangka pendidikan formal dan tidak formal. Pihak media
mempunyai tanggungjawab yang besar untuk meletakkan sumber-sumber mereka yang luas
untuk berkhidmat misi pendidikan. Pakar dalam isu-isu alam sekitar, serta orang-orang yang
tindakan dan keputusan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar diukur, adalah untuk
menerima kursus latihan, pengetahuan dan kemahiran dan mendapat makna sepenuhnya
tanggungjawab mereka dalam hal ini .
8
Pendidikan alam sekitar, difahami dengan betul, harus meneruskan pendidikan umum
untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku dalam dunia yang pesat
berubah. Pendidikan sedemikian hendaklah menyediakan individu dengan memahami
masalah utama dunia kontemporari, menyediakan kepakaran dan kualiti yang diperlukan
untuk memainkan peranan yang produktif untuk memperbaiki kehidupan dan melindungi
alam sekitar, dengan perhatian kepada nilai-nilai etika. Dengan menggunakan pendekatan
holistik, berakar umbi dalam pendidikan yang menyeluruh alam sekitar disiplin diwujudkan
lagi gambaran dalam yang mengiktiraf kewujudan saling bergantung yang mendalam antara
alam semula jadi dan persekitaran tiruan. Pendidikan itu membantu untuk menyerlahkan
kesinambungan berterusan yang menghubungkan tindakan sekarang akibat masa depan lagi
menunjukkan saling bergantung antara masyarakat kebangsaan dan keperluan untuk
perpaduan di kalangan semua manusia.
Pendidikan alam sekitar harus diarahkan ke arah masyarakat. Harus kepentingan
kepada individu dalam satu proses aktif untuk menyelesaikan masalah dalam konteks realiti
tertentu dan perlu menggalakkan inisiatif, rasa tanggungjawab dan komitmen untuk membina
hari esok yang lebih baik. Secara semulajadinya, pendidikan alam sekitar banyak boleh
membantu untuk memperbaharui proses pendidikan. Dalam usaha untuk mencapai matlamat
ini, pendidikan alam sekitar memerlukan penyiapan aktiviti-aktiviti tertentu untuk mengisi
jurang itu, walaupun percubaan penting yang dibuat, terus wujud dalam sistem pendidikan
kita.
1.1.3
Malta (1991)
Persidangan Malta 1991 berkenaan Seminar Latihan Alam Sekitar anjuran UNESCO,
seminar ini mengesorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk
a) membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar
b) menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar
c) mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti
kehidupan manusia.
1.1.4
Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)
Laporan Kabinet 1979. Hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan 1974
memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur KBSR
9
dan KBSM. Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia bertujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya dan
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan padatahun 1979
yang memutuskan pelaksanaan PendidikanAlam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula
dengan subjek Alam& Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam
Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum
juga telahmembina satu garis panduan untuk guru-gurudengan mengeluarkan satu buku
bertajuk “ Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum
KBSR” pada tahun 1998.
1.2 Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari
1.2.1 Brundtland Report 1987 (World Commision on Environment and DevelopmentWCED)
In December 1983, the Secretary General of the United Nations, Javier Pérez de
Cuéllar, asked the Prime Minister of Norway, Gro Harlem Brundtland, to create an
organization independent of the UN to focus on environmental and developmental problems
and solutions after an affirmation by the General Assembly resolution in the fall of 1984.[1]
This new organization was the Brundtland Commission, or more formally, the World
Commission on Environment and Development (WCED).
1.2.2 Agenda 21 dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB (Sidang
Kemuncak Bumi Rio de Janeiro 1992)
Pada tahun 1993, beberapa buah negara mula menghantar laporan Agenda 21 kepada
CSD. Selepas dua tahun pelaksanaannya, pihak CSD sangat berpuas hati dengan sambutan
dan mutu laporan yang dipersembahkan, lalu telah menerbitkan Profil Negara pada 1997
sebagai rujukan paling lengkap selepas 5 tahun pelaksanaan Agenda 21. Profil tersebut
menghimpunkan laporan negara-negara antara tahun 1994 hingga 1996. Profil Negara ini
bertujuan:
-
Membantu negara-negara memantau pelaksanaan inti pati Agenda 21.
