Kesan Negatif dan Positif Pendudukan Jep

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................2
2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU...................................................................3
3.0 KESAN NEGATIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN..............................................................................4
3.1 KEMELESETAN EKONOMI........................................................................................4
3.2 MASALAH INFLASI.....................................................................................................6
3.3 PASARAN GELAP (BLACK MARKET)......................................................................7
3.4 PENINDASAN TERHADAP ORANG CINA...............................................................8
3.5 TARAF KESIHATAN YANG MEROSOT.....................................................................9
3.6 PENGHINAAN TERHADAP AGAMA.......................................................................10
4.0 KESAN POSITIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN............................................................................10
4.1 PENERAPAN NILAI PERPADUAN, NASIONALISME DAN PEMIKIRAN
BAHARU......................................................................................................................10
4.2 MEMUPUK KEBERANIAN DAN JATI DIRI............................................................11
5.0 KESIMPULAN........................................................................................................................12
6.0 BIBLIOGRAFI........................................................................................................................13

7.0 LAMPIRAN............................................................................................................................15

1

1.0 PENGENALAN
Pada penghujung abad ke-19, perkembangan militerisme di Jepun telah mengheret negara
tersebut ke dalam kancah Perang Dunia Kedua (1939-1945) yang dianggap sebagai detik
permulaan kepada perluasan dasar Jepun.1 Menurut Chaphekar, kemenangan Jepun dalam
peperangan dengan China (1894-1895) dan Russia (1904-1905) telah membuka mata kuasakuasa Eropah untuk lebih berhati-hati terhadap empayar Jepun yang berada di bawah
pemerintahan Maharaja Meiji yang di anggap sebagai bapa pemodenan Jepun.2
Dasar perluasan kuasa Jepun ini adalah didorang oleh perkembangan perusahaan dan
perdagangan Jepun. Menurut Isa, hegemoni politik adalah satu keperluan bagi Jepun untuk
menguasai pasaran dan bahan mentah.3 Perkara ini dibuktikan oleh Chaphekar apabila popolusi
rakyat Jepun meningkat daripada 50 million pada tahun 1990 kepada 90 million pada tahun 1940
yang menyebabkan Jepun tidak dapat menampung populasi yang sebesar itu dan berhasrat untuk
meluaskan industri-industri Jepun di negara-negara yang mempunyai sumber bahan mentah yang
banyak bagi keperluan-keperluan rakyatnya.4 Asia Tenggara yang mempunyai keperluan bahan
mentah yang banyak seperti Jadual 1 menjadi lokasi pilihan utama kepada Jepun untuk
dieksploitasi. Namun apa yang akan dibincangkan dalam penulisan ini adalah


lebih

mengfokuskan di wilayah Tanah Melayu dari segi kesan-kesan yang dialami oleh masyarakat
tempatan daripada pelbagai aspek terutamanya sosio-ekonomi.

1 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 1.
2 S.G. Chaphekar, A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42, (Poona : Maharashtra Militarisation Board,
1960), hlm. 7.
3 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 1.
4 S.G. Chaphekar, A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42, (Poona : Maharashtra Militarisation Board,
1960), hlm. 7.

2

2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu seperti dalam Peta 1 di bahagian lampiran, bermula
dengan pendaratan tentera Jepun di Singora dan Patani, Thailand serta Kota Bharu, Kelantan
pada 8 Disember. Serangan ini dilakukan melalui tiga penjuru iaitu di bahagian utara melalui

