Epistemologi Ontologi dan Metodologi Dal

EPISTEMOLOGI, ONTOLOGI DAN METODOLOGI DALAM
WACANA ISU SOSIOLOGIKAL
Ismahalil Ishak
Mohd. Nazlee
1.0

PENDAHULUAN
Penulisan esei yang bertajuk ‘Bincangkan pemahaman anda berkenaan Epistemologi,

Ontologi dan Metodologi’ ini akan di bincangkan oleh penulisan menerusi 3 bahagian utama.
Setiap bahagian akan membincangkan setiap komponen iaitu epistemologi, ontologi dan
metodologi di mana setiap komponen akan dibincangkan daripada aspek definisi, bentuk dan
contoh-contoh terhadap fenomena sosial yang dipilih supaya artikulasi ketiga-tiga konsep ini
dapat dinyatakan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Bahagian terakhir dalam penulisan
ini akan merumuskan ketiga-tiga konsep tersebut dengan secara keseluruhannya.

2.0

EPISTEMOLOGI

2.1


Pendahuluan

Secara amnya, epistemologi dapat ditafsirkan sebagai asal-usul serta pemikiran yang
menjadi asas kepada kewujudan sesuatu ilmu. Epistemologi juga merupakan salah satu
cabang pemikiran utama dalam bidang falsafah di mana ia membahaskan berkenaan
bagaimana sesuatu kewujudan ilmu itu sebagai ‘theory of knowledge’ khususnya berkenaan
kaedah, pengesahan dan kesahan untuk mendapatkan ilmu daripada realiti sosial (Grix 2002).
Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Greek iaitu kombinasi di antara perkataan
‘episteme’ iaitu ilmu dan ‘logos’ yang bermaksud kajian.
Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan epistemologi, penulis akan
membincangkan berkenaan, apakah yang dimaksudkan dengan ‘ilmu’? Secara konseptual
nya, ilmu melibatkan proses kognitif kompleks menerusi persepsi, komunikasi, pengalaman
dan penghujahan tentang sesuatu perkara (Cavell 2002). Proses ini membawa kepada
pemahaman manusia tentang sesuatu perkara secara sistematik dan diinterpretasikan oleh
1

manusia secara sedar. Sungguhpun sehingga kini masih lagi terdapat perdebatan dan
perbahasan berkenaan pendefinisian ilmu, bagi ahli falsafah terdapat satu definisi yang
dinyatakan oleh Plato iaitu “justify true belief” (Fine 2003). Secara ringkasnya, sesuatu ilmu

itu mesti boleh memberi justifikasi terhadap dakwaan yang dibuat, ia semestinya benar
berdasarkan fakta-fakta yang sahih dan ia mesti boleh dipercayai tentang kesahihannya.
Contohnya, sekiranya kita mengandaikan bahawa kita mengetahui tentang seseorang pernah
sampai dan berjalan di atas permukaan bulan. Untuk memastikan penyataan ini sebagai ilmu
yang sahih, dakwaan tersebut mestilah boleh diberi justifikasi tentang kebenarannya, fakta
yang sahih dan kepercayaan bahawa sememangnya pada tahun 1969 sekumpulan manusia
telah mendarat di permukaan bulan menerusi kapal angkasa Apollo 11 dan manusia pertama
yang menjejakkan kaki di bulan adalah Neil Armstrong.

2.2

Definisi epistemologi
Blaikie (1993) menerangkan epistemologi secara jelas sebagai ‘the theory or science

of the method or grounds of knowledge’ di mana ketiga-tiga aspek ini digunakan sebagai
kaedah atau cara untuk memperoleh sesuatu ilmu daripada realiti sebenar yang berlaku,
bagaimana apa yang berlaku itu di ketahui, apa yang boleh diketahui dan apakah tuntutan
yang perlu dipenuhi untuk menjelaskan sesuatu ilmu tersebut. Menurut Chia (2002) pula,
epistemologi merujuk kepada ‘how and what it is possible to know’ serta keperluan untuk
mencerminkan bagaimana ilmu itu dihasilkan berasaskan kaedah dan piawai yang sahih dan