-
Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan negara-negara lain; dan
10
-
Merekodkan usaha-usaha dan pencapaian negara-negara untuk merealisasikan idea
Agenda 21
2) Pendidikan Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development – ESD)
2.1 Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD)
Kesedaran berkaitan alam sekitar telah membuatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengisytiharkan Dekad ESD. Ia akan dilaksanakan sepanjang 9 tahun iaitu dari 2005
hingga 2014. Pengisytiharaan ini telah dipersetujui oleh negara-negara anggota PBB.
Dalam hal ini, negara-negara yang terlibat dikehendaki merealisasikan konsep pendidikan
yang selaras dengan pembangunan pendidikan lestari. Ini membuktikan bahawa penjagaan
alam sekitar juga boleh diterapkan kepada kanak-kanak melalui medium pendidikan.
Dalam hal ini, pelbagai pihak yang datang dari pelbagai agensi boleh membantu
menjayakan Dekad ESD. Namun pihak yang paling sesuai untuk menjayakan konsep ini ialah
para pendidik. Mereka boleh menerapkan elemen pendidikan alam sekitar di dalam
pengajaran mereka seharian.
Selain dariapda itu, kita juga boleh mengadakan pameran dan ceramah berkaitan alam
sekitar. Usaha yang sedikit akhirnya kelak akan membawa kepada hasil yang besar sejajar
dengan apa yang telah dihasratkan oleh PBB.
2.2 Rangka Kandungan ESD
11
2.2.1 ILMU PENGETAHUAN
- Alam sekitar dan komponennya
- Keperluan manusia dan interaksi dengan alam sekitar
- Nilai alam sekitar
2.2.2 ISU SOSIAL, EKONOMI DAN ALAM SEKITAR
- Pertambahan Penduduk
- peningkatan gaya hidup
- perindustrian dan perdagangan
- kepupusan spesies
- kepupusan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui
2.2.3 KEMAHIRAN
- Penjagaan
- Pemuliharaan dan pemeliharaan
- Amalan seharian dalam semua aktiviti
- Gaya hidup
12
3) Interaksi Manusia dengan Alam dan Sumber Semula Jadi
3.1 Aktiviti mengikut sektor
3.1.1 Pembalakan
Hutan Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti pokok cengal, pokok
meranti, pokok merbau, pokok resak dan pokok keranji. Pokok-pokok ini dikategorikan
sebagai pokok kayu balak. Sumber kayu-kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan
taburan berbagai spesies pokok-pokok balak komersial negara seperti merbau, bitis, nyatoh
dan kempas yang bernilai tinggi. Ini menjamin bekalan sumber kayu-kayan di negara kita
untuk tujuan kegunaan tempatan mahupun untuk dieksportkan. Selain itu, kepelbagaian flora
dan spesies kayu-kayan telah membolehkan industri yang berasaskan kayu untuk
menggunakan spesies-spesies kayu dijalankan secara lebih meluas.
Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan
peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing,
hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan. Antara Januari hingga September 1990, nilai eksport
balak dan barangan kayu adalah RM 2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport
negara. Jumlah pelaburan industri berasaskan kayu bagi tempoh tersebut adalah melebihi RM
967 juta. Punca-punca eksport sektor perhutanan adalah terdiri daripada kayu gergaji, papan
lapis, kayu kumai, venir dan perabot. Jumlah hasil hutan yang dipungut daripada royalti,
premium dan sumber-sumber lain seperti hukuman, denda dan pampasan berkaitan dengan
perhutanan, lesen dan perkhidmatan perhutanan pula bernilai RM 203 juta. Selain itu, ia juga
menawarkan pekerjaan lebih daripada 62800 orang sama ada dalam kegiatan pembalakan atau
kegiatan hiliran seperti kilang papan dan perabot pada tempoh itu kepada penduduk tempatan.
