Isu Semasa Sains dan Teknologi Malaysia

Isu Semasa Sains dan
Teknologi Malaysia
Makanan Halal menurut perspectif
Islam

Pendahuluan


Salah satu persoalan yang sentiasa dibincangkan oleh pengguna
khususnya Muslim adalah pemilihan makanan halal dan haram.
Dengan perkembangan sains dan teknologi yang berlaku, produk
makanan yang dihasilkan kini lebih bersifat segera, bervariasi dan
menarik. Ia berbeza dengan makanan hasilan terdahulu yang hanya
dimasak apabila perlu dan ketika hendak dimakan. Senario ini
memperlihatkan makanan hasilan kini menimbulkan pelbagai
persoalan dari segi kandungan, sifat dan fizikal bahan campuran
serta bahan akhir yang terhasil.



Dalam industri pemprosesan makanan, di antara isu yang dikupas

adalah melibatkan sembelihan dan produk yang dihasilkan
bersumberkan darah. Hal ini kerana sembelihan merupakan di antara
aspek utama yang perlu dipastikan supaya setiap produk yang
dihasilkan adalah diyakini suci dan halal. Di Malaysia, pengeluaran
daging untuk pasaran tempatan masih di tahap lemah dengan hanya
20% atau 23, 970 tan metrik daging lembu pada tahun 2003 untuk
menampung keperluan ke seluruh Negara. Begitu juga, permintaan
yang tinggi terhadap produk makanan berasaskan daging dan tenusu
telah merancakkan pertumbuhan rumah-rumah sembelihan.
Berasaskan itu, bahan buangan daripada rumah sembelih seperti
darah haiwan juga merupakan di antara produk yang digunapakai
kembali sebagai bahan campuran dalam produk makanan.

Pemakanan Dalam Islam


Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Ia diperlukan oleh manusia,
haiwan, tumbuhan dan hidupan lain demi kelangsungan hidup. 1 Makanan,
bahasa Inggerisnya food dihuraikan sebagai (1) articles used for food or drink
for man or other animals, (2) chewing gum, and (3) articles used for

components of any other such article.2 Menurut Che Wan Jasimah, pemakanan
ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam makanan.
Asasnya, ia adalah status kesihatan seseorang yang akan menentukan
keperluan pemakanannya. Untuk itu, pemakanan merupakan proses bagaimana
tubuh menggunakan makanan kerana dalam makanan ada nutrien. 3



Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan
rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa makanan
yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat doa terkabul dan
makanan yang haram akan menggelapkan hati. Sebagai pengguna Muslim,
berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai
kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilihi
makanan yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu
dielak, kecuali ketika dharurat.



Konsep halal dan tayyiban merupakan dua konotasi nama yang

sinonim dan berkait rapat antara satu sama lain. Halal bermaksud
sebarang perkara atau benda yang dibenarkan oleh syarak. Manakala
haram adalah perkara yang dilarang. Sedangkan di antara halal dan
haram tersebut adalah perkara syubhah yang sebolehnya dijauhi.



Dalam perbendaharaan al-Quran, saranan untuk memilih makanan
yang jelas di nukilkan beberapa kali di dalamnya sama ada dari segi
konsep, kriteria dan contoh berkaitan halalan dan tayyiban.



“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana
Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi
kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 168)




Dalam surah yang lain, “Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang yang
beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari
benda-benda yang halal lagi baik.

Isu yang Berkaitan dengan Pemakanan
dalam Masyarakat Malaysia


Umumnya, penghasilan produk makanan di Malaysia sentiasa meningkat dari
hari ke hari. Keupayaan industri makanan dalam menghasilkan pelbagai jenis
produk makanan telah memangkin serta mencorakkan pertumbuhan ekonomi
negara ke suatu tahap yang membanggakan. Walaupun begitu dalam
kerancakan tersebut, para pengguna khususnya umat Islam perlu berhati-hati
dalam pemilihan produk makanan yang terjamin halal dan bersih (tayyiban)
daripada sebarang elemen yang meragukan.