Jitra, Jalan Keroh-Grik dan melalui Pantai Timur.5 Tindak balas yang dikenakan oleh pihak
British melalui Operasi Matador ternyata gagal dalam menangai kemaraan Jepun sehingga
mereka berjaya menembusi kubu-kubu Britsh dengan mudah. Hal ini dinyatakan apabila strategi
dan taktik yang digunakan oleh British ternyata mempunyai kelemahan yang banyak apabila
mereka mengambil keputusan untuk bertahan sahaja daripada serangan Jepun di sesetengah
tempat seperti Kedah.6 Pada 11 Januari 1942, Jepun berjaya menduduki Kuala Lumpur dan
seterusnya mara sehingga menakluk Kajang dan Klang. Kejayaan Jepun yang berakhir di
Singapura pada tanggal 15 Februari 1942 menandakan bahawa seluruh tanah Melayu telah jatuh
ke tangan Jepun. Jepun yang membawa slogan Asia untuk orang Asia dan Kemakmuran
Bersama Asia Timur Raya telah mempengaruhi pemikiran orang tempatan di Tanah Melayu. 7
Oleh itu kita dapat lihat sewaktu kemasukan Jepun, orang tempatan seolah-oleh menyambut baik
kedatangan mereka yang dianggap sebagai penyelamat. 8 Apakah benar kedatangan Jepun ini
sebagai penyelamat ? Oleh hal demikian, kita akan melihat dan membincangkan kesan-kesan
sosio-ekonomi yang dialami oleh masyarakat tempatan di Tanah Melayu secara kritis bagi
melihat apakah benar penaklukan Jepun ini sebagai penyelamat.
3.0 KESAN NEGATIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
5 Ho Hui Ling, “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang Cina Melalui
Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.37, (2009), hlm. 109.
6 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 13.

7 Patricia Pui Huen Lim, Diana Wong, War and Memory in Malaysia and Singapore, (Singapura : Institute of
Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 5.
8 Ahmad Ali Seman, et.al, Dasar Ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua,
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka, 2014), hlm. 7.

3

TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN.
3.1 KEMELESETAN EKONOMI
Kehidupan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun dilihat merosot dengan begitu
ketara akibat daripada kemelesetan ekonomi. Menurut Ooi Keat Gin, semasa penaklukan Jepun,
British telah mengamalkan Dasar Bumi Hangus bagi menghalang Jepun untuk mengambil alih
kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, penanaman padi dan penghasilan getah. 9 Perkara
ini telah menyebabkan penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India
mengalami kebuluran. Dengan demikian menurut Krastoska di dalam bukunya The Japanese
Occupation of Malaya: A Social and Economic History, makanan merupakan kunci utama
kepada kestabilan di kawasan Asia semasa perang.10 Hal ini kerana, ketika perang jalan
perdagang laut lumpuh sama sekali untuk aktiviti perdagangan eksport dan import. Perkara ini
diburukkan lagi apabila negara-negara lain seperti Thailand, Burma, Java dan Indochina seperti
dalam Jadual 2 tidak dapat mengeksport beras kepada Tanah Melayu akibat daripada Dasar Bumi

Hangus. Oleh itu, Jepun telah mempromosikan usaha penanaman padi bagi meningkatkan
pengeluaran domestik di Tanah Melayu. Antara usaha Jepun adalah membenarkan ladang getah
ditebang untuk dijadikan sawah. Usaha Jepun dilihat berjaya dalam meningkatkan penghasilan
padi di mana menurut statistik, penghasilan padi meningkat dari 160,000 tan kepada 635,000 tan
pada tahun 1940-an.11 Namun adakah peningkatan ini dilihat mampu menstabilkan taraf hidup
penduduk tempatan ? Ini ternyata tidak apabila Jepun hanya mengeksport beras kepada
negaranya sendiri, wilayah takluknya di wilayah selatan dan kuasa paksi.12
9 Ooi Keat Gin, Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2012), hlm. 175.
10 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen &
Unwin, 1998), hlm. 247.
11 Ibid, hlm. 248.
12 Akashi Yoji, Yoshimura Mako, New Perspective on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 19411945, (Singapura : NUS Press, 2008), hlm. 117.

