PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Sinopsis

  TAJUK 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Sinopsis

  Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini meliputi dua sub tajuk iaitu Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar dan Definisi, Matlamat dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.

  Hasil Pembelajaran

  Menganalisis tentang sejarah perkembangan, matlamat dan objektif

   Pendidikan Alam Sekitar.

  Kerangka Konsep

Rajah 1.1. Kerangka Tajuk Satu

1.1. Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar

  Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) yang merupakan seorang ahli biologi dan perintis perancang bandar dari Scotland. Orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan International Union for the Conservation of Nature and

  Natural Resources ( IUCN) di Paris dalam tahun 1958.

  Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991) dan Agenda 21 (1992) telah memberi kesan sehingga terbentuknya perlunya keperluan kepada Pendidikan Alam Sekitar kepada kanak-kanak sekolah.

  1.1.1 Stockholm (1972)

  Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia” (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations.

  Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

  1.1.2 Tbilisi (1977)

  P ersidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan

  

Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai

pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan

oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP) dan

diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan

ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati

termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan

antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta

objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan

pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

  1.1.3 The Belgrade Charter (1975)

  Pada tahun 1975, sebuah persetujuan antarabangsa tentang Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Belgrad, Yugoslavia. Pada pertemuan tersebut dihasilkan pernyataan antara negara peserta mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang dikenal sebagai "The Belgrade Charter-a Global Framework for Environmental Education". Secara ringkas tujuan Pendidikan Alam Sekitar yang dirumuskan dalam

  Belgrade Charter tersebut di atas adalah sebagai berikut:

  a. Meningkatkan kesedaran dan perhatian terhadap perkaitan antara bidang ekonomi, sosial, politik serta ekologi, baik di kota mahupun di desa.

  b. Memberi kesempatan bagi setiap orang untuk mendapatkan pengetahuan, keterampilan, sikap/perilaku, motivasi dan komitmen, yang diperlukan untuk bekerja secara individu dan kolektif untuk menyelesaikan masalah alam sekitar semasa dan mencegah munculnya masalah baharu.

  c. Menciptakan satu kesatuan pola tingkah laku baharu bagi individu, kelompok- kelompok dan masyarakat terhadap alam sekitar.

1.1.4 Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)

  Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

  KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR” pada tahun 1998.

  1.1.5 Protokol Montreal (1987)

  Protokol Montreal telah berjaya mendapatkan kerjasama antarabangsa dengan melibatkan sejumlah 191 buah negara di dunia telah bersetuju melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah berhati-hati untuk mengawal pelepasan global bahan-bahan yang menipiskan lapisan ozon. Kewujudan dan kepentingan ozon iaitu O 3 di stratosfera serta ancaman klorofluorokarbon (CFC) terhadap ozon di stratosfera telah mendapat perhatian yang begitu serius.

  1.1.6 Deklarasi Langkawi (1989)

  Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 20 September 2006 (Langkawi Declaration 2010) yang ditandatangani oleh ketua-ketua Negara Commonwealth untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.

  1.1.7 Malta (1991)

  Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

  1.1.8 Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)

  Ianya bermula dari Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) @ Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio de Jeneiro, Brazil pada Jun 1992. Persidangan ini telah dihadiri dan ditandatangani oleh lebih 178 negara termasuk Malaysia.

  Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro telah menghasilkan 5 dokumen yang penting iaitu: Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan  (The Rio Declaration on Environment and Development) Agenda 21 (suatu program tindakan pembangunan mampan

   global. Angka "21" menandakan abad ke-21. Abad 21 bermula dari tahun 2000 hingga kini) Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological  Diversity) Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework  Convention on Climate Change) Prinsip Hutan

   1.1.9 Kyoto Protocol (1997)

  Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.

1.1.10 Dekad Pendidikan Pembangunan Lestari (DESD) (2005-2014)

  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) telah mengisytiharkan tahun 2005-2014 sebagai Dekad Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (DESD) dan akan berakhir pada November 2014 di UNESCO World Conference on Education for Sustainable Development, Jepun. Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) merupakan agensi penggerak DESD, berusaha untuk mengintegrasi prinsip, nilai dan amalan pembangunan lestari dalam semua aspek pendidikan dan pembelajaran, dalam usaha menangani masalah sosial, ekonomi, budaya dan alam sekitar di abad ke 21 ini.

