Mazhab Pendiri dan dasar dasar ajaran Ma

Pengantar Pengajian Islam

Skrip
Diajukan Kepada Al-Zuhri
Al-Zuhri, Singapura
UIKA, Bogor, Indonesia
Disusun oleh :
Nursyazana Abd Aziz
S8811019F
Di Bawah Bimbingan:
Dr. E. Bahruddin

A. Mazhab (Pendiri dan dasar-dasar ajaran Mazhab)
Sejarah hidup Imam Syafi’i
Nama sebenar Imam Syafi’I ialah Abu Abdullah, Muhammad ibnu Idris bin Abbas bin Usman bin
Syafi’i bin Saaib bin ‘Abiid bin Abdu Yazid bin Hasim bin Muthalib bin Abdu Manaf. Beliau
dilahirkan pada tahun 150 dan wafat pada tahun 204 H. Imam Syafi’I dilahirkan didaerah Ghazza,
Syam berketurunan Quraisy dan nasabnya bertemu dengan Rasulullah pada datuknya. Ayahnya
meninggal ketika beliau masih kecil dan dibawa oleh ibunya ke Makkah. Ketika beliau berusia tujuh
tahun, beliau sudah hafal Al-Qur’an dan hadits-hadits. (Agus sanrosad, a. F. ,2011).


Pemikiran Imam Syafi'i
Cara pemikiran Imam Syafi’I dipengaruhi oleh keaadan masyarakatnya pada ketika itu. Sehingga
munculnya dua golongan dalam mazhabnya ialah: qaul qadim (mazhab lama) dan qaul jadid (mazhab
baru). “ Menurut para ahli sejarah fiqih, mazhab qadim Imam Syafi’I dibangun di Irak pada tahun 195
H.” (Asroruddin, 2015) Selain itu, isu seperti pluralisme berlaku dan ia telah mempengaruhi
kematangan pemikiran Imam Syafií. Pemikiran-pemikiran baru Imam Syafi’i dimuat dalam bukunya
Al-Umm. Setelah itu, beliau menetap di Baghdad selama tiga tahun dan ketika itu, cara pemikirannya
bertukar lebih bersifat pengembangan yang global terhadap masalah-masalah furu’iyah. Selepas itu,
beliau pindah ke Mesir pada tahun 199 H dan akhirnya wafat pada tahun 204 H. Sebelum
pemergiannya, dia telah menulis dan menyemak semula buku-buku yang ditulis olehnya seperti ArRisalah yang dikurangi dan ditambah sesuai dengan perkembangan baru di Mesir Di antara karyanya
ialah Karya-karyanya Kitab Al-Umm, Kitab fiqih yang terdiri dari empat jilid berisi 128 masalah dan
terbagi ke dalam 40 bab lebih, Kitab Al-Risalah Al-Jadidah, Kitab (induk kitab ushul fiqh yang terdiri
dari satu jilid besar yang sudah di-tahqiq oleh Ahmad Syakir dan ada beberapa kitab yang dinisbahkan
kepada beliau di antaranya kitab AlMusnad, As-Sunan, Ar-Rad ‘ala Al-Barahimiyah dan Mihnatu Imam
Asy-Syafi’i. (Asroruddin, 2015)

Cara pemikiran Imam Syafi'i dalam menetapkan hukum
Mazhab Syafi’iyah dikenali sebagai salah satu mazhab ahli Ahli Al Sunnah wal Jama’ah. Beliau lebih
cenderung kepada Al-Hadits daripada Ahl al-Ra’yu kerana pengalaman dalam mendalami ilmu Islam
daripada gurunya iaitu Imam Malik dan seorang lagi guru Muhammad Ibn al-Hassan (seorang murid

kepada Imam Abu Hanifah). Disebabkan oleh kedua guru inilah, beliau tergolong dalam kelompok Ahl
al-Hadits. Akan tetapi dalam bidang fiqih, banyak pemikirannya terpengaruh oleh kelompok Ahl alRa’yu. (Asroruddin, 2015)
Di dalam permasalahan aqidah, beliau akan menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai landasan
sumber hukumnya dan menggunakan dalil-dalil dari keduanya sebagai hujjah dalam pembahasan jika
dia menghadapi penentangnya ( terutama ahli kalam). Allah telah memerintah umatnya untuk
mengikuti perintahnya melalui Al-Qur’an dan Al-Hadits. Beliau akan menggunakan dalil Sunnah
jikalau tidak menemukan dalil dikehendaki didalam Al-Qur’an. Selain daripada itu, beliau juga
mengistinbatkan hukum melalui ijma' jikalau tidak menemui hukum syariah didalam kedua dalil-dalil
utama Islam iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadits. Sama halnya juga dengan Mu'az binJabal ketika ditanya
oleh nabi: "Dengan apa kamu memutuskan sesuatu?", kemudian jawabnya: "Saya memutuskan sesuatu
dengan Kitab Allah. Jika tidak didapati di dalamnya maka dengan sunnah rasulullah, dan jika tidak
didapatkan lagi maka saya berijtihad dengan akal.”(H.R ) Hukum yang terakhir digunakan olehnya
ialah hukum qiyas atau ijtihad, apabila dalam ijma' tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam
Syafi'i menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.
(Agus sanrosad, 2011)

Sejarah hidup Imam Hambali
Nama lengkapnya ialah Ahmad bin Hambal bin Hilal bin Usd bin Idris bin Abdullah bin Hayyan ibn
Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Mazin bin Syaiban. Beliau dilahirkan di Baghdad, Irak pada
tahun 164 H/780 M dan wafat pada tahun 241H (Asroruddin, 2015) Ayahnya meninggal dunia ketika

beliau masih kecil dan pada usia 15 tahun, dia telah menghafal Al-Qur’an dan mahir dalam bacaan dan
tulisan. Beliau amat minat dalam ilmu hadits sejak kecil bahkan sanggup untuk merantau ke Syam
untuk mempelajari dengan lebih mendalam dari Imam Ahmad bin Hambal.

