Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 5 Bhg 4

30 minit
FOKUS
Berkebolehan melontar peluru dari kedudukan berdiri dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran:
1.11.1 Melontar peluru dari kedudukan power position.
2.11.1 Mengenal pasti perkaitan antara kelajuan lontaran dengan jarak lontaran semasa
melontar peluru.
5.1.3 Mengaplikasi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
5.1.4 Mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti.

Alatan
Bola sofbol, bakul, bola foam, peluru
getah, dan skital.

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.

Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid dalam kumpulan kecil membentuk bulatan.
2. Setiap ahli kumpulan melakukan lontaran bola foam serentak ke sasaran yang
berada di tengah bulatan.
3. Ulang beberapa kali.

137

1. Memastikan siku diluruskan semasa melontar dan ikut lajak selepas melontar.
2. Lontaran dilakukan secara menolak.
3. Penggunaan pelbagai peralatan ringan dan berat adalah untuk mempelbagaikan
kelajuan lontaran.
4. Tambahkan jarak melontar.

1. Pastikan kawasan lontaran ditanda supaya murid mempunyai sasaran.
2. Pastikan tiada murid lain berada di dalam kawasan lontaran.

3. Melakukan aktiviti mengikut arahan guru.

1. Murid melontar bola sofbol dengan mengilas badan dan membuat lontaran ke kawasan lontaran.
2. Melontar bola sofbol melepasi garisan A dan B.

A

B

1. Bimbing murid dengan meningkatkan kelajuan lontaran untuk mendapatkan
jarak lebih jauh.
2. Murid juga dibimbing dengan mempelbagaikan sudut dan ketinggian lontaran
untuk mendapatkan jarak lontaran yang lebih jauh.
3. Gantikan bola sofbol dengan peluru getah jika murid telah kuasai kemahiran.

1. Berdasarkan dua cara lontaran dipelajari,
lontaran manakah akan menghasilkan jarak
lontaran yang lebih jauh?
2. Mengapa terdapat perbezaan jarak
lontaran?


138

Pastikan murid yang menggunakan
tangan kiri (dominan) berada di
hujung barisan.

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan melontar bola sofbol di kawasan masing-masing ke sasaran mata
yang ditetapkan.
3. Kawasan sasaran ditandakan dengan 1 mata, 2 mata, dan 3 mata.
4. Pertandingan dijalankan dalam tiga pusingan seperti berikut:
 Pusingan pertama; melontar bola sofbol dalam posisi melutut.
 Pusingan kedua; melontar bola sofbol dalam posisi berdiri.
 Pusingan ketiga; melontar bola sofbol dalam posisi kilas.
5. Kumpulan yang memungut mata paling banyak dikira sebagai pemenang.

1. Sediakan kad mata yang akan diberikan kepada murid berdasarkan
jarak lontaran.
2. Sediakan beberapa kawasan lontaran supaya murid tidak menunggu

giliran melontar terlalu lama.
3. Bola sofbol boleh diganti dengan peluru getah.

Pastikan murid lain tidak berada di kawasan lontaran semasa
murid sedang melontar.

139

Nama : ............................................................

Tarikh : ......................................

Kelas : .......................................

SAYA KUAT
1. Tandakan (√) pada cara lontaran yang sesuai untuk mendapatkan jarak
yang lebih jauh.

2. Rekodkan jarak lontaran kamu berdasarkan posisi berikut:
a. Posisi melutut


b. Posisi berdiri

c. Posisi kilas
3. Mengapa posisi berbeza menghasilkan jarak lontaran yang berbeza?
_______________________________________________
_______________________________________________

140

30 minit
FOKUS
Berkebolehan menghasilkan gajet melalui ikatan.

Standard Pembelajaran:
1.14.1 Melakukan kemahiran ikatan untuk menghasilkan gajet.
2.14.1 Menyenaraikan jenis-jenis ikatan dan simpulan berdasarkan gajet yang
dihasilkan.
5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.
Alatan

Tali polyester, pagar, buluh, dan
bilah buluh.

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan membuat gajet “Pagar Bungaku“ dengan menggunakan bahanbahan yang disediakan oleh guru berdasarkan ikatan yang telah dipelajari.
3. Kumpulan yang menghasilkan gajet “Pagar Bungaku“ dengan ikatan kemas dan
sempurna dikira sebagai pemenang.