3.1.2 Eko Pelancongan
Eko-pelancongan memang merupakan salah satu produk yang berdaya saing bagi
industri pelancongan di pasaran global. Ini dapat dibuktikan lagi dengan sumbangannya
sebayak 5% dalam pendapatan dalam sektor pelancongan negara kita. Bagi memelihara
sumber alam semulajadi dan kekayaan warisan budaya yang menjadi teras bagi produkproduk eko-pelancongan. Keperluan untuk rekreasi hutan mula dirasai sejak tahun 1967,
akibat daripada peningkatan ekonomi dan kepesatan pembangunan negara yang membuatkan
warga kota memerlukan kawasan-kawasan untuk beriadah bagi mengelakkan dari tekanan dan
kesibukan harian. Untuk memenuhi permintaan ini Jabatan Perhutanan mula membangunkan
13
kawasan-kawasan hutan sebagai kawasan-kawasan rekreasi dengan mengadakan kemudahankemudahan asas kepada pengunjung seperti perkelahan, perkhemahan, merentas hutan dan
berenang.
3.1.3 Perubatan
Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai
perubatan. Secara anggarannya, satu perempat daripada prekripsi dadah adalah bersumber
daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Ini telah meningkatkan kegunaan
tumbuhan tempatan terutamanya dari hutan dalam bidang perubatan. Contohnya ubat antiMalaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika
mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk,
daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza
mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan
membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya dalam kegunaan perubatan
tradisional, masyarakat Melayu meminum air rebusan Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia dan
E.apiculata ) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli
pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi mengubati demam cacar (smallpox )
manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan
deman malaria . Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai
perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah / kacik Fatimah ( Labisia sp. ),
mempisang (Goniothalamus sp.) dan medang ( Cinnamomum sp.). Bunga pakma (Rafflesia
hasselti ) pula dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di
pasaran.
3.1.4 Sumber Bahan Mentah.
Hutan adalah sebagai sumber bahan mentah . Hutan merupakan tempat asal bagi
kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan. Makanan yang kita guna seharian adalah
berasal dari hutan hujan tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah.
Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah habitat asal beberapa pokok buahbuahan tempatan seperti manggis ( Garcinia mangostana ) dan rambutan ( Hephelium
lappaceum ). Selain itu, buah-buahan seperti limau, pisang , betik, mangga dan nanas secara
asalnya adalah berasal dari hutan hujan tropika. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam,
vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan
tropika pada mulanya .
14
3.1.5 Sumber keluaran hasil hutan bukan kayu.
Hutan juga adalah penting sebagai sumber keluaran hasil hutan bukan kayu yang
mempunyai kegunaan yang berlainan. Ia termasuklah rotan, buluh, mengkuang dan pandan,
tumbuh-tumbuhan pewarna, damar dan lain-lain.
Rotan adalah hasil hutan bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Ia
telah menjadi satu perusahaan yang penting yang tertumpu di kawasan luar bandar. Ia lebih
tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan dan melibatkan
aktiviti mengeksport barangan rotan separa proses dan siap. Manau ( Calamus manan ) adalah
rotan yang paling popular diperdagangkan dan berharga tinggi.
Terdapat 28 genera dengan 150 spesies palma asli di Malaysia. Bagaimanapun
penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi jenis-jenis palma yang popular seperti
rumbia, nipah dan bertam sahaja.
Nipah ( Nypa fruticans ) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh
Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh digunakan untuk membuat atap dan barangan
kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka (anak daun ) digunakan bagi
membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buah-buahnya pula boleh dimakan sementara
tangkainya boleh diperah bagi mendapatkan nira ( palm-wine ).