Selain dari itu, beliau juga telah menjadi guru kepada anak muridnya yang juga termashyur seperti
Imam Bukhari, Muslim, AbuDaud, Nasai, Tirmidzi,Ibnu Majah, Imam Asy-Syafi’i dan sebagainya.
Guru-guru yang telah mendidik cukup hebat seperti "Ismail bin Ja'far, Abbad bin Abbad Al- Ataky,
Umari bin Abdillah bin Khalid, Imam Hasyim bin Basyir bin Abi Hazim Al-Wasithi, Husyaim bin
Basyir bin Qasim bin Dinar As-Sulami" dan sebagainya. (Wahyuningrum, 2010) Beliau antara ulama
yang paling beruntung kerana boleh mempelajari ilmu fikih dari tiga mazhab yang termasyhur seperti
Abu Hanifah (Imam Hanafi), ImamSyafi'i dan Imam Maliki. Bahkan beliau mengambil kesempatan
untuk melakukan penyemakan dari mazhab - mazhab sebelumnya dan mengembangkan gaya qiraat
(tidak suka dengan qiraat yang terlalu berlebihan memanjang). Selain menguasai Tafsir Al-Qur’an,
beliau pun ahli dalam ilmu Al - Nasikh wal Mansukh. Terdapat pelbagai buku karayaan Imam Ahmad
bin Hanbal telah ditinggalkan olehnya seperti Kitab Al Musnad Al – Kabir, Kitab at - Tafsir, Kitab an Nasikh wa al – Mansukh, Kitab at – Tarikh, Kitab Hadist Syu’bah dan sebagainya.

Dasar Pemikiran Imam Hambali
Beliau mengistinbatkan hukum adalah berpegang pada Al – Qur’an atau hadits (marfu’, mursal,
diriwayatkan oleh tabi’in, Doif , Fatwa dan “ pendapat sebagian sahabat (baik yang disepakati maupun
diperselisihkan)dan mereka yang lebih dekat pada Al - Qur-an dan hadits, di antara fatwa yang

berlawanan sahabat dengan syarat benar-benar terjadi. Lalu pendapat sahabat yang diketahui terdapat
ikhtilaf.” (Wahyuningrum, 2010) Jika terdapat perbezaan pendapat, beliau akan menggunakan metod
ijtihad seperti qiyas dan istishab kerana tidak adanya hukum yang ditetapkan mengenai permasalahan
baru timbul pada ketika itu.

Filosof Al-Khindi (Jiwa dan Kenabian)
Al Khindi
Nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya’qub Al-Khindi(digelar sebagai Al-Khindi kerana dihubung kait
dengan kabilah Arab Kindah) dan dikenali sebagai filosof islam yang pertama dan juga ilmuan dalam
bidang kedokteran. Berketerunan Qahthan dan dilahirkan di Kufah (Arab Asli) dan boleh berbahsa
dalam Bahasa Arab dan Yunani. Walaupun ayahnya meninggal dunia pada usianya masih kecil, dia
tidak sekali pun patah semangat bagi menimba ilmu. Pelbagai ilmu dipelajari olehnya seperti
agama,filsafat, logika, matematika, musik, astromi, fisika, kimia, geografi, kedokteran dan teknik
mesin. (Setiawan, 2012)

Jiwa
Menurut Al Kindi, jiwa adalah sesuatu yang tidak tersusun, sempurna dan penting. Hubungan roh
dengan Tuhan boleh diibaratkan sama seperti isi dengan kuku. Selain itu jiwa bersifat spiritual, Ilahiah,
terpisah dan berbeda dari tubuh. Roh terpisah dari badan dan mempunyai wujud sendiri. Maka jika
jasad ingin membuat sesuatu perbuatan buruk, jiwa akan melarang dan menahan nafs yang buruk.

(Setiawan, 2012)

Kenabian
Nabi mempunyai derajat pengetahuan yang tertinggi dalam kalangan manusia. Oleh kerana itu, hanya
nabi sahaja yang memahami ilmu alam ghaib dan ketuhanan melalui wahyu. Bahkan manusia biasa
tidak akan boleh memahami lebih mendalam mengenai alam ghaib selain nabi. Ilmu pengetahuan
manusia mempunyai batas kerana pemahamannya mengenai ilmu agak cetek dan belum ada keyakinan
yang teguh terhadap wahyu Tuhan. Hanya nabi sahaja yang berkeyakinan tinggi terhadap wahyuNya
kerana kepercayaan dan mempunyai keimanan yang teguh. Oleh sebab itu, nabi mempunyai kedudukan
tinggi disisiNya kerana kepercayaan tinggi terhadapaNya dan wahyuNya. (Setiawan, 2012)