4

Kesengsaraan penduduk tempatan disebabkan kemelesetan ekonomi dihuraikan oleh Isa
Othman di mana zaman pendudukan Jepun ini digelar sebagai Zaman Ubi Kayu. 13 Perkara ini
adalah kerana ketidakcukupan pengeluaran beras untuk menampung keperluan penduduk
tempatan telah menyebabkan Jepun menggalakkan penduduk tempatan menanam untuk makanan

sendiri seperti sayur-sayuran, jagung dan ubi kayu. Selain itu, taraf hidup penduduk tempatan
juga dilihat merosot apabila sistem catuan beras diperkenalkan oleh Jepun melalui Rice
Purchasing Cards.14 Sistem ini membenarkan peruncit untuk menjual beras hanya kepada
mereka yang berdaftar sahaja. Hal ini bertambah rumit apabila syarikat-syarikat Jepun yang
dikenali sebagai kaisha telah diberi kuasa untuk memonopoli urusan pembelian padi dan
pengawasan ke atas kilang padi. Sebagai contohnya di Kedah syarikat tersebut adalah Daimaru
dan Mitsubishi Shi Shoji.15 Perkara ini dapat dilihat melalui rekod Food Control Department
yang ditubuhkan oleh Pendtadbiran Tentera Jepun seperti dalam Jadual 3 di mana kadar catuan
yang dikenakan kepada Singapura amat ketara penurunannya.16 Walaupun jika dilihat masih ada
pembahagian beras di setiap wilayah di Tanah Melayu namun apakah masyarakat tempatan yang
kebanyakannya adalah miskin tegar mampu untuk membeli beras dengan harga yang begitu
mahal iaitu pada kadar harga maksima $35.00 sepikul. 17 ? Bagi keluarga Abu Bakar Sentol dari
Kampung Melayu Renggam, Kluang, “saya terpaksa mengikat perut jika tananam yang ditanam
belum menjadi lebih-lebih lagi adik-beradik saya tujuh orang, masa itu ubi kayu yang masih
kecil pun sudah dicabut untuk direbus.” katanya pada Bernama.18
13 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 83.
14 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen &
Unwin, 1998), hlm. 251.
15 Ibid, hlm. 87-88.

16 Ibid, hlm. 252.
17 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 90.
18 Bernama, “ Peritnya Kehidupan Dijajah,” Sinar Harian, (30 Ogos 2012).

5

3.2 MASALAH INFLASI
Inflasi menurut Dwivedi ialah peningkatan yang amat ketara dan berterusan terhadap
harga umum dalam tempoh masa yang panjang atau dengan maksud yang mudah ialah, “too
much money chasing too few goods”.19 Inflasi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
dihuraikan oleh Layton dalam bukunya Japanese Military Administration in Malaya and The
Philippines, yang telah menyebabkan penduduk tempatan patah semangat disebabkan oleh
kekurangan barangan keperluan yang kritikal dan nilai wang yang mengalami susut nilai.

20

Perkara ini menurut Syazwanuddin adalah kerana hasil pengeluaran produk pertanian yang
semakin berkurang dan ditambah lagi dengan strategi Jepun dengan memperkenalkan wang
kertas yang dikenali sebagai ‘Wang Pokok Pisang’ seperti dalam Gambar 1, yang menjadikan

ekonomi Tanah Melayu berada di paras inflasi. 21 Berikutan cetakan wang tanpa kawalan
menyebabkan lambakan dan kejatuhan nilai sedangkan barang yang ingin diperoleh adalah
terhad dan berkurangan. Dalam masa dua bulan, 65 juta wang Jepun berada dalam edaran dan
pada bulan Februari 1943 terdapat 285 juta wang kertas. 22 Menurut Ghazali, keadaan yang telah
sedia buruk ditambah lagi dengan pengeluaran wang Jepun yang begitu banyak sehingga ianya
tidak berharga telah menyebabkan pengeluaran barangan utama dikawal dan permit dikenakan
bagi semua pengangkutan dan perdagangan.23 Bukan itu sahaja, Jepun juga ingin menguasai
kewangan penduduk tempatan dengan membekukan wang deposit di bank dan menubuhkan
cawangan bank Jepun antaranya ialah Southern Regions Development Bank, Bank Yokohama
19 D.N.Dwivedi, Macroeconomics, Theory and Policy, (New Delhi : Tata McGraw-Hill Publishing Company
Limited, 2005), hlm. 389.
20 Horner Layton, Japanese Military Administration in Malaya and The Philippines, (Michigan : Xerorx Company,
Ann Arbor, 1973), hlm. 225-226.
21 Muhamad Aliemran Norasid, Periuk Nasi, (Kuala Lumpur : Oarorang Idea, 2015), hlm. 70.
22 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 81.
23 Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, (Jabatan Sejarah Malaysia : Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1978), hlm. 47.

