Negara Republik China dan Pengaruh Marxi

NEGARA REPUBLIK CHINA DAN PENGARUH MARXISLENINIS DALAM PERKEMBANGAN KONSEP
NEGARA/STATE
Muhammad Ariff Asyrul Bin Adnan

(Calon Sarjana Sains Politik, Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia)

1.0 PENDAHULUAN
Istilah state mula mendominasi ruang wacana politik setelah kemunculan idea liberalisme
klasik yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam mendepani usaha memajukan
sesebuah negara khusus merujuk kepada aspek ekonomi. Evolusi argumentasi
berkenaannya mula melalui proses setelah lahirnya sarjana-sarjana terkemudian yang
mencetuskan pertembungan pemikiran dalam

menkonseptualkan

istilah state atau

negara ini. Kemunculan kelompok neo-klasikal seperti John Stuart Mill lagi
menambahkan kepelbagaian dalam pentafsiran konsep state ini. Idea berkenaan konsep
state ini mula rancak diperdebatkan dengan kemunculan aliran pemikiran yang


sememangnya bertentangan dengan pandangan liberalisme berkenaan state iaitu aliran
Marxisme. Aliran ini dipelopori oleh Karl Marx yang mengemukakan pandangan yang
bersifat agak radikal dalam mengkonseptualkan terma state atau negara ini.
Namun begitu, lewat tahun 1920-an, dunia dikejutkan dengan fenomena
“kemelesetan ekonomi” (the Great Depression 1929) yang menyerang sistem ekonomi
kuasa besar dunia (Amerika Syarikat yang paling kuat merasai kesannya) yang terus
dengan cepatnya melumpuhkan sistem ekonomi dunia (Caporaso & Levine 1992). Pada
ketika itu, perdebatan berkenaan idea atau interpretasi state mula rancak diperdebatkan
dengan kemunculan seorang sarjana ekonomi terkemuka, John Maynard Keynes yang
menyatakan pendiriannya bahawa untuk memulihkan kembali negara yang mengalami
kesan teruk akibat kemelesetan ekonomi ini, mekanisme state regulation/intervention
harus digunakan sebagai mekanisme utama bagi menyelesaikan masalah (Dillard 1948).

Maka dengan itu, akibat desakan untuk memulihkan ekonomi, mekanisme ini diguna
pakai dan pada akhirnya berjaya mengeluarkan Amerika Syarikat pada ketika itu pulih
dari krisis. Walaubagaimanapun, kedudukan state sebagai agen utama dalam mengawal
ekonomi negara mula digoyahkan dengan kemunculan pandangan liberal kontemporari
seperti Hayek yang kembali mengemukakan pandangan supaya peranan negara mula
dilimitasikan selaras dengan prinsip asal aliran ekonomi liberal (Wapshott 2011).
Sehingga kini perdebatan masih lagi belum menemui jalan persetujuan bersama,

bahkan sekolah pemikiran ekonomi politik dunia masih lagi cenderung untuk tidak
mencapai persetujuan bersama dalam mentafsirkan konsep state ini. Justeru itu, fokus
utama makalah ini bukanlah untuk menjelaskan perihal tafsiran liberalism berkenaan
state, tetapi makalah ini memfokuskan kepada interpretasi Marxisme berkenaan state

yang sebelum ini acap kali ditolak tepi dalam perbahasan berkenaan state. Bagi
menyelarikan perbahasan berdasarkan kepada metodologi politik perbandingan, fokus
perbandingan dibahaskan antara interpretasi kedudukan state dari perspektif Marxisme
dengan liberalism khusus dipecahkan kepada tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial
bagi menjelaskan perbezaan pandangan kedua-duanya dan juga berkenaan persamaan
yang wujud di antara kedua-dua pandangan. Interpretasi yang dikemukakan oleh Marx ini
adalah amat penting di mana ianya muncul sebagai agen pengkritik utama terhadap dasar
interpretasi yang dikemukakan oleh aliran liberal. Medium globalisasi pada hari ini juga
menjadikan idea Marxisme berkenaan konsep state semakin mula diterima umum.
Walaubagaimanapun, perbahasan berkenaan konsep state dalam aliran Marxisme juga
turut melalui evolusi pentakrifan yang dijelaskan pada bahagian seterusnya yang menjadi
fundamental penting untuk melihat proses bentuk interpretasi kedudukan state dalam
aliran Marxisme dan kemudiannya dibandingkan dengan aliran liberalisme berkenaan
konsep state bagi menjelaskan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara keduanya.
Penjelasan berkenaan kedudukan state dalam interpretasi Marx akan dikesinambungkan

lagi kepada bahagian aplikasi idea Marxist ini dengan merujuk kepada penganalisaaan
konsep Marx dalam negara moden yang menjadikan China sebagai model state/negara
utama berasaskan konsep Marx khususnya diberikan perhatian pada era kepimpinan
Chinese Coomunist Movement yang sinonim dengan kepimpinan Mao Tze Tung.

