Peranan AlQuran dalam Sains dan Teknolog

TOPIK: PERANAN ALQURAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

ISLAM DAN SAINS
CTU087

DISEDIAKAN OLEH:
MARYAM NABILAH BINTI MUSTAFFA (2012874364)
MUNIRAH BINTI MOHAMAD NORDIN (2012270352)
FATIN NURHANA BINTI ABDUL MATIN (2012424666)
NUR SYAHIRAH BINTI BASRI (2012425622)
NUR HAZIRAH BINTI HARITH (2012288122)

GROUP : PI080F1 (KUMPULAN 5)

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZAH SYUHAIDA IDHA BINTI ABD RAHIM

SEM 2013

PENGHARGAAN
‫السلم عليكم ورحمة الله وبركته‬

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan
keizinannya dapat kami selesaikan kertas kerja ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, kerana usaha Baginda,
kita dapat hidup dengan nikmat Iman dan Islam.
Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah subjek CTU087 kerana banyak
memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan kertas kerja ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi
untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.
Akhir sekali, kami ingin menucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman
seperjuangan sepanjang pengajian di UITM Puncak Alam atas segala sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan. Semoga ALLAH merahmati kalian.

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Pengenalan
Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi
-

Asas Utama Kehidupan


-

Proses Kejadian Manusia
Kehidupan Manusia Berpasangan
Komuniti Haiwan
Lebah
-

-

Semut
Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi
Kegelapan Lautan dan Lapisan
Ombak

Peranan al-Quran dalam bidang Teknologi

-


Kejuruteraan Kimia

-

-

Proses Pembentukan Besi

Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal

-

Peranan al-Quran dalam bidang Perubatan

Madu
Kurma
Zaitun

-


Kesimpulan

-

Bibliografi

Anggur
Susu Ibu

-

PENGENALAN

Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam Sains

dan Teknologi. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui
pembacaan, melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al
Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong
ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di

samping membuat pelbagai penemuan baru.
-

Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat

kami untuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam
dengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan
ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.
-

Selain itu, kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami mampu membuka

mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang
sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.
-

Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami

memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
-


-

Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi
-

Dalam tajuk ini kita akan membahaskan kemukjizatan al-Quran dari segi

ilmiah. Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu merangkumi seluruh kelengkapan
manusia melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang
ilmiah secara spesifiknya ilmu Biologi. Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu
sains yang kita pelajari pada hari ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah banyak
menerangkan maklumat-maklumat yang lebih terkehadapan(advanced) daripada apa yang
lahir hasil daripada pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran dalam bidang ini sangat jelas
apabila di dalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan proses-proses yang apabila dikaji
memang benar kesahihannya dari segi saintifik.
-

1) Asas Utama kehidupan
-


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai

bahawa
-

sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda

-

yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiaptiap

-

benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

-

(Al-Anbiya', 30)


-

Ayat ini menceritakan tentang setiap makhluk Allah itu diciptakan daripada

air, daripada sekecil-kecil ciptaan sehingga ke sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan
satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang
sangat berharga bagi kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia
komposisinya terdiri daripada 70% air. Begitu juga dengan bumi yang terdiri daripada 70%
air. Malahan sel-sel (cell membrane)di dalam badan kita juga terdiri dari pada air. Oleh itu al-

Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu makhluk di muka bumi
iaitu air.
-

Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :
-

Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu

dijadikannya

-

(mempunyai) keturunan dan musaharah 1 dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa

-

sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

-

[Al-Furqan, 54]
-

Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas

manusia itu diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka
(air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
-

2) Proses Kejadian Manusia

-

Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam

al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
-

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal)
dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang
kukuh2;

-

Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
[Al-Mu’minun: 12-14].


-

1 Musaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan
sebagainya
2 Penetapan yang kukuh; rahim

-

Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yang

didedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai
proses pembentukan manusia.
-

Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian

ini adalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adam
daripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian
bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya,
gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pula
akan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan
rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.
-

3) Kehidupan Manusia Berpasangan
-

Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini Allah ciptakan keseorangan.