dipercayai dan akhir sekali Hatch dan Cunliffe (2006) merumuskan epistemologi sebagai
‘knowing how you can know’ dan seterusnya memperkembangkan rumusan beliau kepada
persoalan bagaimana ilmu itu dihasilkan, bagaimanakah realiti yang berlaku diterangkan dan
apakah kriteria yang membezakan antara ilmu yang baik dan ilmu yang tidak baik. Selain
daripada tiga sarjana yang telah dinyatakan sebelum ini, Bryman (2004) dan Saunders et al.
(2007) telah membincangkan epistemologi sebagai satu cabang bidang falsafah yang
membincangkan teori tentang ilmu dan menitikberatkan mengenai ilmu yang diterima umum
mengikut disiplin bidang masing-masing seperti biologi, fizik, astronomi dan sosiologi.
Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa elemen yang telah diutarakan ini membawa kepada
satu pemahaman tentang epistemologi iaitu apa dan bagaimana manusia mengetahui tentang
sesuatu ilmu dan mengetahui apa yang kita ketahui terutama daripada realiti sosial.

2

Epistemologi juga boleh digunakan untuk membahas dan menerangkan sesuatu
fenomena sosial yang berlaku. Epistemologi mempunyai beberapa pendekatan yang sering
digunakan oleh penyelidik seperti positivism, Interpretivism, empiricism, rationalism dan
constructivism. Setiap pendekatan ini mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dan

bergantung pada reka bentuk penyelidikan yang ingin digunakan oleh penyelidik. Bagi

membincangkan epistemologi dengan lebih terperinci, dua pendekatan utama iaitu positivism
dan Interpretivism akan digunakan untuk menerangkan fenomena sosial terpilih.

2.3

Positivism

Blaike (2007) telah mengklasifikasikan positivism sebagai cabang pemikiran falsafah
klasik yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Positivism adalah satu pendekatan yang
melihat realiti sosial berdasarkan realiti yang objektif berdasarkan pemerhatian yang
sistematik dan uji kaji seperti yang dinyatakan oleh Easterby-Smith et al (2002) iaitu ilmu
hanya akan menjadi signifikan sekiranya ia berpandukan pemerhatian daripada aspek realiti
objektif dan bersifat luaran (external reality). Di dalam bidang sains sosial khususnya
sosiologi, pendekatan Positivism sebagai salah satu epistemologi sering kali diperbahaskan
sungguhpun terma tersebut telah digunakan sejak kebelakangan ini oleh para pengkaji sains
sosial (Giddens 1974). Sungguhpun demikian, aplikasi Positivism dalam memperoleh dan
memahami realiti sosial mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam kajian sosiologi seperti
mendapatkan gambaran umum menerusi pemerhatian yang sistematik dan berpandukan
statistik walaupun pendekatan ini banyak digunakan oleh saintis.


Salah satu sumber utama di dalam pendekatan Positivism adalah memahami realiti
menerusi bukti yang empirikal. Menurut Keat (2013), empirikal data menerusi statistik
memainkan peranan penting di dalam bidang sains sosial. Statistik berperanan
menggambarkan realiti sosial dengan menggunakan kaedah yang sistematik di mana pengkaji
menerangkan sesuatu keadaan menggunakan pandangan yang objektif berpandukan statistik
yang diperoleh (external reality) dan tidak dipengaruhi oleh penilaian sendiri (valuefreedom).

Untuk menerangkan bagaimana Positivism dapat diaplikasikan dalam disiplin
sosiologi, penulis akan menggunakan fenomena bunuh diri dengan mengambil contoh di
Malaysia. Kejadian bunuh diri merupakan satu tragedi yang sukar untuk digambarkan dan ia
3

suatu masalah kesihatan di dalam masyarakat kita. Justeru, pendekatan Positivism
berdasarkan data daripada statistik yang empirikal akan digunakan untuk menerang dan
memahami senario bunuh diri di Malaysia dengan lebih terperinci. Berdasarkan penyelidikan
yang dilakukan oleh National Suicide Registry Malaysia pada tahun (2009), didapati kadar
bunuh diri di Malaysia adalah 1.18 per 100 000 penduduk di mana julat umur mereka yang
melakukannya adalah di antara 14 hingga 95 tahun dengan median umur 37 umur. Ini
bermakna 50 peratus mereka yang terlibat adalah di bawah umur 37 tahun dan 50 peratus lagi
adalah dalam kalangan mereka yang berumur 37 tahun dan ke atas. Daripada aspek gender,

golongan lelaki lebih ramai terlibat berbanding golongan wanita dengan nisbah 2.9:1 dan
majoriti daripada mereka adalah warganegara Malaysia (89%). Golongan India pula
mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi iaitu 3.67 per 100 000 penduduk manakala Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar terendah dengan masing-masing 0.32
dan 0.37 per 100 000 penduduk.