3.1.6 Menyediakan Peluang Pekerjaan
Untuk mendapatkan hasil-hasil hutan yang telah dibincangkan di atas, berbagai kerja
dan proses telah dilakukan. Secara tidak langsung hutan adalah majikan yang penting bagi
negara kita. Melati Mohd Arif (2007), melaporkan bahawa sehingga bulan Mac 2007, industri
perkayuan di negeri Sarawak sahaja telah memberi pekerjaan kepada 92 360 orang penduduk
kira-kira 40% daripada keseluruhan 229 572 orang pekerja di negeri tersebut.
3.2 Impak Kegiatan Manusia dan Isu Alam Sekitar
Semakin hari semakin pesat pembangunan yang dilakukan demi memenuhi tuntutantuntutan semasa. Setiap pembangunan yang dijalankan sudah tidak dinafikan, pasti akan
membawa kepada implikasi-implikasi yang tertentu. Begitu juga pembangunan yang
dilakukan di kawasan tanah tinggi tentu mempunyai implikasi terhadap alam sekitar. Antara
implikasi tersebut ialah :
15
3.2.1 Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
Pembangunan kawasan tanah tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan dan
menyebabkan berlakunya fenomena tanah runtuh. Tumbuh-tumbuhan semulajadi yang
berfungsi sebagai tutup bumi untuk mencegah hakisan sementara akarnya mencengkam dan
mengikat tanah supaya tidak longgar. Sekiranya kawasan tanah tinggi telah menjadi gondol,
dan apabila hujan lebat turun, hakisan akan mudah berlaku dan kadang kala boleh
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Sejarah telah membuktikan pada tahun 1993
apabila berlakunya tragedi Highland Towers yang telah mengorbankan 170 orang mangsa.
Menurut http://www.reach.org.my TV3 melalui Buletin Utama pada17 Februari 2006 telah
menyiarkan berita penggondolan tanah di sekitar tanah tinggi Cameron Highland iaitu di
Kampong Pos Terisu dan Sungai Palas berdekatan dengan Ladang Teh Boh. Penggondolan
tersebut telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan mengancam nyawa penduduk
setempat.
3.2.2 Pencemaran Air.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi yang berlaku dengan berleluasa akan
mewujudkan pencemaran air. Kualiti air sungai di Cameron Highlands didapati mula tercemar
kesan daripada aktiviti pembangunan infrastruktur, penggunaan bahan kimia, racun dan baja
daripada pertanian yang tidak terkawal dan berleluasa. Sungai yang teruk terjejas ialah Sungai
Telom, Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Pembukaan tanah pertanian yang kurang
sistematik (tiada perangkap lumpur) telah menimbulkan kelodakan dalam air yang tinggi
sehingga menyebabkan pemendapan di Tasik Habu. Kualiti air tasik ini telah terjejas dengan
nilai pepejal terampai sehingga 202mg/l. Nilai ini adalah lapan kali ganda daripada standard
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25 mg/l bagi air kelas satu.
3.2.3 Peningkatan Suhu.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi akan menyebabkan kemusnahan terhadap hutan
contohnya di kawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands. Secara keseluruhan, min suhu
tahunan di Cameron Highlands semakin meningkat dari setahun ke setahun terutama pada
dekad 1990-an. Peningkatan suhu ini dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan bagi
16
dijadikan kawasan pertanian di Lembangan Bertam. Peranan pokok sebagai agen
penyederhanaan suhu dan “penstabilan iklim” telah berkurangan. Dianggarkan bagi setiap
pokok hutan ia mampu menampung 400 liter air bagi satu-satu masa. Hasil pemerhatian
mendapati penduduk di kawasan ini ada yang menggunakan payung pada waktu siang dan
banyak premis perniagaan yang memasang kipas ekoran peningkatan suhu. Hasil kaji selidik
mendapati 77.6 peratus responden berpendirian bahawa Cameron Highlands tidak lagi sejuk
berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980-an khususnya di Ringlet dan Tanah Rata.