  Visi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah dunia di mana semua orang mempunyai peluang untuk mendapat manfaat daripada pendidikan berkualiti dan mempelajari nilai-nilai , tingkah laku dan gaya hidup yang diperlukan untuk masa depan yang mampan dan transformasi sosial yang positif.

1.2 Definisi, matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

1.2.1 Definisi Pendidikan Alam Sekitar

  Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley, 2000). Selain itu juga, pendidikan alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada muncul. O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah untuk membina komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya.

  Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami

interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar

diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian

hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar,

melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

  Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Sehubungan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat terutamanya pelajar. Justeru itu, Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah baru.

  Memikir Aktiviti 1: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan

Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam aktiviti

pembelajaran di GIATMARA. Masukkan jawapan ke dalam folio anda.

1.2.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

  Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk:

  (i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar. (ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. (iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya. Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut.

  “…. to develop a world population that is aware of and

  concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its

current problem and prevention of new ones.”

  (UNESCO, 1976)

1.2.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar

  Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut:

  (i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan permasalahan alam sekitar. (ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. (iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.

  (iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

  Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

  Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:

  (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semulajadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika. (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal. (iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang. (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa. (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah. (vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan dan pembangunan. (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama. (ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar.

  (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar. (xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.

  Latihan Aktiviti 2: Berdasarkan pembacaan anda, bina satu jadual tentang kronologi persidangan Antarabangsa Pendidikan Alam Sekitar dan keputusan bagi setiap persidangan. Contoh:

Tarikh Nama Tempat Keputusan

Persidangan

  1972 Stockholm

  RUMUSAN/KESIMPULAN

  Buku Rujukan

  Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75.

  Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus

  Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

  Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam

  Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

  Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar.

  Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan.

  Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).

  Environmental Education: from policy to practice . The Journal of

  Environmental Education. 9(3): 347-357. Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16.

  Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through environmental education. The Journal of Environmental Education.

  21(3): 8-12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan

  Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

  Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm, Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental

  management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-

  15 Ogos 2001, Bangi, Selangor. UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.

  Bahan Bacaan

  Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_En ikipedia.org/wiki/Agenda_21 =97 h

  TAJUK 2.0 PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS Sinopsis

  Tajuk dua adalah pengenalan kepada komponen alam sekitar,konsep ekologi, ekosistem dan biodiversiti.

  Hasil Pembelajaran

  Menjelaskan komponen alam sekitar, konsep ekologi, ekosistem dan

   biodiversiti.

  Kerangka Tajuk

Rajah 2.1. Kerangka Tajuk Dua

2.1 Komponen Alam Sekitar

  Apakah yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita. Untuk memelihara alam sekitar, kita perlu memahami alam sekitar secara menyeluruh. Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu:

  (i) alam sekitar semulajadi (natural environment) (ii) alam sekitar buatan (man-made environment) (iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment)

  Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling berinteraksi).

  Rajah 2.2. Alam sekitar semulajadi

  Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

  Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran buatan manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling berhubungkait dan tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling hubungan ini menggambarkan alam sekitar yang sihat dan seimbang. Contoh 1: Masyarakat Melayu, etika ketika berada di dalam hutan

   Jangan menegur sebarang keganjilan yang ditemui  Dilarang membuat bising Contoh 2: Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata  Tidak digalakkan mengail  Tidak membunuh binatang dengan sesuka hati Contoh 3: Bagi masyarakat bumiputera Sabah/Sarawak:

  Mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa

   Mengadakan Pesta Menuai supaya semangat padi gembira

   dan hasil tuaian semakin bertambah Aktiviti 1: Kenali Alam Sekitar Anda.