6


dan People’s Bank dalam usaha meluaskan kuasa kewangan Jepun.24 Jadi, ianya akan
memudahkan penguasaan dan eksploitasi ekonomi oleh Jepun terhadap penduduk tempatan.
3.3 PASARAN GELAP (BLACK MARKET)
Salah satu kesan negatif yang dapat dikesan dengan mudah adalah kewujudan pasaran
gelap ataupun black market. Menurut Krastoska, akibat daripada pengangguran, penduduk
tempatan terpaksa menjual barang-barang peribadi mereka untuk mendapatkan wang dan Jepun
hanya membenarkan satu amalan iaitu penggabungan jualan swasta dengan perdagangan haram
bagi barang-barang kawalan.25 Timbul persoalan mengapa Jepun membenarkan amalan ini dan
tidak mengambil tindakan ke atas pasaran gelap ? Hal ini adalah kerana sikap pihak Jepun yang
tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat
dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah. 26 Kegiatan
pasaran gelap ini mewujudkan inflasi dan dilihat sebagai

kesan negatif kepada penduduk

tempatan kerana makanan-makanan asas seperti beras putih berharga 6 sen sekati pada bulan
Disember 1941, gula putih 8 sen sekati, telur 3 sen sebiji manakala pada bulan Disember 1943,
harga ini meningkat kepada $2.50, $3.80 dan 28 sen. Pada bulan Disember 1944 ia meningkat
kepada $8.20, $18.00 dan $1.25. Lalu pada bula Ogos 1945, meningkat lagi kepada $75, $120,

dan $35.27 Perkara ini jelas dapat digambarkan bahawa kesengsaraan yang dihadapi oleh
penduduk tempatan di mana apakah mereka mampu untuk membeli barangan keperluan dengan
harga yang begitu mahal ?
24 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 81.
25 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen &
Unwin, 1998), hlm. 167.
26 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM, (Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1989), hlm. 38.
27 Victor Purcell, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, (terj.), (Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,
1997), hlm. 277.

7

3.4 PENINDASAN TERHADAP ORANG CINA
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu jika dilihat daripada aspek sosial kesan negatif yang
dihadapi oleh penduduk tempatan adalah dari segi layanan mereka terhadap kaum yang dibezabezakan. Namun dasar dan layanan Jepun terhadap orang Cina adalah lebih kejam berbanding
dengan orang Melayu dan India. Menurut Ho Hui Ling dalam artikelnya, perkara ini terjadi
akibat sentimen anti-Jepun yang muncul di kalangan orang Cina ketika Jepun menakluki
Manchuria pada tahun 1931 dan penglibatan orang Cina di Tanah Melayu semasa Perang CinaJepun pada tahun 1937 lalu kaum Cina telah menubuhkan Malayan Anti-Imperialist League dan

China Relief Fund bagi membantu Tentera Pembebasan Nasional iaitu Nanyang National
Salvation Movement.28 Apabila Jepun berjaya menakluk Tanah Melayu, menurut Cheah, mereka
mula melakukan operasi terhadap elemen-elemen anti-Jepun. Operasi ini dikenali sebagai “Sook
Ching” atau “Operation Clean-up” ke atas orang Cina di Tanah Melayu. 29 Secara ringkasnya
operasi ini membawa kepada kekejaman kepada orang Cina, sebagai contohnya di Kedah,
operasi ini berlaku di Batu Kapur, Sungai Petani di mana orang Cina dipaksa untuk mengorek
lubang kubur besar terlebih dahulu sebelum dibunuh.30 Manakala di Jalan Besar Singapura,
orang Cina dikumpulkan dan diseksa di dalam parit yang berisi air dan dikelilingi oleh dawaidawai berduri.31 Yang paling kejam apabila kepala mangsa dipotong dan dipamerkan di kawasankawasan utama di sesebuah negeri Melayu kepada orang ramai.32

