SIARAN MEDIA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2017
16 September 2017 -

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017

yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, di sini, berlangsung dalam
suasana meriah dan penuh patriotik di mana tahun ini negeri Sabah telah dipilih
sekali lagi sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan
.
Lebih ………. orang rakyat berbilang kaum dari sekitar Bandar Kota Kinabalu
termasuk dari semenanjung hadir bagi menunjukkan semangat solidariti dengan
tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.
Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini , sambutan Hari Malaysia Tahun 2017,
pengisian acara pada tahun ini lebih menjurus ke arah tema sambutan Hari Malaysia
itu sendiri iaitu Negaraku Sehati Sejiwa . Ia digarap selari dengan tema sambutan
yang ingin mewujudkan suasana yang lebih inklusif di kalangan seluruh rakyat
Malaysia di negara ini.
Suasana meriah mula terasa seawal pukul 7 malam dengan persembahan beberapa
artis popular yang menghiburkan penonton pada acara pra sambutan Hari Malaysia
2017.
Sambutan rasmi dimulakan pada pukul 8.00 malam sebaik sahaja ketibaan Yang diPertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar

bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri
Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.
Yang turut hadir, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak dan isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Rosmah Mansor; Timbalan
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima (Dr) Ahmad Zahid Hamidi dan isteri,
YABhg. Datin Seri Panglima Hamidah Khamis, Ketua Menteri, YAB Datuk Seri

Panglima Musa Aman

dan isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Haji

Tussin, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari
bin Tun Abang Haji Openg dan isteri , YABhg. Datin Amar Dato’ Hajah Juma’ani Tun
Tuanku Haji Bujang. Turut hadir juga ialah YB Senator Datuk Seri Panglima (Dr)
Mohd Salleh Tun Said Keruak , Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
2017, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bersama Sambutan
Hari Malaysia 2017 serta beberapa menteri Persekutuan dan negeri.
Seterusnya, Jalur Gemilang dinaik dan dikibarkan diiringi lagu, Negaraku serta Lagu

Kebesaran Negeri Sabah “Sabah Tanah Airku” yang dimainkan oleh Pancaragam
PDRM diikuti persembahan “Selamat Datang” berkonsepkan kepelbagaian etnik di
Malaysia yang melibatkan 1000 orang peserta.
YAB Perdana Menteri bersama YAB Ketua Menteri kemudiannya bersama-sama
menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2017, diikuti acara memotong
Kek Hari Malaysia berlogokan Negaraku Sehati Sejiwa oleh Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sabah disaksikan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan
Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Ketua Menteri Sarawak bersama
isteri dan tetamu kenamaan lain.
Para hadirin juga telah dipertontonkan dengan Persembahan Khas “Negaraku
Sehati Sejiwa” yang memaparkan kecemerlangan Negara Malaysia di bawah
kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui lima segmen persembahan iaitu
Shine Bright, Colours of Malaysia, Satu Suara, Talent dan Finale yang dijayakan
oleh 1000 orang peserta

pelbagai peringkat umur. Persembahan ini turut

menonjolkan kepelbagaian seni nyanyian dan tari serta warna warni budaya
Malaysia


yang menterjemahkan

kesatuan,

kemuafakatan

dan

keharmonian

masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai etnik dan agama dalam satu nada
dan satu irama.
Turut terlibat dalam sambutan Hari Malaysia 2017 kali ini ialah kesemua atlet yang
memenangi Pingat Emas dalam Sukan SEA ke -29 Kuala Lumpur 2017 yang

berasal dari Sabah yang ditampilkan bersama beberapa pemenang pingat emas dari
Sarawak dan Semenanjung.
Sambutan dan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2017 kali ini turut
melibatkan seramai 1000 orang peserta Human Graphic yang sentiasa berada di
sepanjang majlis berlangsung. Sambutan dan persembahan diselaras sepenuhnya

oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara, Negeri Sabah. Ini termasuklah senarai Tenaga Kreatif,
Pengarah Persembahan, Pengurus Pentas, Koreografer, Marshall, dan petugaspetugas yang berkaitan dengan acara sambutan dan persembahan.
.Tema Negaraku Sehati Sejiwa amat bertepatan dan sinonim dengan perpaduan
antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang berlandaskan perpaduan dan
kesepakatan (unity) ini akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan
integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di
Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan keharmonian
dalam kepelbagaian ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta
memperluas dan memperkukuhkan semangat kekitaan, kebersamaan, saling
memahami dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan budaya.

Dikeluarkan oleh;
Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Perdana Menteri
16 September 2017