Lantaran itu, berpandukan statistik yang sahih dan empirikal daripada kajian yang
dilaksanakan ini, ia telah memberikan maklumat dan pengetahuan kepada kita berkenaan isu
bunuh diri di Malaysia. Di samping itu, statistik yang dikemukakan ini juga telah memberi
input yang berguna kepada pemahaman tentang isu bunuh diri di Malaysia di mana ia
menunjukkan profil-profil mereka yang telah melakukan bunuh diri daripada aspek gender
dan etnik.

2.4

Interpretivism

Interpretivism adalah pendekatan untuk memperoleh ilmu menerusi konstruksi sosial

dan interpretasi subjektif oleh pengkaji terhadap sesuatu fenomena sosial yang dikaji

(Carson et al. 2001). Pengkaji akan menghuraikan data yang diperoleh daripada kerja
lapangan yang dilakukan dengan membangunkan konstruk-konstruk yang sesuai dan
seterusnya membuat kesimpulan berpandukan persepsi mereka. Menurut Saunders et al
(2007), Interpretivism adalah pendekatan dalam epistemologi yang membolehkan pengkaji
memahami perbezaan antara manusia sebagai ‘pelaku sosial’ iaitu dengan erti kata lain,
pengkaji sebagai ‘pelaku sosial’ yang mempunyai pengalaman hidup tersendiri dan terlibat
sama dalam kehidupan seharian dalam masyarakat memberi makna terhadap fenomena sosial
yang dikaji. Ini bermakna, pengalaman hidup dalam realiti sosial merupakan aspek penting

4

pendekatan Interpretivism dalam menganalisis dan memahami sesuatu fenomena sosial yang
berlaku.

Untuk mengaitkan Interpretivism dalam memahami realiti sosial yang berlaku,
penulis akan menggunakan fenomena sosial gengsterisme dengan mengambil contoh
penglibatan pelajar sekolah di dalam aktiviti ini. Gengsterisme merupakan satu senario yang
dianggap menular dalam kalangan remaja dewasa ini sungguhpun senario ini sudah lama
wujud dalam kalangan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan menggunakan
pendekatan Interpretivism, beberapa persoalan utama boleh digunakan untuk memahami isu

ini dengan lebih mendalam seperti apakah kesan penglibatan dalam aktiviti gengster kepada
pelajar, mengapa pelajar mudah terdedah kepada penglibatan

dalam gengsterisme dan

apakah struktur yang terdapat di dalam pergerakan gengster. Penglibatan pelajar sekolah
dalam aktiviti gengsterisme bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian remaja di
dalam bidang akademik, malahan ia mampu untuk memberi kesan kepada perkembangan
remaja dan seterusnya pembangunan negara. Menurut Thrasher (1963) dalam kajiannya
berkenaan aktiviti gengsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini
berpotensi untuk mewujudkan gang atau kumpulan haram. Golongan remaja ini mudah
terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan
dalam kumpulan mereka. Beliau menyimpulkan bahawa gang adalah sebuah kumpulan yang
mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan dalam kelompok
yang besar, mempunyai sistem pergerakan dalam kumpulan serta mempunyai perancangan
strategik yang tersendiri. Jelas di sini menunjukkan bahawa penyertaan remaja di dalam
aktiviti gang ini merupakan satu evolusi kerana ikatan setia kawan serta cuba sedaya upaya
untuk mengekalkan identiti gang mereka.

Menerusi kajian ini, jelas menunjukkan bahawa pemahaman mengenai isu yang dikaji

bukan sahaja dapat dijelaskan dengan maklumat daripada statistik dan laporan kes daripada
pihak berkuasa sahaja, malahan fenomena ini dapat dijelaskan daripada perspektif pengkaji
yang memberi makna dan memberi interpretasi berasakan pemerhatian dan kerja lapangan
yang dilakukan.

5

Jadual 1 di bawah merupakan rumusan dan perbandingan daripada perspektif Positivism dan
Interpretivism seperti yang telah dibincangkan di atas.

1.

2.

3.
4.