2.0 DEFINISI

STATE

/

NEGARA

OLEH

SARJANA

KLASIK

DAN


KONTEMPORARI
Konsep negara atau state merupakan antara konsep penting yang harus diperbincangkan
dalam makalah ini. Konsep ini sering diperdebatkan walaupun ianya dianggap sebagai
satu institusi yang memiliki kepelbagaian. Secara umumnya, negara adalah merupakan
sekumpulan elit pemerintah yang mempunyai kuasa untuk membuat dasar dan
melaksanakan dasar. Dalam teori sains politik, istilah negara membawa makna
sekumpulan manusia yang menduduki sebuah wilayah yang tetap di bawah
penyelenggaraan dan pengawasan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar
(Ramanathan 1997:77). Bagi Hegel, beliau mentafsirkan negara sebagai sebuah
organisasi yang mempunyai tata kesusilaan yang mucul sebagai sintesis daripada
kemerdekaan bagi individu kepada kemerdekaan yang universal. Manakala, jika dirujuk
pada pandangan Aristotle mngenai negara, beliau yang begitu popular dengan
penggunaan istilah „political animal’ yang menjelaskan sifat manusia yang sememangnya
suka akan bersosial dan hidup dalam kumpulan di mana ini jelas menggambarkan konsep
negara yang wujud dalam realiti sebenar adalah untuk memenuhi keperluan hidup
manusia bagi menjamin kehidupan yang baik. Perbincangan mengenai negara banyak
diperihalkan oleh Plato dalam pemikirannya iaitu Plato menegaskan bahawa negara
adalah komuniti etnik yang mempunyai matlamat untuk mencapai kebajikan dan
kebaikan bagi rakyat (Rapar 1993:48).

Manakala bagi Robert Dahl pula, beliau menyifatkan bahawa negara sebagai satu
sistem politik yang dibina oleh orang-orang yang bermaustatin dalam sesebuah wilayah
dan mempunyai kerajaan dalam negara tersebut. Manakala bagi Lasswell pula
mentafsirkan bahawa negara sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal di sesebuah
wilayah dan berdaulat. Kemudiannya, konsep ini dikembangkan lagi oleh Bodin yang
berbincang mengenai teori kedaulatan yang dihuraikan dengan jelas bahawa setiap negara
yang teratur haruslah ada individu, agensi atau kumpulan pemegang jawatan yang
mempraktikkan kedaulatan atau kekuasaan tertinggi ke atas individu lain dan agensiagensi yang ada dalam negara tersebut (Ramanathan 1997:78-81). Setelah meneliti
pentakrifan di atas mengenai negara atau state kelihatan pentafsiran sarjana mengenainya
adalah hamper serupa dan mempunyai persamaan yang jelas.

Konsep negara juga diidentifikasikan kepada dua karekteristik iaitu definisi
organisasi serta definisi terhadap fungsi negara itu sendiri. Definisi organisasi merujuk
kepada negara sebagai satu set institusi kerajaan ataupun berkaitan dengan asal
pembentukan kepada pensejarahan. Hal ini dapat ditentukan dengan kerajaan yang
melaksanakan proses seperti pembuatan undang-undang dan peraturan, mengawal,
mengatur serta memimpin. Maka dengan itu dalam sains politik, negara bermaksud
sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah
penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.


3.0 INTERPRETASI KONSEP STATE/NEGARA
3.1

Interpretasi

Kedudukan

State/Negara

Berdasarkan

kepada Perspektif

Liberalisme
Sememangnya diketahui, aliran liberalisme adalah berpaksikan kepada elemen utamanya
iaitu kebebasan yang mana pada pendekatan liberalisme khususnya dari aliran moden,
mereka berpendirian bahawa setiap manusia adalah bebas daripada sebarang campur
tangan manusia ketika seseorang itu berusaha mencapai objektif sendiri (Baradat 1985).
Prinsip yang dipegang oleh mereka adalah berkenaan kebebasan individu dan strategi ke
arah mengehadkan kuasa kerajaan. Ikon utama liberal, John Locke menyifatkan bahawa

state sekiranya diberikan kuasa untuk mewujudkan kawalan dalam menguruskan negara
termasuk soal ruang peribadi, ianya akan cenderung untuk melakukan penindasan jika
terlalu berkuasa. Maka dengan itu, pembentukan state yang lebih kecil sifat
penglibatannya adalah lebih elok berbanding penglibatan state dalam skop yang lebih
besar (Baradat 1982).
Fahaman liberalisme sangat berpendirian teguh terhadap pandangan liberalisme
klasik berkenaan state. Hal ini demikian kerana aliran liberalism ini mendukung kuat
prinsip pasaran bebas dengan campurtangan state yang minimum dalam kegiatan
ekonomi. Maka tidak hairan aliran liberalisme menyarankan supaya peraturan yang sedia
ada dilonggarkan supaya negara tidak lagi menguasai pengurusan ekonomi sepenuhnya
bagi pasaran memainkan peranan dengan lebih berkesan (Sity 2002). Secara ringkasnya,
interpretasi aliran liberalisme adalah bertentangan dengan aliran Marxisme di mana aliran
liberalism ini cenderung untuk mempertahankan prinsip bahawa melalui penglibatan

state/negara/kerajaan yang minimum, segala perjalanan ekonomi akan lancar dan tidak

akan wujud penindasan terhadap masyarakat.