28 Ho Hui Ling, “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang Cina Melalui
Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.37, (2009), hlm. 111.
29 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya : Resistance and Social Conflict During and After the Japanese
Occupation of Malaya, 1941-1946, (Singapura : Singapore University Press, 1983), hlm. 21.
30 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 102.
31 Abdul Samad Ismail, Memoir A. Samad Ismail di Singapura, (Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993),
hlm. 199.
32 Ho Hui Ling, “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang Cina Melalui
Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.37, (2009), hlm. 112.

8

3.5 TARAF KESIHATAN YANG MEROSOT
Semasa pendudukan Jepun, taraf kesihatan penduduk tempatan melalui kenyataan
Krastoska adalah merosot akibat kekurangan makanan lalu penduduk tempatan tidak
memperoleh zat makanan yang cukup dan ini menyumbang kepada peningkatan yang besar
jumlah bilangan kematian akibat daripada pelbagai penyakit.33 Melalui Jadual 4, apa yang dapat
dilihat ialah statistik kematian yang berlaku akibat daripada pelbagai penyakit antaranya ialah
Malaria, Tuberculosis (Batuk Kering), Beri-beri, Pneumonia, Cirit-birit dan Sawan bayi.34 Selain
itu di negeri-negeri lain seperti di Johor, angka kematian yang berdaftar dalam tahun 1942 ialah
10,296 orang meningkat kepada 17,895 orang dalam tahun 1943. 35 Perkara ini jelas
menggambarkan kepada kita Jepun tidak menitikberatkan hal-hal kesihatan penduduk tempatan.
Walaupun terdapat pusat-pusat kesihatan seperti hospital namun kelengkapan perubatan yang
tidak mencukupi dan diberi keutamaan kepada kelas-kelas Jepun sahaja.
3.6 PENGHINAAN TERHADAP AGAMA
Perkara ini dapat dilihat melalui masyarakat Melayu di mana Jepun membenarkan agama
Islam diamalkan namun tindakan Jepun tanpa sedar telah mencemarkan amalan agama Islam.
Sebagai contohnya mereka menggunakan masjid sebagai tempat untuk makan, minum, tidur dan
dijadikan kubu. Selain itu, orang Islam tidak dapat menyambut hari kebesaran kerana tarikh,
waktu, tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Lebih buruk, mereka yang
ingin menunaikan haji terpaksa dilupaka akibat daripada kemelesetan ekonomi dan pula dipaksa

33 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM, (Pulau
Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1989), hlm. 277.
34 Ibid, hlm. 276.
35 Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, (Jabatan Sejarah Malaysia : Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1978), hlm. 47.

9

untuk sujud kepada matahari terbit yang melambangkan penyembahan kepada Maharaja Jepun. 36
Tindakan Jepun ini bukan sahaja telah mencabuli tetapi dianggap sebagai satu penghinaan
kepada agama sesuatu kaum.
4.0 KESAN POSITIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN.
4.1 PENERAPAN NILAI PERPADUAN, NASIONALISME DAN PEMIKIRAN BAHARU.
Secara keseluruhan, agak sukar untuk membicarakan tentang kesan positif yang diperoleh
oleh masyarakat tempatan semasa pendudukan Jepun kerana negatifnya lebih menonjol. Namun
jika diberi penekanan yang mendalam barulah aspek-aspek positif itu dapat dikesan. Sebagai
contohnya melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan, di mana Jepun telah memansuhkan
sekolah-sekolah vernakular dan menjadikan sekolah awam yang terdiri daripada pelbagai
kaum.37 Bagi pendapat Halinah Bamadhaj, pembaharuan sistem ini mempunyai kebaikan dari
segi memberi peluang kepada pelajar berbilang bangsa untuk bercampur lalu dapat memupuk
perpaduan kaum di peringkat rendah.38 Selain itu, bagi pendapat penulis sendiri, kekalahan
British dalam peperangan dengan Jepun di Tanah Melayu telah membuka mata masyarakat
tempatan bahawa orang-orang Asia mampu mengalahkan kuasa-kuasa Eropah yang kuat di mana
selama ini British dianggap oleh penduduk tempatan sebagai penyelamat. Kesedaran-kesedaran
ini mula timbul apabila Jepun yang membawa semangat ‘Asia untuk orang Asia’ yang dapat
menanamkan semangat nasionalisme, penyatuan dan perkembangan ideologi pemikiran politik
masyarakat tempatan untuk memperoleh kemerdekaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila British
36 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987, (Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia, 1988), hlm. 21.
37 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 36.
38 Ibid, hlm. 36