Positivism

Interpretivism


Melihat penerangan dan teori realiti sosial
sebagai kenyataan yang berbentuk hukum;
dihasilkan oleh logik induktif
Penerangan betul dan silap logik dan
mempunyai hubungan dengan hukum
berdasarkan fakta
Bukti yang sahih berdasarkan pengamatan
yang tepat
Pengetahuan bersifat instrumental di mana
membolehkan pengkaji mengawal dan
menguasai kejadian

Melihat teori sebagai deskripsi bagaimana
makna-makna yang diwujudkan dan
diteruskan
Betul kepada orang yang dikaji

3.0


ONTOLOGI

3.1

Pendahuluan

Bukti yang sahih dalam konteks sosial
yang bergantung pada interaksi sosial
Orientasi yang praktikal di mana
pengetahuan membantu kita memahami
dan berkongsi pengalaman dan dunia
kehidupan yang dialami oleh orang lain

Seterusnya adalah tentang ontologi, yang mana kebiasaannya dalam penyelidikan atau
kajian, ontologi merupakan permulaan proses tersebut. Ontologi merupakan perkataan
berasal dari bahasa Greek iaitu ‘onto’ bermaksud ‘sesuatu yang wujud’ atau ‘kewujudan’ dan
‘logi’ atau ‘logia’ bermaksud ‘science, teori dan kajian’. Contohnya, kita mengetahui
kewujudan tentang masalah penggunaan dadah di kalangan remaja yang tinggal di FELDA
Jengka, Pahang. Realiti tentang kewujudan isu tersebut adalah melalui pemerhatian sama ada
daripada sumber yang diperoleh daripada media elektronik dan cetak serta pengalaman yang
diperoleh daripada rakan-rakan yang berasal dari tempat tersebut.

3.2

Definisi

Menurut Blaikie (2007), ontologi merupakan cabang falsafah yang membawa erti
konsepsi mengenai realiti, tidak kira sama ada yang nyata atau abstrak, yang selanjutnya
mempengaruhi cara manusia mendefinisikan diri dan alam di sekitarnya. Ontologi merupakan
satu entiti, sifat atau komponen sesuatu benda. Ontologi merupakan idea atau andaian tentang
sesuatu realiti sosial (situasi dalam masyarakat). Sesuatu idea itu sama ada boleh di lihat atau
tidak. Di dalam kajian sains sosial, ontologi akan memberi jawapan kepada persoalan “What
6

is the nature of social reality? ”. Setiap paradigma penyelidikan di jelmakan bayangannya

tentang keadaan yang wujud tentang dunia ini akan di sokong oleh andaian ontologikal.
Dalam erti kata lain, ia menggambarkan pandangan terhadap bentuk atau corak realiti
tersebut sama ada yang tersirat atau yang jelas kewujudannya dan secara terperinci adakah
realiti tersebut bersifat objektif di mana ia benar-benar wujud atau realiti tersebut suatu yang
subjektif dan hanya di cipta oleh minda manusia. Manakala Bryman (2004), mendefinisikan
bahawa ontologi sebagai suatu sifat tentang entiti sosial dan bagi Saunders et al.(2007),
menyatakan bahawa ontologi adalah satu teori mengenai sifat fenomena dan merupakan
entiti sosial yang akan dimasukkan ke sistem pengetahuan.

Ontologi merupakan entiti, komponen atau sifat yang di anggap wujud oleh sesuatu teori atau
strategi. Andaian ontologikal merujuk kepada idea-idea yang bersifat realiti sosial. Ontologi
mempunyai hubungan rapat dengan epistemologi. Epistemologi adalah kajian tentang
pengetahuan, walhal ontologi pula adalah kajian tentang kewujudan sesuatu. Kedua-duanya
boleh digunakan untuk memahami pembinaan pengetahuan sains sosial, memandangkan
kedua-duanya tidak boleh di pisahkan, tetapi harus dihubungkan secara logik. Dalam
pendekatan terhadap menjalankan penyelidikan, hubungan antara ontologi, epistemologi dan
metodologi adalah sangat kritikal dan penyelidik perlu jelas tentang hubungan antara konsepkonsep ini. Grix (2002), menyatakan bahawa semua penyelidikan harus bermula dengan
memahami ontologi, diikuti dengan epistemologi dan seterusnya metodologi. Terdapat
kesinambungan yang logik di antara konsep-konsep ini dan ia disusuli dengan satu proses
yang sistematik. Ontologi adalah keutamaan dalam penyelidikan dan ia adalah andaian yang
dibuat mengenai sifat realiti sosial.

