SIARAN MEDIA HARI KEBANGSAAN 2017

31 Ogos 2017 Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 disambut penuh
meriah dan gilang gemilang dengan ribuan rakyat membanjiri Dataran Merdeka
sebagai menunjukkan semangat solidarity, perpaduan dan cinta Negara yang
tinggi. Pelbagai pengisian acara perbarisan dan perarakan dipersembahkan
menjurus ke arah tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Negaraku Sehati
Sejiwa”.
Memandangkan sambutan kali ini adalah kali ke-60, pengisian acara ini digarap
selari dengan konsep iaitu “menghidupkan kembali penghayatan dan semangat
Merdeka di Stadium Merdeka pada tahun 1957” dengan gema laungan Merdeka!
Merdeka! Merdeka! yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Dato‟ Sri Mohd Najib
Tun Razak sendiri. Bilangan kontinjen yang terlibat adalah mewakili 8 segmen
utama dengan peningkatan penyertaan keseluruhan peserta lebih kurang 17,275
orang yang terdiri daripada pelbagai golongan daripada agensi Kerajaan dan
swasta, pelajar-pelajar sekolah dan 321 jenis aset udara dan darat.

Di samping acara-acara rasmi seperti detik ketibaan dan keberangkatan pulang
pembesar-pembesar Negara, acara perbarisan dan perarakan ini diisi dengan
Persembahan Khas Hari Kebangsaan 2017 iaitu:
1.

2.

3.
4.
5.
6.

Imbasan Pra Kemerdekaan dan Kemerdekaan
i.
Prolog
ii. Penjajahan British, Jepun, (Keganasan) Komunis, British
iii. Perisytiharan Tarikh Hari Kemerdekaan
iv.
Ambang Merdeka & Hari Kemerdekaan
v.
Perisytiharan Hari Malaysia
Acara Menaikkan Bendera – Jalur Gemilang / NEGARAKU
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Laungan MERDEKA 7 kali
Era Kepimpinan semua YAB Perdana Menteri
Persembahan PDRM & ATM


1

Bagi Persembahan Padang, tema sambutan “Negaraku Sehati Sejiwa”
diterjemahkan dalam bentuk persembahan khas yang berteraskan sebuah
penceritaan dari proses mencapai Kemerdekaan, Kegemilangan dan
Pembangunan Malaysia dari 1957 hingga masa kini berlandaskan perpaduan
dengan pergerakan yang melambangkan perpaduan dalam keluarga,
pembangunan ekonomi, peningkatan teknologi terkini dan sebagainya.
Persembahan ini telah disokong dengan penglibatan ribuan pelajar-pelajar
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam segmen yang sama, turut
menyaksikan sesi bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh 3 generasi dari Angkatan
Tentera Malaysia (merangkumi darat, laut & udara) yang telah dipilih bagi
mewakili rakyat Malaysia.
Bagi segmen perbarisan dan perarakan pula, ianya menampilkan lapan (8)
kontinjen utama yang akan menggambarkan penyertaan pelbagai lapisan rakyat
Malaysia. Kontinjen-kontinjen yang dimaksudkan ialah seperti berikut :
BIL.
1

KONTINJEN

Kenegaraan - Pembawa Bendera Gergasi berukuran 20‟ x 40‟
Bendera dibawa oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Briged
Sukarelawan Khidmat Negara dibawah pimpinan En Mohd Yunus Abd
Rahmat.

2

Perpaduan
Kontinjen Perpaduan dibawah penyelarasan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional yang menampilkan 300 orang peserta terdiri
daripada Jiran Muda, Organisasi yang mewakili 7 agama utama iaiut
Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Baha;I dan Jawatankuasa
Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama
(JKMPKA ) dan; Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).

3

Animasi & Industri Kreatif
Diselaraskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS), diketuai oleh En Zulkifli Abdul Wahab Timbalan Ketua Pengarah

FINAS membariskan penglibatan dan penyertaan pelbagai watak siri
animasi popular Negara seperti Ejen Ali, Omar dan Hana dan banyak
lagi.

4

Sukan SEA & Para ASEAN
Dengan semangat juang yang tinggi. kejayaan kontinjen negara di
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 turut dikongsi bersama semasa
sambutan kali ini di mana Atlet-atlet yang telah menyumbang pingat
2

Emas kepada Negara turut menyertai perarakan dengan menaiki bas. ini
disertai oleh atlet-atket Negara yang memenangi Pingat Emas di Sukan
Sea KL2017 dan diketuai oleh YBhg. Datuk Marina Chin, Chief
DIMISSION Kontinjen Sukan Sea KUALA LUMPUR 2017 . Beliau juga
merupakan Olahragawati Kebangsaan Tahun 1976 dan 1977.
5

TN50

Terdiri daripada 130 orang generasi muda pelbagai bangsa yang
memaparkan generasi bagi 30 tahun yang akan datang dan diketuai oleh
Encik Zakaria Saban.
Dengan slogan “TN50 BERGERAK MAJU” memaparkan TN50 yang
mengumpul momentum ke masa hadapan, menampilkan kepelbagaian
golongan belia sebagai pewaris masa depan Negara, bagi mencorak
perancangan Negara bagi era akan datang, iaitu dari 2021 hingga 2050.
Kenderaan „TN50‟ menggambarkan penglibatan akar umbi berganding
bahu dalam usaha untuk merancang dan membangun masa depan
NegaraKu.

