Cita cita dan masa depan (2)

M. Zaki MY | [email protected]
Persoalan yang sering diperkatakan semasa zaman persekolahan adalah “Bila besar nanti nak jadi
apa?”. Jawapan yang sering kita dengar adalah “Nak jadi guru!”. Kenapa semasa zaman kanak-kanak kita
menyintai perkerjaan sebagai seorang guru?. Apa yang ada pada pekerjaan guru ini yang menyebabkan
setiap orang dari kita menginginkan perkerjaan ini? Namun segalanya berbeza sekarang di mana pekerjaaan
sebagai seorang guru tidak lagi menjadi pilihan utama, tetapi sebaliknya kerjaya sebagai usahawan, doktor,
peguam menjadi pilihan. Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan ini? Didalam analisa
kajian-kajian yang telah dijalankan kali ini, kita akan membincangkan konflik yang timbul di dalam alam
pekerjaan sebagai seorang guru. Kita akan lihat kepada faktor-faktor yang mendorong seorang guru untuk
kekal, berpindah atau berhenti terus dari bidang perguruan. Di bahagian seterusnya kita akan lihat kepada
permasalahan-permasalahan yang timbul di dalam dunia perguruan, contoh-contoh dari luar negara,
kemudian kita akan melihat kepada perkara-perkara yang memberi suntik semangat atau motivasi kepada
guru dan di akhir pemerhatian ini kita akan bincangkan tentang masa hadapan pekerjaan sebagai seorang
guru.
Daripada artikel-artikel yang telah dipilih, menurut akta 2001, No Child Left Behind memperkatakan
bagi melaksanakan hasrat ini setiap kelas/ bilik darjah perlulah dilengkapkan bukan sahaja dari segi
infrastrukturnya malahan keperluan guru yang berkelayakan adalah perkara utama yang mendorong kepada
keberkesanan kejayaan akta ini. Walaubagaimana pun Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat mendapati
bahawa hampir 7% daripada guru meninggalkan sektor perguruan antara tahun 1994 dan 1995. Ini
menyebabkan persediaan untuk melahirkan guru-guru pakar terganggu dan hasrat untuk melaksanakan No
Child Left Behind tidak menjadi kenyataan. Daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan didapati banyak

kajian adalah berfokus pada apa yang menyebabkan guru untuk meninggalkan pekerjaan mereka iaitu
pekerjaan mengajar, bukan hanya difokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan guru(
mengarah pada keputusan guru untuk meninggalkan pekerjaan mereka). Faktor-faktor yang menyebabkan
fenomena ini boleh dikategorikan ke dalam empat peringkat: ciri-ciri guru,ciri-ciri sekolah, sifat-sifat daerah,
dan dalam konteks negara yang lebih besar. Kita harus pelajari apakah ciri-ciri individu, ciri-ciri sekolah, dan
sifat-sifat daerah yang berkesan mengekalkan bekalan guru sedia ada. Pada hakikatnya kita dapati bahawa
guru yang cenderung memiliki peluang lebih besar di luar sistem persekolah mempunyai kebarangkalian
yang tinggi untuk meninggalkan pekerjaan mengajar mereka, sedangkan guru yang gemar mengajar
kebarangkalianya amat kecil untuk berlaku keadaan dimana ia akan meninggalkan kerjayanya sebagai
seorang guru. Dari perasaan gemar inilah yang akan mengwujudkan rasa puas di dalam diri setiap guru
tersebut. Apabila kepuasan ini tercapai guru-guru ini akan memaparkan tahap motivasi diri yang lebih tinggi
dan kecenderungan untuk mereka mendapat tekanan (stress), keletihan dan kegelisahan adalah rendah.
(contoh daripada, Brouwers & Tomic, 2000; Caprara, Barbaranelli, Borgogni, & Steca, 2003; Caprara,
Barbaranelli, Steca, & Malone, 2006; Greenglass & Burke, 2003). Kepuasan ini hanya berlaku di dalam diri
setiap individu yang bergelar guru sahaja. Apabila sesorang guru itu telah menetapkan sasarannya (gold)
sendiri dan berusaha untuk mendapatkanya beliau akan mencapai tahap kepuasan yang tinggi apabila
sasarannya tercapai sepenuhnya dengan usaha dan pengorbanan yang telah diberikan. Ianya hanya akan
dirasai oleh masyarakat apabila dizahirkan kelakuanya. Sebab itu kepuasan tempat kerja ini masih
bergantung kepada bagaimana guru ini berinteraksi dengan rakan dan pelajar, tetapi kedua-dua faktor ini
juga mungkin dipengaruhi oleh persekitaran budaya dan nilai-nilai budaya sesebuah Negara dan masyarakat

tersebut (contoh daripada, Huang & Van de Vliert, 2004; Yetim & Yetim, 2006 ).
Selain daripada itu faktor nisbah guru dan pelajar kepada faktor-faktor budaya juga memainkan
peranan penting. Dari kajian yang dibuat didapati jika nisbah guru kulit putih berbanding jumlah pelajar kulit
putih adalah kecil maka kecenderungan untuk guru tersebut bertukar atau meninggalkan bidang perguruan
adalah tinggi. Manakala menurut kajian yang telah dijalankan oleh American Federation of Teachers, 2001;
Darling-Hammond, 2003 mendapati dua puluh hingga tiga puluh peratus guru baru akan meninggalkan
bidang perguruan dalam tempoh 5 tahun pertama. Hasil dari 201 responden menunjukkan bahawa tiga
1