Secara ringkas, ontologi memberi fokus tentang dengan apa yang kita percaya adalah
merupakan realiti sosial. Kesedaran penyelidik dalam memahami, mengakui serta
mempertahankan kedudukan ontologikal mereka adalah penting. Ini merujuk tentang
ontologikal individu tersebut dalam memberi jawapan terhadap persoalan tentang apakah
realiti sosial dan alam politikal semulajadi yang ingin dikaji? (Hay 2002).

Di dalam perspektif sosiologi, persoalan ontologi di anggap sebagai satu persoalan
apakah tentang sosiologi tersebut. Sebagai contoh, ia sebagai satu percubaan atau kajian
bagaimana mencari penyelesaian tentang permasalahan sosial? Ia juga adalah jawapan
kepada persoalan mengapa atau kenapa kita di sini? Seterusnya ia menghuraikan peraturan
7

asas bagi pembangunan sosial tersebut dan akhir sekali ia adalah untuk memahami sifat
interaksi sosial dan sebagainya. Kepentingan persoalan ontologi adalah untuk memberi
jawapan yang kita berikan kepada soalan-soalan itu tentang keadaan cara kita melihat tujuan
sosiologi sebagai subjek dan ia adalah cara kita menangani diri kita untuk menyelidik perkara
serta cara kita melihatnya dan mengkaji dunia sosial dengan cara yang sesuai iaitu dalam
pilihan bagi kaedah penyelidikan. Menurut Alemika (2002), asas persoalan bagi tujuan kajian
adalah seperti ; apa yang wujud? Dalam bentuk apa ia wujud?. Dalam keadaan apa ia wujud?
Apakah hubungannya dengan perkara-perkara lain yang dikatakan wujud? Dalam disiplin
Sains Sosial, ia mendakwa tentang adanya tingkah laku manusia dalam konteks dan
hubungan sosial, kumpulan sosial, dan institusi sosial. Sebagai contoh, Sosiologi membuat
dakwaan tentang kewujudan entiti seperti kelas sosial, institusi, budaya, dan lain-lain dan
evolusi mereka, transformasi, ketabahan dan hubungan antara satu sama lain.

3.3

Pertimbangan ontologi dalam Penyelidikan

Persoalan ontologi dalam kajian sains sosial adalah berkaitan dengan sifat realiti.
Terdapat dua pendekatan yang luas dan berbeza cara iaitu Objektivisme yang memegang
bahawa terdapat adalah satu realiti yang bebas dan Konstruktivisme yang menganggap
bahawa realiti adalah hasil dari proses sosial (Neuman 2003). Ini dapat di lihat daripada dua
orientasi yang berbeza oleh mereka yang berorientasikan Positivism dan Interpretivism. Bagi
orientasi melalui pendekatan positivist, ia adalah berkenaan dengan realiti sebagai penemuan
'di luar sana' iaitu dunia dengan menggunakan metodologi sains konvensional (Bassey 1995).
Manusia, melalui penggunaan deria mereka dan boleh melihat realiti ini dan penemuan realiti
tentang tindakan oleh manusia di nyatakan dalam bentuk kenyataan fakta. Penyelidik tidak
menganggap diri mereka sebagai pemboleh ubah penting dan terpisah daripada penyelidikan
itu. Manakala bagi orientasi interpretive, mereka tidak dapat menerima idea bahawa terdapat
kenyataan 'di luar sana', yang wujud tanpa mengira faktor tentang manusia tersebut. Mereka
melihat realiti sebagai pembinaan manusia (human construct) (Mutch, 2005). Interpretive
melihat tentang realiti dan makna pembinaan sosial dan ia berpendapat bahawa manusia
sendiri telah membina atau mewujudkan realiti sosial tersebut.