Filosof Ibn Sina filsafat jiwa, wahyu dan nabi-nya
Ibn Sina
Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-husein ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn Ali ibn Sina. Dilahirkan di
desa Afsyanah, dekat Bukhara, Transoxiana (persia utara) pada 370H. Pada seusia 10 tahun, beliau telah menghafal Al-Qur’an, sebagian besar sastra arab, dan kitab metafisika karangan aristoteles setelah
di bacanya empat puluh kali(setelah membaca keterangan Al-Farabi). (Taufik, 2012)

Jiwa
Jiwa merupakan sesuatu sumber rahsia bagi menyimpan perasaan dan fikiran seseorang. Menurut Ibn
Sina jiwa terbahagi kepada tiga iaitu:



Jiwa tumbuhan n (al-nafs al-nabatiyah)
daya makan, daya tumbuh dan daya berkembang biak



Jiwa binatang (al-nafs al-hayawaniyah)
daya bergerak: marah,syahwat dan berpindah tempat dan daya menangkap: penggunaan indera
batin



Jiwa manusia (al-nafs al-Nathiqah)
daya fikiran
1) daya praktis (mengawal badan manusia, sehingga hawa nafsu yang terdapat dalam badan
tidak menghalangi berkembangnya daya teoritis.)
2) daya material
(a) Akal mempunyai potensi untuk berpikir
(b)Al-aql bi al-malakah pemikiran akal dilatih secara abstrak

(c) Al-aql bi al-fi’- berfikir tentang 10 hal-hal abstrak
(d) Al mustafad- kemampuan untuk berfikir secara abstrak.
Akal teoritis ada empat tingkat iaitu
✓ Akal Materiil, berpotensi
✓ Akal bakat iaitu akal yang kesanggupannya berfikir secara murni abstrak telah mulai
nampak,
✓ Akal actual iaitu akal yang telah terlatih untuk menangkap erti-erti murni
✓ Akal perolehan iaitu tingkat akal yang tertinggi dan terkuat dayanya, iaitu akal yang
didalamnya erti-erti abstrak tersebut selamanyan sedia untuk dikeluarkan dengan
mudah. Akal serupa inilah akan menerima limpahan ilmu pengetahuan dari akal aktif

(akal kesepuluh).
Menurut penjelasan Ibn Sina, akal aktif adalah menejelaskan sifat seseorang bergantung pada jiwa
mana dari ketika jiwa itu yang berpengaruh pada dirinya. Jika jiwa binatang dan tumbuhtumbuhan yang berkuasa pada dirinya, dia disifatkan berkelalukan binatang, Atau ia adalah sebaliknya,
jiwa sifat dominan akan memberi kesan kepada sifat peribadinya itu. Maka sifatnya itu bakal
mempengaruhi perbuatan amalan baik atau buruknya. Ia juga akan menentukan jikalau dia akan masuk
ker syurga atau neraka diatas sifat yang akan mempengaruhi amalannya kelak. (Taufik, 2012)

Kenabian
Menurut Ibn Sina, manusia tidak boleh hidup tanpa teman demi memenuhi keperluan kehidupan seharian dan berbeza dari haiwan(manusia mempunyai akal dan binatang tidak berakal). Bahkan setiap individu memainkan berlainan peranan dalam masyarakat, tiada individu yang memainkan peranan yang

sama. Oleh kerana itu, ibn Sina menegaskan bahawa keharusan adanya seorang nabi dalam sesebuah
ummah dalam hal keutamaan dan keunggulan pada segenap wujud (yang berdiri sendiri atau tidak
berdiri sendiri). Seorang nabi mempunyai intelektual-spiritual yang kualitas tinggi akan tetapi sifat-sifat
ini tidak mungkin terselah dalam keperibadian manusia biasa.

Pentingnya gejala kenabian dan wahyu ilahi merupakan sesuatu yang oleh Ibnu Sina telah diusahakan
untuk dibangun dalam “empat tingkatan : intelektual, “imajinatif”, keajaiban, dan sosio politis. Totalitas keempat tingkatan ini memberi kita petunjuk yang jelas tentang motivasi, watak dan arah pemikiran
keagamaan. Akal manusia terdiri empat macam iaitu akal materil(al hads: intuisi bentuk akal tertinggi
dan didapati hanya pada nabi), akal intelektual, akal aktuil, dan akal mustafad. Dari keempat akal tersebut tingkatan akal yang terendah adalah akal materiil.” (Taufik, 2012)

Wahyu
Wahyu yang dimaksudkan secara teknikal ialah untuk mendorong manusia untuk beramal dan
berakhlak. Nabi memainkan peranan penting dalam memupuk prinsip-prinsip dan nilai moral yang
diteterakan didalam Al-Qur’an sebagai sebagai hamba yang taat dan soleh serta pemimpin yang
tercontoh. (Taufik, 2012)