145

Bahan-bahan untuk membina gajet “Pagar Bungaku”

Pagar

Bilah buluh

Buluh

Tali

1. Pagar boleh dibina dengan menggunakan chop stick, buluh
yang telah diraut atau batang kayu.
2. Guru perlu menyediakan kad arahan aktiviti.
3. Aktiviti boleh ditukar dengan menghasilkan gajet-gajet lain.

Pastikan murid tidak bermain-main dengan bilah buluh.

Ikatan buku sila sesuai digunakan untuk membuat

gajet. Jelaskan?
EMK:
Keusahawanan: Daya Kreativiti dan Inovasi.

146

Nama: ............................................................ Tarikh: ......................................
Kelas: ...................................

IKATAN DAN SIMPULAN

Namakan ikatan dan simpulan yang terdapat dalam gambar yang
diberi.

Z
X

Y

X : ______________________________

Y : ______________________________
Z : ______________________________

147

148

30 minit
FOKUS
Berkebolehan bermain permainan tradisional Tating Lawi Ayam.
Standard Pembelajaran:
1.14.3 Menggunakan kemahiran menimang berterusan dalam permainan
tradisional Tating Lawi Ayam.
2.14.2 Menyatakan strategi dalam permainan tradisional Tating Lawi Ayam.
5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan.
Alatan
Lawi Ayam, gelung rotan, dan
marker.

۞

۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap murid menimang lawi ayam sebanyak tiga kali menggunakan
pelbagai bahagian kaki sebelum menghantar ke dalam gelung rotan.

1. Lawi ayam juga dikenali sebagai chapteh.
2. Menimang lawi ayam dengan menggunakan
bahagian dalam kaki, luar kaki, tepi kaki,
lutut, dan hujung kaki.
3. Gelung rotan boleh digantikan dengan kotak

atau bakul sebagai sasaran.

Pastikan lawi ayam selamat
digunakan.

Bahagian kaki manakah yang paling mudah
untuk menimang lawi ayam? Mengapa?.

153

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Undian dibuat bagi menentukan kumpulan yang akan memulakan permainan.
3. Kumpulan yang memulakan permainan akan mula menimang dan kumpulan lain
akan menjadi pengira.
4. Setiap pemain hanya boleh menimang sebanyak tiga kali berturut-turut sebelum
menghantar kepada rakan dalam kumpulan.
5. Pemain boleh menggunakan semua anggota badan kecuali tangan.
6. Permainan dijalankan sebanyak tiga pusingan (3 kali jatuhan). Tukar peranan.
7. Kumpulan yang membuat timangan terbanyak dikira sebagai pemenang.

1. Lawi ayam boleh dibuat sendiri oleh murid.
2. Tating menggunakan sebelah kaki sahaja.
3. Tentukan kawasan permainan dengan meletakkan marker sebagai penanda.

Pastikan kawasan permainan selamat.
EMK:
Keusahawanan: 1.4 Daya Kreativiti dan Inovasi.

154

Nama : ............................................................

Tarikh : ......................................

Kelas : .......................................

TATING LAWI
Pilih lakuan di bawah yang mudah untuk kamu mengawal lawi ayam
semasa menerimanya daripada rakan. Jelaskan.

Hujung Kaki

Lutut

Bahagian Luar Kaki

Bahagian Dalam Kaki

_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

155

156

30 minit
FOKUS
Berkebolehan melakukan kemahiran kuak dada dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran:
1.13.3 Melakukan kuak dada.
2.13.2 Membezakan kelajuan dan penggunaan daya antara kuak rangkak dengan kuak
dada.
5.2.2 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan.
Alatan
Fun noodles.

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid bersedia di dalam air dengan fun noodles di bahagian dada.
2. Apabila isyarat diberi murid akan melakukan kuak dada untuk mengutip alatan
terapung dan meletakkannya ke dalam bakul masing-masing.

173

Guru merancang aktiviti berdasarkan saiz kolam, bilangan murid, dan alatan.
Variasi; Kuak dada tanpa bantuan alatan.

Pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

Apakah perbezaan antara gaya kuak rangkak dengan gaya kuak
dada?
EMK:
Teknologi maklumat dan komunikasi

1. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil.
2. Apabila isyarat diberi murid akan melakukan kuak dada berganti-ganti ke arah
rakan.
3. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan dahulu kuak dada dikira pemenang.

x
x
x

x
x
x

x
x
x

x
x
x

174

x
x
x

x
x
x

Nama: ..........................................

Tarikh: ...................................

Kelas: ............................
KUAK DADA

Projek: Folio Renang
Sediakan sebuah folio mengenai renang gaya kuak rangkak dan
kuak dada. Maklumat boleh terdiri daripada gambar-gambar, rekod
dunia terkini, dan lain-lain.

175

176

30 minit
FOKUS
Berkebolehan melakukan senaman yang boleh meningkatkan kapasiti aerobik.
Standard Pembelajaran:
3.2.1 Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik berterusan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.
4.2.1 Mengaplikasi prinsip ‘FITT’ (frequency, intensity, time, and type) dalam
meningkatkan kapasiti aerobik.
4.2.2 Memerihal perubahan kadar nadi sebelum, semasa dan selepas melakukan
aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik.
5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Alatan
Pemain cakera padat dan
cakera padat (CD)

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Persembahan.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid mengira kadar nadi sebelum melakukan aktiviti.
2. Murid melakukan aktiviti seperti berikut:
Impak rendah:
a. Kawad setempat dalam kiraan 4 x 8.
b. Toe touch dalam kiraan 4 x 8.
c. Step touch dalam kiraan 4 x 8.
3. Murid mengira kadar nadi semasa melakukan aktiviti.
Impak tinggi:
a. Jalan ke hadapan dan ke belakang dalam kiraan 4 x 8.
b. Lompat berselang-seli dalam kiraan 4 x 8.
c. Pony dalam kiraan 4 x 8.
4. Murid mengira kadar nadi selepas melakukan aktiviti.

185

1. Setiap pergerakan boleh ditambah ulangan, pergerakan tangan dan melompat.
2. Aksi Pony:
a. Melompat sebelah kaki ke kanan, dan sebelah kaki dirapat sambil
dijengketkan serta dalam masa yang sama tangan diayun ke atas.
b. Ulang lakuan di (a) ke arah kiri.

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan merancang pergerakan dansarobik berdasarkan langkah
pergerakan yang telah dipelajari.
3. Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan dansarobik mengikut muzik
sekurang-kurangnya selama dua minit secara berterusan.
Rubrik Pencapaian:
Kumpulan

Keseragaman
(10 markah)

Kreativiti
(5 markah)

Kerjasama
(5 markah)

Jumlah

1
2
Jumlah Skor

Tahap Pencapaian

15 - 20 markah

Cemerlang

8 - 14 markah

Sederhana

1 - 7 markah

Memerlukan Bimbingan

1. Guru menetapkan lagu yang akan digunakan oleh semua kumpulan.
2. Guru mencadangkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
3. Aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik harus dilakukan secara berterusan
sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Pastikan murid berada pada jarak yang sesuai antara rakan supaya tidak
berlanggar sesama sendiri.
EMK
Kreativiti dan Inovasi: Menghasilkan idea-idea yang berkaitan
dengan sesuatu perkara.

186

Nama: __________________

Kelas: ______________

Tarikh: ___________________

KAPASITI AEROBIK - KALISTENIKAR
Perihalkan perubahan kadar nadi sebelum, semasa, dan selepas
melakukan aktiviti dansarobik.

Sebelum:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Semasa:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Selepas:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

187

188

30 minit
FOKUS
Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan kelenturan.
Standard Pembelajaran:
3.3.1 Melakukan senaman regangan pada otot-otot yang dapat meningkatkan julat
pergerakan (range of motion).
4.3.3 Mengaplikasi prinsip ‘FITT’ dalam meningkatkan kelenturan.
5.2.1 Meningkatkan komponen kecergasan berdasarkan kesihatan.

Alatan
Borang penilaian, pemain cakera
padat

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

1. Murid baring di atas lantai.
2. Murid melakukan aktiviti dengan iringan muzik:
 Berkerut dahi dan release.
 Menguap mulut luas dan release.
 Angkat bahu dan release.
 Genggam tangan dengan kuat dan release.
 Tegangkan otot perut dan release.
 Tekan kaki ke lantai dan release.
 Hala hujung kaki jauh daripada badan dan release.
 Tarik hujung kaki ke arah badan dan release.
3. Murid menutup mata, tarik nafas dan hembus nafas perlahan-lahan.
4. Murid membuka mata, bangun perlahan-lahan dan regang tangan ke atas.