8

3.4

Andaian Ontologi (Ontological Assumption);
Cabang Pemikiran (School of thought) dalam Perspektif Penyelidikan Sosial

Peranan penyelidik adalah untuk memahami dan menjelaskan fenomena sosial,
menumpukan perhatian kepada isu-isu tertentu dan untuk mencabar kepercayaan
konvensional tentang sosial dan semula jadi alam. Penyelidikan sosial, bagaimanapun,
berbeza daripada sains semula jadi, kerana penyelidik dapat bertanya soalan dari orangorang yang mereka kaji. Menurut Gidden (1997), manusia tidak seperti objek alam semula
jadi, dan makhluk yang menyedari dan memberikan rasa serta maksud kepada apa yang
mereka lakukan. Kita tidak dapat menggambarkan sosial kehidupan dengan tepat melainkan
kita memahami konsep-konsep yang mereka lakukan dalam tingkah laku mereka. Ini adalah
perlu untuk menggambarkan idea-idea utama dan perbahasan dalam sains sosial untuk
mengkaji hubungan di antara teori sosial dan penyelidikan. Berikut merupakan andaian
ontologi menurut perspektif di antara Idealist/Subjectivism dan Realist/Objectivism;

3.4.1 Idealist/Subjectivism

Idea atau pandangan bahawa kehidupan sosial adalah hasil dari interaksi sosial dan
kepercayaan pelaku sosial. Ini merujuk kepada kepercayaan bahawa fenomena sosial telah
diciptakan melalui persepsi dan tindakan daripada orang-orang yang di kaji berkenaan
dengan kewujudan mereka. Teras andaian ontologi bagi pendekatan kepada sains sosial
adalah bahawa realiti adalah hasil daripada imaginasi manusia.

3.4.2 Realist/Objectivism

Kepercayaan bahawa fenomena sosial dan makna mereka mempunyai kewujudan
yang bebas daripada aktor sosial yang dikaji. Ia berasaskan andaian bahawa fenomena sosial
dan kategori yang kita gunakan setiap hari melalui perbincangan mempunyai kewujudan
yang bebas atau berasingan daripada aktor tersebut. Mempunyai kepercayaan bahawa
penyelidikan sosial boleh mengamalkan cara sains semula jadi, terutama dalam penggunaan
nombor untuk mengukur hubungan antara pemboleh ubah yang ingin dikaji.

9

Contoh ontologi penulis cuba huraikan adalah tentang fenomena sosial berkaitan dengan isu
‘Kajian tentang masalah kemurungan di kalangan remaja di Malaysia’. Menurut andaian
perspektif Realist/Objectivism, dasar pendidikan yang di perkenalkan oleh pihak berkuasa
atau kerajaan yang membuat pelajar wajib lulus subjek tertentu. Mereka perlu mengikut
sistem yang telah diarahkan untuk mereka lulus dalam subjek mata pelajaran yang tertentu
dan cemerlang bagi mendapat keputusan yang baik. Sebaliknya, Idealist/Subjectivism melihat
melalui pandangan dalam isu seperti hubungan pelajar dengan ahli keluarga mungkin
bermasalah, harapan yang tinggi daripada keluarga, sekolah dan masyarakat, pengaruh rakan
sebaya, pengaruh budaya negatif serta pengalaman yang mereka tempuhi.

4.0

METODOLOGI

4.1

Pendahuluan

Metodologi merupakan strategi penyelidikan yang merujuk kepada kaedah dan
pendekatan yang diambil oleh pengkaji di dalam melaksanakan sesebuah kajian empirikal
yang dijalankan (Scott & Marshall 2009). Ia juga menerangkan tatacara sesuatu masalah yang
dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Dalam erti kata lain,
metodologi merujuk kepada teori atau pendekatan berkenaan kaedah kajian yang akan
digunakan. Teori tersebut adalah faktor utama kepada pengkaji di dalam memikirkan
persoalan seperti apa yang hendak dikaji?, siapa yang hendak dikaji?, di mana hendak dikaji?
dan bagaimana hendak menjalankan kajian ini? Justeru, metodologi akan membawa kepada
pembentukan reka bentuk kajian yang akan membolehkan pengkaji mendapat gambaran
keseluruhan bagaimana hendak menjayakan kajian tersebut. Di samping itu, metodologi
merupakan cara bagaimana kita menimba ilmu tentang dunia atau cara satu menyatakan dan
pendekatan teori bagi pengeluaran data. Metodologi merupakan satu strategi penyelidikan
yang diterjemahkan ontologi dan epistemology prinsip ke dalam garis panduan yang
menunjukkan bagaimana penyelidikan akan dijalankan (Sarantakos 2005).