Aliran
Ajaran-ajaran Mu’tazilah
Mu’tazilah menggunakan aliran teologi berlandasan pemahaman dan pergerakan mereka seperti
mengadopsi faham qodariyah iaitu kefahaman yang mengingkari taqdir Allah; dan menjadikan akal

sebagai satu-satunya sumber dan metodologi pemikirannya. Menurut buku “al-mausu’ah al-muyassarah
fi’ladyânwa’lmadzâhib wa’lahzâb al-mu’âshirah” mu’tazilah mempunyai dua buah pemikiran yang
menyimpang (mubtadi’),iaitu pertama, pemikiran bahwa manusia punya kekuasaan mutlak dalam
memilih apayang mereka kerjakan dan mereka sendirilah yang menciptakan pekerjaan tersebut.
Keduan, pemikiran bahwa pelaku dosa besar bukanlah orang mu’min tetapi bukan pula orang kafir,
melainkan orang fasik yang berkedudukan diantara dua kedudukan mu’min dan kafir (manzilatun
baina’lmanzilataini)”. (Purwanto, 2012)

Tokoh-tokoh Mu'tazilah
Menurut tokoh Mu’tazilah bahawasanya manusia yang menciptakan perbuatannya. Kefahaman
Mu’tazilah yang memberikan kebebasan dan berkuasanya manusia dipengaruhi oleh tokonya iaitu
Wasil bin Atha. Menurutnya, Allah s.w.t adalah Adil dan tidak boleh menyifatkanNya sebagai keji
dan berlaku zalim terhadap hambaNya. Bahkan manusia dibalas ganjaran dan dihukum yang setimpal
mengikut amalan mereka dan semuanya berlaku keatas kehendak manusia sendiri.

Al-Qadh Abd Al-Jabbar juga mempunyai pendapat yang sama. Ia dimana Menurutnya, perbuatan
manusia adalah atas kehendak masing-masing dan bukan perbuatanNya. Oleh kerana itu jika seseorang
itu murtad atau sebaliknya, ia berdasarkan pilihan sendiri. Maka Allah telah mengutuskan para rasul
dan nabi sebagai pembimbing supaya manusia boleh membuat pilihan yang bijak iaitu mengikut
perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Bagaimanapun mazhab Mu’tazilah tetap mengakui keesaanNya sebagai Pencipta alam. Akan tetapi
manusia yang lebih berhak untuk bertanggungjawab keatas perbuatan baik mahupun buruknya.
Seperti Allah s.w.t berfirman, ”Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya".
(QS.As-Sajdah: 7). Maknya ayatnya ialah: kesemua pebuatan Allah adalah baik dan manusia yang
bertanggungjawab keatas perbuatannya sendiri.

Ajaran-Ajaran Asy'ariyah
Pengasasnya iaitu Abu al Hasan al Asy`ary. Beliau telah mempraktikan teologi mu’tazilah selama 40
tahun. Akan tetapi setelah mendalami ilmu Al-Qur’an dan hadits, beliau mendapat hidayah daripadaNya dan keluar dari mazhab Mu’tazilah kerana keraguan terhadpa ajarannya. “Asy’ariyah dinisbatkan
kepada pemahaman Abu Hasan Al-Asy’ari. Nama asli beliau adalah `Ali bin Isma`il binAbi Bisyr
Ishaq bin Salim bin Isma`il bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Burdah bin Musa Al Asy`ary, lebih
dikenal dengan Abu Al Hasan AlAsy`ary. Dilahirkan pada tahun 260 Hijriyah atau 875 Masehi.” (Rofa
Yulia Azhar, 2010) Beliau mengikut ajaran mu’tazilah sejak kecil. Bahkan beliau mendalami ilmu AlQur’an dan Hadits. Pemikirannya berubah apabila dia menemui salaf bernama al Barbahari. kembali ke
Metod pemikirannya dikenali sebagai Salafu Ahli As Sunnah wa Al Jama`ah dan merumuskannya
dalam tiga kaidah seperti berikut:
a) Memberikan kebebasan mutlak kepada akal sama sekali tidak dapatmemberikan pembelaan terhadap agama. Mendudukkan akal seperti inisama saja dengan merubah aqidah. Bagaimana
mungkin aqidahmengenai Allah dapat tegak jika akal bertentangan dengan wahyu.
b) Manusia harus beriman bahwa dalam urusan agama ada hukum yangbersifat taufiqi, artinya
akal harus menerima ketentuan wahyu. Tanpaadanya hukum yang bersifat taufiqi maka tidak
ada nilai keimanan.

c) Jika terjadi pertentangan antara wahyu dan akal maka wahyu wajibdidahulukan dan akal berjalan dibelakang wahyu. Dan sama sekali tidakboleh mensejajarkan akal dengan wahyu apalagi
mendahulukan akal ataswahyu.Adapun manhaj Abul Hasan dalam memahami ayat (tafsir) adalahsebagai berikut:
a. Menafsirkan ayat dengan makna zahir tanpa menta`wilkan kacuali ada dalil.
b. Menjelaskan bahwa Allah menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab,untuk itu dalam memahami Al Quran harus berpegang pada kaidah-kaidah bahasa Arab.
c. Menafsirkan ayat dengan berpedoman kepada asbabun-nuzul dari ayat tersebut
d. Menjelaskan bahwa isi ayat Al Quran ada yang umum dan ada yangkhusus, kedua-duanya
harus ditempatkan pada kedudukannya masing-masing.
Manhaj Al Asy`ary dalam aqidah berlandaskan naqli( Al Qur`an dan Al Hadits Al Mutawatir), dan
aqlil. Akan tetapi dia lebih mendahulukan akal daripada naql. “ Misalnya dalam menetapkan dua puluh
sifat wajib bagi Allah,diawali dengan menetapkan hanya tiga sifat wajib, kemudian berkembang dalam
menyimpulkan menjadi lima sifat, tujuh sifat, dua belas sifat atau danakhirnya dua puluh sifat atau
yang lebih dikenal dengan Dua puluh SifatAllah (7 sifat hakiki, 13 sifat majazi).(Rofa Yulia Azhar,