3.1


Interpretasi Kedudukan State/ Negara Berdasarkan kepada Perspektif
Marxisme

Karl Marx telah mengemukakan sebuah pandangan yang bertentangan dengan tafsiran
liberalisme berkenaan kedudukan state seperti yang dijelaskan pada bahagian
sebelumnya. Marx mengemukakan teori negaranya dalam magnum opus beliau iaitu
“Communist Manifesto”. Melalui karyanya itu, beliau menginterpretasikan konsep dan
kedudukan negara sebagai satu badan eksekutif yang menguruskan segala urusan
golongan borjuis, yakni negara adalah instrumen kekuasaan kelas pemerintah melalui
pemilikan dan penguasaan mereka ke atas proses pengeluaran (Sity 2006). Melalui ini
juga, Marx menyatakan bahawa struktur kepimpinan sesebuah negara/state adalah
melibatkan kepimpinan tertinggi yang datang dari golongan proletariat. Ini yang
dinyatakan sebagai the dictatorship of proletariat. Konsep yang dikemukakan oleh Marx
ini pada kemudiannya dikembangkan lagi penstrukturannya oleh Lenin yang mengangkat
konsep the dictatorship of proletariat ini berdasarkan acuan beliau sendiri dalam
menggerakkkan Revolusi 1917. Konsep ini digelarkan sebagai Marxisme-Leninisme
(Hiariej 2003)
Bagi Marx dan Engels, negara dibentuk berdasarkan kepada proses evolusi
masyarakat zaman batu sehinggalah kepada masyarakat moden yang ada pada hari ini
dengan segala ilmu dan praktik yang dicipta mengikut keperluan zaman. Pandangan

kedua-dua sarjana ini adalah selaras dengan konsep “historical materialism” yang
dikemukakan oleh Marx dalam mengesahkan pandangan beliau bahawa masyarakat akan
melalui evolusi sistem yang mana pada akhirnya sistem yang paling baik adalah
merupakan sistem sosialisme. Marx pada kemudiannya juga mengemukakan sebuah
pandangan yang disifatkan oleh para sarjana sebagai sebuah pandangan yang agak keras
dan amat bertentangan dengan interpretasi liberalism iaitu menyatakan bahawa state
cumalah bertindak sebagai instrument kapitalis untuk mengeksploitasi yang merupakan
kritikan paling utama terhadap konsep liberal berkenaan kedudukan state/negara (Hiariej
2003).

3.1.1 Perkembangan Konsep State/Negara dalam Aliran Marxisme
Interpretasi kedudukan state dalam aliran Marxisme juga turut melalui fasa
perkembangannya. Hal ini demikian dikesahkan lagi dengan kemunculan aliran Neo
Marxis dari aliran strukturalisme dalam mendefinisikan perihal interpretasi state.
Walaubagaimanapun, selepas kemunculan pandangan Karl Marx itu sendiri, interpretasi
state dalam aliran Marxisme ini dikembangkan oleh Antonio Gramsci yang menyatakan
bahawa negara adalah entity yang dikuasai oleh kelas dominan dalam masyarakat sivil
dengan memaksakan penerimaan ideologi yang bertujuan menekankan golongan
bawahan dalam keadaan terkawal. Masyarakat kapitalis disogok dengan aturan sosial dan
nilai kapitalis yang diseseuaikan dengan struktur politik dan sosial. Hal ini digelarkan