  

Tonton video bertajuk ‘What is an ecosystem’ yang berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=O3CZFfyed3M&list=PLUDItgdqBsGvQQ7J__T3X8sc6wp2r6no0 Senaraikan semua komponen alam sekitar yang telah dikenalpasti dan beri definisi alam sekitar yang anda

fahami dari tayangan video tersebut. Masukkan dapatan anda

ke dalam folio pembelajaran anda.

2.2 Ekologi, ekosistem dan biodiversiti

  2.2.1 Konsep ekologi Ekologi berasal daripada perkataan Greek ‘oikos’ yang bermaksud ‘rumah’ atau ‘tempat untuk tinggal’ dan ‘logos’ yang bermaksud ‘kajian’. Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan dengan taburan, kepadatan dan hubungan antara organisma dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi berkait rapat dengan prinsip di dalam teras biologi seperti fisiologi, evolusi, genetik dan kelakuan hidupan. Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem.

  Kajian ekologi membantu kita memahami proses dan adaptasi hidupan, taburan dan kelimpahan organisma, aliran tenaga dan bahan- bahan dalam komuniti organisma serta pembangunan ekosistem dan kaitan dengan populasi hidupan.

  Aktiviti 2: Susun Istilah

Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul.

Jelaskan perkaitan antara istilah-istilah tersebut menggunakan peta konsep. Berikan tiga contoh bergambar bagi setiap istilah tersebut. Masukkan hasil kerja anda ke dalam folio pembelajaran anda. Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu turutan organisma di mana setiap organisma dalam turutan itu makan organisma yang sebelumnya.

  

Spesies Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan

mikrob.

Populasi Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air,

udara, nutrien dan matahari.

Habitat Kawasan daratan seperti kawasan padang pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan jenis tumbuhan yang beradaptasi secara

spesifik di kawasan tersebut.

  

Komuniti Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang

saling berhubung antara satu sama lain. Ekosistem Cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar.

  

Biosfera Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh

saling membiak antara satu sama lain untuk

melahirkan anak yang subur.

Komponen Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu Biotik organisma di habitatnya. Ini merangkumi segala aspek cara hidupnya terutama sekali cara pemakanannya. Komponen Tempat kediaman sesuatu organisma. Abiotik Biom Organisma sentiasa saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya. Nic Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi yang menyatukan semua kehidupan and hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Rantai Sekumpulan organisma sama spesies dan makanan hidup di habitat yang sama. Jaringan Kesemua organisma yang hidup di sesuatu makanan habitat .

  2.2.2 Ekosistem

  Ekosistem terdiri dari komponen-komponen biotik dan abiotik yang saling berinteraksi antara satu sama lain dan persekitarannya. Sebarang perubahan suatu komponen akan mengakibatkan perubahan bagi komponen yang lain dan seluruh ekosistem. Komponen biotik merupakan hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma manakala komponen abiotik adalah komponen bukan hidup iaitu persekitaran fizikal seperti air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan iklim mikro. Interaksi antara pelbagai haiwan dan tumbuhan dan yang telah menyesuaikan diri terhadap iklim dan persekitaran yang spesifik di sesuatu kawasan tersebut dikenali sebagai ekosistem.

  2.2.3 Jenis-jenis ekosistem

  Terdapat pelbagai jenis ekosistem di dunia iaitu seperti marin, padang pasir, padang rumput, tundra dan hutan. Padang rumput terdiri daripada jenis savanna, temperat dan tundra manakala marin terdiri daripada air tawar, air masin dan estuari. Hutan pula terdiri daripada hutan tropika, hutan hujan tropika, hutan taiga dan hutan temperat manakala padang pasir pula terdiri daripada padang pasir panas dan kering atau semiarid atau sejuk. Setiap ekosistem mempunyai ciri-ciri khas yang menyebabkan suatu ekosistem berbeza dengan ekosistem yang lainnya.

  Di Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem air tawar seperti kolam/tasik/sungai dan agroekosistem seperti ekosistem sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.