2010)

Tokoh-tokoh Asyariyah
Muhammad Ibn al-Thayyib Ibn Muhammad Abu Bakr al-Baqillani
Salah satu murid Al-Asy’ari iaitu Ibn Mujahid dan Abu Al-Hasan Al- Bahili dan wafat wafat di
Bagdad pada tahun 1013 Masehi. Ajrarannya berlainan dengan gurunya seperti Allah itu bukan
sifat melainkan hal. Selain itu juga,pendiriannya berbeza mengenai perbuatan manusia seperti “manusia mempunyai sumbangan yang efektif dalam perwujudan perbuatannya.Yang diwujudkan Tuhan
ialah gerak yang terdapat dalam diri manusia,adapun bentuk atau sifat dari gerak itu dihasilkan oleh
manusia itu sendiri.” (Rofa Yulia Azhar, 2010) Pemikirannya terarah kepada extrim dalam pendapat
dan pembelaan seperti menggunakan bukti-bukti dari pelbagai penularan akal dan menghasilkan pelbagai konklusi. Asalkan tidak bercanggah dengan konklusi yang dicapainya dan pemikiran yang
dihasilkannya. .” (Rofa Yulia Azhar, 2010)

Abd al-Malik al-Juwaini
Dikenali sebagai Al-Haramain. Pola pemikirannya hampir sama seperti Al-Baqillani yang kebanyakkan ajarannya bertentangan dengan ajaran Al-Asy’ari. “Misalnya Tangan Tuhan diartikan (ta’wil)
kekuasaan Tuhan, mata Tuhan diartikan penglihatan Tuhan dan wajah Tuhan diartikan Wujud Tuhan,
sedangkan mengenai Tuhan duduk diatas takhta kerajaan diartikan Tuhan berkuasa dan Maha Tinggi.
Mengenai soal perbuatan manusia, ia mempunyai pendapat yang lebih jauh dari Al-Baqillani.
Daya yang ada pada manusia itu mempunyai efek,tetapi efeknya serupa dengan efek yang terdapat antara sebab dan musabab. Wujud perbuatan manusia tergantung pada daya yang ada padamanusia,
wujud daya itu bergantung pada sebab yang lain dan wujud sebab itu bergantung pula pada sebab yang
lain dan demikianlah seterusnya hingga sampai pada sebab dari segala sebab yaitu Tuhan.” (Syarifudin,
2009)

Maqomat
Pengertian dan kefahamanya Al Mahabbah
Dikenali sebagai cinta dan berasal dari Bahasa Arab ‫ بحأ‬, ‫ يحأ‬, ‫ةححم‬, bererti mencintai secara
mendalam. Menurut Jamil, Mahabbah (cinta) adalah lawan dari kata al Baghd (benci). Selain itu, ia
juga bererti al Wadud, (penyayang) seperti rasa cinta kepada keluarga dan sebagainya untuk memenuhi
keperluan bersifat material ataupun spiritual. Tingkat mahabah paling tertinggi ialah usaha seseorang
demi mencapai tingkat kerohanian dengan bersungguh cinta kepada Tuhan. Di dalam aliran tasawwuf
sufi, ia lebih dikenali sebagai cinta yang mendalam kepada Tuhan dan tidak mengharapkan apa-apa
balasan.
"Al-Qusyairi menafsirkan mahabah seperti berikut: “Al-Mahabbah merupakan hal (keadaan) jiwa yang
mulia yang bentuknya adalah disaksikan nya (kemutlakan) Allah Swt oleh hamba, selanjutnya yang
dicintainya itu juga menyatakan cinta kepada yang dikasiha-Nya”.”””(

)

Menurut Harun Nasution, pengertian mahabbah adalah patuh kepada Tuhan dan membenci sikap
melawan kepada-Nya, menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi dan mengosongkan hati dari
segala-galanya kecuali dari yang dikasihi,yaitu Tuhan. Sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang
hamba kepada Allah, dia boleh berzikir dan beribadah mengikut perintahNya. Bahkan dia boleh
menahan nafs kepada duniawi dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mengisikan hatinya dengan
penuh rasa kecintaan dan rindu kepadaNya. Bahkan mahabah adalah tingkatan perasaan jiwa yang
tertinggi dimana individu akan merasa perasaan kesenangan seperti rindu, cinta, takut, sedih dan
sebagainya terhadap Tuhan. Kesemua martabat ini boleh diperolehi hanya kerana anugerah dan
mendapat rahmat dari Tuhan.