3.2.4 Gangguan Terhadap Penempatan Orang Asli.
Kerancakan pembangunan yang dijalankan di Cameron Highlands telah merubah
persekitaran semula jadi termasuk menggangu kehidupan manusia khususnya petempatan
orang asli. Pembangunan telah melibatkan penarahan bukit dan pembersihan hutan yang
mengganggu dan memusnahkan banyak elemen dalam persekitaran. Kehidupan orang asli
juga turut terjejas kerana kawasan hutan yang menjadi hasil pendapatan mereka telah diteroka
umpamanya pekerjaan mencari rotan hanya dilakukan setahun sekali berbanding sebelum ini.
Malahan sungai-sungai di kawasan petempatan orang asli ini juga menjadi cetek dan tercemar
dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan spesis akuatik semakin berkurangan.
Malahan penduduk di Lembah Menson mengatakan sungai-sungai di kawasan ini menjadi
semakin cetek dan dianggarkan kedalaman sungai telah menurun dari enam kaki kepada satu
kaki sahaja berbanding sepuluh tahun yang lalu.
3.2.5 Pusat Pelupusan Sampah Yang Kurang Strategik.
Pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik akan menimbulkan kesan buruk
terhadap alam sekitar. Pelupusan sampah secara terbuka akan menyebabkan masalah
pencemaran udara (bau), tanah, air dan pembiakan vektor penyakit. Hasil kajian mendapati
hanya wujud satu pusat pembuangan/pelupusan sampah di Cameron Highlands, iaitu di Batu
34 yang berada pada kedudukan 1400 meter dari aras laut. Tapak pelupusan ini kurang sesuai
kerana ia berada di kawasan tanah tinggi serta berhampiran dengan anak Sungai Bertam, iaitu
Sungai Batu Pipih. Kedudukan ini amat tidak strategik kerana kedudukan di kawasan “pintu
masuk” sebelum sampai ke Cameron Highlands memaksa setiap pengunjung menghidu bau
sampah dari kawasan ini terlebih dahulu sebelum sampai ke Ringlet. Sampah sarap banyak
17
terdapat di kawasan sungai kerana pihak yang menguruskan sampah sarap telah mengambil
“jalan mudah” dengan menolak sampah ke bawah cerun di kawasan sungai dan memburukkan
lagi keadaan di kawasan ini. Apabila hujan lebat air larian sungai akan membawa sampah
sarap lalu menyebabkan sungai menjadi kotor.
Pembakaran sampah secara semulajadi juga berlaku kerana tiada saluran pelepasan gas
yang disediakan di tapak pelupusan ini oleh pihak yang bertanggungjawab. Pencemaran bau
daripada kawasan ini turut dialami oleh penduduk di Habu yang berada di kedudukan yang
lebih rendah terutama apabila tiupan angin datang dari kawasan tersebut.
3.2.6 Kehilangan Habitat Flaura dan Fauna
Pembangunan kawasan tanah tinggi akan menyebabkan kemusnahan habitat
semulajadi kepada 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang
terdapat di kawasan tersebut. Menurut Khairudin Hj Kmaruddin (1992), satu hektar Hutan
Hujan Tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung
Malaysia, terdapat lebih 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies
burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga yang telah direkodkan. Di
Sarawak pula 70% daripada kawasannya adalah diliputi kawasan Hutan Hujan Tropika. Di
situ terdapat lebih 8000 spesies flora dan 2000 spesies fauna. Oleh itu pembangunan di
kawasan seperti ini pasti akan menjejaskan habitat semulajadi flora dan fauna.