CiptaanNya semua dijadikan berpasangan supaya mereka sentiasa mengingati kebesaran
kuasa Allah. Ini juga menunjukkan ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat
saling melengkapi.
-

Dua ayat yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:

-

Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh Bumi,
-

atau dari diri mereka, atau dari apa yang telah mereka tidak mengetahuinya

-

[Yasin:36]

-

Sebagai contoh seperti kejadian siang dan malam. Kejadian siang dan malam tidak
berlaku dalam satu waktu yang sama. Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap
dengan sedikit cahaya, dan kemudian Dia menciptakan suasana yang terang
benderang dengan cahaya matahari yang mampu menerangkan seluruh alam.
Kejadian siang dan malam ini saling melengkapi, apabila adanya gelap disuluhi pula

cahaya supaya keadaan menjadi terang (siang) supaya manusia dapat menjalankan
aktiviti seharian masing-masing.
-

Engkau memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam
siang.

-

Dan Engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan
yang mati dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki tanpa perhitungan

-

[al-Imran:27]

-

Selain itu juga, adanya jantina lelaki dan perempuan, pahala dan dosa, syurga

dan neraka. Setiap ciptaan Allah itu lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat
Allah menunjukkan kewujudan semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.
4) Komuniti Haiwan
-

Al Quran telah menyatakan mengenai kewujudan umat-umat selain manusia,
seperti umat haiwan dan sebagainya. Ia bermaksud bahawa haiwan juga hidup
bermasyarakat, mempunyai tingkatan-tingkatan sosial yang tersendiri. Perkara ini
dapat dilihat di sekeliling kita, di mana kita mampu melihat kawanan-kawanan burung
dan kumpulan-kumpulan haiwan hidup bersama-sama.

5) Lebah
-

Surah an-Naml banyak menyentuh mengenai kelebihan lebah serta ciri-

cirinya. Hal ini telah menyebabkan para saintis mengkaji lebih banyak mengenai kelebihan
lebah. Terbukti, sememangnya lebah merupakan sejenis haiwan yang unik. Ia mempunyai
kebolehan menghasilkan madu yang sangat berkhasiat dan mampu menjadi penawar kepada
manusia. Ia mengandungi bukan sahaja kandungan karbohidrat yang tinggi, malah turut
memiliki nutrien-nutrien penting seperti protein, enzim, asid amino, garam mineral, unsur

surih (trace elements), vitamin, campuran beraroma dan polifenol yang amat diperlukan oleh
tubuh manusia.3 Sebagaimana telah dinyatakan dalam al Quran,
-

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat

sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan
yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam
badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi
manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl, 6869)
6) Semut
-

Di samping itu, nama semut juga turut diangkat dalam kisah Nabi Sulaiman

yang telah direkodkan dalam al Quran. Menurut ayat 17-18 dalam Surah an Naml, Nabi
Sulaiman dan bala tenteranya telah melalui Waadin-Naml yang dihuni oleh semut. Maka,
seekor semut telah bertindak menyeru sekalian semut untuk masuk ke dalam sarang demi
mengelakkan mereka dipijak secara tidak sengaja oleh bala tentera Nabi Sulaiman.
Berdasarkan kisah ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa semut juga hidup di dalam
komuniti yang ramai serta berkomunikasi sesama sendiri. Ia dibuktikan oleh beberapa kajian
secara saintifik oleh para saintis. Antaranya, semut mempunyai sistem komunikasi yang

3 Due to the variation of botanical origin honey differs in appearance, sensory perception and composition. The

main nutritional and health relevant components are carbohydrates, mainly fructose and glucose but also about
25 different oligosaccharides. Although honey is a high carbohydrate food, its glycemic index varies within a
wide range from 32 to 85, depending on the botanical source. It contains small amounts of proteins, enzymes,
amino acids, minerals, trace elements, vitamins, aroma compounds and polyphenols. The review covers the
composition, the nutritional contribution of its components, its physiological and nutritional effects. It shows
that
honey has a variety of positive nutritional and health effects, if consumed at higher doses of 50 to 80 g per
intake.

sangat kompleks melibatkan bahan kimia serta mereka juga mempunyai tingkatan sosial
seperti permaisuri, pekerja dan sebagainya.
7) Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi
Sebagai tambahan, al Quran juga ada menerangkan mengenai keadaan sesak

-

nafas apabila naik ke langit. Firman ALLAH swt: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat
hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki
sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah
Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat
125) . Berdasarkan ayat ini, saintis telah membuat kajian dan mendapati bahawa tekanan gas
oksigen pada altitud tinggi telah menyebabkan semakin kurang kandungan oksigen yang
disedut ke dalam saluran pernafasan, lalu membawa kepada kadar pernafasan yang lebih
tinggi. Ia mampu memberikan kesan seperti sesak nafas, keletihan terlampau serta
kepeningan.