Di antara aspek yang sering dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam
adalah berkaitan isu sembelihan. Ia melibatkan haiwan yang disembelih tidak

putus urat, mati sebelum disembelih, penggunaan alatan sembelihan yang
tidak tajam dan persekitaran sembelihan yang kotor. Selain itu, terdapat juga
isu penyembelih yang bukan Islam menyembelih untuk orang Islam, haiwan
yang disembelih tidak cukup sifat, tidak memperolehi sijil tauliah sembelihan
daripada pihak berkuasa dan penggunaan alatan teknologi dalam
penyembelihan semasa.



Sembelihan pada zaman dahulu kebiasaannya dilakukan secara
manual tanpa melibatkan penggunaan alatan canggih. Namun begitu,
perkembangan sains dan teknologi telah memperkenalkan beberapa
metode baru yang bertujuan untuk membantu proses penyembelihan
dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan. Ini juga
berasaskan keadaan kapasiti pengeluaran haiwan dahulu yang tidak
begitu banyak permintaannya sebagaimana sekarang. Misalnya, bagi
sebuah rumah sembelihan seperti Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd.
di Malaysia, purata pengeluaran ayamnya hampir 70,000-80,000 ekor
sehari. Begitu juga dengan peningkatan permintaan haiwan-haiwan
lain seperti lembu, kambing dan seumpamanya.


 


Selaras dengan itu, penggunaan teknologi seperti stunning dan
thoracic sticking diperkenalkan untuk membantu pihak pengeluar
rumah sembelih mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin
menggalakkan. Walaupun begitu, penggunaan teknologi ini juga
menimbulkan keraguan apabila tidak dilaksanakan mengikut syariat
Islam seperti yang digariskan di dalam al-Quran dan sunnah Rasul
SAW.



Begitu juga, penggunaan bulu atau lecithin yang berasaskan sumber haiwan
atau manusia. Haiwan ini boleh terdiri daripada yang halal atau haram. Ia
merupakan sejenis asid amino yang lazimnya digunakan dalam makanan seperti
biskut, kerak pizza, donut dan makanan bakar yang lain, ubatan dan kosmetik.
Misalnya dalam pembuatan roti, ia berfungsi sebagai agen pengurangan tempoh
adunan doh, menghentikan pengecutan kerak piza selepas dinipiskan serta

menjadikan doh tidak mudah melekat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai
bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu.



Berdasarkan Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985, penggunaan Lecithin
dalam makanan dibenarkan di Malaysia yang mana bahan ini dibenarkan dalam
penghasilan roti sebagai tepung gandum dan tepung berprotein tinggi. Menurut
perangkaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, hampir 80% sumber
pengambilan Lecithin yang digunakan seluruh dunia diambil daripada China
secara sintetik sama ada menggunakan rambut manusia atau bulu pelepah
seperti ayam dan itik.



Manakala, penggunaan organ dalaman haiwan seperti usus dan perut selepas
sembelihan diproses kembali sebagai baja atau makanan ternakan ikan dan
seumpamanya. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, isu yang melibatkan
penghasilan produk makanan khususnya yang berkait dengan halal haram
sentiasa berlaku dalam masyarakat. Oleh yang demikian, satu kriteria dan

panduan yang jelas berkaitan halal haram perlu diteliti supaya selari dengan
ketetapatan di dalam al-Quran.

Kriteria Makanan Halal Haram Menurut alQuran


Sebagai sumber hukum Islam yang utama, al-Quran telah menggariskan
beberapa kriteria khusus dalam pemakanan. Garis panduan ini sentiasa
relevan sepanjang masa, keadaan dan tempat. Di antara panduan tersebut
adalah:



1. Ia tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (Arak)



Arak (khamr) atau alkohol merupakan di antara bahan yang diharamkan dalam
Islam. Semua jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripadan
apa juga bahan seperti perahan anggur, nira, barli, beras, ubi kentang, jagung,

gandum dan buah-buahan atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak.
Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal. Manakala alkohol adalah
nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang
mempunyaikumpulan hidroksi (OH). Secara asasnya, tidak semua alkohol
dapat memabukkan. Namun demikian, terdapat dua sebatian yang memberi
kesan memabukkan daripada alkohol iaitu etanol dan metanol.