3.2.7 Pemendapan dan Fenomena Banjir
Satu lagi kesan negatif apabila berlakunya pembangunan di kawasan tanah tinggi ialah
berlakunya pemendapan yang menjadikan sungai semakin cetek. Permukaan tanah yang
terdedah menyebabkan berlakunya hakisan apabila hujan turun. Hakisan tanah tersebut akan
menghasilkan mendapan di dasar sungai. Apabila berlaku hujan lebat, sungai tidak dapat
menampung jumlah air yang banyak disebabkan oleh keadaan sungai yang cetek dan
disebabkan aliran air di dalam sungai yang perlahan. Menurut Utusan Malaysia (18 Februari
2005), banjir besar telah berlaku pada tahun 2003 di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri
Alam yang menyebabkan Kampung Budaya ditenggelami air sedalam 8 meter. Turut
tenggelam ialah Taman Orkid di dalam taman pertanian itu. Fenomena ini berlaku kerana
18
berlakunya pembangunan yang pesat di kawasan tersebut yang menyebabkan hampir
keseluruhan kawasan Seksyen U10, iaitu kawasan hutan seluas 1200 hektar telah ditebang dan
tanah-tanah bukit mula diratakan oleh pihak pemaju perumahan.
3.3 Penubuhan Badan Antarabangsa, Konvensyen Antarabangsa, Akta, dan Undangundang
Sebuah pertubuhan Alam Sekitar Sedunia patut diwujudkan di bawah Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memandangkan aspek pengurusan aspek alam sekitar pada
masa kini gagal mencapai apa yang diharapkan.
Sejak adanya Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada tahun
1972, cabarannya telah membesar daripada sistem yang ada, kata Penasihat Sains kepada
Perdana Menteri Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid.
Katanya kerangka pentadbiran alam sekitar yang ada sekarang tidak lagi sesuai dengan
kepentingan antarabangsa kerana ia gagal menangani isu alam sekitar yang muncul sejak
beberapa dekad yang lampau.
Di dalam konteks pencemaran sungai di Malaysia, beberapa perundangan yg berkait
dengannya telah digubal dengan tujuan untuk mengawal serta menangani masalah
pencemaran tersebut. Antara perundangan yang terlibat bagi membantu di dalam menangani
masalah pencemaran sungai ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Di bawah Seksyen 25
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 terdapat 3 subseksyen yang telah diperuntukkan bagi
19
mengawal serta melarang pencemaran perairan daratan semulajadi. Berdasarkan Seksyen 25
Akta tersebut, tidak ada seorang pun dibenarkan mengeluarkan, melepaskan atau memendap
bahan buangan ke dalam perairan daratan kecuali dilesenkan. Mana-mana individu yang
didapati telah melanggar peruntukan di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih
RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun ataupun kedua-duanya sekali. Manakala di
bawah Seksyen 51(l) Akta ini, terdapat peruntukan yang membenarkan Menteri Alam Sekitar
dan Sumber Asli menggubal peraturan-peraturanbagi tujuan melindungi alam sekitar
termasuklah sumber air daratan. Beberapa peraturan yang telah digubal di bawah seksyen
tersebut yang mempunyai kaitan dengan kawalan pencemaran sungai adalah seperti:
a) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen
Perindustrian) 1979 – yang digubal bagi mengawal pelepasan effluen seperti bahan
tar, cecair tak terlarut, pelarut mudah terbakar serta bahan kumbahan daripada
manamana pusat perindustrian ke dalam perairan daratan;
b) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Minyak
Kelapa Sawit) 1977 - mengawal pelepasan effluen daripada industri minyak kelapa
sawit ke dalam alur air serta tanah. Di mana di dalam peraturan ini terdapatnya
peruntukan terhadap parameter atau had pelepasan effluen kilang kelapa sawit yang
perlu dipatuhi;
c) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah Asli
Mentah) 1978 - mengawal pelepasan effluen industri getah asli mentah;
d) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 - digunapakai
bagi mengawal selia kegiatan pengeluaran bahan buangan terjadual ke dalam alur air
sepertipt sungai, parit, longkang, kolam dan termasuklah tanah serta di luar kawasan
premis berlesen;
e) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan
Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989 - mengawasi aktiviti pengolahan
dan pelupusan buangan terjadual oleh pihak berkuasa dan dengan cara ini aktiviti ini
yang dijalankan secara haram dapat dikawal dan seterusnya dapat mengurangkan kes
pencemaran air;
f) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kegiatan-Kegiatan Ditentukan) (Penilaian Kesan
Alam Sekitar) 1987 - di bawah peraturan ini, terdapatnya suatu peruntukan yang
menyenaraikan 19 aktiviti atau kegiatan-kegiatan yang dikehendaki membuat
20
penilaian kesan alam sekitar di mana kesemua aktiviti tersebut berpotensi tinggi boleh
menyebabkan pencemaran air seperti industri petrokimia dan industri kertas dan pulpa.