sebagai indoktrinasi di mana pemhaman tersebut adalah dilakuka secara senyap
(Miliband 1970). Aliran Neo-Marxis strukturalisme pula mempunyai pandangan bahawa
negara adalah merupakan aktor yang mempunyai kuasa yang bersifat autonomi relatif.
Autonomi relatif yang dimaksudkan adalah negara bebas dari kelas yang dominan dari
segi ekonomi dan boleh menjalankan kuasa bukan semata-mata untuk kelas tersebut
tetapi untuk seluruh masyarakat. Pandangan ini dikemukakan oleh Poulantzas (1973)
yang mendukung aliran strukturalisme dalam Marxisme.
Kemudiannya muncul pula Vincent (1987) yang datang dari aliran instrumentalis
dalam Marxisme mengemukakan pandangan yang lebih menudukung ke arah Marxisme
klasik iaitu meninterpretasikan negara/state sebagai alat untuk dominasi oleh kelas
kapitalis yang memerintah. Beliau berpendapat bahawa negara adalah entity yang tidak
kekal maka dengan itu rakyat akan sentiasa bangkit menentang eksploitasi. Kebangkitan
ini adalah bertujuan untuk meruntuhkan rejim yang menindas golongan bawahan melalui
revolusi yang dalam masa yang sama turut meruntuhkan institusi pemerintahan negara
kapitalis. Pendukung aliran ini lebih cenderung digelar sebagai pendukung teori kelas
kontemporari yang terus berpegang pada analisis tentang hubungan eksploitatif di antara
kelas yang dominan dan kelas yang tertindas sebagai penyebab konflik sosial dalam
masyarakat. Bagi mengawal konflik dalam masyarakat, kelas yang dominan akan
mempengaruhi negara supaya menjaga kepentingan golongan kapitalis dan terus
menekan golongan bawahan.


4.0 REPUBLIK RAKYAT CHINA (PRC) SEBAGAI SEBUAH STATE/NEGARA
YANG MENGAPLIKASIKAN INTERPRETASI MARXISME BERKENAAN
KONSEP STATE/NEGARA
China adalah merupakan salah satu negara yang paksi pembentukannya dalam era
kontemporari adalah melalui revolusi yang berlangsung sekitar awal abad ke 19. Hal ini
demikian kerana revolusi yang dicanangkan oleh Karl Marx iaitu revolusi dari kalangan
buruh tidaklah berlaku seperti yang diharapkan oleh Marx, namun dalam konteks China,
revolusinya berlaku tetapi datang dari kelompok petani hasil daripada mobilisasi rakyat
yang dinaungi oleh pengaruh Mao Tze Tung. Ini yang menjadikan China berbeza dengan
apa yang diperkatakan oleh marx berkenaan revolusi yang berlaku adalah melalui
kebangkitan golongan buruh dan kelas pekerja bawahan bagi mengubah struktur
pentadbiran sesebuah negara. Namun, apa yang berlaku di sebalik fenomena di China
dalam Revolusi 1948 ini, ianya mempunyai perkaitan rapat dengan faham aliran
Marxisme yang diadunkan melalui proses baru yang dikemukakan oleh Lenin iaitu
konsep Marxisme- Leninisme yang diaplikasikan dalam konteks revolusi 1948 di China.
Oleh yang demikian, perbahasan pada bahagian ini adalah menganalisa bagaimana
bentuk aplikasi interpretasi negara berdasarkan kepada fundamental idea politik
Marxisme yang telah melalui perkembangan evolusi pentakrifan yang merujuk kepada
China dan kepimpinan Mao Tze Tung selepas pasca Revolusi tahun 1948 sebagai
subjektiviti. Secara ringkas berkenaan profil China, China adalah merupakan sebuah
negara republik yang dikenali sebagai Republik Rakyat China di mana ibu negaranya
adalah Beijing dan mempunyai populasi sebanyak 1.35 bilion pada tahun 2012. Bahasa
rasmi yang digunakan adalah Mandarin Chinese. China melalui proses evolusi politiknya
yang tersendiri iaitu berlakunya Revolusi China pada tahun 1949 yang mencetuskan
perubahan dalam struktur politik negara China yang dimobilisasikan oleh Mao Tze Tung
sebagai pendukung aliran Marxist-Leninist yang kemudiannya membentuk sebuah parti
politik yang dikenali sebagai The Chinese Communist Party yang mendominasi struktur
politik dan pentadbiran di China (http://history.state.gov/milestones/1945-1952/chineserev). Penjelasan berkenaan proses aplikasi konsep state/negara berdasarkan kepada
Marxisme dengan merujuk kepada negara China adalah diperjelaskan berdasarkan

kepada proses peranan negara dalam konteks politik iaitu merujuk kepada struktur
pentadbiran pasca revolusi, ekonomi denga merujuk kepada sistem ekonomi dan
pengurusannya dan aspek sosial meliputi perihal kebajikan.

4.1 Politik, Kepimpinan Mao Tze Tung Pasca Revolusi China 1949 dan Pengaruh
Marxist-Leninist
Revolusi yang berlaku di China pada tahun 1949 adalah merupakan salah satu fenomena
Marxisme yang boleh dilihat sebagai

kerelevanan idea pemikiran politik Marx itu

sendiri. Hal ini demikian kerana revolusi yang berlaku itu datang dari golongan bawahan
seperti yang dinyatakan oleh Marx iaitu kebangkitan golongan proletariat ( the rise of the
proletariat) (Dirlik 1989). Namun begitu, intipati gerakan revolusi ini adalah berbeza di