Tokoh Mahabah - Rabi’ah Al Adawiyah
Nama lengkapnya adalah Rabiah al-adawiyah binti ismail al Adawiyah al Bashoriyah, juga digelari
Ummu al-Khair. Ia lahir di Bashrah tahun 95 H, disebut Rabi’ah karena ia puteri ke empat dari anakanak Ismail. Beliau adalah seorang yang telah menghafal Al-Qur’an sejak kecil dan kuat beribadah.
Dikenali sebagai pengasas tasawuf mahabbah (penyerah diri kepada Tuhan) dan tujuaannya ialah untuk
mencintai Allah s.w.t. Ibadah yang dilakukan oleh individu itu hanya terdorong kerana cinta kepadaNya
dan bukan membuatnya kerana perintahNya atau jauhi laranganNya. Kecintaan terhadap Allah s.w.t
adalah wajib dan harus menjauhi diri daripada cinta duniawi supaya dapat merasai jiwa yang tenang
dan khusyuk terhadapNya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dia menjalani kehidupannya penuh
dengan zikir, tilawah dan wirid. Selain itu, dia akan menolong ahli sufi jika dia ingin meminta restu dan
fatwa daripadanya. Cintanya bagai keabadian kepada PenciptaNya dan menjadikan dia sebagai seorang
hamba yang redha atas amalan-amalan dibuat olehnya.

Al Ma'rifah
Pengertian & kefahamanya
Dari segi bahasa, ma’rifat berasal dari kata ‫ عرفا‬, ‫ يعرف‬, ‫عرف‬, bererti pengetahuan atau pengalaman dari
segi rahasia hakikat agama. Ma’rifat adalah pengetahuan yang bersifat batin dan jika ia didasarkan
pada pandangan bahwa akal manusia sanggup mengetahui hakikat ketuhanan dan segala yang maujud
berasal dari yang satu. (Haris, 2012)

Ma’rifat adalah salah satu tingkatan dalam tasawuf yang diertikan sebagai pengetahuan
mengenai Tuhan melalui hati sanubari. Menurut Harun Nasution, ma’rifat menggambarkan hubungan
rapat dalam dalam bentuk pengetahuan, dan hati sanubari sehingga boleh melihat Tuhan. Kaum Sufi
sering berkata
1.

Kalau mata yang terdapat dalam hati sanubari manusia terbuka, maka mata kepalanya akan ter-

tutup, dan ketika itu yang dilihatnya hanya Allah.
2.

Ma’rifat adalah cermin dimana refleksi dilihat olehnya hanya Allah.

3.

Yang dilihat orang arif, baik sewaktu tidur mahupun sewaktu bangun hanya Allah. (Haris, 2012)

4.

Seandainya ma’rifat mengambil bentuk materi, semua orang yang melihat padanya akan mati ka-

rena tak tahan melihat kecantikan serta keindahannya. Dan semua cahaya akan menjadi gelap
disamping cahaya keindahan yang gilang-gemilang (Haris, 2012)

Ma’rifat adalah mengetahui rahasia Tuhan dengan menggunakan hati sanubari dan qalb merupakan alat untuk merasa, juga alat untuk berpikir. Bedanya qalb dengan akal ialah bahwa akal tak bisa
memperoleh pengetahuan yang sebenarnya tentang Tuhan, sedangkan qalb bisa mengetahui hakikat
dari segala yang ada. Jika dilimpahi cahaya Tuhan, qalb bisa mengetahui rahasia-rahasia Tuhan. Qalb yang telah dibersihkan dari segala dosa dan maksiat melalui serangkaian zikir dan wirid
secara teratur akan dapat mengetahui rahasia-rahasia Tuhan karena qalb yang bersangkutan telah disinari cahaya Tuhan. (Haris, 2012)
Proses

sampainya qalb pada

cahaya

Tuhan

ini

erat

kaitannya

dengan

kon-

sep takhalli, tahalli, tajalli. Takhalli yaitu mengosongkan diri dari akhlak yang tercela dan perbuatan
maksiat melalui taubat. Hal ini dilanjutkan dengan tahalli yaitu menghiasi diri dengan akhlak yang
mulia dan amal ibadah. Sedangkan tajalli adalah terbukanya hijab sehingga tampak jelas cahaya Tuhan.
Tajalli juga bisa diartikan: Siapa pun yang mendapat tajalli dari Allah, maka dia mampu menangkap
nur Ilahi. Dia lalu meretas jalan menuju ma’rifat dan mampu menyelami dunia batin karena sifat kebaruannya telah fana. Dia pun sampai kepada maqam Haqqul Yaqin. (Haris, 2012)
Kutipan tersebut menunjukkan dengan jelas bahwa tajalli adalah jalan untuk mendapatkan
ma’rifat setelah melampaui proses al-fana, yaitu hilangnya sifat-sifat dan rasa kemanusiaan karena
melebur pada sifat-sifat Tuhan. Alat yang digunakan untuk mencapai tajalli adalah hati, yaitu hati yang
telah mendapatkan cahaya dari Tuhan.