Melakukan aktiviti mengikut
kemampuan.

1. Aktiviti dilakukan dengan iringan muzik
berirama perlahan (instrumental).
2. Terangkan perkaitan prinsip FITT dengan
aktiviti yang dilakukan.

193

1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan merancang rangkaian aktiviti regangan dalam pelbagai formasi
dengan atau tanpa alatan.
3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rangkaian aktiviti regangan.
4. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
Kumpulan

Kriteria
Kreativiti
(5 Markah)

Kerjasama
(5 Markah)

Keseragaman
(5 Markah)

Jumlah
(15 Markah)

1. Pergerakan murid membentuk gelombang mengikut aras dan arah.
2. Variasikan persembahan dengan manipulasi alatan seperti gelung rotan,
kain atau bola.

Bagaimanakah prinsip FITT dapat meningkatkan kelenturan diri kamu?

EMK
Keusahawanan: 3.1 Merancang sesuatu
projek dengan teliti.

194

KELENTURAN (2)
PROJEK JADUALKU, BADANKU
Arahan:
1. Kamu dikehendaki merancang jadual senaman kelenturan berpandukan
jadual yang disediakan.
2. Pastikan terdapat pelbagai senaman kelenturan yang melibatkan otot
yang berlainan.
3. Jalankan aktiviti yang telah anda rancang.

Projek Jadualku, Badanku
Nama :
Kelas:
Bil.

Anggota
Badan

1

Leher

2

Bahu

3

Tangan

4

Pergelangan
tangan

5

Pinggang

6

Kaki

7

Pergelangan
kaki

Senaman
kelenturan

Ulangan

Hari 1
Tarikh:

195

Hari 2
Tarikh:

Hari 3
Tarikh:

Hari 4
Tarikh:

Hari 5
Tarikh:

30 minit
FOKUS
Melakukan aktiviti untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.

Standard Pembelajaran
3.4.1 Melakukan senaman separa cangkung, ringkuk tubi separa, lentik belakang
berselang seli tangan dan kaki, dan tekan tubi ubah suai berulang kali dalam
jangkamasa 30 saat.
4.4.1 Menamakan otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan senaman
kekuatan dan daya tahan otot.
4.4.2 Mengaplikasi prinsip ‘FITT’ dalam meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.
5.2.4 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Alatan:
Skital, buah dadu berabjad, tali getah,
dan bola.

1.
2.
3.
4.

۞
۞
۞
۞
۞

Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Murid dalam kumpulan kecil.
Seorang murid melontar buah dadu dan lihat abjad yang ditunjukkan.
Lakukan aktiviti dengan merujuk carta 'DataKuat'.
Ulang aktiviti mengikut giliran.

Lakukan aktiviti mengikut
arahan dan utamakan
keselamatan.

1. Elakkan daripada melakukan aktiviti yang
sama berturut-turut.
2. Buah dadu berabjad A,B,C, dan D. Manakala
bahagian kosong dihitamkan menandakan
murid perlu lontar sekali lagi.
3. Perbanyakkan buah dadu dan carta mengikut
keperluan.

197

Carta “DataKuat“
AKTIVITI A – SEPARA CANGKUNG

AKTIVITI B – RINGKUK TUBI SEPARA

Otot besar yang terlibat: Quadriceps
Tempoh lakuan: 30 saat

Otot besar yang terlibat: Abdominals
Tempoh lakuan: 30 saat

AKTIVITI C – LENTIK BELAKANG
BERSELANG SELI

AKTIVITI D – TEKAN TUBI / TEKAN
TUBI UBAH SUAI

Otot besar yang terlibat: Erector Spinae
Tempoh lakuan: 30 saat

Otot besar yang terlibat: Deltoid
Tempoh lakuan: 30 saat

Bagaimanakah daya tahan dan kekuatan otot kamu boleh
ditingkatkan?

EMK
Keusahawanan:1.10 Berorientasikan
pencapaian.

