Islam dan hubungan etnik CTU555 SLIDE

ISLAM DAN HUBUNGAN
ETNIK
Ady Aldrick Yus Alisus
Nurin Hannah Binti Rahim
Nurul Najwa Binti Zulkifli
Maisarah Binti Rosman

PENGENALAN
• Etnik merupakan hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi.
• Laungan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada tanggal 31 Ogos 1957 adalah
tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan
tersebut.
• Perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara dan
bagi mengelakkan negara daripada dijajah oleh negara asing.
• Bagi mencapai keharmonian etnik, dasar-dasar Islam telah dilancarkan oleh
kerajaan untuk pembangunan dan hubungan etnik iaitu Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam dan Islam Hadhari.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh
dan disegani oleh masyarakat lain;
• Menubuhkan sebuah “Negara bahagia”;
• Menghapuskan sikap yang negative dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabakan; dan
• Menghasilkan perkhidmatan bermutu
 Dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan
beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang
boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain
juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.

NILAI-NILAI ISLAM
• Amanah
• Tanggungjawab
• Ikhlas
• Dedikasi
• Sederhana
• Tekun
• Bersih
• Berdisiplin

• Bekerjasama
• Berbudi mulia
• Bersyukur

ISLAM HADHARI
• Perkataan “hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang
menekankan aspek tamadun manakala dalam bahasa Inggeris disebut
sebagai “Civilizational Islam”, dan dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam alHadhari”.
• Islam Hadhari memfokuskan kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti
hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi
menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa
sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta
penjajahan pemikiran.

KONTEKS ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
SEMASA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
• Dalam konteks Islam dan hubungan etnik, ianya dapat juga dilihat sejak dari
zaman Rasulallah SAW.
• Antara usaha yang dapat dilihat adalah ketika penghijrahan Rasulullah S.A.W
daripada mekah ke madinah dan juga beberapa langkah yang diambil untuk

menyatukan masyarakat pelbagai etnik pada ketika itu.
• Langkah-langkah yang dapat dilihat adalah pembentukan Ummah,
penyatuan masyarakat Madinah melalui pembangunan masjid, usaha dalam
menyatukan pelbagai etnik di Madinah dan juga perjanjian dengan
masyarakat pelbagai etnik iaitu dikenali sebagai Piagam Madinah.

REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT DAN
HUBUNGAN ETNIK
• Nilai-nilai murni dalam hubungan etnik amat penting kerana jika tiada
berlaku pemindahan nilai-nilai murni dan ilmu pengetahuan di kalangan
pelbagai etnik, maka tiadalah pertukaran dan inovasi idea-idea baru dan
sistem kehidupan manusia.
• Interaksi antara etnik dapat memupuk kesedaran, pemahaman dan
pemindahan nilai-nilai murni serta ilmu pengetahuan berguna yang dapat
membantu kemajuan hidup manusia.
• Namun, jika perbezaan etnik ini dibawa ke arah kebencian, ketamakan dan
egoism ia akan menjerumuskan kehidupan manusia kepada peperangan,
sabotaj dan kekolotan yang membinasakan.

ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM

• Berkenal-kenalan (al-Taaruf)
Saling mengenali dan mengetahui keadaan secara jelas baik yang
menyangkut keperibadian mahupun keadaan keluarga.
• Persefahaman (al-Tafahum)
Saling memahami Antara satu sama lain untuk mengelakkan
ketidaksefahaman.
• Bantu-membantu (al-Taawun)
Sifat bantu- membantu dapat mengelakkan daripada timbulnya pelbagai
masalah dalam masyarakat dan memudahkan urusan.

• Persaudaraan (al-Ukhuwah)
Ikatan kerohanian yang mendalam dalam jiwa sehingga menghasilkan kasih
sayang, belas kasihan dan tanggungjawab.
• Kasih saying (al-Mahabbah)
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
• Saling menjamin (al-Tadhamun)
Saling menjamin dari segi akhlak dan akidah iaitu maruah sesame kaum.

APLIKASI HUBUNGAN SOSIAL ISLAM DAN

HUBUNGAN ETNIK

Komunikasi
positif

Ziarah
menziarahi
Hormatmenghorma
ti

Mengambil
berat

TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN
ETNIK
• Islam menjamin tahap toleransi yang tinggi dengan menjamin hak
kebebasan agama setiap rakyat pelbagai etnik bebas mengamalkan
kepercayaan agama masing-masing tanpa gangguan sehingga agama
mereka berupaya membentuk kebudayaan yang harmonis.
• Islam melarang sebarang tindakan kejam dilakukan kepada orang bukan

Islam sekiranya mereka boleh hidup bersama aman dan damai.
• Islam membenarkan amalan ibadah orang bukan Islam dan pembinaan
rumah ibadah selagi mana mereka menghormati hak kebebasan orang Islam
untuk melakukan perkara yang sama.

KESIMPULAN
• Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat
Malaysia yang bersifat majmuk. Usaha-usaha perlu diambil secara
berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada
dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan
kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan.
• Tambahan pula, di Malaysia, etnik-etnik lain boleh mengamalkan agama dan
budaya mereka sendiri.