mana apa yang dinyatakan oleh Marx adalah di mana revolusi berlaku datangnya dari
buruh namun dalam konteks China revolusi tersebut adalah bangkit daripada golongan
petani di China. Walaupun pada tahun 1911 China telah melalui asa revolusi pertamanya
iaitu permulaan kepada revolusi yang berlaku pada tahun 1949, idea cetusan Marxist
tidak kelihatan kerana ianya cuma mencakupi perihal kejatuhan dinasti yang telah sekian
lama memerintah China. Melalui revolusi yang berlaku pada tahun 1949 ini, ternyata
ianya adalah satu kesahan yang menandai kewujudan idea fundamental yang
dikemukakan oleh Karl Marx namun begitu kejayaan yang lebih terserlah adalah di mana
Mao mengadaptasikan idea Marxist-Leninist yang kuat mempengaruhi pemikiran
politiknya dengan menyesuaikannya ke dalam struktur sosial masyarakat di China
(Sanmugathasan 1967). Ini tidak menghairankan kerana pengaruh Marxist-Leninist pada
ketika itu masih lagi hangat dengan revolusi yang berlaku di Rusia di bawah kepimpinan
Lenin pada tahun 1917 (The Great October Revolution 1917 ) yang mempengaruhi
gerakan revolusi yang berlangsung di China. Kejayaan revolusi Rusia 1917 menjadi kayu
ukur akan keupayaan pemikiran politik Marx memacu sebuah negara menjadi antara
kuasa besar global walaupun Lenin pada ketika telah mengubah suai beberapa
pendekatan Marx untuk diselarikan dengan keadaan sosial masyarakat di China
(Winckler 1999). Begitu juga dalam kes China, apa yang dilakukan oleh Mao adalah
cerminan daripada apa yang berlaku di Rusia. Ini dibuktikan melalui pandangan

Sanmugathasan (1967) di dalam karyanya itu Mao Tse Tung’s Contribution to MarxistLeninist yang menyatakan seperi berikut:

“A similar ferment has been taking place inside the international communist
movement during the past few years. Under the guidance of Comrade Mao Tsetung, the greatest Marxist-Leninist alive, and inspired by the success of the
Chinese Revolution as well as of the Great Proletarian Cultural Revolution,
revolutionary groups from inside the old communist parties have been breaking
away politically and organizationally from the revisionist leadership of these
parties. Many new Marxist-Leninist groups and parties have emerged in recent
times.”

Pada awal implementasinya adalah berasaskan kepada negara Marxisme iaitu
pembentukan negara sosialis sebelum ianya mencapai tahap tertinggi iaitu pembentukan
sebuah negara komunis. China merujuk kepada era kepimpinan Mao Tze Tung, ianya
adalah merupakan sebuah negara sosialis yang terletak di bawah sistem demokrasi
kediktatoran yang dipimpin oleh golongan pekerja (petani) seperti yang termaktub di
bawah Artikel 1 Perlembagaan China. Berdasarkan kepada idea politik Marx, Marx
menyifatkan bahawa golongan pekerja (proletariat) adalah aktor utama yang mengawal
kuasa politik negara maka dengan itu China mempraktikkan idea Marx ini dalam konteks
yang berbeza namun fundamentalnya tetap sama. Ini dinyatakan oleh Clubb (1999)
bahawa revolusi baru ini jelas memperlihatkan kekuasaan sebenar kelas pekerja
walaupun ianya berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Marx. Beliau menyatakan
dalam Communism in China seperti berikut:
“…..the new revolutionary power was able to show itself the real power of the
workers.”

Merujuk kepada perihal kewujudan parti politik pula, ianya Cuma melibatkan pengaruh
dan penguasaan satu parti sahaja iaitu Chinese Communist Party. Dalam konteks
Marxist-Leninist juga, revolusi yang dilakukan oleh Chinese Communist Party ini juga
dipertahankan oleh kerajaan pimpinan Mao berdasarkan kepada konsep vanguardism
yang menyatakan bahawa revolusi tersebut menunjukkan bahawa golongan kecil kelas

pekerja akan mewakili kelas pekerja yang masih belum mencapai tahap revolutionaries.
Hal ini demikian kerana parti tersebut diiktiraf sebagai vanguard party yang menjalankan
urusan-urusan pentadbiran di bawah kepimpinan Mao dan sehingga kini. Hal ini
demikian di bawah pemerintahan Mao, China mengamalkan sistem yang dipanggil
sebagai new democracy iaitu demokrasi kediktatoran sebelum ianya menuju kepada
pelaksanaan dictatorship of proletariat. Idea ini pada asalnya adalah idea yang datang
daripada Lenin yang memerihalkan bahawa pembentukan sebuah negara communal harus
melalui beberapa fasa kediktatoran sebelum mencapai fasa tertinggi yang dikenali
sebagai dictatorship of proletariat (Slyke 1968).
Begitu juga dari aspek sistem elektoral China yang mana perwakilan di peringkat
tempatan adalah dipilih oleh rakyat manakala jawatan tertinggi dalam negara adalah
dipiliha oleh Kongres. Paradoksnya adalah di mana kewujudan parti politik yang
berdaftar dan diiktiraf cumalah hanya satu parti sahaja iaitu Chinese Communist Party
yang merupakan satu-satunya parti yang berkuasa di peringkat nasional meskipun
terdapat beberapa parti lain namun ianya tidak meiliki kuasa di peringkat nasional. Oleh
hal yang demikian, China telah mengamalkan sistem satu parti yang menjadikan ianya
berkuasa di peringkat nasional (Slyke 1968).