10

mengambil semula Tanah Melayu daripada Jepun telah mewujudkan parti-parti politik yang
sebenar-benarnya memperjuangkan kemerdekaan dalam menentang penjajahan antaranya ialah
Angkatan Pemuda Insaf (API), PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA), Pembela Tanah Air (PETA) dan Hizbul Muslimin.39
4.2 MEMUPUK KEBERANIAN DAN JATI DIRI
Keberanian dan jati diri masyarakat tempatan dapat dilihat melalui usaha Jepun dalam
menerapkan pendidikan berteraskan kemahiran dan menanamkan seishin kepada penduduk
tempatan.40 Menurut Krastoska, matlamat sistem ini bertujuan menggantikan semangat
materialistik dan individualistik Barat dengan semangat Asia iaitu meningkatkan disiplin,
kesetiaan dan kerjasama serta menanamkan seishin.41 Perkara ini dapat dilihat melalui
pengenalan institusi latihan yang dikenali sebagai Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan)
yang dapat membina semangat dari aspek kecergasan fizikal dan mental penduduk tempatan. 42
Keberanian ini juga dipengaruhi oleh penubuhan Guntai iaitu askar Jepun yang terdiri daripada
anak-anak tempatan daripada pelbagai kaum. Walaupun penubuhan guntai dilihat mempunyai
kepentingan daripada aspek keselamtan Jepun tetapi secara tidak langsung telah menanam
semangat keberanian dan jati diri masyarakat tempatan. Hal ini dapat dilihat melalui ucapan
Encik Omar suatu ketika dahulu yang merupakan bekas anggota guntai kepada masyarakat
tempatan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu, “kita jangan leka, kita mesti bebas dari
penjajah, belajar dari semangat Jepun yang gigih dan berani”.43
39 Ishak Saat, Politik Suara Rakyat, (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013), hlm. 102-109.
40 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 30-31.
41 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen &
Unwin, 1998), hlm. 122.
42 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 34.
43 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987, (Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia, 1988), hlm. 17-18.

11

5.0 KESIMPULAN
Secara konklusinya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan yang
pelbagai kepada masyarakat tempatan. Kesan ini lebih berpihak kepada aspek negatif daripada
aspek positf. Kesusahan dan penderitaan masyarakat tempatan semasa pendudukan Jepun tidak
dapat digambarkan oleh penulis betapa teruknya keadaan mereka pada ketika itu. Hanya titisan
airmata sahaja yang mengalir apabila membaca kisah-kisah hidup masyarakat tempatan sewaktu
Jepun mula pentadbir Tanah Melayu. Sikap agresif Jepun dalam mentadbir Tanah Melayu serta
pengabaiannya dalam hal-hal yang berkaitan terutamanya kesihatan telah menyebabkan
kebuluran dan kematian yang berleluasa kesan daripada penyakit. Ketidakjujuran Jepun dalam
menjanjikan kehidupan yang lebih baik diungkap oleh kenyataan Aziz Taha iaitu, “penjajah
tetap penjajah, walau berbangsa apa sekalipun, selagi orang Melayu dijajah dan tidak merdeka,
maka selama itulah mereka akan menjadi mangsa”.44 Walaubagaimanapun, kesan baik itu dapat
dilihat menonjol selepas daripada pengunduran Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1946, di
mana kebangkitan orang-orang tempatan melalui semangat untuk membebaskan tanahair
daripada belenggu penjajah semakin membuak-buak melalui penyatuan, kerjasama dan
pembaharuan ideologi. Perkara ini dilihat apabila pelbagai parti-parti dan individu-individu
seperti Ahmad Boestamam, Burhanuddin, Mustapha Hussain, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi
yang sanggup berjuang menggadaikan nyawa demi mempertahankan maruah bangsa, negara dan
agama dalam menentang British.
6.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Samad Ismail. Memoir A. Samad Ismail di Singapura. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia. 1993.
44 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 27.