Dengan limpahan cahaya Tuhan itulah manusia dapat mengetahui rahasia-rahasia yang ada pada Tuhan. Dia lalu bisa mengetahui hal-hal yang tidak diketahui oleh manusia biasa. Orang yang sudah
mencapai ma’rifat bisa berhubungan langsung dengan sumbar ilmu yaitu Allah. Dengan hati yang telah
dilimpahi cahaya, seseorang bagaikan memiliki antena parabola yang mendapatkan pengetahuan langsung dari Tuhan. (Haris, 2012)

Ma’rifat yang dicapai seseorang terkadang diberi nama beragam. Al-Syarbasi menyebutkan
ilmu Al Mauhubah (pemberian). Al Syuhrawardi menyebutkan al Isyraqiyah (pancaran), dan Ibn Sina
menyebutkan al Fa ’id (limpahan). Uraian di atas telah menginformasikan bahwa ma’rifat adalah pengetahuan tentang rahasia-rahasia dari Tuhan yang diberikan kepada hamba-Nya melalui pancaran cahaya-Nya yang dimasukkan Tuhan ke dalam hati seorang sufi. Dengan demikian, ma’rifat
berhubungan dengan Nur (Cahaya Tuhan). (Haris, 2012)

Tokoh Al Ma’rifah - Abu Hamid al-Ghazali
Dilahirkan pada tahun 405 H/ 1058 M di kota Tush iaitu kota kedua setelah Naisabur di daerah Khurasan (timur laut negara Iran). Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn
Ahmad al-Thusi .Gelarannya paling terkenal adalah Hujjah al-Islam dan Zain al-‘Arifin karena ia menjadikan tasawuf sebagai hujjahnya. Menurutnya, ma’rifat adalah: “Tampak jelasnya rahasia-rahasia
ketuhanan dan pengetahuan,iaitu soal

ketuhanan yang mencakup segala yang ada dan memandang

kepada wajah (rahasia) Allah.” (Haris, 2012)

Menurut Al-Ghazali, orang yang mempunyai ma’rifat tentang Tuhan (arif),tidak akan memanggil Tuhan dengan panggilan seperti Ya Allah. Ia kerana diibaratkan memanggilNya dibelakang
tabir. Selain itu, ma’rifat ada terlebih dahulu daripada mahabbah karena mahabbah muncul dari
ma’rifat.(Harris, 2012) Mahabah yang disebutkan oleh Al-Ghazali berbeza dengan pemahaman Rabi’ah
al Adawiyah(cinta seorang kepada yang berbuat baik kepadanya, cinta yang timbul dari kasih dan rahmat Tuhan kepada manusia yang memberi manusia hidup, rizki, kesenangan, dan lain-lain). (Harris,
2012) Seorang sufi telah mencapai tingkatan yang tinggi apabila telah memperolehi ma’rifat dan mahabbah.. Dan, pengetahuan yang diperoleh dari ma’rifat lebih tinggi mutunya daripada pengetahuan
yang diperoleh dengan akal. (Haris, 2012)

Keistimewaan ajaran Islam
"Apakah selain dari agama Allah yang mereka masih tercari-cari sedangkan segala yang ada di langit
dan di bumi telah Islam (menyerah diri) kepadaNya dengan rela hati dan terpaksa. Dan kepadanyalah
mereka dikembalikan." (Surah Aali-Imran:83) Islam adalah satunya agama yang benar maka keseluruh
agama yang tidak menepati hukum syariah Islam dianggap terseleweng serperti Dinamisme, Animisme,
Politeisme, Hindu, Budha, Nasrani dan sebagainya. Pelbagai agama akan mengakui bahawanya mereka
hanya menyembah yang satu tetapi melalui persembahan berhala dan sebagainya sebagai tanda
beribadah kepada tuhan. Jika dilihat sekilas pandang, tiada agama lain yang seadil seperti Islam dalam
menjaga kebajikkan individu, perhubungan antara sesama muslim dan mengejarkan akhirat tempat
abadi. Walaupun ada agama yang melarang kebendaan dunia dan hanya fokus kepada alam akhirat, ia
telah melanggar keperluan asas manusia seperti menahan nafs seperti bernikah, membina keluarga dan
sebagainya.

Mengapakah Islam dianggap sebagai agama yang benar dan sesuai bagi fitrah manusia? Hal ini
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW., yang berbunyi: “Tidaklah anak yang dilahirkan itu kecuali
telah membawa fitrah (kecenderungan untuk percaya kepada Allah), maka kedua orang tuanyalah yang
menjadikan anak tersebut beragama Yahudi, Nasrani, Majusi” ( HR. Muslim) Agama seseorang
individu akan tercorak apabila anak itu dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya seperti keluarga, kawan
dan sebagainya. Dari kecil lagi, anak itu kecenderung untuk percayakan kepada Allah.

Selain daripada itu, bukti keistimewaan Islam daripada agama-agama yang lain ialah mengenai Rukun
Islam dan Rukun Iman seperti berikut:

1. Mengucap dua kalimah syahadah (termasuk kepercayaan kepada Allah dan RasulNya)
Kepercayaan kepada Allah dan Rasul sebagai utusanNya. Hal ini berkaitan dengan aqidah dan bersifat
ghaib. Maka seseorang individu itu harus menyerahkan dan menyembah kepadaNya. Jadi, iman kepada
yang ghaib merupakan salah satu sifat terpenting bagi orang-orang mukmin yang dipuji oleh Allah
Ta’ala. Sebagaimana Firman-Nya, “Alif laam miin. Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk
bagi mereka yang bertaqwa. Yaitu, mereka yang beriman kepada yang ghaib,yang mendirikan shalat,
danmenafkahkan sebagian rizki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 1-3).
Sedangkan aqidah-aqidah lainnya tidak berserah diri kepada Allah dan Rasul-Nya kecuali berlandaskan
akal fikiran rasional dan hawa nafsu. Jika dilihat dari segi sejarah, sumber kemunashan sesebuah umat

dan agama adalah mendahulukan akal dan nafsu daripada sumber wahyu.