4.2 Struktur Ekonomi China
Strutur ekonomi China pasca revolusi memperlihatkan idea sistem ekonomi sosialisme
mula diperkembangkan. Hal ini demikian kerana merujuk kepada Marx & Engels (1965),
negara yang mengamalkan ideologi Marxis (dalam konteks China, Marxist-Leninis)
secara automatiknya akan mengamalkan apa yang dikatakan sebagai sistem ekonomi
sosialis. Melalui implementasi sistem ekonomi sosialis ini, sistem ekonomi yang
diamalkan China di bawah pemerintahan Mao adalah bersifat central planned economy
atau command economy yang merujuk kepada kerangka yang diamalkan oleh MarxismeLeninisme seperti mana yang diamalkan di Kesatuan Soviet (McCormick 1999). Oleh
yang demikian, pelaburan dan pengeluaran perjalanan ekonomi China adalah bersifat
terpusat dan dikawal oleh kerajaan. Selaras dengan prinsip sosialisme dalam pengurusan
negara, semua aset akan dimiliknegarakan (nationalization) atau menjadi kepunyaan
secara berkelompok dan pemilikan individu adalah diharamkan. Negara/state dalam

konteks di China pada ketika mengawal selia segala sumber ekonomi negara dan
cenderung mengamalkkan dasar agihan yang bersifat sama rata. Dasar ekonomi yang
dibuat oleh Mao ini menjadikan China sebagai sebuah negara industri yang mengamalkan
sistem ekonomi sosialis sekitar tahun 1949 hingga 1976. Penekanan negara China adalah
memfokuskan kepada sektor agrikultur yang menjana pendapatan negara China selepas
revolusi berlangsung. Hal ini demikian kerana sektor agrikultur menjadi sebahagian
daripada perancangan ekonomi 5 tahun China yang merujuk kepada tindakan polisi
sosialis yang dilakukan oleh Soviet. Implementasi rancangan ekonomi ini adalah
dipanggil “The Great Leap Forward”. Rural markets yang pada sebelum ini cumalah
sektor yang amat ketinggalan, melalui program perancangan ini, sektor ini melalui
transformasinya dan turut terlibat sama dalam proses ekonomi termasuklah aspek
perubahan

sosial

(https://www.mtholyoke.edu/courses/sgabriel/economics/china-

essays/3.html).

4.3 Pembangunan Aspek Sosial Melalui Mekanisme Kebajikan
Prinsip yang diamalkan di China adalah berdasarkan kepada visi yang dibentuk oleh Mao
iaitu pengamalan konsep “Four Cardinal Principles” yang meliputi perihal socialist path,
peoples’s democratic leadership, the leadership of the Communist Party of China dan
MaoTse Tung’ thought and Marxism-Leninism yang hanya dijadikan elemen fundamental

dalam pentadbiran dan kepimpinan (Winckler 1999). Dalam aspek sosial, negara
berperanan dengan menyediakan sistem kebajikan rakyat dan sistem keselamatan sosial
yang melalui proses penambah baikan dengan rakyat diberikan pelbagai insentif dan
keperluan sosial yang lain. . Melalui aspek sosiekonomi juga, kebajikan golongan petani
mula menjadi fokus kerajaan dengan merujuk kepada implementasi sistem ekonomi
sosialis yang diamalkan di China yang memberikan bantuan kepada para petani
khususnya dalam memasarkana hasil tanian kepada ruang pasaran yang lebih luas melalui
peranan negara/state. Dalam aspek kebajikan ini juga, perihal hak asasi rakyat di China
turut dipersoalkan memandangkan ianya adalah sebahagian dari aspek sosial yang
mempunyai keterkaitannya dengan aspek politik. Isu hak asasi juga pada era Mao ini
menjadi mekanisme utama yang ditentang oleh negara lain khususnya negara yang
berpaksikan kepada soste demokrasi yang menekankan perihal hak asasi. Hal ini selaras

dengan apa yang dikemukakan oleh mao berkenaan konsep new democracy yang
menekankan soal kediktatoran. Melalui penekanan kepada pelaksanaan kebajikan yang
bersifat menyeluruh melalui dasar autonomi realtif Marxis, rakyat tidak mempunyai hak
dan tidak boleh untuk mempersoalkan ideologi sosialis, demokrasi kediktatoran,
kepimpinan Chinese Communist Party dan juga ideologi Marxisme-Leninisme itu sendiri
Ini telah menimbulkan kritikan terhadap negara China khususnya dari aspek hak asasi
manusia yang berkait dengan perkembangan sosial dalam masyarakat politik di China.