4

8) Kegelapan Lautan dan Lapisan Ombak
-

Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan

kegelapan di dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila
dikaji, sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang mana
kewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman ini
mempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air,
dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan
perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila

4 Acute Mountain Sickness (AMS)
AMS is common at high altitudes. The symptoms of Mild AMS are headache, dizziness, fatigue, shortness
of breath, loss of appetite, nausea, disturbed sleep, and a general feeling of malaise.

manusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.
Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut yang
menyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar lautan
menjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar laut
mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan
dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.5
-

Peranan al-Quran dalam Bidang Teknologi
-

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan

meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat
membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang
diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di
langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.
Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua
aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”(Surah Luqman: 20).
-

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita

kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati.
5The darkness in deep seas and oceans is found around a depth of 200

meters and below. Below a depth of 1000 meters there is no light at
all. Human beings cannot survive unaided in the deep dark part of the oceans, such as at a depth of 200 meters. Scientists have recently
discovered this darkness by means of special equipment and submarines that have enabled them to dive into the depths of the oceans. But
what about the first waves? Scientists have recently discovered that there are internal waves which “occur on density interfaces between
layers of different densities.”1 (see figure 16). The internal waves cover the deep waters of seas and oceans because the deep waters have a
higher density than the waters above them. Internal waves cannot be seen by the human eye, but they can be detected by studying
temperature or salinity changes at a given location.

Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokohtokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang
kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
-

Kejuruteraan Kimia

1) Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna
-

Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan

dengan kejuruteraan kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran
sempurna”. Firman Allah swt : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati)
dari pohon-pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu
menyalakan api dari pohon-pohon itu”. (Surah Yasin: 80) “Akhirnya, tidakkah kamu
melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang
menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah alWaqi’ah : 71-72).
-

Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan

kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman
dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan
petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman
dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan
api. Di zaman kita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan
gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol,
diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal
daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan
kita bahawa Allah itu Maha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan

sekarang itu adalah berasal dari pokok. Allah s.wt juga menggunakan perkataan “alsyajarah al-akhdar” (tumbuhan hijau) dalam Surah Yasin ayat-80 kerana perkataan ini
boleh diertikan dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian
sains tumbuhan hijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen
dan unsure karbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon
dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk
menghasilkan api daripada proses pembakaran sempurna.
-

Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang

proses fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan
sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.
2) Proses Pembentukan Besi
-

Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada

kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah AlHadid : 25) Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam
iaitu Surah Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah
telah berfirman “waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan
besi”. Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul
besi. Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang
melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran
kehabisan bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan
ke ruang angkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid
bintang besar . Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai
untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang
lebih besar daripada matahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila

besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini
tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang
dipanggil nova atau supernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi
besi berserakan keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di
angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu,
elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe)
dengan kandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di
pusat bumi Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid”
(padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang
hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al
hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang
perlu disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi
merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang
berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen
masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam
haemoglobin, kemudian dihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses
metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi.
Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
3) Kejuruteraan awam
-

Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan

kemahiran sarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam
kejuruteraan awam hidrologi6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada
zaman pemerintahan khalifah ‘Umar, beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula
6 Hidrologi

merupakan kajian pergerakan, taburan, dan kualiti air di bumi. Bidang ini
memberi perhatian khusus kepada fenomenon seperti kitar air dan sumber air.

telah mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang
mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy’ari,
pemerintah Basrah ketika itu. Satu lagi terusan ialah Terusan Ma’akal yang di bina di bawah
penyeliaan Ma’akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di
Parsi.Bandar Isfahan di kelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh
Bahauddin al- A’mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
-

Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat

berguna kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa
mereka juga telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat
tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.
4) Kejuruteraan mekanikal
-

Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak

ialah dalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab
Peranti (The Books of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau
lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi
sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah
prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang
mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa
gerakan.” , “daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya.” , “dalam sesuatu
mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam
kelajuannya.” Al-Khwarizmi pula tertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat
menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di
antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah “berat ialah daya malar
inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti

sama ialah jasad-jasad yang bergerak di dalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang
sama dalam masa yang sama.” Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah
mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan ‘Penggerak Perdana” yang utama
sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh
rekaan ialah jam air gajah, pam air dua silinder, pam air enam silinder selari, perangan jet
stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada
manusia sejagat.
-