  

Rajah 2.3. Ekosistem Lautan

a) Ekosistem Hutan Hujan Tropika

  Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini, iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 darjah Celsius serta menerima lebih daripada 250 sentimeter padu hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Faktor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

  Hutan Hujan Tropika adalah ekosistem yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Ia mempunyai lapisan-lapisan vegetasi tumbuh–tumbuhan yang berbeza-beza. Lapisan tertinggi iaitu lapisan menonjol yang terdiri daripada pokok-pokok yang tinggi sehingga melebihi 40 meter. Di bawah lapisan ini adalah terdiri daripada lapisan tumbuhan yang mempunyai ketinggian lebih 30 meter. Lapisan seterusnya adalah lapisan pokor renek yang tinggi dan tumbuhan subkanopi diikuti dengan lapisan tumbuh-tumbuhan renek. Lapisan-lapisan tumbuhan yang berbeza ini membentuk kawasan–kawasan yang berbeza dari segi cahaya yang terdapat di kawasan ini. Kesan daripada ini hutan ini membentuk berbagai bentuk atau lapisan kehidupan seperti tumbuhan epifit, tumbuhan melilit dan sebagainya.

  Oleh kerana kepelbagaian kanopi hutan ini, organisma yang hidup di dalamnya berpeluang untuk mengadaptasi sesuai dengan habitat yang spesifik. Hutan hujan tropika ini adalah biom yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Dianggarkan terdapat lebih daripada setengah daripada jumlah spesies di dunia terdapat di kawasan ini. Terdapat 250,000 tumbuhan di sini termasuklah tumbuhan berbunga, paku-pakis, lumut dan lumut hati. Biodiversiti yang tinggi juga ditunjukkan melalui interaksi biotik yang luas. Misalnya terdapat sebanyak 900 jenis tumbuhan Ficus spp di dalam hutan ini, dan tiap jenis spesies mempunyai agen pendebunga yang unik. Pelbagai jenis spesies orkid yang amat pelbagai juga terdapat di Hutan Hujan Tropika ini.

  b) Ekosistem Hutan Paya Gambut

  Hutan Paya Gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri-ciri terendam air, kandungan nutrien dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid.

  Kawasan Hutan Paya Gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan menjadi tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang Utan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai.

  c) Ekosistem Hutan Paya Bakau

  Hutan Paya Bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Paya Bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan o o sub-tropika antara 30 U dan 30 S latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

  Pokok-pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang spesifik seperti sistem akar yang tahan, struktur daun dan batang yang khusus dan adaptasi unik yang lain untuk membolehkan mereka mandiri dalam keadaan habitat mereka yang sukar. Habitat yang lembut, berlumpur dan cetek, disertai dengan aliran air pasang dan surut menyediakan sokongan yang sedikit sahaja kepada kebanyakan tumbuhan paya bakau yang mempunyai akar udara atau pneumatofor. Tumbuhan bakau yang paling biasa adalah spesies Rhizophora, Avicennia, Bruguiera, Sonneratia, Xylocarpus dan

  

Nypa. Hutan paya bakau yang matang mempunyai zon-zon di mana jenis

  tumbuh-tumbuhan yang ditemui di hutan ini berubah bila seseorang bergerak menjauhi laut.

  Kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan dari utara ke selatan. Ini berlaku kerana apabila berlaku musim sejuk di utara, burung ini bergerak ke selatan manalakala apabila selatan sejuk burung ini akan bergerak ke utara. Haiwan-haiwan lain yang hidup di dahan-dahan pokok bakau mengadaptasi sesuai dengan keadaan di hutan ini. Diantaranya adalah haiwan seperti kelawar, monyet Proboscis, dan ikan keli. Kawasan hutan paya bakau selalunya menjadi habitat haiwan yang unik. Contohnya bayau dan kelip-kelip yang menjadi tumpuan pelancong daripada luar Negara dan tempatan.

d) Ekosistem Marin

  Lautan meliputi 70% daripada permukaan bumi. Taburan organisma dalam lautan dikawal oleh interaksi dalam air, latitud dan jarak dari pantai. Kebanyakan spesies di jumpai dalam air cetek berhampiran daratan, walaupun ianya hanya meliputi 8% daripada kawasan lautan. Terdapat tiga habitat marin yang utama.