4.4 Era Reformasi Negara China dan Marxist-Leninis
Selepas berlakunya kegagalan dasar ekonomi yang diimplementasikan oleh Mao Tze
Tung melalui dasar “The Great Leap Forward ” telah menyebabkan berlakunya reformasi
dalam struktur pentadbiran di China yang lebih cenderung memenuhi matlamat ekonomi
berbanding penekanan kepada ideologi. Hal ini diperihalkan oleh para sarjana berkenaan
tindakan Deng Xiaoping yang berpegang kepada prinsip refomasi “valued the economy
over ideology” yang selama ini menjadi dasar kepada pentadbiran China yang mula

dipimpin oleh Mao selepas revolusi berlaku. Transisi perubahan ini jelas dilihat apabila
Deng Xiaoping menekankan prinsip “From Communist Revolution to Capitalist
Evolution” (Marti 2002). Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah di mana, tindakan

reformasi yang dilakukan oleh beliau adalah dengan memansuhkan prinsip pelaksanaan
sistem ekonomi sosialis kepada sistem ekonomi yang lebih bersifat terbuka iaitu sistem
kapitalisme. Hal ini demikian kerana, melalui reformasi ekonomi oleh Deng Xiaoping
ini, sistem ekonomi China adalah memerlukan penambahbaikan, jadinya, apa yang
dilakukan oleh Deng ini adalah salah satu usaha untuk memulihkan ekonomi China.
Melalui pelaksanaan ekonomi kapitalisme ini, negara China mampu menarik
minat para pelabur asing untuk melakukan pelaburan dan di dalam masa yang sama
menjalankan struktur ekonomi pasaran bebas bagi meningkatkan pendapatan negara
China. Ini kerana Deng menyifatkan bahawa untuk memajukan sistem ekonomi di China,
ianya harus berpegang kepada prinsip “economic means” yang mendasari intipati sistem
ekonomi negara. Oleh yang demikian, bagi melakukan reformasi ini, Deng beranggapan
bahawa harus belajar menguruskan ekonomi dari pihak lain, dalam erti kata lain

melaksanakan sistem ekonomi kapitalis walaupun pada permulaannya harus mengikiskan
pengaruh Marxist-Leninis dalam konteks ekonomi di China. Ini menjadikan China
melalui evolusi pentadbiran di bawah pimpinan Deng Xiaoping. Walaubagaimanapun, 4
prinsip utama yang diperkenalkan dalam meneruskan legasi politik yang dibentuk
berdasarkan kepada pengamatan Revolusi 1948 masih menjadi pegangan dalam struktur
politik di China sehingga ke hari ini.

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan di atas berkenaan konsep negara mengikut interpretasi Marx,
kewujudan negara yang menepati konsep yang diberikan Marx ini adalah tidak
sepenuhnya diamalkan berdasarkan contoh yang diberikan. Hal ini demikian kerana
proses evolusi dalam pentakrifan konsep negara dalam aliran Marxisme telah melalui
debat dalam memerihalkan konsep tersebut bagi disesuaikan mengikut konteks
kelangsungan sesebuah negara dalam landskap politik dunia. Maka dengan itu,
muncullah sebuah mekanisme baru Marxisme dalam membentuk negara Marxisme yang
dikenali sebagai Marxisme-Leninisme yang merujuk kepada situasi China selepas
berlakunya Revolusi Budaya pada tahun 1949 di bawah kepimpinan Mao Tze Tung.
Tindakan yang dilakukan oleh Mao Tze Tung yang dipengaruhi kuat oleh pengaruh
Leninisme ini mengabsahkan lagi kerangka Marxisme-Leninisme yang dikemukakan
oleh Lenin sendiri sebagai satu mekanisme utama dalam pembentukan sebuah negara
yang dasarnya adalah berpaksikan kepada pemikiran politik Marx. Walaubagaimanapun,
setelah berlakunya pertukaran pucuk pimpinan elemen state berdasarkan konteks
Marxisme dilihat mulai dihakis melalui pelaksanaan dasar kepimpinan Deng yang lebih
bersifat terbuka khususnya dalam aspek sistem ekonomi negara China. Disebabkan
fenomena ini, perbahasan dalam neoMarxisme lebih dipengaruhi oleh fundamental
gerakan revolusi tersebut yang menekankan soal latar belakang sejarah berbanding
takrifan asal Marx yang melihat negara itu sebagai alat eksploitasi oleh golongan
kapitalis. Walaubagaimanapun, fundamental pemikiran Marx berkenaan konsep negara
ini tetaplah relevan sehingga era moden kini dalam mempelbagaikan lagi konsepsi

berkenaan state/negara dan juga merupakan antara kerangka yang mendominasi
perbahasan berkenaan state dalam wacana ilmiah dan praktikal pada hari ini.