198

1. Murid berbaris dalam kumpulan kecil.
2. Apabila isyarat diberi murid pertama akan berlari ke petak aktiviti.
3. Pilih sekeping kad dan lakukan aktiviti yang dinyatakan selama 30 saat. Rakan
(pencatat) akan mengira dan mencatatkan pencapaian rakannya.
4. Murid yang selesai melakukan aktiviti akan menggantikan tempat pencatat.
5. Pencatat akan berlari ke tempat mula dan sentuh rakan untuk meneruskan aktiviti.
6. Ulang aktiviti 3 sehingga semua murid selesai melakukan tugasan.
PENCATAT

Borang Skor:
Nama Aktiviti

Skor

1.
2.
3.
4.

Murid yang kurang sihat
berperanan sebagai pencatat
sahaja.

Guru akan menyediakan kad aktiviti
seperti berikut: senaman separa
cangkung, ringkuk tubi separa, lentik
belakang selang seli, dan tekan tubi
ubah suai.

EMK
Keusahawanan: 1.10 Berorientasikan
pencapaian.

199

Nama: ____________________

Tarikh: ___________________

Kelas: ______________

DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT (1)

Lengkapkan pernyataan di bawah.
Prinsip

Maksud istilah

Contoh aktiviti dan otot
besar yang terlibat
Aktiviti:
______________________

F

Nama otot:
______________________
Aktiviti:
______________________
I
Nama otot:
______________________
Aktiviti:
______________________
T
Nama otot:
______________________
Aktiviti:
______________________
T
Nama otot:
______________________

200

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Lima ini. Antara
panel yang terlibat ialah:
Tn. Hj. Zamrus bin A. Rahman
Cik Kamariah binti Mohd Yassin
En. Nawi bin Razali

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Kurikulum
Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi
Dr. Kok Lian Yee
Dr. Nelfianty binti Mohd Rashid

Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Gimnastik Asas
Tn. Syed Muhd Kamal bin S.A Bakar
En. Poniran bin Salamon
En. Mohd Irwan bin Miskob

IPG Kampus Temenggong Ibrahim
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
SK Yaacob Latif 2, Kuala Lumpur

Pergerakan Berirama
Pn. Kok Mong Lin
Dr. Teh Lah Hoong
En. Sahparudin bin Shrani

IPG Kampus Ilmu Khas
SMK (P) Sri Aman, Selangor
SK Bandsar Sri Damansara 1

Kemahiran Kategori Serangan
En. Ishak bin Othman
En. Azhar bin Ariffin
En. Mohd Rashdan bin Md Din
En. Mohamad Zakri bin Mohd Jali

IPG Kampus Pendidikan Teknik
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
SK Taman Tuanku Jaafar, Seremban
SK Kempadang, Pahang

Kemahiran Kategori Jaring
Dr. Ang Kean Koo
En. Othman bin Che Man
En. Hamizon bin Hamid

SK Kajang Utama, Kajang
IPG Kampus Tuanku Bainun
SK Cheras Jaya, Selangor

217

Kemahiran Kategori Memadang
Tn. Hj. Norhizan bin Zainol
En. Mohd Zairi bin Husain
En. Shamsul Bahri bin Ismail
En. Mohd Firuz bin Zainul

IPG Kampus Temenggong Ibrahim
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
IPG Kampus Bahasa Melayu
SK Bagan Baharu

Akuatik Asas
En. Nawi bin Razali
Pn. Lim Yit Bin
En. Mazran bin Mohamed
En. Dickson Busit

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan
Pulau Pinang
SMK Padang Temu, Melaka
SK Desa Pandan, Kuala Lumpur

Rekreasi dan Kesenggangan
En. Adib bin Sulaiman
Pn. Rohayati binti Abdul Rahman
Pn. Saodah binti Ahmad
Pn. Rahayu binti Kasmu

IPG Kampus Temenggong Ibrahim
SK Morib, Selangor
SK Peserai, Johor
SK Kalumpang, Selangor

Olahraga Asas
En. Abdul Razak bin Sulaiman
En. Shankaralingam a/l Ramalingam
En. Abu Bakar bin Abdulloh
Pn. Hilda Ilya binti Hilmi
En. Nik Jazwiri bin Johannis

SMK Seri Indah, Selangor
Sek. Sukan Bukit Jalil
SK Bandar Baru Sintok, Kedah
SK Seri Setia, Kuala Lumpur
SK Kampong Soeharto, Selangor