2. Ia tidak bersumberkan darah haiwan



Darah merupakan cecair merah yang mengalir dalam urat darah. Ia
dikategorikan sebagai najis dan mendatangkan kemudharatan. Ini
kerana telah jelas di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah



3. Ia bukan berasaskan sumber daripada manusia




Dalam penghasilan produk makanan, sumber berasaskan manusia
biasanya digunakan sebagai bahan tambahan. Di antara sumber yang
digunakan ialah ekstrak daripada kolagen, uri, janin, air tetuban, sebatian
Hidroklorida Lecithin yang diperolehi daripada rambut dan sebagainya.
Penggunaannya sebagai ramuan tambahan menimbulkan persoalan
hukum terutama kepada pengguna Muslim. Secara umumnya, terdapat
dua pandangan berhubung sumber berasaskan manusia. Pertama,
ulama berijma‘ haram menggunakan organ utama manusia seperti
jantung, hati, kulit, daging dan seumpamanya sebagai sumber atau bahan
makanan. Ini kerana anggota manusia tersebut diklasifikasikan sebagai
bahan yang dihormati hatta dalam keadaan dharurah sekalipun tidak
dibenarkan untuk memanfaatkannya. Kedua, ulama berselisih pendapat
berkenaan dengan bahan yang bersumberkan manusia seperti uri, air
tetuban, rambut, kuku dan seumpamanya. Sebilangan mereka
menyucikannya atau mengharuskan penggunaannya kerana ia bukan
sebahagian organ manusia. Dan sebahagian yang lain mengharamkannya.
Pandangan ini selari dengan firman Allah s.w.t. tentang manusia diciptakan

dengan penuh kehormatan dan kemuliaan



4. Ia tidak mengandungi khinzir dan derivatifnya



Secara asasnya, khinzir merupakan binatang yang diharamkan dalam
Islam. Pengharamannya jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta
ijma para ulama. Pengharaman ini berdasarkan beberapa
kemudharatan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap
(psikologi). Di antara ayat al-Qur’an yang menegaskan pengharaman
ini adalah firman Allah s.w.t.



5. Ia tidak bersumberkan bangkai atau tidak disembelih



Pada dasarnya, semua sumber makanan yang berasaskan haiwan
yang tidak disembelih atau disembelih selain Allah s.w.t. adalah
diharamkan. Pengharaman ini jelas dalam firmanNya

Kes-kes tentang makanan halal di
M’sia

KUALA LUMPUR: Satu pertanyaan berbentuk aduan di laman
Facebook restoran makananan segera, Texas Chicken Malaysia
(TCM) mengundang pelbagai reaksi pengguna media social. Ia
dikemukakan oleh seorang pengguna Facebook yang
mempersoalkan mengapa sos yang dibekalkan oleh restoran
berkenaan berjenama 'Church'. Si pengadu turut mendakwa
pihak TCM tidak peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia yang
beragama Islam.

Kes-kes tentang makanan halal di
KUALA LUMPUR: The Islamic Development Department (Jakim)
M’sia
reiterated that Cadbury chocolates, which are previously found
tainted with porcine DNA are Halal to be consumed.
In a statement issued today, Jakim said that although Cadbury
Malaysia has been certified Halal by Jakim, the department still
receives queries on the brands’ chocolate products.
“Jakim wants to confirm that Cadbury Malaysia holds the Halal
Certification since 2004 until now. Malaysia’s Chemistry
Department has tested the product and Jakim had conducted a
full investigation as stipulated in the Malaysian Halal
Certification Procedures Manual.
“It should be noted that Malaysia’s Halal certification process
involves rigorous auditing and inspections including an
assessment of ingredients, processing methods, equipments
used including laboratory testing by Certification Procedures
Manual Standard and Procedure. Certificate holders are also
subject to periodic inspections conducted by Jakim,” said Jakim.

Penutup
Kaedah yang digunakan bersifat efisen dan ekonomik, namun aspek ihsan terhadap haiwan
yang disembelih turut perlu diambil kira. Ini kerana sekiranya sembelihan tidak patuh
syariah, ia akan menukar status haiwan tersebut kepada haram untuk dimakan dan
dimanfaatkan.
Begitu juga dengan penggunaan darah dari rumah sembelihan dalam pemprosesan
makanan bebola, ia turut haram walaupun dapat mengelak pembaziran sisa rumah
sembelihan. Pengharaman ini jelas dalam al-Quran. Justeru, Islam sebagai satu sistem
hidup yang lengkap, yang disediakan panduan dari al-Quran dan al-Sunah selamanya
relevan dalam menangani perkembangan hidup masyarakat.

Terima Kasih :D