   Zon Neritik- yang dibina oleh lapisan laut yang cetek, ia didiami oleh spesies yang banyak secara relatifnya dengan zon-zon lain. Kedalaman 0-200 m dimana interaksi laut dan daratan sangat jelas. Zon ini dipengaruhi oleh tindakan ombak, menerima nutrien banyak dari permukaan daratan. Nutrien ini memberikan sokongan kepada dunia perikanan yang besar. Terumbu karang juga berada di zon ini.

   Zon pelagik- ia adalah kawasan air terbuka. Zon ini mencecah hampir 100m dalam. Kedalaman ini mencukupi bagi penembusan cahaya untuk proses fotosintesis.Organisma di zon permukaan membentuk plankton mikroskopik (bergerak bersana arus laut) dan nekton (organism yang boleh berenang) makroskopik.

   Zon Abisal/apotik- Lapisan Pelatik yang lebih 100 meter dalamnya. Zon yang mengandungi sedikit bilangan kehidupan kerana tekanan tinggi, suhu yang rendah serta keadaan cahaya yang kurang. Kehidupan di lapisan ini bergantung kepada bahan organik dan nutrien yang tenggelam daripada lapisan permukaan.

  Layari Internet Aktiviti 3: Layari internet dan dapatkan maklumat lanjut tentang ekosistem di Malaysia. Bandingbeza jenis-jenis ekosistem di Malaysia dengan menggunakan peta buih berganda. Masukkan dapatan anda ke dalam folio pembelajaran anda.

  2.2.4 Konsep nic (niche) dan habitat

  Habitat adalah tempat tinggal hidupan. Contoh; habitat cacing ialah tanah, habitat ikan ialah kolam dan habitat belalang ialah padang rumput. Nic pula merupakan peranan suatu organisma dalam habitatnya, yang dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau ‘pekerjaan’ suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza- beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

  2.2.5 Keseimbangan ekosistem

  Perubahan persekitaran yang disebabkan oleh manusia (anthropogenic) akan mengakibatkan kehilangan spesies dalam dekad akan datang (Sala et al. 2000). Keadaan ini akan menyumbang kepada kadar kepupusan spesies yang tinggi di seluruh dunia (Stork 2010). Spesies memainkan peranan yang penting dalam ekosistem, maka kehilangan spesies boleh mengancam kestabilan perkhidmatan ekosistem yang mana manusia bergantung kepadanya (McCann 2000). Contohnya, spesies tumbuhan menukarkan tenaga daripada matahari kepada tenaga kimia melalui fotosintesis, dan proses biologi ini menyediakan tenaga asas dalam rantaian makanan untuk pelbagai pengguna yang terdiri dari haiwan. Gangguan kepada biodiversiti oleh aktiviti manusia seperti pembalakan haram, pembersihan hutan, pembukaan ladang dan eksploitasi sumber akan mengakibatkan perkhidmatan dalam suatu ekosistem terjejas dan ekosistem tidak stabil.

  Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien ke bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem melibatkan kawalan populasi organisma hidup.

2.2.6 Pemindahan tenaga dalam ekosistem Cahaya matahari membekalkan tenaga kepada suatu ekosistem.

  Pengeluar iaitu tumbuhan hijau menukarkan tenaga daripada matahari kepada tenaga kimia secara fotosintesis. Pengguna terdiri dari haiwan mendapat tenaga apabila memakan tumbuhan atau haiwan lain. Hubungan pemakanan dalam suatu ekosistem dinamakan rantai makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah (→) yang bermaksud ‘dimakan oleh’. Siratan makanan pula terdiri daripada jaringan beberapa rantai makanan.

  TENAGA SURIA

  PENGELUAR PENGGUNA PENGURAI pertukaran nutrien & bahan organik

  

Rajah 2.4 : Aliran tenaga dalam ekosistem

Kenalpasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan berikut:

  Latihan Aktiviti 4: Siapa makan siapa?

Bina siratan makanan untuk hidupan berikut. Pamerkan hasil

kerja anda di dalam kelas.

Ramalkan apa yang akan berlaku jika organisma yang berada

di aras tertinggi dalam siratan makanan mati?