Peranan al-Quran dalam Bidang Perubatan
-

Bidang perubatan tidak terkecuali daripada dirakamkan ALLAH SWT di

dalam kitab suci AlQuran.Setelah ditafsir oleh para mufassirin,didapati bahawa bidang
perubatan ini sebenarnya terselindung di sebalik beberapa jenis makanan dan minuman yang
telah disebut ALLAH SWT di dalam AlQuran. Setelah dikaji oleh para saintis mutaakhirin,
terbukti bahawa makanan-makanan dan minuman-minuman ini mempunyai pelbagai khasiat
dan zatnya yang tersendiri.
-

Walau bagaimanapun,kami tidak akan membicarakan secara terperinci tentang

kesemua jenis makanan dan minuman tersebut,sebaliknya akan memfokuskan kepada
beberapa jenis sahaja.Antaranya ialah khasiat dan kelebihan madu, kurma, buah zaitun,
anggur dan susu ibu dari segi perubatan.7
7 Normadiah daud. Kenali 15 Superfoods Dalam al-Quran. Kuala Lumpur : Perintis

Books Sdn.Bhd.

1) Madu
-

Pertama sekali,madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu

disebut dalam al-Quran ( Surah an-Nahl : 68-69 ) dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab
perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan
lain untuk kecerdasan minda.Antara kelebihan madu ialah mampu menyembuhkan sehingga
77 jenis penyakit kerana ianya merupakan agen penyembuhan yang berkesan. Ia juga
merupakan antioksidan dan anti-penuaan semula jadi yang mampu mengembalikan
keremajaaan kulit.Selain itu,madu dapat menghilangkan kedinginan dan lendir dalam
hati,sekaligus mencegah batuk yang berpanjangan. Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi
oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."Diriwayatkan daripada
Imam Ja’far Ash-Shadiq r. a ,beliau berkata,:”Rasulullah SAW sangat menyenangi madu.”8
2) Kurma
-

Bukan itu sahaja,buah kurma juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan

untuk manusia dan ini dibuktikan melalui kekerapan buah kurma disebut di dalam alQuran
iaitu lebih daripada 20 kali. Kurma atau tamar ini disebut antaranya dalam surah Maryam
ayat 25,surah al-An’am ayat 99 dan 141 dan surah ar-Ra’du ayat 4.Antara khasiatnya ialah
mengelakkan Mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah
tinggi.Selain itu ia dapat memudahkan proses bersalin dan pencernaan.Kurma juga dapat
mencegah pengaruh sihir terhadap seseorang seperti yang pernah dikatakan oleh Abu
Abdillah a.s. :“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat
mensirnakan pengaruh sihir”.Di samping itu,kurma dapat membunuh cacing di dalam tubuh
seperti kata Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s.:“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik,
maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. Akhir sekali,Rasulullah SAW pernah
8 Ibid

bersabda,: ” Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu
menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”9
3) Zaitun
-

Buah zaitun tidak terkecuali daripada memiliki khasiatnya yang tersendiri.

Buah ini disebut di dalam surat at-Tiin ayat 1,surah al-An’am ayat 99 dan 141 serta surah
an-Nur ayat 35 yang membicarakan dengan khusus tentang minyak zaitun. Antara kelebihan
minyak zaitun ialah mengandungi vitamin E dan K yang baik untuk kesihatan kulit
terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita.Ia juga bagus digunakan sebagai minyak
rambut. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada
Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu
minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat
daripada pohon yang penuh berkat."Selain itu,minyak zaitun berperanan menambah zat
makanan, mencuci dan membaik pulih perut,membantu pesakit gastrik dan mereka yang
mengalami masalah buah pinggang.Ia juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain
bertindak sebagai pelican dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Akhir sekali, Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai
laxative dan menyingkir cacing di dalam badan.
4) Anggur
-

Makanan terakhir yang akan dibincangkan khasiatnya secara ringkas ialah

buah anggur. Buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat ini dirakamkan ALLAH
SWT dalam surah ar-Ra’du ayat 4,surah al-An’am ayat 99 dan surah ‘Abasa ayat 28. Tiga
jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, dan
9 Ibid

anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza. Ketua Program
Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek
Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1” kerana hasil penyelidikannya
telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan
antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur merah pula
merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan
proses penuaan. Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai
pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung,
kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan. juga di percayai boleh mencegah dan
membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza. Akhir sekali,
Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan kerana kandungan kimia yang
berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid yang dapat mencegah oksidasi
LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal
sebagai antioksidan semula jadi yang sinonim dalam proses menguruskan badan.
5) Susu Ibu
-