6

7

8

Ketenteraman Awam
Diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri terdiri daripada 10 agensi
Penguatkuasaan undang-undang dengan kekuatan seramai 1,900

anggota daripada ;
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Angkatan Pertahanan Malaysia
- SMART
- Bomba
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
- Jabatan Imigresen
- Jabatan Penjara
- Kastam
- KPDNKK
- Penguatkuasa PBT
Keselamatan Negara
- APMM ( 300 anggota )
- PDRM & Aset (
- ATM & Aset
- Pertunjukan Udara
Komponen Rakyat Bersepadu
Menampilkan kesatuan dalam kepelbagaian di dalam satu komponen
mencerminkan kesatuan bangsa Malaysia.
3


Kontinjen ini merupakan Gabungan Pancaragam Pasukan Beruniform
dan Masyarakat Pelbagai Kaum turut dijayakan oleh ;
- Permata Seni Tari di bawah naungan YABhg. Datin Sri Rosmah
Mansor, iateri Perdana Menteri ,
- Jabatan Penjara Malaysia,
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
- Soka Gakkai Malaysia,
- Indian Dance Group,
- Teresang Kenyalang Dance ,
- Persatuan Anak Sabah Kuala Lumpur
- Kumpulan Kesenian JKKN

Pelbagai kelainan dan keunikan dan beberapa “WOW” faktor ditonjolkan di dalam
acara Perbarisan dan Perarakan sambutan Hari Kebangsaan kali ini supaya dapat
dipapar dan dirasai bersama oleh penonton dan rakyat Malaysia, antaranya;

1.

SUSUN ATUR DI DATARAN MERDEKA

Stadium Ambience (menstadiumkan Dataran Merdeka)
LED Screen terpanjang pernah diadakan (200m X 9m)
Penggunaan skrin LED gergasi, setiap persembahan dalam Acara
Perbarisan dan Perarakan ini akan disokong dengan persembahan grafik
dan video di skrin LED gergasi dan akan memberikan impak yang lebih
kepada penonton. Pada masa yang sama, tetamu juga akan dapat
menyaksikan persembahan secara langsung yang akan turut dipancarkan
secara langsung di LED skrin.
Pihak urus setia sedang mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of
Records untuk LED terbesar iaitu bersaiz 200 m x 9 m.

2.

MERAKYATKAN ACARA
Penyediaan Teres Manusia di sepanjang laluan dari Dataran Merdeka
sehingga sepanjang Jalan Raja Laut dan ke Sogo dengan kapasiti kerusi
(tempat duduk) sebanyak 6000 pax
- Dataran DBKL (2000 Pax)
- OUB Bank (2000 Pax)
- Sogo (2000 Pax)

Penggunaan konsep tempat duduk yang berbeza kepada tetamu jemputan.
Penggunaan tempat duduk (grandstand) seperti konsep melihat
4

perlumbaan Formula E digunakan dalam sambutan kali ini. Penggunaan
kerusi ini akan memberi sudut pandangan dan dimensi baru penonton
terhadap persembahan yang ditonjolkan sama ada di darat atau udara.
Berbanding tahun lalu, jumlah kerusi grandstand pada sambutan tahun ini
akan ditambah bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia
dapat menikmati persembahan dan perarakan yang akan diadakan.

3.

PERSEMBAHAN KHAS
A)
Imbasan semula detik-detik penting Pra-Kemerdekaan,
Pengisytiharan Kemerdekaan, Ambang Merdeka, Hari Kemerdekaan
dan Hari Malaysia
B)
Sumbangan pemimpin negara

C)
Persembahan khas PDRM (gerakan penghapusan komunis - F Team)
D)
Persembahan khas ATM – kawad senyap Tentera Darat DiRaja
seramai 1000 anggota
E)
Pancaragam gabungan pasukan beruniform seramai 460
anggota yang melibatkan gabungan 11 buah agensi.

4.

PENGLIBATAN MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM
PROSES MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Signifikannya sambutan ke 60 tahun ini juga dengan kehadiran waris pejuangpejuang kemerdekaan dan penubuhan Malaysia antaranya;
- YTM Tunku Dato‟ Seri Ahmad Nerang Ibni Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj
- Puan Deva Kunjari Anak Kepada Mendiang Tun V.T. Sambanthan
- YBhg Datuk Amir Kahar Bin Tun Mustapha Dari Negeri Sabah
- YB Datuk Alexandar Nanta Linggi Cucu Kepada Mendiang Tun Datuk

Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Anak Barieng Dari Negeri Sarawak
Serta insan yang pernah diberi penghormatan dengan sambutan Hari
Kebangsaan terdahulu seperti ;
-

Lt Kdr (B) Hj. Mohd. Sharif bin Kalam TLDM dan Bintara Kanan
Komunikasi (B) Oliver Culvelt Samuel (Penaik Bendera Persekutuan
Tanah Melayu pada 1957) yang turut serta semasa menaikkan acara
Jalur Gemilang pada kali ini.

-

Puan Rusnah binti Aksah Penerima Pingat Hang Tuah (1962).

5

Pemilihan tema “Negaraku sehati sejiwa” adalah terjemahan kepada semangat
kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan berteraskan nilai-nilai kemanusiaan yang
dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia. Kerukunan dan keharmonian yang wujud
hasil perpaduan semua kaum harus diiktiraf dan diraikan bagi menyemarakkan
lagi perasaan kasih, sayang serta hormat menghormati sesama kita. Sehati sejiwa
ini meniupkam nafas patriotisme yang mendalamkan rasa cinta akan Negara.
Sambutan Hari Kebangsaan dengan bertemaka “Negaraku sehati sejiwa” mampu
mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat
menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang
menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa
Malaysia.

Dikeluarkan oleh;
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri
31 Ogos 2017

6