pemalar intrinsik (keberkesanan pengajaran peribadi, bekerja dengan pelajar, dan kepuasan bekerja) yang
dianggap berpengaruh dan berkadarlangsung terhadap kepuasan pada pengajaran, sementara dua pemalar
ekstrinsik (gaji rendah dan kelebihan peranan) tidak mempunyai kesan apapun terhadap keputusan untuk
kekal di dalam bidang perguruan.
Terdapat juga kajian yang dijalankan untuk melihat peranan pengetua atau guru besar di dalam
mengekalkan minat guru agar ia kekal didalam bidangnya tanpa memperdulikan atau melupakan kesanya
kepada pelajar. Dari kajian yang dilakukan didapati sekiranya pengetua atau guru besar gagal memberikan
tumpuan yang sepenuhnya kepada persekitaranya dan menilai kembali polisi-polisi serta nilai-nilai baik yang
digubal, kesannya adalah akan menimbulkan rasa ketidakpuasan dan kejatuhan moral di kalangan guru-guru
dan pelajar-pelajar akan keluar dari norma-norma ketatasusilaan yang ada. Terdapat perkaitan diantara
keadaan persekitaran sekolah dengan peningkatan pencapaian pelajar dan mengurangkan masalah disiplin.

Perkara ini sering digunakan sebagai langkah penambahbaikan berterusan di sekolah. Tetapi belum ada
kajian menyeluruh yang dilakukan sejauh mana kebenaran bahawa terdapat perbezaan tanggapan berhubung
fungsi individu, bilik darjah dan ciri-ciri sekolah diantara guru-guru dan pelajar-pelajar.
Untuk meningkatkan bekalan guru yang berkesan, kerajaan persekutuan harus meningkatkan jumlah
pelaburan dalam latihan dan persiapan guru. Latihan dan persiapan ini bukan sahaja difokuskan kepada guruguru sedia ada malahan untuk guru-guru baru juga perlu di sediakan. Hal ini perlu ditekankan dahulu agar
proses mengenalpasti, melatih dan meningkatkan mutu guru dapat dipersiapkan dan kita dapat menghasilkan
lebih ramai guru-guru yang berkualiti tinggi. Dari guru-guru yang berkualiti tinggi ini nanti akan dihantar ke
setiap sekolah dan dari pengalaman , latihan dan minat yang telah dipupuk di peringkat awal membolehkan
sesebuah sekolah itu dievolusikan menjadi sebuah sekolah yang kompleks. Pengwujudan sebuah sekolah
yang kompleks juga memainkan peranan di dalam penentuan kualiti sekolah tersebut. Apa yang
dimaksudkan dengan sekolah yang kompleks? Sekolah yang kompleks adalah sekolah dimana terdapat
komuniti guru didalamnya. Komuniti-komuniti ini mungkin lebih dari satu dan bergantung kepada jumlah
mata pelajaran yang diajar di sekolah tersebut. Komuniti ini akan menjadi sebagai pusat kepada segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta perkaitanya dengan keadaan persekitaran (environment) di
sekolah. Komuniti-komuniti ini keanggotaannya terdiri daripada guru-guru yang dipilih secara semisukarela. Aktiviti komuniti ini lebih kepada perbincangan berhubung kurikulum, ko-kurikulum serta
pencapaian pelajar. Kewujudan komuniti ini telah memberi kesan yang berkadaran terus dengan pencapaian
pelajar. Dari itu bukan sahaja minat kepada bidang perguruan ini dapat dipupuk tetapi kualiti penghasilan
pelajar dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.
Hasil daripada komuniti-komuniti ini nanti akan mengujudkan satu sistem pembelajaran sama ada
dari segi pengisian dan praktikalnya yang akan mencerminkan generasi yang berkualiti pada masa hadapan.

Peranan guru di dalam mewujudkan suasan yang harmoni dengan ibu bapa murid juga amat penting. Kerana
disinilah segala maklumat dan perancangan yang telah disediakan oleh komuniti tadi dapat dikongsikan
dengan mereka. Hubungan dua hala ini akan mewujudkan satu pemangkin bagi menghasilkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna dan dapat menyediakan pelajar menghadapi cabaran
dunia yang lebih mencabar pada masa-masa mendatang. Selain dari itu ibu bapa juga dapat melihat dan
menilai sejauh mana kualiti guru-guru yang mendidik anak-anak mereka. Disini akan wujud satu nilai
tambah kepada seorang guru itu dimana nilai dirinya akan meningkat dan tahap kecintaannya kepada dunia
perguruan pasti akan bertambah. Dari itu permasalahan 7% guru meninggalkan bidang mereka yang
dinyatakan awal tadi dapat kurangkan dan peratusan untuk guru yang meninggalkan bidang mereka pada
awal 5 tahun pertama dapat kecilkan. Ini membolehkan hasrat No Child Left Behind akan tercapai dengan
terciptanya golongan/ kumpulan guru-guru yang berkualiti.

2

3

4

5


6

7

8

9

10

11

12