Penutup bicara, kami akan membincangkan serba sedikit mengenai kelebihan

susu ibu yang ada disebut oleh ALLAH SWT dalam surah Luqman ayat 14.Antara kelebihan
susu ibu atau dipanggil “kolostrum alami” ini adalah mengandungi zat makanan dalam
nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan
menyusu dengan ibunya sahaja.Susu ibu juga mengandungi antibodi semula jadi untuk
melawan pelbagai penyakit.Bayi yang menyusu dengan ibunya terbukti lebih sihat
berbanding bayi yang diberi susu formula sejak kecil.Antara penyakit neonatal yang paling
mudah disembuhkan dengan kaedah penyusuan susu ibu ini ialah penyakit jaundice atau
demam kuning. Selain itu, pelbagai vitamin yang terkandung dalam susu ibu juga mampu

meningkatkan kecerdasan otak bayi. Bukan itu sahaja,si ibu juga mendapat manfaat apabila
menyusukan bayinya. Antaranya ialah tubuh lebih segar,terasa ringan dan sihat. Naluri
keibuan juga semakin terserlah dan ikatan kasih sayang yang paradosikal antara ibu dan
anak semakin kukuh.Itulah keajaiban susu ibu sehingga digelar susu terbaik di dunia.10
-

KESIMPULAN

Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw

mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan alQuran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk
mendorong para saintis Islam melakukan kajian.
-

Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang

profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan
mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat
ketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur.
10 Ibid

-

-

BIBLIOGRAFI

-

Abd Aziz, H. (2008, APRIL 16). [Web log message]. Retrieved from
ctu551.blogspot.com/2008/04/sains-teknolgi-menurut-islam.html

-

Alvarez-Suarez, J. M., Tulipani, S. Romandini, S., Bertoli, E., & Battino, M. (2010).
Contribution of honey in nutrition and human health: a review. Mediterranean
Journal of Nutrition and Metabolism 3, no. 1 (2010): 15-23.

-

Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and
health: A review.Journal of the American College of Nutrition,,27(6), 677-689.
Retrieved from http://www.jacn.org/content/27/6/677.full.pdf

-

Curtis, R. (n.d.). Outdoor Action Guide to High Altitude: Acclimatization and
Illnesses. Retrieved March 14, 2013, from
http://www.princeton.edu/~oa/safety/altitude.shtml

-

Danial, Z. A. (2012). Islam: The misunderstood religion. (Revised ed., pp. 45-112).
Selangor, Malaysia: PTS Millenia.
-

-

Deep sea. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_sea.
Harun, Y. (2004). The quran leads the way to science. (2nd ed.). Turkey: Global
Publishing. DOI: www.harunyahya.com

-

Internal Tide. (2012). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_tide.

-

Internal wave. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_wave.

-

Ibrahim, I. (1997). A brief illustrated guide to understanding islam. (2nd ed., pp. 2021). Texas, USA: Darussalam Publishers and Distributors. Retrieved from
http://www.islam-guide.com/islam-guide.pdf

-

Littin, S. (2011, MAY 20). Ants give new evidence for interaction networks. UANews.
Retrieved from http://uanews.org/story/ants-give-new-evidence-interaction-networks

-

Miller, G. (1992). The amazing quran. Abul Qasim Publishing House. Retrieved from
http://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single/en_the_amazing_Quran1.pdf

-

Muhammad Mujahid, I. M. F. (2013). Mukjizat al quran. In M. H. Shahrizan & I. M.
F. Muhammad Mujahid (Eds.), Mahabbatur Rasul (1 ed., pp. 88-89). Kedah,
Malaysia: Pustaka Paksi.
-

-

Peacock AJ. ABC of oxygen: Oxygen at high altitude. Br Med J. 1998;317:1063–
1066.
Pelinovsky,E., Talipova,T., Holloway, P. E., (1997). Strongly Nonlinear Internal
Waves on the Australian North West Shelf . Retrieved from
http://www.whoi.edu/science/AOPE/ISW98workshop/text/holloway/hollowayht.html.

-