RUJUKAN
Baradat, L. P. 1988. Political Ideologies: Their origins and impacts. New Jersey:
Prentice Hall.
Brown, K. 2012. The Communist Party of China and Ideology. China: An International
Journal. Vol 2(8): 52-68.

Caporaso, J. A & Levine, D.P. 1992. Theories of Political Economy. New York:
Cambridge University Press.
Clubb, O. E. 1968. Communism in China: As Reported From Hankow in 1932 . New
York & London: Columbia University Press.
Dillard, D. 1948. The Economics of John Maynard Keynes: The Theory of Monetary
Economy. London: Crosby Lockwood & Son LTD.

Dirlik, A. 1989. Revolutionary Hegemony and the Language of Revolution: Chinese
Socialism between Present and Future. Dlm. Dirlik, A. & Meisner, M. Marxism
and the Chinese Experience. Armonk: East Gate Book.

Doyle, M. W. 1999. Liberalism and world politics. Dalam Viotti, P.R. dan Kauppi, M. V.
International relations theory. Realism, pluralism, globalism and beyond . Boston

and London: Allyn and Bacon.
Dunne, T. 1997. Liberalism. Dlm. Baylis. J. & Smith, S. (sunt). The globalization of
world politics: An introduction to international reactions. New York: Oxford

University Press.
Fukuyama, F. 2012. The Origins of Political Order: From Prehuman Times t the French
Revolution. Great Britain: Profile Books LTD.

Gamble, A., Marsh, D. & Tant, T. 2002. Marxism and Social Science.

Chicago:

University of Illnois Press
Hiariej, E. 2003. Teori Negara Marxis. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik. Vol 7(11): 2.
Holloway, J. & Picciotto, S. 2003. State and Capital: A Marxist Debate. London:
Edward Arnold.
Lawrence, S. V. & Martin, M. F. 2013. Understanding China’s Political System.
Congressional Research Service.
Marti, M.E. 2002. China and The Legacy of Deng Xiaoping: From Communist
Revolution to Capitalist Evolution. United States: Brassey‟s INC.

Marx, K. & Engel, F. 1965. Manifesto of the Communist Party. Peking: Foreign
Language Press.
McCormick, B. L. 1999. Political Change in China and Vietnam: Coping with the
Consequences of Economic Reform. Dlm. Chan, A., Kerkvliet, B. J. T. & Unger,

J. Transforming Asian Socialism: China and Vietnam Compared. Australia: Allen
& Unwin Australia Pty LTD.
Miliband, R. 1970. The State in Capitalist Society. London: Camelot Press
Poulantzas, N. 1973. Political Power and Social Classes. London: New Left Books.
Sanmugathasan, N. 1967. Mao Tse Tung’s Contribution to Marxism-Leninism.
Liberation Journal. Vol 1(2).

Rawls, J. 1971. A Theory of Justice. United States of America: President and Fellows of
Harvard College.
Syed Farid al-Attas. 1999. Peranan Negara dan Pembangunan: Ke Arah Sebuah Teori
Negara Kleptokrasi. Akademika. Vol 54: 3-12.

Sity Daud. 2006. Negara dan Ideologi Pembangunan . Dlm. Ghazali Mayudin, Jamaie
Hamil, Sity Daud & Zaini Othman. Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan
dalam Politik Malaysia . Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

______. 2002. Ekonomi Politik Pembangunan: Teori Strukturalis dan Kritikan
Neoliberal. Dlm. Ghazali Mayudin. Politik Malaysia: Perspektif Teori dan
Praktik. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Slyke, L. P. V. 1968. The Chinese Communist Movement: A Report of the United States
War Department, July 1945. California: Stanford University Press.

Vincent, A. 1987. Theories of the State. Oxford: Basic Blackwell.
Whapshott, N. 2011. Keynes & Hayek: The Clash That Defined Modern Economics.
New York: Norton & Company, Inc.
Winckler, E. A. 1999. Transition From Communism in China: Institutional and
Comparative Analyses. London: Lynne Rienner Publishers.

Rujukan Elektronik

Lenin V. I. 1999. The State and Revolution: The Marxist Theory of the State & the Tasks
of the Proletariat in the Revolution: A collected Works . www.marxist.org.my

[26 April 2014]
http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-13904437 [30 April 2014]
http://history.state.gov/milestones/1945-1952/chinese-rev [18 Mei 2014]
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/112760/Chinese-Revolution
[18 Mei 2014]
https://www.marxists.org/history/erol/uk.secondwave/thomson-1.pdf [18 Mei 2014]
https://www.mtholyoke.edu/courses/sgabriel/economics/china-essays/3.html

[20 Mei

2014]
http://www.oxfordbibliographies.com/view/document/obo-9780199920082/obo9780199920082-0008.xml [20 Mei 2014]