2. Melalukan Ibadah (Mendirikan solat ,menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan haji dan sebagainya)
Seorang muslim digalakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa dan puasa untuk mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t. Ibadah seperti ini tidak memerlukan penyembahan berhala seperti agamaagama yang lain. Selain daripada beribadah kepada Allah s.w.t untuk mendekatkan diri kepadaNya,
Allah juga menganjurkan umatNya untuk mengeratkan silaturrahim. Seperti firman Allah s.w.t
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya,
serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1) Islam adalah agama memelihara
hubungan antara manusia dengan Pencipta dan sesama manusia.

3. Beriman kepada Kitab-Kitabullah
Islam mengambil berat mengenai aqidah dan akhlak bahkan kesemua kitab yang diwahyukan kepada
rasul-rasulNya yang lain membawa pelajaran yang sama. Akan tetapi, manusia pada zaman tersebut
seperti agama Nasrani dan sebagainya telah mengubah teks kitab suci mengikut cita rasa mereka. Allah
telah berfirman “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benarbenar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9). Ayat ini menerangkan bahawasanya Al-Qur’an adalah kitab
terakhirNya sebagaimana Dia telah mengutuskan rasul terakhirNya bagi ummat seterusnya dan
memeliharaNya sehingga hari Qiamat. Sebagai seorang muslim, jika menghadapi sesuatu masalah, dia
harus merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai landasan solusinya. Selain daripada golongan
muslim, penganut daripada agama lain lebih cenderung menggunakan aql dan hawa nafsu bagi
penyelesai masalah. Al-Qur’an dan As-Sunnah seharusnya dijadikan sebagai buku rujukkan untuk
menjadi seorang muslim yang soleh atau muslimah yang soleha. Ia kerana terdapat pelbagai ilmu
didalam keduanya seperti mengenali penciptaNya, syariah Islam, kewujudannya, hidup di akhirat dan
sebagainya. Islam adalah agama yang bukan eklusif bahkan ia mengundang semua umat manusia untuk
memeluki agama Islam. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah s.a.w hingga ke
dunia Qiamat.

Selain itu, di dalam Al-Qur’an juga menerangkan mengenai beriman dengan hari Qiamat dan Qada' dan
Qadar. Setiap manusia yang hidup akan mati kerana Allah adalah Yang Pertama (Al-Awal) dan Yang
Terakhir(Al-Akhir). Sebagai Pencipta, Dia berhak untuk menghidupkan atau mematikan sesiapa yang

dikehendaki olehNya. Bahkan sebelum manusia dilahirkan di dunia, Allah telah menetapkan empat
perkara baginya iaitu: umur, rezeki, jodoh dan amal. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra.
Katanya: Telah menceriterakan kepada kami Rasulullah saw ( orang yang selalu benar dan dibenar
kan) :”Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya
selama empat pulah hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu empat
puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat puluh hari. Lalu diutus seorang
malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk
menuliskan empat perkara, yaitu: menulis rizkinya, batas umur-nya, pekerjaannya dan kecelakaan atau
kebahagiaan hidupnya”. Jika dia adalah seorang beriman, dia akan percaya pada Qada’ dan Qadr
kerana Dia yang Maha Kuasa. Akan tetapi ia tidak bermakna bahawasanya Allah menyekat perbuatan
seseorang manusia untuk berbuat baik ataupun jahat. Kesemua perbuatan manusia dilalukan
berlandaskan logik dan jika dia beriman dan berilmu, dia akan melaksanakan perkara baik dan
menjauhi laranganNya. Ia supaya dengan keikhlasan dalam mengejarkan perintahNya, dia berharap
dikasi peluang untuk masuk ke syurga dan bukan sebaliknya.

Works Cited
(n.d.). Retrieved from http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokohdan.html
AGUS SANROSAD, A. F. (2011). Scribd. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/133065316/Makalah-Imam-Syafi-i-Dan-Cara-PengambilanHukumnya-Catatan-Mahasiswa-Syari-Ah
Barsihannor. (2010). Retrieved from Al Fikr: http://www.uin-alauddin.ac.id/download11.Barsihannur.pdf
Haris, A. (2012, August 15). blogspot. Retrieved April 04, 2015, from
http://syadz07.blogspot.sg/2012/08/aliran-mahabbah-dan-marifah-tokoh-dan.html
Hilmi Faizah, W. H. (2011). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/96770642/Untitled
Nazar, A. (2014). Scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/258981972/Mu-TazilahJabariyah-Qadariyah
Purwanto, A. N. (2012). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/177117011/MakalahAliran-Mu-Tazilah
Rofa Yulia Azhar, M. R. (2010, March 28). Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/220667408/Aliran-Asy-Ariyah-Dan-Maturidiyah
Setiawan, A. (2012). blogspot. Retrieved march 29, 2015, from
http://makalah88.blogspot.sg/2012/01/al-kindi.html
Syarifudin. (2009). scribd. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/151221548/Asy-Ariyah
Taufik. (2012, December 1). blogspot. Retrieved April 5, 2015, from http://taufikirfan007.blogspot.sg/
Wahyuningrum, R. K. (2010). Scribd. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/114708602/MAZHAB-HAMBALI