g) Akta Kerajaan Tempatan, 1976, turut mengandungi beberapa peruntukan yang digubal
bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan saluran-saluran air daratan yang lain
seperti longkang awam danterusan yang diakibatkan oleh kegiatan atau perbuatan
manusia. Beberapa larangan khusus bagi perbuatan tertentu telah dikenakan di bawah
Seksyen 69 dan Seksyen 70 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 ini.
3.4 Peranan pendidikan
3.4.1 Langkah-langkah Penerapan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah
Antaranya adalah dengan mengadakan kempen ‘Sayangi Alam Sekitar’. Bagi
menguruskan kempen ini, maka Persatuan Alam Sekitar boleh bekerjasama dengan pihak
sekolah bagi melicinkan perjalanan program yang dirancang. Antara program yang boleh
dijalankan sepanjang kempen ini diadakan ialah pertandingan melukis poster, pertandingan
mencipta dan mendeklamasikan puisi, pertandingan menulis esei, pertandingan pidato,
syarahan dan debat, ceramah tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan pelbagai lagi
aktiviti yang boleh menarik minat pelajar. Kesemua aktiviti ini menjurus kepada satu
matlamat, iaitu memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Tegasnya,
kempen sebegini harus dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan agar kesedaran yang
ingin ditanam ranum di sukma mereka sebagai pemegang amanah kepada kelangsungan
hijaunya alam sekitar.
Selain itu, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji keperluan mewujudkan mata
pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif di sekolah. Hal ini disebabkan oleh
sikap remaja masa kini yang memandang enteng akan kepentingan menjaga alam sekitar.
Mereka juga kabur akan rasionalnya, di samping diburukkan lagi dengan sikap tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, dan Geografi yang telah
memasukkan topik berkenaan alam sekitar, maka pengekalan perlu dilakukan. Seandainya
cadangan mewujudkannya sebagai mata pelajaran elektif tidak dilaksanakan, maka sekurangkurangnya kita sudah ada persediaan ke arah mengangani masalah pencemaran alam sekitar
yang semakin meruncing. Ringkasnya, silibus tentang pendidikan alam sekitar perlu
21
diwujudkan, tidak kiralah sebagai subjek tunggal mahupun sisipan memandangkan
kepentingannya dalam jangka panjang.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan gotong-royong memghijaukan
kawasan sekolah. Program penghijauan ini boleh dilakukan dengan menanam pokok-pokok di
sekitar kawasan sekolah. Antara pokok-pokok yang boleh ditanam ialah pokok buah-buahan
dan pokok perhiasan, seperti pokok bunga. Selain memcantikkan sekolah dan memberi hasil
untuk dimakan, penanaman pokok ini sebenarnya telah membantu penambahan pengeluaran
gas oksigen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Program ini sebegini juga mampu
mendidik remaja agar mengawal aktiviti penggondolan hutan secara berleluasa seperti yang
didepani oleh dunia dewasa ini. Ringkasnya, aktiviti seperti ini sememangnya penting dalam
mendidik tabiat sayang akan alam sekitar sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Bukan itu sahaja, sekolah boleh meletakkan peraturan baru bagi penggunaan air dan
elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada
terus dibazirkan. Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu
bentuk kerosakan terhadap alam sekitar. Hal ini demikian kerana penggunaan elektrik yang
berlebihan telah membebaskan gas-gas beracun seperti monoksida yang mampu mengancam
ekosistem dan kesihatan manusia juga. Sekolah boleh menggariskan beberapa peraturan
seperti menutup lampu setiap jam8.30 pagi misalnya, kecuali pada hari hujan dan mendung.