  Aktiviti 5: Permainan

Pilih satu ekosistem yang anda tahu. Senaraikan semua

hidupan di ekosistem tersebut. Cari maklumat tentang

hubungan makanan antara hidupan tersebut. Bina satu

permainan berdasarkan maklumat tentang jaringan makanan yang diperolehi. Hantar tugasan ini kepada pensyarah kursus anda.

2.2.7 Kitar Semula Jadi Dalam Ekosistem

  Pergerakan bahan-bahan dalam ekosistem berlaku dalam bentuk kitaran maka pergerakan bahan ini dinamakan Kitaran biogeokimia atau kitar nutrien. Unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. Teras bagi proses ini adalah pemindahan tenaga daripada pengeluar kepada pengguna primer, pengguna sekunder seterusnya organisma karnivor yang teratas. Dalam proses ini bahan-bahan seperti karbon, nitrogen, fosforus, oksigen dan air dipindahkan bersama dengan aliran tenaga ini.

  Secara ringkasnya, kitar nutrien adalah proses nutrien bergerak daripada alam sekitar fizikal kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar kembali kepada alam sekitar fizikal. Dalam sesuatu ekosistem, kitar nutrien mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil supaya organisma yang tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya berkembang dan membiak serta kekal dalam populasi yang seimbang.

  Kitaran biogeokimia terbahagi kepada dua jenis iaitu: Kitaran yang melibatkan bahan-bahan dalam bentuk gas-gas

   seperti oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida. Kitaran ini dipanggil kitaran meruwap. Kitaran yang melibatkan bahan-bahan yang tidak meruwap

   seperti fosforus yang dinamakan kitaran tak meruwap atau kitaran sedimentari.

  Kitaran-kitaran ini mengawal empat unsur penting dalam kehidupan iaitu kitar karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur.

a) Kitar air

  Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi, di atas dan di bawah permukaan tanah. Air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari semasa ke semasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui proses fizikal seperti pengewapan, kondensasi, pemendakan, penurasan dan pengaliran permukaan. Semasa proses-proses ini, air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.

  Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan suhu berubah. Sebagai contoh, semasa proses pengewapan, air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Manakala proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga dan memanaskan persekitarannya.

  Rajah 2.5. Kitar Air

  Rajah 2.4 merupakan kitar air yang menerangkan kesignifikan dalam menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air menulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba, ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem.

b) Kitar Nutrien

  Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen.

  Kedua-dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

i. Kitar Nitrogen Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara.

  Nitrogen dioksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik (NO) dan nitrogen dioksida (NO 2 ) akan terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik, HNO 3 . Nitrat yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.

  Nitrogen di udara telah bertukar menjadi bahan biologi melalui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di 3 udara dan menukarnya kepada ammonia, NH . Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (NO 2- ) , kemudian kepada ion nitrat lain (NO 3- ). Ion nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein.

  Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi. Nitrogen dan hidrogen akan bertindak balas dalam tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran mangkin untuk menghasilkan ammonia. Amonia boleh diaplikasikan terus ke ladang sebagai baja. Ammonia juga boleh diproses seterusnya dengan oksigen untuk menghasilkan asid nitrik. Tindakan ammonia dan asid nitrik akan menghasilkan ammonium nitrat yang kemudian boleh digunakan sebagai baja. Bahan buangan haiwan juga bila mereput boleh kembali ke bumi sebagai nitrat. Untuk melengkapkan kitaran ini bakteria dalam tanah melakukan proses denitrifikasi dimana nitrat ditukar semula kepada gas nitrogen.

  ii. Kitar Karbon

  Kitar karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, kerana kehidupan di bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak di udara dalam bentuk karbon dioksida. Apabila tumbuhan berfotosintesis, ia menggunakan karbon dioksida daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivor iaitu haiwan yang memakan tumbuhan.

  Haiwan herbivor seperti rusa menggunakan tumbuhan untuk mendapatkan bahan binaan untuk tumbesaran sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari tumbuhan kepada haiwan. Karnivor seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya seterusnya menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbon dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bakteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.