4.2

Pendekatan Positivist

Positivist menggunakan paradigma penyelidikan melalui kaedah kuantitatif. Realist/
objectivist ontologi dan empiricist epistemologi yang terkandung dalam positivist di mana

paradigmanya memerlukan kaedah penyelidikan yang objektif atau berkembar, di mana
10

penekanan kepada mengukur pemboleh ubah dan menguji hipotesis yang dikaitkan dengan
umum penjelasan atas sebab-sebabnya. Penyelidikan positivist menggunakan reka bentuk
eksperimen untuk mengukur kesan, terutamanya melalui perubahan kumpulan. Teknik-teknik
pengumpulan data memberi tumpuan kepada mengumpul data dalam bentuk nombor bagi
tujuan membolehkan keterangan yang akan dibentangkan dalam bentuk kuantitatif.

4.3

Pendekatan Interpretivist

Sebaliknya, kaedah kualitatif adalah di dorong oleh epistemologi interpretivist dan
ontologi constructionalist. Ini menganggap bahawa makna mendalam melalui pengalaman
peserta dan ia diselesaikan melalui persepsi penyelidik sendiri. Pengkaji menggunakan
kaedah metodologi kualitatif dan terlibat dalam budaya atau kumpulan dengan memerhatikan
manusia yang dikaji dan interaksi mereka, sering menyertai aktiviti, menemuramah informan,
merekod sejarah hidup mereka, membina kajian kes, dan menganalisis dokumen yang sedia
ada atau matlamat adalah untuk memperoleh pandangan orang dalam kumpulan yang dikaji.

4.4

Pendekatan Induktif

Pendekatan atau teori induktif ialah satu proses yang memberikan penjelasan umum
berdasarkan pemerhatian yang khusus. Pendekatan ini dimulakan dengan pengkaji
mendapatkan satu set dapatan kajian daripada sesebuah penyelidikan lain yang seakan-akan
sama dan seterusnya membina dan membangunkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil
tersebut (Hagan 1993). Sebagai contoh, pengkaji mendapati bahawa terdapat sekumpulan
remaja berumur empat belas tahun di sebuah projek perumahan suka menconteng lukisan di
dinding. Ini menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sama ada masalah ini berlaku dengan
meluas? Berapa ramaikah remaja belasan tahun tersebut di kawasan perumahan yang
sanggup menconteng dinding-dinding tersebut? Dalam pendekatan induktif, pengkaji akan
mencari satu kes dan memerhatikan pemboleh ubah yang berkaitan dengannya. Seterusnya
pengkaji akan memerhatikan perkaitan serupa itu dalam beberapa kes yang lain. Akhirnya,
pengkaji akan membentuk satu teori yang umum untuk menjelaskan perkaitan dalam semua
kes yang diperhatikan (Sabitha Marican 2009).

4.5

Pendekatan Deduktif

11

Dalam pendekatan ini, penyelidik akan memulakan kajiannya dengan sesuatu teori
untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Penyelidik akan mengumpulkan data mengenai sesuatu
kes dan menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan data yang diperoleh. Pendekatan
deduktif lazimnya menggunakan proses logik yang bermula dengan kesimpulan yang umum
dan membuat ramalan berdasarkan pengujian ke atas pemerhatian yang lebih spesifik.

Persoalan kajian dibentuk berasaskan pada pengetahuan mengenai prinsip-prinsip umum oleh
pengkaji (Sabitha Marican 2009). Melalui kaedah ini ia membolehkan pengkaji membuat
ramalan dan seterusnya menguji andaian tersebut yang dikenali sebagai pengujian kepada
hipotesis yang dibangunkan. Dengan teknik-teknik tertentu seperti menggunakan kaedah
statistik, hipotesis tersebut diuji dan seterusnya membuat generalisasi kepada populasi kajian
yang dikaji. Contohnya seseorang pengkaji ingin mengetahui berapakah jumlah pasangan di
Malaysia yang menggunakan alat perancang keluarga untuk merancang dan menjarakkan
kehamilan. Di peringkat awal penyelidikan, pengkaji telah mengandaikan bahawa hanya satu
per empat sahaja wanita di Malaysia yang menggunakan alat perancang keluarga dan andaian
ini dibangunkan berdasarkan teori yang dipilih oleh pengkaji. Setelah menjalankan
penyelidikan, di dapati 60 peratus wanita di Malaysia telah menggunakan sebarang alat
perancang keluarga. Justeru, dengan pendekatan deduktif ini, pengkaji telah berjaya
menyangkal andaian yang dibuat dan seterusnya membuat rumusan bahawa majoriti wanita
Malaysia menggunakan alat perancang keluarga.