12

Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar
USM. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. 1989.
Ahmad Ali Seman, Nordin Hussin, Uqbah Iqbal. Dasar Ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah
Melayu Semasa Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka.
2014.
Ahmad Sohaimi Lazim. Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014.
Akashi Yoji, Yoshimura Mako. New Perspective on the Japanese Occupation in Malaya and
Singapore, 1941-1945. Singapura : NUS Press. 2008.
Bernama. “ Peritnya Kehidupan Dijajah.” Sinar Harian. 30 Ogos 2012.
Chan King Nui. A Time To Weep. Seri Kembangan : Chan King Nui. 1999.
Chaphekar, S.G. A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42. Poona : Maharashtra
Militarisation Board. 1960.
Cheah Boon Kheng. Red Star Over Malaya : Resistance and Social Conflict During and After
the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946. Singapura : Singapore University Press.
1983.
Dwivedi, D.N. Macroeconomics, Theory and Policy. New Delhi : Tata McGraw-Hill Publishing
Company Limited. 2005.
Ghazali Mayudin. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Jabatan Sejarah Malaysia :
Universiti Kebangsaan Malaysia. 1978.

13

Ho Hui Ling. “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang
Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari
Segi Sejarah. Bil.37. (2009).
Ishak Saat. Politik Suara Rakyat. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 2013.
Krastoska, Paul H. The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History,
Australia : Allen & Unwin. 1998.
Layton, Horner. Japanese Military Administration in Malaya and The Philippines. Michigan :
Xerorx Company. Ann Arbor. 1973.
Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri
Kedah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.
Muhamad Aliemran Norasid. Periuk Nasi. Kuala Lumpur : Oarorang Idea. 2015.
Ooi Keat Gin. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit
Universiti Sains Malaysia. 2012.
Patricia Pui Huen Lim. Diana Wong. War and Memory in Malaysia and Singapore. Singapura :
Institute of Southeast Asian Studies. 2000.
Purcell, Victor. Orang-orang

Cina

di Tanah Melayu. (terj.). Skudai : Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia. 1997.

7.0 LAMPIRAN

14

Jadual 1 : Sumber Peratusan Keluaran Bahan Mentah di Asia Tenggara.
Sumber : S.G. Chaphekar, A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42, (Poona :
Maharashtra Militarisation Board, 1960), hlm. 10.

15

Peta 1 : Penaklukan Tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 hingga 15
Februari 1942.
Sumber : Chan King Nui, A Time To Weep, (Seri Kembangan : Chan King Nui, 1999), hlm. 1.
16

Jadual 2 : Import Beras di Tanah Melayu, 1931 – 1945.
Sumber : Akashi Yoji, Yoshimura Mako, New Perspective on the Japanese Occupation in
Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapura : NUS Press, 2008, hlm. 116.

Jadual 3 : Penurunan kadar catuan beras yang dikenakan kepada Singapura dari tahun 1942-44.
Sumber : Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic
History, (Australia : Allen & Unwin, 1998), hlm. 252.
17

Gambar 1 : Wang Pokok Pisang.
Sumber : Chan King Nui, A Time To Weep, (Seri Kembangan : Chan King Nui, 1999), hlm. 105.

18

Jadual 4 : Jenis-jenis Penyakit yang membawa kepada kematian di Singapura pada tahun 19401946.
Sumber : Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh PelajarPelajar USM, (Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1989), hlm. 276.
19