Kipas pula perlu dihentikan sekiranya pelajar tidak berada di dalam kelas, umpamanya pergi
ke makmal dan ketika waktu rehat. Bagi memastikan pelaksanaan peraturan ini berjaya, maka
pengawas perlu prihatin dan bertanggungjawab memantau dan memastikan lampu dan kipas
telah dimatikan sebelum meninggalkan kelas. Jelasnya, tindakan sebegini bukan sahaja
mampu menjimatkan penggunaan air dan elektrik tetapi dapat memupuk sikap berjimat
cermat dalam kehidupan seharian kerana agama Islam menyifatkan pembaziran itu
merupakan amalan syaitan.
Malahan, Kementerian Sumber Asli boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
bagi menjalankan program kitar semula di sekolah. Walaupun program ini pernah
diperkenalkan suatu tika dahulu, tetapi kali ini kerajaan perlu lebih proaktif. Sebagai contoh,
kerajaan perlu menjelaskan konsep kitar semula dengan jelas, sama ada melalui media
elektronik, media cetak, mahupun buku teks. Bahkan, kerajaan perlu melabelkan tong-tong
22
kitar semula dengan perkataan, bukan lagi sekadar lambang dan simbol. Ternyata simbol yang
terdapat pada setiap tong tidak banyak membantu kerana masih terdapat remaja, malah
masyarakat yang keliru dan tersalah meletakkan bahan buangan ke dalam tong lain. Antara
bahan buangan yang boleh dikitar semula di sekolah ialah, surat khabar, kertas, tin
aluminium, botol minuman plastik, dan kaca. Hal ini secara tidak langsung menjimatkan
sumber dan mengelakkan penerokaan serta penebangan hutan secara berleluasa.
Seperti yang kita sedia maklum, remaja cukup sinonim dengan hiburan. Malahan, ada
di antara mereka yang menjadikan artis popular sebagai idola. Sudah terang lagi bersuluh, atas
dasar itulah kementerian perlu memanfaatkan situasi ini dengan sebaik mungkin. Sudah tiba
masanya lagu kitar semula digubah dan dinyanyikan oleh artis popular tanah air. Lantaran itu,
ceramah yang diadakan di sekolah boleh disampaikan oleh duta alam sekitar yang dilantik
daripada kalangan artis. Meskipun begitu, artis yang dilantik perlu mempunyai ilmu dan
minat yang mendalam terhadap pelestarian alam sekitar. Kita tidak mahu remaja hanya
berhibur, sedangnya nilai kecintaan terhadap alam sekitar dikesampingkan. Sesungguhnya,
kerajaan perlu mendapat pencerahan dalam memastikan pembenihan cinta akan alam sekitar
dibugarkan dengan cara bilazim supaya percambahan itu dapat dilakukan dengan lebih segar.
3.5 Amalan Gaya Hidup
3.5.1 Konsep Gaya Hidup Lestari
Bagi mengadaptasikan Gaya Hidup Lestari dalam kehidupan, anjakan paradigma pada
minda seluruh ahli masyarakat, atau dengan kata lain, pelestarian minda amatlah
diperlukan
dan hal ini merupakan inisiatif paling kritikal perlu diberi keutamaan segera .Secara ringkas,
minda lestari bermaksud pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan
kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih
dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar sertaamalan gaya hidup selari dengan
fitrah insaniah.Minda lestari menjelaskan betapa gaya hidup mesra alam mestilah memenuhi
pelbagai ciri pelestarian, antaranya selari dengan peraturan, perundangan, mesra warga,
murah dan mudah. Berbasikal atau menaiki kenderaan awam ke tempat kerja, membayar bil
pembetungan dan mengitar semula sampah adalah sebahagian amalan mesra alam yang
tercerna daripada minda lestari.Dalam konteks pembangunan fizikal misalnya, mi