5.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya esei ini telah membincangkan mengenai paradigma dalam sesuatu kaedah
penyelidikan. Sebenarnya andaian asas atau paradigma dalam sesebuah kaedah penyelidikan
amat penting dalam menentukan kaedah yang akan dipilih. Andaian paradigma ini perlu kita
fahami dan akan membantu penyelidik menyusun dan merancang strategi penyelidikan yang
akan di jalankan. Jika pertimbangan ini diambil kira, penyelidik tidak akan membuat pilihan
kaedah berdasarkan salah tanggap dan seterusnya tidak akan membuat dakwaan yang tidak
munasabah berhubung dengan dapatan atau pengetahuan hasilan kajiannya iaitu melalui dua
paradigma penyelidikan iaitu Positivist dan Interpretive. Kedua-duanya terdiri daripada tiga
andaian melalui Epistemologi (pengetahuan), Ontologi (kewujudan) dan Metodologi. Seperti
yang kita tahu ada dua kaedah penyelidikan utama iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah
kajian kualitatif dan melalui pendekatan atau teori induktif dan deduktif. Metodologi tidak
12

terpisah daripada andaian-andaian yang penyelidik buat tentang realiti yang hendak dikaji
dan tentang pengetahuan yang akan dihasilkan tentang kajian yang akan dijalankan
penyelidik.

13

RUJUKAN

Alemika, E. 2002. Epistemological Foundations of the Scientific Method. In L. Erinosho, I.
Obasi, &A. Maduekwe (Eds.),Interdisciplinary Methodologies in the Social Sciences.
Abuja,Nigeria: UNESCO Abuja & Social Science Academy of Nigeria.
Bassey, M. 1995. Creating Education through Research: A Global Perspective of
Educational Research in the 21st Century. BERA England: Moor Press.
Blaikie, N. 1993. Approaches to Social Enquiry. Cambridge: Polity.
Blaikie, N. 2007. Approaches to Social Enquiry (2nd ed.). Cambridge: Polity
Bryman, A. 2004.
Press.

Social Research Methods. Second Edition. London: Oxford University

Carson, D., Gilmore, A., Perry, C. & Gronhaug, K. 2001.
London: Sage Publications.

Qualitative Marketing Research.

Cavell, S. 2002. Knowing and Acknowledging," Must We Mean What We Say? :
Cambridge University Press.
Chia, R. 2002. The Production of Management Knowledge: Philosophical Underpinnings
of Research Design. Dlm. Partington, D. (pnyt.). 1st Edition. Essential Skills for
Management Research, hlm. 1-45. California: SAGE Publications
Easterby-Smith, M., Thorpe, R. & Lowe, A. 2002. Management Research an
Introduction. Thousand Oaks: Sage Publications.
Fine, G. 2003. Plato on Knowledge and Forms: Selected Essays.
http://ndpr.nd.edu/news/24849-plato-on-knowledge-and-forms-selected-essays/
[12 December 2013].
Grix, J. 2002. Introducing Students to the Generic Terminology of Social Research.
Politics, 22(3), pp. 175-186.
Giddens, A. 1974. Positivism and Sociology. London, Heinemann.
Giddens,A. 1997. Sociology (3rd ed). Polity Press: Cambridge
Hagan, F. E. 1993. Research Methods in Criminal Justice and Criminology. Third
Edition. New York: Macmillan.
Hay, C. 2002. Political analysis: a critical introduction. Basingstoke: Palgrave.
Hatch, M. J. & Cunliffe, A. L. 2006.
Oxford University Press.

Organization Theory. Second Edition. Oxford:

14

Keat, R. 2013. Positivism and Statistics in Social Science.
http://www.russellkeat.net/admin/papers/60.pdf [10 December 2013].
Malaysia, N. S. R. 2009. Pattern of Suicides in 2009: Data from the National Suicide
Registry Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23857761
[19 December 2013].
Mutch, C. 2005. Doing Educational Research: A Practitioner’s Guide to Getting Started.
Wellington:NZCER Press.
Neuman, W., L. 2003. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches
(5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Sabitha Marican. 2009. Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmaik. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.
Sarantakos, S. (2005). Social Research. (3rd ed.). Melbourne: Macmillan Education.
Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. 2007.
London: Prentice Hall.

Research Methods for Business Students.

Trasher, F.M. 1963. The Gangs: A study of 1,313 Gangs in Chic ago (Rev.ed.). Chicago:
University of Chicago Press

15