Kecergasan
Tn. Hj. Salleh bin Mohamed Sheh
En Chia Chiow Ming
En. Zulkarnain bin Ali
Pn. Erniza Idayu binti Ahmad Shapingi
Pn. Rossuzilla binti Othman
Cik Nur Farah Gan binti Abdullah
Pn. Zarina binti Sardar

IPG Kampus Tg Ampuan Afzan
IPG Kampus Ilmu Khas
IPG Kampus Ilmu Khas
SK Bukit Jelutong, Selangor
SK Raja Muda
IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka
SK St Michael 2, Perak

Panel Pemurnian
Tn. Hj. Zamrus bin A. Rahman
Cik Kamariah binti Mohd Yassin
En. Nawi bin Razali
Tn. Syed Muhd Kamal bin S.A Bakar
Tn. Hj. Norhizan bin Zainol
En. Ahmad Rodzli bin Hashim
En. Ishak bin Othman
En. Shamsul Bahri bin Ismail
Cik Azizah binti Md. Amin
Pn. Kok Mong Lin

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
IPG Kampus Batu Lintang
IPG Kampus Pendidikan Teknik
IPG Kampus Bahasa Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam
IPG Kampus Ilmu Khas

218

Ilustrator
En. Ahmad Shaker bin Abd. Majeed
En. Umar Radzi bin Bahari
En. Mohd Asri bin Mohd Zain
En. Samani bin Mashudi
En. Mohd Yusof bin Aziz
Pn. Nur Shuzaliza Ahmad Shupli

SMK Ayer Hangat, Langkawi
SMK Merbok, Kedah
SMK Syed Ahmad, Kedah
SMK Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor
SMK Sik, Kedah
Bahagian Pembangunan Kurikulum



Panel Muzik yang menyediakan CD 1 KSSR Dunia Muzik Tahun 3



En. Bakhtiar bin Mohd Salleh

Unit Pendidikan Muzik
Bahagian Pembangunan Kurikulum



Cik Faridah binti Ramly

Unit Pendidikan Muzik
Bahagian Pembangunan Kurikulum



Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun Lima di sekolah Rintis KSSR
Pendidikan Jasmani Tahun Lima pada tahun 2013.

219

220

LAMPIRAN A

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.

Nama Alatan
Tilam gimnastik dan tilam
Peti lombol
Papan anjal
Bangku panjang atau bangku gimnastik
Trampolin
Palang tunggal gimnastik
Tali polyester
Tali nilon
Kad imbasan atau gambar
Kad mesin
Skrip cerita
Tanglung kertas
Model seperti pokok petai, awan, dan kapak
Kotak besar dan kecil
Gambar ayam
Bola pelbagai saiz dan jenis
Kayu hoki
Gelung
Frisbee
Marker
Pelbagai jenis raket
Bulu tangkis
CD Lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 3
Pemain CD
Skaf
Sapu tangan

221

Bil
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.

Nama Alatan
Tali atau jaring atau net badminton
Tali skipping
Tiang
Bet sofbol dan bet kriket
Jam randik
Stump plastik
Bail
Pundi kacang
Baton
Pagar mini
Gelung kecil (quoit)
Bendera kecil (bunting)
Rantaian gelang getah
Penanda
Skital pelbagai ketinggian
Potongan gambar ikatan dan simpulan
Batang paip PVC atau kayu ( panjang 15 cm dan 30
cm)
Batu bata atau blok kayu
Lawi ayam
Pelampung dan rescue throwing bag
Alat-alat permainan (terapung)
Fun noodles
Pull bouy
Papan keribas
Tin
Bakul

222

Bil
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69

Nota:

Nama Alatan
Buah dadu berabjad
Tali getah
Kad padanan senaman kelenturan dengan nama otot
Pengukur tinggi
Penimbang berat
Borang skor
Bangku ketinggian 30.5 cm (1kaki)
Jam randik
Rakaman metronome 96 dan 50 seminit
Radio CD
Span (5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi)
Tilam senaman
Pita lekat bersaiz 2.5 cm
Pita ukur
Pelapik getah
Penanda 15 cm seperti pensel, lidi atau penyedut
minuman
Alat pengukur jangkauan

Alatan yang disediakan hendaklah mengambil kira bilangan
murid di dalam sebuah kelas.

223