Proses dan Fungsi Pengurusan jenazah

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

DEFINISI
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi
melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa
Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan
Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada
abad-abad ke 17 dan 18.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih
orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan
tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber –
sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan
juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan’.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah
sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content
Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan

fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh
yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun
tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

1

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan
adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha
anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.
Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan
pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan
segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas
kakitangannya itu.
SEJARAH AWAL PENGURUSAN
Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan
manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan
komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan

dan pengurusan sebuah negara bangsa.
Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem
pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan
dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya.
Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan
serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan
sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat
istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti
perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang
dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun

2

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber
tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan
awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang

mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh
Fir’aun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan
pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang
telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok
batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk
menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan
sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam
bukunya ‘Law’, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens
yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan
sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu
Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran
Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan
terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau
membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang
gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam


3

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan
kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir)
KAJIAN SEMULA
Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan
mengutarakan pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum
bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka secara
autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776)
memberikan sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan
sains politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan
pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang
dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan ‘line of
production’ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.
Para pengkaji bidang pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama
Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick
Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management (1912),
Principles of Scientific Management dan pernah membentangkan testimoninya di

hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz
Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang telah
memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-masing. Melalui
konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak
memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran
kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam jangka masa tertentu . Frederick
Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu
mengurangkan kepenatan bekerja.

4

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh
Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap
aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt
memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan
hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir
(date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi
pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut

menekankan kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan
tugas.
Frank & Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian
tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The
Psychology of Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang
aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang
‘kelesuan dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang
menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang
tidak kondusif.
Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara
karya beliau yang terkenal adalah ‘Administration Industrielle et Generale (1916).
Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi
organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan organisasi
untuk mencapai objektif yang ditekankan.

5

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN


Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah
organisasi seperti berikut:1. Pembahagian Kerja
2. Autoriti & Kewibawaan
3. Disiplin
4. Penyelarasan Arahan
5. Seorang Ketua Bagi Satu Organisasi
6. Mementingkan Kehendak Masyarakat Daripada Kehendak Individu
7. Ganjaran Berbentuk Gaji
8. Pemusatan Kerja/Kuasa
9. Hirarki
10. Kebolehan Sesuai Dengan Tugas
11. Persamaan
12. Kestabilan Kerja
13. Inisiatif @ Daya Usaha
14. Espirit De’ Coup

6

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN


Tokoh-tokoh lain dan sumbangan mereka secara umum dapat dilihat dari
ringkasan berikut :Hugo Munsterberg (1912) – Penggunaan aplikasi berdasarkan pendekatan psikologi
dalam kajian terhadap pekerja yang terlibat dalam industri perkilangan dan
pengurusan.
Walter Dill Scott (1911) – Memperkembangkan aplikasi berdasarkan pendekatan
psikologi yang digunakan ke atas pekerja yang terlibat dalam sektor pengiklanan,
pemasaran dan personel.
Max Weber (1946) – Memperkenalkan Teori Birokrasi
Vilfredo Pareto (1917) – Digelar ‘Bapa Pendekatan Sistem Sosial’ kepada organisasi
dan pengurusan.
Elton Mayo & F.J Roethlisberger (1933) – Kajian yang terkenal di loji Howthorne
milik Syarikat Western Electric. Kajian yang dibuat adalah berkenaan saling kaitan
anatara pengaruh sikap dan hubungan sosial kumpulan kerja ke atas prestasi.
Chester Barnard ( 1938 ) :



Antara karya yang terkenal adalah The Functions of Executives.
Menurut beliau tugas pengurus ialah untuk memelihara sistem usaha




kerjasama dalam organisasi formal.
Beliau menyarankan pendekatan sistem social yang komprehensif kepada
pelanggan.

Laurence Peter (1969) – Meneliti dan membuat rumuasan berdasarkan
pemerhatiannnya yang mendapati bahawa kebanyakan orang dinaikkan pangkat akan
diberikan tugas baru di tahap yang mereka tidak cekap.

7

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

William Ouchi (1981) – Membincangkan amalan pengurusan Jepun yang terpilih dan
disuai guna dalam persekitaran Amerika Syarikat.

PERBINCANGAN
Sebagai penjawat awam yang memegang gelaran penolong pegawai perubatan
, pengurusan masa adalah penting kerana kerja ini adalah berkaitan dengan kehidupan

dan juga nyawa. Bermakna setiap saat adalah berharga kerana mungkin dalam satu
saat kita terlepas atau terlambat mungkin kita sudah mengabaikan satu nyawa . oleh
itu pengurusan masa sangat penting . Pengurusan masa bermaksud anda mampu
menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas
hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan
ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan
penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan
masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting
bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan
bertanggungjawab.
,

RUJUKAN

8

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

Principles of Management. (n.d.). Retrieved March 8, 2015, from

https://clep.collegeboard.org/exam/management
Management, n. (: Oxford English Dictionary)
http://www.oed.com/view/Entry/113218? redirectedFrom=management#eid
Craig, S. (2009, January 29). Merrill Bonus Case Widens
as Deal Struggles. Wall Street Journal.
Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1 (Universiti Pengurusan
Profesional) https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarahdan-konsep-siri-1/
Utusan Online. (2005, November 21). Membaca Pemikiran Pengurusan Peter
F. Drucker. Retrieved March 10, 2015, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Http://www.sinap-sys.com/en/content/all-about-process-management-part-i.
(n.d.). Retrieved March 15, 2015, from http://www.sinap-sys.com/en/content/allabout-process-management-part-i

9